cikOni dah tinggi.

Thursday, 27 January 2011

Salam satu Malaysia.

Mood cuti dah datang, aku masih belum apply cuti untuk 2hb, maklum aja la aku kan penduduk Malaysia, harusla meraikan bersama. Hahaaa.

Eeee, macam mana la aku tak jadi hulk, kalau tinggal dengan aku macam ni la gayanya. Aku rasa, inila yang paling extreme dalam banyak-banyak gaya.

Steady la cikOni.

mrABi tinggalkan kerusi di meja pc, inila kesannya. Aku pun tak tau tujuan sebenar dia naik atas tu. Nakalkan? Adakah ini kesan daripada minum susu formula? Aku takut orang tuduh aku tak pandai jaga anak.

Tapiii aku nak buat macam mana, kalau aku marah cepat je tangan aku naik sama. Better aku sabar je, bila aku sabar dia pula kebal dek kemarahan aku. Cuba mrABi yang marah, terus berubah muka. Melalak, merajuk bawa diri kat dapur.

Argh, emak memang tak sampai hati nak marah, dah penat bawa 9 bulan dengan pelbagai cabaran, kena pula sakit hendak bersalin. Rasa terkilan bila marah anak yang keluar dari badan sendiri ibarat marah diri sendiri. Aku memang tak sanggup.

Tunggu la dia beraksi depan mrABi nanti, sedarla dia bahawa tempat itu amat bahaya untuk dia. Tambah-tambah dapat emak yang agak malas mengemas bila waktu malam, hihiii.

~)@ Menguji kesabaran namanya.


17 pasang kaki:

Puan Capa said...

nasib baik dia panjat meja.kalo panjat bumbung umah....haishhhh..tu menguji kesabaran :)

Cik Jue said...

ch@ bukan salah ibu mengandung..bukan juga salah susu formula tapi budak2 sekarang memang mcm gitu...tapi cik oni memang steady boleh pijak meja pastu duduk atas key board lagi...

mzhany said...

siap berdiri atas keyboard. agaknya nak buat urutan kaki tuh, biasa guna batu, oni nak guna keyboard.

seb baek tak berdiri atas monitor tuh.

Cik Shiqa said...

hati2 oni... jgn wat umi wisau :)

rasp said...

mmg steady tul cikoni posing tu...
leh masuk Malaysia Next Top Model...

PUANSTOBERI said...

Hik hik..kak reen tingin je nak tgk cha jadi hulk. sure comey kan. dah la mmg sker ijau ek. hihi.

Err.. betui eh tekaan kak reen. Apakah?? hihihi..dun wori dear, akak bkn keja Lembaga, akak keja Badan je - Perbadanan. :D

mamalieyna said...

aiyak...cikOni..cikOni..mmg dahsyat la..hebat..kalah la ayep ni..hehe..

ayep kan..dia kan..lg jiwa lembut giler, baru ckp...haipp..terus tunduk merajuk, nak nangis..hohoho.. =P

tak sampai hati nak marah anak kan..huhu..

dilazfamily said...

tak pelah ch@...budak nakal biasa yer bijak. biar dia buat...tapi kena pantaulah. takut lain lak jadinya

Ann-Wardrobe said...

adoii!! pijakkk kibod :P nakal yerk. babap punggum kam.

@e_da said...

ya allah anak dara sorang ni.. extreme betul... takpe cha.. dia aktif maknanya dia bijak..cuma kekadang bahaya diri dia... kena kawal juga... oni..oni

Mama Kembar 3 said...

ish bab panjat memanjat ni yg risau ni kan? cik oni ni sama lasak ngan my boys, suka benor memanjat, kasi lemah jantung mak bapak hehehe

Ibu Iman said...

aah laa.... oni dah tinggi... makin nakal lak tu... hehehe...

ch@ said...

pnCapa:
owh, tinggi daya pemikiranmu pnCapa, tapiii banyangkan juga la Oni panjat bumbung bangunan 24 tingkat, haishhh. ngeri.

cikJue:
kalau duduk tu boleh lagi bersabar, ini berdiri cikJue, tak ke menipiskan kesabaran. Adeila anak.

hany:
kalau dia berdiri atas monitor, mau hantar ke Malaysia Book of Record. hahaaa. Ekstreme.

shiQa:
kalau akak marahkan, dia bagi kiss satu. so nak kata apa?

rasp:
top model sebab gaya pose itu penting, kan kak? hihiii.

kakReen:
hulk comel ke? kita jadi hulk yg comel? mana ada hulk comel kakReen. isk-isk-isk.
perbadanan? alaaa tu banyak nak teka tu? hiii.

kakIeyna:
elokla macam tu kak, macam kita kecik² dulu, mama baru jeling je dah takut. kalau yg ini, jiwa kental, jatuh gedebuk pun dia steady.

dilla & kakEda:
bijak tu bijakla, sebab tu kita suka kalau abi dia ada kat rumah, takla dengar suara garang mak budak ni.

ann:
meh la ann tolong kita.

kakNani:
sebab tu la bila tengok kembar tu, sorang2 prangainya lelebih kurang cikOni.

mira:
tau takpe, pening mak dia.

*luv Syahnia* said...

ishhhh..jgn tiru aksi bhaya ni..
sbr ummi oni yea ;P

ch@ said...

ain:
hahahaaa.

EiJa ZaQuaN said...

mak aihh..cik oni pijak keyboard komp..sib baik x rosak ek..

ermm..susah nak cakap..sbbnya zaquan pun lebih kurang perangainya..x tau dia belajar dr siapa..rasa mcm kita dh ajar sebaik yg mungkin..

ermmm..zaman skrg ni byk faktor persekitaran yg mempengaruhi..

ch@ said...

eija:
betul tu, org kata baby bf baik, cerdik dan dengar kata, tapiii kita seriau tengok adik ipar kita dah 3 thn bf, bila tak dpt mainan dia or orang ambik barang dia, dia punya mengamuk, menakutkan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in