Nak diam je la.

Tuesday, 8 March 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Counting day, counting day, counting day. Aku rasa nak je paksa mrABi tu balik. Serius, aku dah start nak goyang dek perangai anak gadis kesayangan dia ni.


Hari tu kasut, ok kasut dah berterabur satu ruang tamu. Then, dia main beg make-up mak dia. So far ok la sebab dalam tu aku dah kosongkan siap-siap. Then, dia boleh pula cabut papan pelapik almari TV. Aku sendiri malas nak menggodek almari tu, tup-tup dia bawa keluar papan tu, buat ala-ala skate board.


Dan kali ini, lepas aku pasang lego-lego dia letak dalam almari. Konon jadi koleksi la, dia tak jumpakan. Hrmmm, kalau dah mata dan telinga supersonik, memang jumpa aja. Tengok-tengok dia pula yang masuk dalam almari tu.

Dah malas nak cakap. Letih. Baru satu, belum dua tiga empat. Ergh! mau aku pengsan kena buli dengan anak sendiri.

Sambung balik, counting day, counting day, counting day.

19 pasang kaki:

@e_da said...

oniiii...oniiiiiiiiiiii.. cha kena tgk2 dia duk dlm tu.. takut lemas plak tertutup rapat.. risau untie tgk oni.. bahaya tu.. meh dtg sini main ngan mika.. heheh

d_LA said...

bleh dia dok lam rak tv tu yer..sbr ye, anak2 skrg mmg mncbr sikit...lasak dan brani..

.::WaNiE::. said...

elokkk je dia duk lam lemari haha

Puan Capa said...

hehehe...saya pun pengsan dibuli uwais.hahaha

Yann Mazian said...

hehe. selamba je cik oni duduk kat dalam almari tu. siap posing lagik. ekekeke.

Whitey Mommy said...

ha ha ha... oni... mommy nak tergelak la tengok oni... kahkah...caya lah... kreatif betul... sian kat umi kena buli... umi tu tak larat tu... janganla selalu buli umi... hehehe

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

oni mcm dah takde tempat lain ke nak masuk....kesian umie tau...

Puteri Amna Balqies said...

Ya Allah pe jadi nih..oni..oni nape duduk dlm tuh..adoyaiii saba yer umi..nih tak tahu la hero ke heroin nih..haha

EiJa ZaQuaN said...

hehe..Cha, Cik oni macam zaquan jgk la..jenis tangan tak boleh duduk diam..msti ada jerk keje dia nak wat..diam nye skjp jerk..

ch@ said...

kakEida:
tengok dan ambil gambar, hahaaa. bagus punya offer tu kak, suka dengarnya.

dla:
ye betul, sehabis sabar dah ni. tu yg nak diam je tu.

wanie, yann & cikJue:
dia masuk, dia tutup pastu dia babai mak dia kat luar.

pnCapa & whitey mommy:
baru seorang, belum dua tiga empat. huuu.

zila:
mestila heroin.

eija:
haaa betulla tu, sentiasa sibuk orangnya.

mamalieyna said...

hahahaha....seb baik lemari tu cermin transparent nmpk muka cikOni..kalau tak...haru umi nya mencari..haha..cikOni saja nak hiburkan hati..aBi takde..hu~

tp betullah ch@..arif pun buat peel pelik2 sejak si abah tkde, kdg2 tunjuk perasaan...selalu jd mangsa toknya lah..memanjng kena layan dia..hu~

sengsaranya suami takde disisi..huu..baru ku tahu ~ =P

Ted said...

hahaha, comel je.pst agak2nya baby ikut perangai mak nye masa kecik dulu tak?hehe

Cik Shiqa said...

alalalala oni, jgn lelama dok dalam tu tau.. lemas kang.

mzhany said...

ahaha, comeynya oni..huhuhu bleh plak dia masuk dalam tu yer...memang suka selongkar kan, biarkan dia menyelongkar dunia.

ch@ said...

kakIeyna:
kan-kak-kan? rasa belajar semua perkara la bila pak dia takde.

ted:
tidak ted, mak dia sungguh sopan masa kecik. pssst, prangai paknya masa kecik. hiii.

shiQa:
hiii, akak buat sendal bagi pintu tu tak tertutup rapat.

hany:
mak dia tukang kemas, huaaa.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

fuyooo oni...mmg kes buli mak ni..hihihi..comel mukanya dalam almari tu. sweet sgt. muka baru bgn tido ker?

ch@ said...

syila:
muka tak tidur2. dah letih tapi still gagah juga nak main.

alexa yussida said...

oni sgt bijaklah!hehe comelll je duk sila dalam tuh..jgn lama2 syg,lms nti xde oksigen..huhuhu..

ch@ said...

yus:
akak dah buat sendal siap2, biar pintu tu tak tertutup rapat. sebab akak takut dia main dalam tu masa akak tertidur.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in