Latihan kebakaran.

Tuesday, 18 January 2011

Salam satu Malaysia.

Hrmmm, siapa pernah terlibat dengan latihan kebakaran ni? aku pasti semua orang pernah terlibat, kalau tidak di tempat kerja sudah pasti masa zaman sekolah dulu. Betul tak?

Aku masih ingat lagi, kali pertama aku menjalani latihan kebakaran masa sekolah rendah. Dalam kelas sedang asyik belajar, aku budak rajin tau. Tiba-tiba loceng panjang kedengaran. Loceng besi yang menggunakan tangan untuk dibunyikan. Betul-betul nampak asap berkepul-kepul dalam sebuah bilik.

Keluar dari kelas, beratur dua baris menuju ke tempat untuk berhimpun. Seronok. Sebab tak belajar. Hihiii. Rupanya, tong sampah besi berisi arang yang sengaja dibakar untuk nampak lebih real.

Pernah sekali, loceng panjang kedengaran sudah hampir habis, tapiii kami masih kusyuk belajar dalam kelas. Kenapa tak dengar? mana nak dengar kalau satu kelas sedang meniup recoder. Belajar muzik. Haaa rentung dengan seorang guru. Serta merta blok bangunan dapat loceng baru.

Naik sekolah menengah, latihan kebakaran lebih extreme. Kenapa? tinggal di asrama, bergantung harap kepada kawan-kawan, buatnya kawan tak mengejut atau yang dikejut tak bangun, haaa sama-sama kena denda.

Biasanya akan diadakan pada minggu orientasi (ini tips). Selama 5 tahun aku tinggal di asrama, aku masih memegang rekod tak pernah rentung. Hiii. Sebab, aku memang senang bangun tidur.

Pernah terjadi, aku siap boleh ambil sweater yang tersangkut di kepala katil lagi dalam orang dok sibuk berlari menyelamatkan diri. Paling seronok tengok gelagat kawan-kawan simpan selipar bawah katil. Ada juga main lari berkaki ayam tak hirau dah luka atau tak, yang penting tak rentung. Silap2 ternampak, mereka-mereka yang mebawa selimut.

Paling suka masa ni dah tentula berlari tanpa tudung di kepala. Hahaaa. Free hair gittu, mau taknya jam 3-4 pagi, gelap. Adalaaa aku buat beberapa kali. Ngeee.

Selama lima tahun ini juga, pernah sekali aku jatuh sakit teruk. Member dah nangis-nangis risau aku pengsan dari lepas makan petang dan sedar semula lepas Maghrib. Then, malam yang sama ada latihan kebakaran, sedap wei aku tidur lena. Aku dikecualikan daripada denda. Selamat. Ketua Seksi Kesihatan melaporkan. Kesian kawan-kawan yang rentung, bayangkanla kena mandi dengan air sejuk pada itu jam. Tak ke demam?

Tahun akhir, aku sendiri yang handle latihan kebakaran untuk penghuni asrama. Syok owh. Zaman tu juga zaman paling aku tak duduk diam. SPM dan aku memegang jawatan Ketua Biro Sukan. Huru-hara hidup aku, aku rasa. Bila habis study je, warden aku cikgu Norjidah, akan ajak siapa-siapa aja yang berkenan di hati untuk round satu aspuri memastikan lampu dorm ditutup tepat pada masa dan semua orang tidur.

Bila aku memegang jawatan itu, makanya aku terlibat dalam segala mala aktiviti asrama termasukla menjayakan misi latihan kebakaran. Kerja aku? ketuk tiang dengan besi, hahaaa. Bingit jangan dikata. Dengan bunyi loceng dan ketukan besi ditiang, membuatkan semua orang tergesa-gesa terjun dari tangga.

Seronok rupanya tengok orang berlari kencang niii. Tugas lepas tu serah pada yang lebih seniorla kan. Pengalaman memang indah untuk dikenang.

Dan baru-baru ni, aku terbaca notis latihan kebakaran di tempat aku tinggal. Eh? agak-agak aku bangun tak kalau betul-betul diadakan. Huhuuu. Aku rasa yang peduli hanya ahli jawatankuasa yang menjayakannya sahaja. Orang lain ambil mudah sahaja sedangkan ini sangat penting.

Bukan apa, bomba dah biasa sangat datang rumah aku ni, kan lift selalu rosak. Then butang kecemasan akan terus ke bomba, tak lama lepas tu datang la bomba menyelamat mangsa.

~)@ Zaman sekolah, nampak bomba excited kan? belajar cara-cara memadamkan api.

