Kalau dah perempuan.

Thursday, 3 March 2011

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera semua.

Kalau dah namanya perempuan, kalau dah anak mak, kalau dah suka memang tak boleh nak kata apa dah. Aku membebel kat mrABi, inisiatif pertama di ambil dengan membuat paku di pintunya dan ikat dengan reben.

Yes, budak ni ada otak cemerlang. Dia boleh buka dengan jayanya. Kemain comel jemari tembam tu menggodek reben sehingga ternganga kedua belah pintu.

Inisiatif pertama gagal, langkah kedua membuat selak besi, konon tak reti la dia nak buka nantikan. Bertukang depan mata dia, huh silap percaturanla. Selak siap, dengan selamba je dia ngangakan kedua-dua belah pintu lagi.

Dah malas nak larang, biarkan aja.


Melaram kasut mak dia, kemain. Nak heel je. Dah la tak suka pakai seluar. Aku tak faham sungguh.

Time to change. Tukar kasut lain pulak. Siap duduk kat kerusi lagi. Kemain kamu yerk.

Depan rak kasut dah berterabur kasut-kasut lain, habis kosong satu rak kasut. Dia dah tidur aku baru kemas balik semula sebab semak mata aku tengok rumah bersepah. Lagi-lagi nak buka pintu susah sebab kasut dah berterabur depan pintu.

Bila akal dah panjangkan? pandai pilih kasut, bila pakai pun sepasang dan tidak terbalik kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Bila aku bebel kat mrABi senang je mamat tu menjawab 'ikut perrangai siapa? kasut tu kasut siapa?' haih, diam je la, buat-buat tak dengar.

Aku pun dah jarang beli kasut kebelakangan ini, sebab taktau dah nak letak mana. Rak kasut je ada dua, penuh. Dalam stor pun ada lagi. Ngehehe. Kaki cam kaki spider. mrABi sound aku cenggitu, ceh! kasut dia sendiri pun banyak. Bbbuek.

Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? hahaha. Terima ajala. 

19 pasang kaki:

Cik JuE said...

taktahan tengok aki oni yang temban..like KFC..yumyumyum....

Ati Masrif said...

budak2 mmg cepat belajar..tengok je
dia dah tahu nak buat..

hubby kak ati pun lg byk kasut
dari kak ati tau..huhu

ibu qaleesya said...

hahaha dah tu tengok hari2 maknye bukak almari kasut nak pakai.. dia tiru la tu.. hehhe gudgirl

eima said...

seb baik rak kasut aku kat luar ..pastu tak byk kasut ..hahahha

comey je kaki die kan

ibu_BatRiSya @wardah said...

auww...cik oni yg cute dgn peel die..dah le xmo pakai seluar..hehe!

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah banyak kasut sampai penuh rak kasut, comey je lil girl try kasut umminya ek

EiJa ZaQuaN said...

hehe..cha biasala..mmg x larat nak layan..so biar kan jerkla..

okey la ni cikoni girl pakai kasut mama dia..

zaquan yg boy tu pun suka try kasut mama dia..stedy jerk pulak tu kalau dia pakai kasut kita..

Ann-Wardrobe said...

abis la heel mama. hehe. nsib ringan, kalau tidak konfirm patah! hahaa

Yann Mazian said...

cik oni dh mula belajar nak jadik model tu. hihi. budak perempuan mmg gitu kak. hihi.
eeee. comel je kaki oni tu. bam bam sungguh. hehe.

Puan Capa said...

seksisnya kaki oni!hahaha

azzey said...

Ha3...comelnya kaki dia dgn kasut besor tu

*luv Syahnia* said...

sakit ati tak bole tgk pic
pkai com ain ni..

bygkn je cik oni mmg cumel
pkai kasut mak die..hehe

dah nama pmpuan mmg pntang
jmpa kasut..msti TER beli
kalo boring di biar je kasut
tu dtepi pasu..cik ain lah tu
ekeke

ch@ said...

cikJue, pnCapa & azzey:
ngeee, kaki yg terang kini sudah gelap.

kakAti:
wah, hubby kakAti berkaki spider la ya? kikiii. betulla kata akak tu memang cepat sungguh dia dapat.

ibuQaleesya:
mak dia pun dah tak buka almari tu, pakat letak kasut kat rak paling atas sekali.

eima:
tak boleh letak kat luar, mesti hilang sepasang nanti. bahaya. lagipun rumah macam lapang sangat pulak. drumstick.

kakWardah:
tah ngape dia macam rimas sangat dgn seluar.

anje:
ngehehe siap ada yg baru sekali pakai awak tau.

eija:
tang steady tu la yg kagum. tak jatuh pulak tu. isk-isk-isk.

ann:
tau takpe, patah tu takpe risau jatuh terpeleset, licin.

yann:
ooo ye ke, tapi ikut pangai mak dia kot, kekecik suka benar ngan heel.

ain:
hahaaa, kalau masa bujang dulu suka main tukar2 kasut, tak pun pakat beli sama patern, mmg seperti adik beradik.

mamalieyna said...

cikOni tak suka pakai suar..?..ekeke..ikut perangai sapa la ni..ekeke..

oooh kamo anak umi kan, harusla ikut peel umminye...seb baik arif tak gini, kalau tak haru diheretnya high heel mama..eh mama ada high heel ke?..ooh takde ghupenye,,ptt tak pernh tgk arif main..heee...akak lak kurang soping kasut ni, pakai sampai nak terkopek tapak baru beli baru..hee..

Cik Shiqa said...

sama ngan shiqa, sorang tapii kasut macam sopluh org nak pakai.

Oni melaram kasut umi, rasa nk gigit je kaki dia.hehehe bambam

Mama Kembar 3 said...

pandai cik oni, kecik kecik lagi dah tunjuk bakat nak ikut jejak mak dia hehehe...

@e_da said...

bijak kan... sebab dia tau pilih pasangan yg betul.. kalau tak bijak sure dia amik sebelah lain2... bagusla oni.... gud girl..

takpe sepah cha janji dia improved...

♥sYiLaSyiRa♥ said...

byknya kasut klo penuh almari..kita pun rajin beli kasut, tapi kasut buruk juga yg sedap pakai..^_^

ch@ said...

kakIeyna:
perangai errr, taktau. kita memang pantang tengok kasut kak, ini pun ada hati nak pergi beli lagi. ngeee.

shiQa:
suka kasut. pergi cari drumstick KFC la, makan kaki oni, oni nak pakai kaki apa nanti?

kakEida:
akak tolong kemasla meh.

syila:
betul sekali. kasut dah hampir nak tercabut paling suka dan selesa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in