Tabung.

Wednesday, 16 February 2011

Assalamualaikum/ Salam sejahtera.

Mulala tu ala-ala Monday Blues, ye le semalam cuti. Siapa suka menabung? Setahu aku yang suka menabung ni adalah, budak-budak dan bapa budak. Mak budak lebih terarah mengosongkan tabung.

Yes, mrABi ada tabung teddy bear, besar, gemuk, pendek. Baru sekali penuh dan cash kan. Taktau ke mana duit tu, duit dia wei, takkan aku nak tumpang walaupun ada gak termasuk sesen dua. Interframe.

Dan sekarang tabung tu, walaupun milik mrABi tapi tugas menyimpan beralih kepada Oni. Sekali je pak dia ngajar, dia dah dapat buat. Senang, tak perlu berbuih-buih mulut mengajar.

Setiap kali pak ngan mak dia balik kerja, dia akan pergi menyelongkar beg kerja atau lebih tepat lagi wallet/ dompet untuk mencari sumber pendapatan aka syiling sebelum mengeluarkan segala isi di dalamnya. 

Bila dah jumpa, dia akan tanya mak pak dia dulu seolah-olah minta kebenaran nak menyimpan. Bila dah terima arahan 'pergi cari tabung Oni, masuk dalam tabung' - tiba-tiba bertukar hak milik, makanya tabung bear-bear dicari.

Nak mengambil tabung atas meja, tergolek-golek dok tabung tu, bising, bingit macam banyak benar syilingnya. Telinganya pun dah pecah sebelah, mukanya pun dah retak sedikit. Alahai, sayang Oni.

Bila dengar bunyi syiling dah masuk 'haaa' kata Oni. Mak pak dia tukang senyum je la. Kepintaran terserlah. Bila ada syiling tak dapat masuk, dia tinggal je. Malas nak berusaha lebih, kalau teringat dia masukkan la semula. 


So sekarang ni memang sentiasa kena pastikan ada syiling untuk dia. Dapat la saham walaupun sipi-sipi. Belanja gula-gula.

21 pasang kaki:

shay said...

aimi pun kita ajar macam tu juga... tapi sekrang ni pandai minta duit tau, tanya nak buat apa katanya nak beli jajan... sabar je la...

eima said...

abah Fahim rajin amik duit syiling aku kumpul in case fahim ngaruk nk main keta token kat sopin komplek tu ...

die pi bubuh dlm tabung fahim ...
fahim plak asek la dok buka beg duit aku amik syiling tiru perbuatan pak die la tuh ...

bila dah dpt tabung die... die tuang semua pastu ... isi sekeping balik ...pastu tuang balik ... bila dah boring die tinggal je duit tu terabur ....heeee penat mama nk kutip ..klu 20-30 ringgit tak pe ...nih almost 200 +

Cik Shiqa said...

bagus oni... korek hendbeg umi ek.hahaha

bagus akak dh ajar oni mnabung dr umur skang. so nnt smpi besar akan jd tabiat dia. suka nabung. :)

tahniah*

EiJa ZaQuaN said...

hehe..bagusnya cikoni ye..menabung dr skrg..sikit2 lama2 jadi bukit
comel tabung bear tu..

btol tu cha..zaquan pun suka menabung..excited dgr bunyi syiling..hehe

alexa yussida said...

sumber pendapatan..hehe comel je..msti die eksaited sgt2..moga jd anak solehah oni syg:)

*luv Syahnia* said...

wahhhh suda bagus ni kak
cikit2 lama2 jd bukitt..

suruh kmpul duit kertas plak
adeehh abes kosong poket
ummi abi dia t.. ;)

bijak cik oni kcik2
dah pndai mnabung..

BondaWhilea said...

bagus²...jangan jd mcm kakak wiya ye, suke keluarkan duit dr tabung n sepahkan satu rumah!!

nanti duit oni dh banyak, leh arr banje kakak wiya nengok wayang ek.. :)

Puan Capa said...

bagus oni..kecik2 menabung..jgn korek tabung mcm untie capa sudah :P

@e_da said...

aloloooo comel la tabung oni.. mcm oni gak.. nanti leh blanjer mika ek.. hihi

mzhany said...

waaa bagusla oni ni siap mintak kebenaran. pastu pndai menabung dah...bagush2

dilazfamily said...

bijak cik oni..
qistina pun ada tabung ...tabung MAMA dia masa kecik.
tabung nie bentuk tong bulat surat macam kat jalan tu. tapi kecik jer. ada masa saya wat entri key

Gieyana said...

bijaknya si comeyy ko..we all pon ada simpan gak utk Nureen..syiling2 mmg taruk dlm tabung n then pegi bank in ker acct dier bila tabung tue penuh..:)

ch@ said...

