Apa nak buat.

Monday, 28 March 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood tak merudum, virus Monday blues memang jarang menjangkiti aku cumanya aku sudah pupus idea. Asyikla taip backspace-taip backspace. Eh? backspace dalam BM apa eh?

Dah petang macam ni pun biasanya aku dah mabuk nak tidur tapiii tak ngantuk pula yang dalam perut ni bergasak la dia main lepas gas kot. Terasa-rasa bergenang je perut aku ni sesekali berbunyi. Sah aktif macam kakak dia.

Aku dah macam orang duduk kat tempat bersalji, dengan baju sejuk, dengan shawl dengan stokin, haih air-cond ni dapat aku rosakkan satu jadi-jadila sejuknya. Nak minum air pun, bawa air suam dah jadi air sejuk. Peti ais ke peti sejuk beku. Training duduk kat tempat bersalji la kunun. Cait!

Bos aku dah menghilang tah ke mana, sorok-sorok aku baca novel, Masih Setia terbaru dari Aisha Sofea. My favourite writer. Hiii, sebagaimana tajuk ye aku masih setia dengan semua novelnya. Suka baca karaktor lelaki or hero yang digambarkan, aku pun boleh terjatuh mencair sama. Berangan memang best.

Membaca sorok-sorok ternampak pula perut, alamak perut aku dah terkedepan la rupanya. Duduk tunduk sikit pun dah nampak. Shape sudah melarikan diri nampaknya. Cuma yang aku musykil berat aku still 45kg, mesin penimbang rosakkah? atau memang berat aku turun ni?

It's me today, ch@syasya. Interframe owh.

Erk, pipi jangan kata la, sakit jiwa pakai tudung bawal ni. Senget-benget. Aku memang, makan-makan-makan, naik tang pipi. Asyik menjadi port baik mrABi cubit geram. Opsss. mrABi pun, awak pun dah gemuk le. Cincin sudah tak muat, kekekee.
Petua nak naikkan berat badan? hiii, tahun ni mesti capai 50kg, mesti kena lebih. Mesti boleh. Hihiii. ABiiiii, jom shopping seluar baru =)

21 pasang kaki:

mamalieyna said...

huu~50 kg?..kak eina lama dah achieve tu..hehe...skrg mau turun 20kg, boleh?..hu~

backspace = gostan balik... =P

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

pucat je muka sya.....
opis kak jue pun sama...air-cond rosak kot....

Zaidah said...

kita terbalik plak...zai nak turunkan berat badan....cha nak naikkan berat bdan....

BondaWhilea said...

berat 45kg je? tak pe..masih ader beberapa bulan lagi tuk naik kan berat. sebulan naik 1kg pun dah ok buat baby & uminya... :) makan makanan yg berkhasiat tau, jgn main tibai je..

Izan Ishak said...

seri ibu mengandung cha...sweet je kak izan tgk... ye...kena makan byk2 lagi ~

Hanis Azla said...

nak tambah berat badan yer.. akak pula nak naikan berat badan.. he..he.. akak pun suka sgt novel2 aisya sofea..

♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥ said...

tak pe naik tang pipi, janji hati happy....

Salina@IbuAqil said...

alololololo oklah 2 cha.. dari akak ni.. x naik2 berat nyer.. nyampah!!

Lelord said...

hhehehe cha sejak akak dok qatar baru le leh cecah 50kg++


akak baru jek abis baca novel Seandainya by kaki novel...best2

Jet & Jonah pun best

Nur Hanani said...

tak pe lah naik tang pipi. Berat pun dah ok tuuu..tak cam saya ni. Makan lebih sikit, semua bahagian naik. Huhuhu

Jom baca ni: Discover Your Miracle with LancĂ´me Maqui Miracle..

ch@ said...

kakIeyna:
tak pernah cecah 50kg. huaaa.
gostan balik? ada dlm DBP ke kak? hihiii.

kakJue:
ekon kat sini tak rosak, rosak bila rasa panas je, taktau la ngape maintenance ni. dia ingat ramai benar staff kat building ni agaknya.
pucat ke kak? terlalu sejuk.

kakZai:
kita mmg nak naikkan sikit berat kita ni, kasi nmpk tough.

bondaWiya:
sebulan 1kg? harap bolehla. oni dulu tak kira pun berapa kg, janji naik je masa tu. ooo mestila makanan berkhasiat, kita takut sakit perut, susah mau membuang.

kakIzan:
muka macam orang sakit ni, kakIzan kata sweet. padanla orang tak percaya kita ada anak satu. kekeke.

kakHanis:
sama la tu, sama2 nak naikkan berat badan. perasan tak? 2 novel last dia tak berapa kick la. hiii.

anje:
dan comel. miahahaaa.

ibuAQiL:
ibu memang maintain macam tu je, jangan makin turun sudah, bahaya utk ibu. nanti takde sokongan utk ambil darah lagi.

kakLela:
ahaaa kita pun baru beli akulah cinderella itu, kaki novel. baru ada satu. cerita yg sempoi.

kakNani:
kalaula boleh transferkan, kan?mesti ramai yg voluntier.

Diyana said...

ala cha.nah la amik kilo lebihan akak ni....hee

http://siahsekeluarga.blogspot.com

Dunia Aku said...

tumpang lalu ye cik...

Cik Shiqa said...

akak, dua 3 bulan lagi bertambah lah berat akak tu. makan bnyak sikit ye. bg adik oni mamam..

♥sYiLaSyiRa♥ said...

bestnya tgk pipi cha tu. mcm oni ha...

ch@ said...

kakDonut:
mintak 2kg dulu. hiii.

dunia aku:
tiada tol di sini.

shiQa:
ahaaa tu la tu, tak sabar nak pergi timbang kat hospital.

syila:
hahaha, banyakla. putih je sama kot.

EiJa ZaQuaN said...

ala cha..xpe la biarla maintan kurus..
sbb nnti sekali dh naik susah nak turun balik

*luv Syahnia* said...

oh akak ku suda
nmpak tmbam sdikit d pp
hihi tp tetap mntain cun ;)

ch@ said...

eija:
harap macam tu la, malangnya kita kalau naik senang je nak turunnya.

ain:
hahaha, ngeng punya ain.

Puan Capa said...

45kg???aihh...kurusnya

ch@ said...

hahaaa, itu berat asal kita pnCapa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in