Di saat kau tiada.

Wednesday, 9 March 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ceria-ceria-ceria. Hiii semangat hampir pulih, selera makan kembali pulih, sungguh aku bersyukur dan berterima kasih kepada yang menyokong. Tinggal beberapa hari lagi kau akan kembali ke sisi aku.

Tahukah kau betapa berertinya bila kau tiada disisi aku, di saat anak membesar semakin rapat dengan kau, kau pergi tinggalkan dia, tapi tak mengapa itukan tuntutan kerja, kau mesti pergi walau apa jua rintangannya untuk masa depan kita bersama. Aku gigih dan gagah mengendalikan dia. Takpe, aku faham.

Semalam aku berjaya pergi shopping barang dapur di kedai KK depan rumah kita, kau tau sakit tangan aku bawa pek susu, juice, biskut, coklat kesemuanya pek besar naik ke rumah. Mujur pampers anak aku tak beli, tak ada stok. Kalau tidak menggeleng orang tengok aku bawa banyak beg plastik, gara-gara aku terlupa bawa beg membelibelah, salah aku.

Bila aku naik rumah, aku tinggal barang aku turun semula ambil anak. Anak kau tu suka tidur bila masa dia balik, lenguh tangan aku mendukungnya, tengah dukung dia mengeliat bangun, nampak pula kucing di parking lot. Kegemarannya sama dengan kau. ''aaauuu, aaauuuu (diikuti bunyi kita panggil kucing bagi makan). Hrmmm, ye aku tau kau yang mengajarnya bukan?. Aku tak kisah, tapi jangan bela kucing.

Bila aku sampai rumah, kau call aku oh sungguh aku lega dengar suara kau di sana, cuma rindu nak menatap wajah kau yang terlebih isi di pipi, ye aku tau kau tough, kau mana nak mengaku gemuk. Hahaaa. Tapi takpe, aku tetap sayang kau. 

Aku kena kemaskan dapur, sejak kau tak ada, dapur, ruang tamu, ruang makan macam tongkang. Semua anak kau punya kerja, aku cerita tentang anak kau di rumah, suka kau ye anak buli mak. Mesti kau rasa nak  cepat-cepat balik rumah kan? mesti kau rindu anak kan? agaknya bila anak tengok kau ada di rumah, mesti aku yang menangis.

Balik nanti aku cuba cari pampers anak, minggu depan mama kata dia akan jaga anak, dia akan buatkan mi bandung guna perencah yang aku dapat hari tu. Terima kasih kepada tnWan dan pnDana yang bersusah payah hantar ke rumah lewat malam.

Masa kau tiada ni, aku dah banyak berdikari. Semua masa aku di rumah, aku habiskan untuk anak. Macam kau katala, dia makin manja sejak ada adik. Dia takut bila adik keluar nanti dia dah tiada peluang. Aku yang lahirkan dia, mestilah aku sayang dia. Mestilah dia istimewa macam kau juga di hati aku.

Kiranya dua minggu kau tiada, aku sangat banyak belajar. Lebih-lebih lagi mengawal emosi, mengawal masa, mengawal situasi dan mengawal keinginan. Walau ada ketikanya aku rasa macam nak rebah, langsung tak bersemangat, tapi aku kena kuat sebab aku ada dua anak kita sayang untuk dijaga.

Aku berterima kasih kepada kawan-kawan blogger, kawan-kawan FB, keluarga kau, keluarga aku dan semua orang keliling yang membantu. Sungguh besar jasa diorang walaupun hanya sepotong ayat. Terima kasih.

Dedicated this entry to tnNorerwandi bin Sumardi, yang selalu ex tayang 2 paku kat aku. Cis! Jarang aku cerita pasal dia kan? kecuali masa anniversarry dan ulangtahun kelahirannya yang jatuh hari terakhir dalam setahun. Suka perasan muda. Ergh.

Cuba teka, jerawat siapa paling banyak? hahahaaa.

Jerawat sudah hampir kena tebas.

Tiada lagi jerawat. Oni dalam perut.

We are happy family =) 

Semoga cinta ini terus kita semai sehingga ke akhir hayat, di hati ku hanya kau seorang, kau ingat plastik gula-gula hacks tahun 2002? aku masih simpan hingga hari ini. Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Kita kan dah tukar hati. Wiii.

Amacam? cukup jiwang tak? kan aku kata, aku seorang jiwang.

25 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Ooooooo cha bercinta dr zaman belajar erk... :D

Puan Capa said...

rintihan seorang isteri...hehehe

Zaidah said...

panjang sungguh karangan percintaan cha ngan suami.....seronok baca...

rasp said...

waaaa lamanya berkasih syg...
smoga berkekalan hingga akhir hayat!

