Mi bandung idaman.

Monday, 21 March 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, aku bertolak balik Johor juga selepas Isya' hari Jumaat. Minggu ni jadual aku kembali seperti normal semula. Kembali seperti sediakala.

Sesi memujuk mrABi membantu menghantar Oni tidak berhasil. Aku juga yang kena mengerah tenaga. Takpe-takpe.

Sampai Johor dekat jam 1.30pagi, ada hati lagi nak layan raja lawak peringkat akhir sebab tak sempat nak tengok jam 9.00mlm. Jadi untuk tidak mengantuk, bagaikan ngantuk disorong bantal, papa sudah bersedia dengan mi bandungnya.


Aku tidak menunggu lama, aku ambil sepinggan kecil dan, sluuurrrrppp, ergh! hilang kempunan ku dengan mi bandung yang memang dinantikan. Tapi hanya mampu masuk sepinggan kecil sahaja, kerana hari sudah pun 2.00pagi kang aku nak tidur pula, perut senak.

Sungguh, aku rasa mengantuk sesungguh hati. Rasa nak tidur yang tidak bangun-bangun. Oni, kalau dengan tokPapa, dia memang tak hirau orang lain.

Dan malam itu aku tidur dengan senyuman. Hihiii.
Ades, balik nanti sudah tiada lagi hidangan di atas meja menanti seperti seminggu yang lalu. Kena juga aku cergas-cergaskan badan ni.

18 pasang kaki:

eima said...

aku tak selera nk mkn pe pun..kadang tu kesian sgt dgn anak dlm perut nih ...
cam semalam minum susu je ...
yg 2nd nih tak cam abg die..
skrg pun bdn lemau ..mood tak de ...
selera pun tak de .... ch@ aku tak biasa la alahan cam ni ...
help me dear....

Puan Capa said...

sedapnya....terliur!!!!!!!

EiJa ZaQuaN said...

adess..sedapnya mee bandung..

lebih2 lagi ibu mengandung ni mmg tgk pe pun sedap..

Sidratul Muntaha said...

me bandung aderlah sedap.
Ya Allah..
habislah diet aku!!

*luv Syahnia* said...

mee bndung kat tg karang mmg tbek!
kuahnya pkat bsama udang besar
yg fresshh mmg mnyelerakan ;)

harus akk bg ain 1 mngkuk
nak rasa..hehe

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

cedapnye.....nak jugak ch@

BondaWhilea said...

tu nama nya pinggan kecik je ek. :p

alhamdullilah..dapat jugak makan mi bandung tu kan. kalo tak mesti terasa² je kat lidah kan..

erk..lidah bonda pun dah terasa² ni.. ayoo..

Nur Hanani said...

Bestnya dapat makan mee bandung muo.. Saya tiap kali balik kg..mesti singgah makan mee bandung muo kat Jln Abdullah...best :)

Entri Terkini: Produk HPA untuk rambutku..
Entri Terkini: Menjahit, satu terapi minda yang baik..

rasp said...

sodapnya mee bandung....
lepas tu tidor plak...
mau tak nyenyak hehehehehe

PUANSTOBERI said...

wah..sempat lagi tgk final Raja Lawak tu. hihikk

mamalieyna said...

hee...lepas ngidam org peknen eh..balik kmpung releks dr masak2 kan..hee..

ch@ said...

eima:
ala sedih aku baca komen kau ni, sama macam aku masa pregnantkan oni, kau makan benda yg tidak berminyak, aku suka makan cococrunch dgn biskut cream-creaker cecah air panas2. nanti berat kau turun mendadak.

pnCapa & cikJue:
tengok je ye ;) katanya di Petaling Jaya ada satu kedai mi bandung Muar.

eija:
eija memang, masuk blog dia semedang makan-makan-makan, kita makan mi bandung ni sebab teringin je dan boleh habis kalau tidak, memang jarang habis makanan.

sidratul muntaha:
sedap. hahaaa takat tengok gambar macam ni tak gemukla. ambil sepinggan kecil pun masih boleh maintain.

ain:
tg karang? akak tak pernah rasa. bagi akak yg orang Johor ni harusla mi bandung Muar paling meletops :) sbb kat KL ni masih belum jumpa yg serupa sama dgn mi bandung Muar.

bondaWiya:
pinggan sedang la, hahaaa betulla kecik. sila dapatkan di pasaran.

hanani:
yeah terbaikkan? ni mi bandung felda je. hehe. ok la mmg ini pun yg dicari.

rasp:
tidur dalam senyuman au dibuatnya kak.

kakReen:
1st round je, dapat tengok Man, 2nd round semua dah hanyut.

kakIeyna:
betul dan setujuuu!!! hihiii.

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ said...

wah sedapnya mee bandung tu, mai sepinggan

HyunB said...

sodap ko mee bandung tu weeyy ..mana kodai ko jumpo?

ch@ said...

anje:
amekla di dapur tu? ada seperiuk. hiii.

hyunB:
mi bandung yg memang aku cari, mi bandung felda bukit easter =)

qellissa said...

sedapnya mee bandung cha..dah lama tak mkn mee bandung..Klu nak beli kat kl ni selalu x sedap mcm kat johor..=)

Ogy said...

dapat juga akhirnyaa yg diidamkan yaaa...hehe puas ati tak tu?

ch@ said...

Qellissa:
setuju. mesti nak cari kat Jhr jugakan? cuba kat PJ, kata kawan kita ada satu kedai yg boleh tahan sedap, kita pun tak cari.

mamaGee:
sangat puas sehingga menjilat pinggan. hihiii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in