14 pasang kaki:

Mama Kembar 3 said...

mama pun ada gak 'rentung' time latihan kebakaran. Orang lain lari cepat cepat, mama nak kumpul handbag dulu, cari henpon laa etc etc hehehe

Zaidah said...

masa sekolah dulu selalu buat latihan kebakaran...n last pernah buat masa kursus ngan JPAM

sarah-najwan said...

smpai skrg akak msih ada latihan fire drill..mklumlah kat skolohkan..hehe

penting latihan ni..
bole ajar kita utk bertindak masa kebakaran..jgn ambil mudah sb kita xtau perkara ini akan berlaku atau tak..

*luv Syahnia* said...

prnah lah skali dulu time skola..
tgh bljo tibe2 bebunyi..
lari lntang pkang ke pdang skola
mmg syok lah tak blajo..hehe


pastu takde dahhh..

oohhh akk dok asrama lamanye..
msti cm2 pnglaman kan..
dr jnior ke snior..

tak prnah rasa pnglaman tu..
caaayokkk lah kak org kuat ckgu ni..hehe

rasp said...

suka bila ada fire drill...
leh mengular skit hahahahaha...

♥sYiLaSyiRa♥ said...

Syila pernah juga join latihan kebakaran masa sekolah ngan masa dok tldm kat lumut. Dan pernah juga ada kebakaran kecik kat rumah sewa, syila xmembantu tapi org pertama yg lari kuar rumah..hahahahaha

mamalieyna said...

alamak n3 pnjg la plak, nnti mai lg..ni kalut2 je jengah! tgh lnggar pntg ni, bukak belog time opis..ngee.. =P

mzhany said...

cha, kalau bab rentung tu...hany ar orangnyer..tido mati owhhh, kecuali time jadi fasi jer...ahaha bencik aaaa....syok tido mimpi bagai...tiba tiba kena bangun lak...


selalu hany siap pakai pakaian yg sesuai utk keluar la..bangun sarung tudung jer. sbb slalu je dpt tahu bila nk buat latihan ni ;)

Mama Farra dan Faris said...

slm.

4 ur info mamafaris dah tukar url nih

http://farrafaris.blogspot.com/

meh join GA...just suka suki

PuanBee said...

hehee...pengalaman tak dilupakan..

best2...tp bee tak ingat lah latihan kebakaran sepanjang hidup bee..hukss

ch@ said...

kakNani:
huahahaa. lawak sungguh akak ni, tapiii betul juga kan kak? semua khazanah berharga duduk dalam tu.

kakZai:
see? masa sekolah juga selalu buat, boleh dikata tiap2 tahun. Mesti berdebar je menanti.

mamaSarah:
setujuuu. entry ni keluar sebab kerap pakai seksi kat rumah, andai la terjadi tak ke kelam kabut nak tukar baju tak seksi =)

ain:
hihiii. sebab tu akak ada pengalaman dgn pelbagai kerenah dan perangai orang sekeliling. itu masa sekolah, habis sekolah akak still duduk asrama lagi for 3 years sebelum duduk menyewa dan berumah tangga. hiii.

rasp:
kan-kan-kan? tapi yg tak bestnyaaa kena lari laju2 tak nak rentung.

syila:
hahahaaa. ok la tu, yg penting nyawa sendiri dan bawa diri sendiri.

kakIeyna:
take ur time kak. sama je ngn kita.

hany:
tak aci betul. mujur masa duduk hostel kita tak pandai pakai seksi2, tracksuit dgn t-shirt. so main lari je la, ada skali siap boleh cari selipar kat rak.

mamaFarraFaris:
terima kasih akak, ok noted. nanti kita terjah.

bee:
uiii setiap detik tu pengalaman bee, sayang jika dibiar tanpa erti. cewah.

Farra Dhelina said...

ah nk gelak pon ade bila teringat blk, siap bebedak sejuk kat muka, lari2..api api2.. adeiii

EiJa ZaQuaN said...

heheh..mmg btol tu rasanya 1st latihan kebakaran dkt sekolah la..pastu bila dok asrama time study poly dulu mmg paling x best latihan kebakaran nya tgh mlm..mmg saje kaca time org nak tido..huhu..

ch@ said...

farra:
tension je tang orang jerit api-api-api! tu, masa jadi junior, rasa mcm kena buli dek senior. nyampah je. org lari sebab tengok farra pakai bedak sejuk, putih je.

eija:
tidur rasa tak lena kan? asyikla terbayang kena lari.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in