Balik semula kepada aku.

Monday, 28 February 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, aku dah balik KL. Hiii sekejap je kan? 

Jumaat lepas sebelum aku bertolak balik Johor, mrABi gigih pergi pejabat Pos Besar untuk ambil pos ekspress berikutan peti surat di Desa Aman tidak berkunci. 

Aku sendiri tak tahu, mengapa pos ekspress ini harus terus ke Pejabat Pos Besar sedangkan di hadapan rumah aku terdirinya Pejabat Pos Kerinchi. Tapi itu tak menjadi masalahnya.

Yang menjadi masalahnya, surat aku tak sampai kepada penerima, aku sendiri tidak tahu nak buat macam mana. Hijaucantik Giveaway dah lama berlalu, hadiah kepada pemenang pun aku dah pos semuanya malangnya, aku menerima salah satu daripadanya.

Alasan penyampai kepada surat tersebut, 'tiada nama ini di alamat ini' aku terkejut. Mungkin aku tersalah tulis alamat tersebut. Bila aku cek semula.

Aku tulis betul, pengirim tu punya email taip alamat dia sebesar alam, siap nama dan nombor telefon. Ye semua aku buat betul. Berkali-kali aku cek. Aku andaikan, mungkin dia sudah berpindah. Tapi, apa guna nombor telefon tu jika tak berfungsi. Alahai susahnya.

Persoalannya sekarang, apa patut aku buat, minta alamat pengirim dan kirim semula. Terbang RM :p atau biarkan sahaja anggap tiada rezeki pengirim, macam tak patut pula.

Sila tinggalkan komen bernas anda, terima kasih kerana membantu.

MrABi membebel-bebel masa nak ambil surat ni, pening aku. Sebab nak suruh aku ambil sendiri memang aku tak pandai.

11 pasang kaki:

CiK JuE said...

as salam cha....entahle...tapi cik jue rasa kalau dah tak dapat hubungi tu maknanye takde rezeki untuk pemenanglah....

dilazfamily said...

betul tu ch@. makna yer org tu tak de rezeki.
tapi, cha dah cuba call ker?

♥sYiLaSyiRa♥ said...

ssh juga klo berada di situasi cha tu. tp syila setuju ngan cik jue, xda rezeki pemenang tu. kita dah usaha dah kan...

Puanbee said...

tak der rezeki dia lah cha...tanya dia betui ker dah pindah..

PUANSTOBERI said...

Cha cuba emel or tnya dia kat blog. If takde gak jawapan tu, kira mmg takde rezeki la kan..

BondaWhilea said...

1. mungkin dia duk umah sewa kot, pastu guna nama glemer kekawan yg lain tak tau name glemer tu..so reject arr kan.

2. minta je alamat opis sebab waktu siang hampir 100% di opis..confirm sampai punya. hehehe..sebab posmen tk anta surat malam2. :D

3. senang² bg kat akak je, kompon sampai! hahahaha..

ch@ said...

cikJue, dilaz, syila, bee & kakReen:
nak anggap macam tu juga tapi macam tak sampai hati. nanti kita mencuba cara lain.

bondaWhilea:
tu la sedang usahakan, ada ke dia bagi email kata dia punya dah sampai, tak faham sungguh kita. konfius. gift tuk akak special punya.

Puan Capa said...

maybe pemenang tu nak bg rezeki kat org lain kot :P

ch@ said...

pnCapa:
malas rasa nak mengeposnya semula.

*luv Syahnia* said...

dear tak pyh sush2..yg pntg
akk dah bg..cuma si pmnang
tak bnsb baik je..takde rzki

takmo akk kne bebel
lagik ngan mr.abi

ch@ said...

ain:
hrmmm sambil menggaru dagu, macam tak sampai hati pula.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in