Anak dara mrABi.

Tuesday, 1 March 2011

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera kepada yang aku sayang, yang sedang membaca ni la.

Ok, aku dapat MC Jumaat lepas dan cabut balik Johor. Balik kampung paling singkat, balik KL hari Sabtu malam. Hahaaa, hari Ahad aku bantai tidur lelebih, kesian mrABi terpaksa bangun awal untuk ke Ipoh pula.

Bertolak pukul 11pagi, singgah di Pejabat Pos Besar, Dayabumi terus ke Johor. Huiii seronok aku membantai tidur dengan Oni.

Makan KFC, donut ikan sebagai hidangan tengah hari. Oni makan bukan main lagi, siap cicah mencicah.

Sampai di Kota Tinggi, mrABi betulkan alignment tayar dan power window yang tersekat. Susah dia nak hisap rokok bila mengantuk. Gigih juga la pergi menukar dengan yang baru. Belum siap lagi proses penukaran, mama ngan papa aku sampai. Aku ngan Oni naik kereta mama papa pula, balik ke Bandar Kota semula sebab papa nak pergi klinik.

Oni suka je, sebab  dia dah bosan dok menunggu kat bengkel tu, aku dah malas nak mengejar sebab dia ayik nak main tanah, nak main panas.

Bila setel je urusan di klinik, mrABi sampai, papa terus balik rumah, aku, mrABi, Oni ngan mama terus ke Econsave Kota Tinggi untuk belanja. Sempat pula Oni main gelongsor kat depan Ekonsave tu, yang paling aku kagum, dia panjat naik papan longsor tu. Bukan naik ikut tangga. Haih.

Tak payah mak pak dia tolong, muka selamba je dia panjat. Cemerlang betul. Jatuh jangan kata la, berkali-kali tersadung, tapi tak nangis. Memang lasak anak dara aku ni.

Bila dah masam, pergi KipMart pula, mata dia geram je tengok kereta masuk syiling tu, hahaaa tapi dek kerana dah malam, masing-masing pun dah letih menonong je la kitorang naik kereta.

Dalam kereta tak reti nak diam, sesampai rumah tok mama, kepenatan. Elok je dia duduk berlunjur tengah-tengah dapur. Oniii, Oniii. Memang menghiburkan.
Pertama kali pakai sepit rambut dari makNgah Fiza. Baju pun makNgah Fiza bagi. Melaram sakan.

Tuan tanah nak interframe jugok. Ngeee, tension je Oni. Hahaaa.

Balik kampung serba merah, hari kenduri serba hijau. Warna tu je la yang biasa sedondon. Ahahaha. Oni la ni.

15 pasang kaki:

Diyana said...

oni mcm muka babahnye eh?;)

JuELiaNa JoeHarI said...

wah..oni memang lasak....weekend ni time cik jue pulak balik johor...

Yann Mazian said...

hehe. steady je cik oni berbaju merah. hihi. comel! :D

Puan Capa said...

muka macam ibu dia la...

EiJa ZaQuaN said...

gebunya pipi anak dara mr abi ni..menyerlah dengan merah..:)

Ann-Wardrobe said...

wah matching. sama2 kaler merah. agak2 mr abi pun kaler merah gak ker? hihi

ch@ said...

kakDonut:
tepat sekali, hidung dan kulit je ikut mak dia.

cikJue:
hahaaa, cargas cikJue cargas. eh ke Johor? ke mana tu?

yann:
dia memang sentiasa steady.

pnCapa:
tipu-tipu, hahaha. tang mana tu pnCapa? mak dia nak tau gak, sebab orang kata photostat paknya.

eija:
pipi pau, kita pun suka kiss-kiss-kiss dan kiss.

ann:
pandai ann. dia tengok anak dia merah, dia pun pakai merah. kita dah tengok dorang pakai merah, baju merah ann wardrobe la jadi pilihan :)

Puanbee said...

angelina jolie..awwww...

qellissa said...

ch@ org johor ke? samalah kita...hikhikhik..da lama i x lik jb ni.rindu lakngan parents bila ch@ citer2 blk kg ni..ahakksss...
cute je oni ni da besar lg lasak ye?

*luv Syahnia* said...

cik oni tomey ;)

rindu dgn bdr kota tggi..
lama tak p dah..huhu

byk cite ktgglan ni
harus fllow balik..

ch@ said...

bee:
hahaaa bestnya menantuku abang pitt =)

Qellissa:
laaa hang orang Johor ka? Johor tang mana? balikla menjengah orang tua. oni dah besar dia buat hal sendiri. ikut suka hati dia je.

ain:
tengokla mak dia, wahahaaa. bdr kota tinggi dah ada banyak bangunan.

mamalieyna said...

iiish kalo jumpa cikOni sama arif ni, sure arif yg jd lelaki melayu terakhir..dpt bayangkan kelasakan cikOni..then, compare with arif..hehe..

nnti senang2 dtg ler bkt jalil, tak jauh pun pj n bkt jalil..leh cikOni kenalan sama arif..tp arif pemalu tau..ekeke...takde kena mengena pun..tetiba jer =P

ch@ said...

bkt jalil ye kak, nak laksa eh hiii. ha tu la tu, oni ni jenis yg main sendiri, dia berdikari sikit.

Cik Shiqa said...

akak, comey je oni makin lasak.. senang nak jaga sebab x kuat nanges.hehhe

ch@ said...

shiQa:
betul, jaga dia paling senang. biar je dia main sendiri.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in