@mamaShay
aimi dah besar, dia tahu apa yg dia nak. esok2 oni ikut jejak aimi la.

@eima
mak fahim kutip, masuk tabung sendiri la. pastu fahim korek lagi, mak kutip lagi, bagus punya kitaran ni. anak banak suka menyimpan.

@shiQa
pantang nmpk beg, siapla semua kena punggah, paling suka dia punggah rokok abi dia, akak tepuk tangan. suka.

@eija
budak2 suka something yg baru, buat dia teruja. sikit2 lama2 boleh beli emas. ngehahaa.

@yus
amin. sumber pendapatan diala. masuk tabung lain, kang belanja gula2 ke, roti ke, tu lain hal pula. byk benar cukai dia.

@ain
duit kertas? dia suka komot2kan, kasi gumpal2 lepas tu pergi dapur buang dlm bakul sampah, cemana tu?

@bondaWiya
hahaaa, belum pandai korek tabung lagi, tengok wayang? citer alvin and the chipmunk. hihiii.

@pnCapa
dah agak dah.

@kakIeda
tabung abi dia kak, boleh. kakakWiya nak tengok wayang, mikhail nak pergi mana?

@hany
dia dah dapat dari wallet, dia sua kat mak pak dia, konon2 soh verified la, baru cari tabung.

@dilaz
ooo kita ada tabung tu, kita punya dulu besar gila, tak penuh2 tenseion je, sudahnya duduk dlm stor.

@gie
itu mmg dah wajib, ada duit lebih je, masuk akaun dia-ada duit lebih je masuk akaun dia.

mamalieyna said...

comeinye tabung cikOni..! ^_^..dpt bayangkan camna cikOni ckp 'haa'..hehe..kiutkan..cam arif jugak, suka ckp gitu ~

arifnye tabung upinpin ^_^

qellissa said...

kecik2 dah pandai menabung pandai betul cik oni ni simpan duit..

Puanbee said...

cha menabung nih bagus tau..bee pernah sekali tukar dapat rm2800..terus beli tv dan peti ais..tk perlu hutang2lg tp 2 thn jugak lah nk dpt byk tu...skrg dah ada tabung baru..jeng jeng

Daleela said...

Comellah oni ni... geram...kecik2 dah pandai simpan duit. Nak kerja bank kot ni.. hehehe

CiK JuE said...

sama dengan kat farisyah...tapi farisyah bila mintak duit dia akan kata
"ibu cpatlah nak duit bear dah lapar"

buat oni...moga sampai besar rajin menabung ye...

Izan Ishak said...

baguslah oni ni! nnti boleh belanja aunty makan kepsi ye~

♥sYiLaSyiRa♥ said...

keje syira setiap hari buka tabung sepahkan duit, pastu terjerit2 mamanya suh masukkan balik. Tabung Syira bentuk botol susu, mmg senang sgt dier buka...bagusnya oni, pasni bykkan menabung k

ch@ said...

kakIeyna:
tabung upin ipin? ada eh kak, kena cari ni. hahaaa.

Qellissa:
duit syiling masuk tabung, duit kertas dia gumpal2 masuk dlm bakul sampah.

bee:
tabung baru? tabung hajikah? hihiii.

daleela:
kawan kita kata dia kerja macam mak pak dia juga, dgn komputer.

cikJue:
hahaaa cerdik2. bila budak2 sebut macam tu kiut kan?

kakIzan:
tak payah tunggu Oni, mak Oni pun boleh belanja kakIzan.

syila:
patutla, Oni tak reti buka tabung lagi, cumaaa kalau dia tak dapat masuk duit ikut lubang atas dia tunggang kan tabung tu, mcm la boleh masuk lubang bawah. hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in