Rugi sungguh.

Saturday, 5 February 2011

Salam satu Malaysia.

Huuu, hari ke-4 bercuti, Sabtu. Berulit dengan Oni, aduhai anaaak, kamu sudah menjadi ratu jerit. Bila aku marah jawapan dia, ''ho-o''. Itu sahaja.

Best sangat duduk rumah, ternak lemak sampai terlupa aku ada majlis perkahwinan kawan sekolah di Cheras. Kalau tak mrABi sibuk untuk pergi sword-barrel kawannya aku memang tak ingat langsung.

Tengok jam dah pukul 2.30ptg, aku pun dah malas je nak bersiap sebab lepas tu ikut mrABi pergi kenduri kawen kawan satu platun dulu.

Bila mrABi dah pergi rasa menyesal pula tak ikut, mana taknya di saat Oni melingkar tidur, hujan lebat siap guruh siap kilat memancar-mancar, buat ngeri aku je. Aku boleh nyorok belakang Oni, wahahaaa.

Itu satu hal, satu lagi terasa rugi tak pergi, jika tak boleh tengok acara persandingan kaum india, bukan selalu dapat jemputan dari kaum india ataupun cina. Mesti menarik, meskipun mengekalkan acara berjalan di bawah pedang. Rugi-rugi.

Kad jemputan. Mujur ada sedikit Bahasa Inggeris.

Makanya, menanti sahaja mrABi pulang membawa pengalamannya. Apa tidaknya, persandingan berlangsung jam 8.00 malam di dewan. Haaa. Aku dulu bersanding waktu siang.

13 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

la..awat tak pegi... kut tak leh share pengalaman kat blog :)

puanbee said...

betul bukan senang nk dapat jemputan dari org india nih..rui kalo tk pergi..

Farra Dhelina said...

seumur hdp mmg tak pernh dpt jemputn bgsa india.. best tu, dpt pglmn tgok adat kaum lain kwin..rugi ko cha tk pgi

sarah-najwan said...

akak penah dpt undangan kwn baik india kawin..tapi kat JB..xle gi..frust sgt...hehe

jika kita pi..bole tau camne pglmn dorang kwinkan..hehe

salu asik tgk cara kawin dlm citer tamil dan nustan je..jika dpt tgk real kn best...

dilazfamily said...

Betul tu kata kawan2...rugi tak pegi leh dapat info pasal kahwin org india.

ch@ meh join contest nie
http://mamaqiscontest.blogspot.com/2011/02/make-it-100-contest.html

ch@ said...

@PUANSTOBERI
orang tak berfikir panjang, buat keputusan pun melulu aja, pastu menyesalla. huuu.

@puanbee
betul2, kat tempat kerja pun mostly cina.

@Farra Dhelina
tau takpe, menyesal dan rugi la ni. haih.

@sarah-najwan
kan kak kan? yg akan di tengok ni pun belah malam, sandingnya. dia nikah siang, kat kuil.

@dilazfamily
ye-ye, dah menyesal ni, tak bergunala lagi. :( hiii.

E.d.Y said...

ruginya tak pegi...bukan senang nak tgk persandingan kaum lain

*luv Syahnia* said...

rugi-rugi ;P

Cik Shiqa said...

best tgok persandingan akak d bawah pedang. and, kalau akak p majlis yg ni leh tgok mcmna aksi nya kan. rugi,rugi.haha

ch@ said...

@E.d.Y
dah menyesal la niii.

@*ain*
hahaaa.

@*shiQa*
tu la tu, cuak lalu bwh pedang tu. well yg pegang pedang tu manusiakan, akak ni -ve aja. so far ok, pengalaman.

Puan Capa said...

ada jgk sanding waktu mlm....best jgk.sejuk

EiJa ZaQuaN said...

ehehehe..kan dh nyesal..
xpe la..sib baik ada cikoni..
kalau sorang2 dok umah lagi busan..

ch@ said...

@Puan Capa
tau ada, tapiii biasanya orang bersanding biasa je la, sebab yg ni dia buat majlis bawah pedang waktu malam, kita rasa pertama kali.

@EiJa
pandai eija. melayan blog, melayan dia.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in