Puteri Amna Balqies said...

oii dah windu kat abi yer..ingat dulu slalu awk gadoh,bile gadoh kitaorg pun diam..sebab tak bani nak tegor sebab muke dah sebek,pastu nangis pastu tdo tutup muke ngan bantal.sok nyer baru cite kenape kan..bile slalu gadoh nih kadang2 benci tapi kadang2 tu la yg kite syg..kadang2 tu la cinta sejati even kadang2 kite benci tgk muke die..yg sakit ati tu kadang wat kite tergelak dan wat kite windu dan kite nangis..saya doakan awk sentiase bahagia dunia dan akhirat yer..dan doakan la kawan baik awk nih bahagia cam awk gak..hehe

Ann-Wardrobe said...

yahooooooooooooo!! oni nk dpt adik! ;)

Ted said...

hahaha.jiwe sangat. boleh geng ni

~Siti Hajar~ said...

alahai lomantiknyer...hehe..so sweeett...

eima said...

ch@ having A Baby ...
congrats dear ...

tabah ok ...

BondaWhilea said...

jaga diri baik² ye. wa..sonok arr oni nanti dah ader kawan. :)

Cik Shiqa said...

best ny baca akak jiwang2 mcm ni.hehehehe

eh2, tahniah! baby oni nak dapt adik dah ek.. take care akak

*luv Syahnia* said...

fuhh sblm ni tak ngaku jwang
ha kan..ngaku!

mase en.tnang dpn mate
smpai boring ngadap
bila dah jaoh baru rase rindu
syg..cinta segala..hehe

gsok2 mate tgk stcker baby
bgel tu..wahh oni nk dpt adek!
tahniah kak..jge leklok taw ;)

ch@ said...

ibuAQiL & kakHajar:
malula kita :)

pnCapa:
betulla tu.

kakZai:
ini bukan cerita zaman bercinta kak, ini luahan geram sebenarnya. eh! akak suka ke baca, malula kita :)

rasp:
terima kasih doamu akak. kusemai, kubelai, kubaja selalu.

zila:
alaaa malu. jangan dikau memecah tembalang ku wahai sahabat. hahaaa.

ann:
ngeee... budak nakal ni.

ted:
kita kan geng.

eima:
terima kasih, mmuah.

bondaWiya:
oni budak tak sabar.

shiQa:
haha, kenapa tak nampak akak jiwang kah? terima kasih shiQa. suka-suka.

ain:
sayang, jangan guna shortform la, akak lambat sikitla na faham. haaa, tu memang la pangai akak tu, depan mata kerja nak gaduh je. hahaha, terima kasih ain.

mzhany said...

cha,
yer cha jiwang ;) sabo eh taklama dah tuh...nanti balik la cinta hati tuh

mamalieyna said...

jiwang sesangat...terharu enAbi di sana..

jiwang2 pun ber aku kau..eh biar bona..hee...sastera ye..aku n kau lebih sedap dibaca..lalala..hehe..

oooh ch@ berchinta zaman blajar lah ye...bagus2x...moga ikatan kekal abadi selamanya..

ooooh rindu itu sungguh menyiksakan..tp yakinlah bila pertemuan semula ianya tersangat2 indah!!!! berbunga2 hati...^_^

mamalieyna said...

alamak..camna akak leh miss...cikOni bakal dpt adik ni..weeeiii..waaahhh tahniah...cikOni dl dpt adik ye..dh bape bulan ni ch@?..ptt la emosi tak stabil ..hee...

Cik Shiqa said...

akak memang jiwang lah kalau mcm tu.kihkih

EiJa ZaQuaN said...

wah luahan hati..
itula mmg akan terasa 2 minggu xde..nak kena uruskan sume sndiri..
especially bila anak kita yg lasak tu..kita nak uruskan sorang2..

@e_da said...

lawak la ceritau KAU ni cha.... suka akak baca.. depan mata wat dek ek.. jauh di amata baru kerinduan masa tu gak la kita jd gagah perkasa.. sian 2 beranak ni.. sabar ya

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

cha..luahan yang baik..adekah jue ketinggalan cerita cha????tahniah oni nak dapat adik...sukanye....

ch@ said...

hany:
hikhikhik, lama dah tak buat ayat jiwang2 ni. tak sabar-tak sabat.

kakIeyna:
hiii, banyaknya soalan akak ni, ha'a bercinta masa belajar, gataiii. sekali sekala guna kau dan aku. hiii. betulla tu penantian itu menyiksakan. baru dua bulan kak. tu la akak excited sangat membacanya.

shiQa:
hiii. dengar lagu pun rock klasik.

eija:
terima kasih eija, betul-betul memahami.

kakEida:
hahaha, semua suka ngan cerita ni, kekeee. rindu tak tertanggung sudah.

cikJue:
terima kasih cikJue =)

♥sYiLaSyiRa♥ said...

ayat2 jiwang yg terasa sampai ke tulang itam..huhuuhu...klas la ayat..besttt

ch@ said...

syila:
suka eh, hiii. betul2 keluar dari hati. ni la hasilnya.

alexa yussida said...

=)=)=) sweeeetttt walaupon berkau aku dalam post ni tp ttp terserlah kemanisann..semoga bahagia sampai ke syurga kak :) tc taw!

ch@ said...

yus:
you too. thanks sebab doakan akak. hahaaa. masa bercinta dulu pun beraku dan engkau.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in