Jangan eksyen.

Thursday, 31 March 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pepatah ada kata, orang tamak selalu rugi, eh! aku tak tamak. Orang eksyen selalu lupa diri. Hah! tu aku la tu.

Gila teruja semalam, aku dapat bungkusan dari An Wardrobe, biasala aku kan kaki shopping, belanja sampai tak hingat almari baju semakin menyendat. Siap aku dah pakai seluar baju baru hari ni, ambil gambar lagi. 

3 helai t-shirt dan 2 helai seluar pregnant. Satu helai untuk seorang kawan. Kan aku dah pernah kata aku tak pernah beli baju kat kedai kecuali t-shirt guna kat rumah dan baju kurung. Semuanya aku beli dari Ann. Regular customer.

Tapi baju semalam memang cantik dan terbaik. Hiii. Terasa macam muda je bila pakai. Perasan betul. Tapi tu la kan, nak menayang konon, sudahnya kamera tak bawak, handphone sekali sama-sama tertinggal. Padan muka makcik ni. Cis.

Hari ni, aku terima vitamin Shaklee's. Eh! doktor aku pun kata vitamin tu bagus. Jadi memang tak salah. mamaFaiz cadangkan aku ambil set tuk ibu hamil pula. Ergh, tapawe cantik, pillbox cantik, sayang seribu kali sayang kena tunggu balik rumah la nak ambil gambar. Cis, akibat nak menayang.
 
Jangan jeles ye jika aku sentiasa awet muda. Kekeke. Nak buat cemanakan. Marilah ternangkan fikiran dan hati sesama. Happy-happy selalu.
Jadi kesimpulannya, janganla terlalu teruja nak bercerita sehingga lupa dirikan? kan dah susah bila benda yang betul-betul penting tiada di sisi. Beringat. Terima kasih ann atas seutas gelang yang cantik dan coklat yang sedap tu. Nak lagi boleh. Hahhaaha. Tengok? dah jadi tamak pula. Ades.

17 pasang kaki:

.: iEyLa :. said...

wahh..xsabar la tggu nak tgk pic tu sis..hehe

Puan Capa said...

nak terjah jgk tgk blog ni

EiJa ZaQuaN said...

hehe..tp itu la kadang2 tu terlupa diri gak..especially bila bab shopping..x igt..huk2..

ohh iye ke..yg eija pulak mmg x pernah beli online baju sndiri..
sbb eija kan susah nak cari size..papehal pun kena try dulu sblm beli..

Zaidah said...

cha hamil?....klu macam tu tahniah...banyak betul zai ketinggalan citer cha nie....

mamalieyna said...

hehehe..setuju! dan terima la padahnya..ekeke..

takpe esok2 tayang yee.. ^_^

Mama Tun Nur Safiya said...

time mengandung nih kena happy2 selalu so shopping kan satu terapi hehehhehe

qellissa said...

ala mana gambar baju baru tu? cepat lah post tak sabar nk tgk..

Mama Kembar 3 said...

ummi kuat shopping, tengok tengok nnt bb pun kuat shopping ;-)

takpa takpa, shopping itu terapi, kan,, kan? hehehe

Diyana said...

wohoo dah shoping baju2 preknen.akak pakai je yg lame2..hehe

@e_da said...

waaa ibu mengandung.. jaga badan.. jaga kecantikan.. heheh

ch@ said...

ieyla, kakIeyna dan Qellissa:
bila dah sampai hari ni, terasa segan pula nak post. hiii.

pnCapa:
terharunyaaa kita.

eija:
betul tu eija, ada orang selesa dgn memilih, masa mula2 nak beli pun macam eija juga, tapi kita sangat cerewet bila beli baju kat kedai, ada je yg tak kena.

kakZaidah:
ye kak, takpe mungkin akak termissed. terima kasih utk wish tu, doakan kita sihat ye.

mamaTunNurSafiya:
tak pregnant pun shopping tetap jadi terapi tensen. kadang2 tengok je blogshop tapi tak beli. hilang stress.

kakNani:
kena berpada-pada juga kak, tak boleh keterlaluan. akan datang kena fikir belanja utk dua anak pula.

kakDonut:
actually baju kita semua boleh pakai time pregnant dan tak pregnant :)

kakEida:
sudah semestinyaaa ;) nak kekal awet muda gittu.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

bila leh tgk gambarnya nih....nak tgk..nak tgk...

Mama Gee said...

mana gambo ibu dgn baju baru ni? isk isk isk...nk gak tengok,, :)

Ann-Wardrobe said...

nak tgk sayang!!!!! :P

ch@ said...

syila, mamaGee & ann:
malulaaa. tunggu kita pakai baju tu nanti ye.
malu.

Farra Dhelina said...

pmpn & shopping mmg tak dpt nk dipisahkan..

ch@ said...

farra:
SETUJU.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in