Yeay, mrABi bawa jalan.

Friday, 4 February 2011

Salam satu Malaysia.

Selamat Tahun Baru Cina juga ye, hiii sempat lagi ni memandangkan aku cuti sampai 9hb nanti, betul-betul meraikan bersama. Cisss! - habisla banyak report nak kena hantar 10hb nanti, ergh!

Hari pertama aku bercuti 02.02.2011, mrABi mengajak keluar berjalan. Huye-huye, jalan agak jammed juga la. Tujuan asalnya nak cari meja ABC untuk Oni, tapiii meja tak dapat, boleh shopping menda lain pula, ekekeke.

Destinasi? Sungei Wang Plaza, tempat mrABi melamar aku jadi kekasih gelapnya. Takde apa nak beli selain aku dapat selipar bulu-bulu tak sampai dua hari dah hilang sebelah, mrABi beli heli kontrol tak sampai sehari bateri tak boleh cas, Oni dapat mainan yang tak sampai sejam dah tercabut. Mujur boleh pasang semula. Haih!

Terus ke Tesco Extra, Ampang untuk beli barang dapur. Meriah penuh satu troli sampai nak melimpah. Aku yang tukang tolak rasa nak berjalan sama-sama dengan troli. Habis sakan bershopping terus ke rumah Hishabmudin budak kacak Brickfield, tapiii tak duduk BF dah.

Nak tengok baby girlnya yang belum bernama. Comel-comel. Geram-geram. Oni? biasalah, orang dah besar macam-macam skill la dia. Mujur la asyik nak berkepit dengan mrABi, selamat aku. Kui-kui-kui.

''Di mana dia anak kambing aku,
Anak kambing aku ada di bawah gebar,
Di mana mana dia buah hati aku,
Buah hati aku ada di dalam gambar.
can-malican-ho-ho-can-malican-ho-ho,
can-malican-ketipong payong, hohoho''


Habis satu hari, esok paginya badan aku macam nak patah, sebab banyak berjalan. Adeiii. Best-best.

~)@ Ada barang kat pejabat pos besar nak kena ambilla. Cisss, posmen ni datang time aku takde pula.



9 pasang kaki:

Mama Kembar 3 said...

wah sronok jln jln yer, biar sakit satu badan tapi hati puas kan hehe

ch@ said...

@Mama Kembar 3
betul-betul, ambil kesempatan selagi terdaya.

Darling Ninie @ Mama Comel said...

bestnya jejalan ngan tersayang... wink3

puanbee said...

best nyer jalan2 ..hee bee duk kampung ni pon byk jalan2 sebab nk hilangkan stress berukband poblem..

ch@ said...

@Darling Ninie @ Mama Comel
hahaaa habis tu nak dating dgn orang lain kang kena kejar dgn parang.

@puanbee
kita duduk kampung, mmg babai la kat blog. tapiii guna broadband celcom, kuat jugak, masa pantang hari tu.

*luv Syahnia* said...

wahhh best cuti bjln sakan..hehe
cik oni ok je tak pnat ;P

ch@ said...

@*luv Syahnia*
hahaaa dia penat, mak pak nya la jadi mangsa kena dukung.

Puan Capa said...

suka oni jalan2..ke ibu oni lagi suka ni.hehe

ch@ said...

@Puan Capa
oni mestila excited, mak dia? lagiii over excited.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in