Aku suka Indie.

Monday, 10 January 2011

Salam satu Malaysiaaa. Haaa, amacam cuti? mestila bestkan dihabiskan dengan keluarga tersayang. Macam biasa punch-cardla. Balik Johor? usahla ditanya. Aku masih belum nampak jalan ke arah sana lagi =)

Well, semua dah tahu keputusan juara lagu adalah muktamad, pendapat aku kesemua peserta yang bertanding memang layak untuk menang. Kenapa pilih Ana Raffali? itukan juri punya kerja. Memang dia baguskan.

Aku memang tak sokong siapa-siapa sebabnya aku lebih teruja nak tengok persembahan dorang semua, well hebat-hebat belaka ah. Persembahan Faizal Tahir memang tak dinafikan hebat saban tahun. So, dah biasa dengan gimik yang luar biasa daripadanya.

Bila lagu Pelita dari A.P.i, Noh dan Lan didendangkan, secara autonya aku suka lagu tersebut. Hahaaa. Best wok, best. Terkejut aku dengan gimik yang dorang buat. Betul-betul rasa kat medan perang. Meremang segala romaku.

Untuk penyanyi baru Adira, yes kamu memang cantik. Penampilan yang sangat sweet. Lagu Ku ada Kamu, aku tuju khas buat kawan-kawan bloggerku. Heheee. Aku pernah pasang senikata lagu ini di sidebar 'lirik laguku'.

Apapun, persembahan otai-otai tetap memikat hati memukau kalbu, betul tak? lagi-lagi bila Nash dan Fransisca Peter tarik suara. Pergh, calang-calang tak boleh ooo. Dato' Siti, aku rasa macam kembali ke zaman dia juara dulu. Meletop. Masih boleh menari dan menyanyi banyak lagu.

Nak ulas banyak-banyak aku tak pandai, jadiii aku selaku peminat lagu Drama King, yezzaaa korang memang best ah. Baju group Meet Uncle Hussain cantik. Macam nak menari ballroom. Camtu gak Black, tapiii suaramu macam kureng je Black? hahaaa. Ampun-ampun.

Aku rasa tu je kot, aku memang tak reti reviewla. Semua yang aku bebelkan hanya berpandukan kegemaran aku sendiri. Hehehe.

~)@ Rupanya, aku peminat lagu Indie. Hahahaaa. Baru aku tau.

12 pasang kaki:

Cik Jue said...

betul ch@..jue pun sama teruja nak tengok persembahan diorang je..tak kisah sape menanag tapi ana rafali tu lagu dia memang mendalam..

Zaidah said...

masing2 memang tengah syok citer pasal AJL...

EiJa ZaQuaN said...

yg pasti persembahan sume mmg conform hebat2..n FT mmg layak menang Persembahan Terbaik..hehee..

rasp said...

sana sini crite pasal AJL nie...
i enjoyed the show tapi ntah naper cam kurang ummphhh skit tahun nie...

mamalieyna said...

rugi tul bleh tertido awal mlm tadi..huhu..tak smpt tgk habis pun.. =P

dkama said...

hahaha aku pun baru perasan yang ko minat Indie rupanya... PEACE...

ch@ said...

cikJue:
kalau persembahan mendalam kita suka Yuna, hiii. Tapiii semua bestla.

kakZai:
hahaaa. macam bola hari tu la. sama je. sebab tu tak bimbang kalau tak tengok.

eija:
berbaloi la dia basah dgn spek mata hitam dia tu.

rasp:
ye ke kak? kita tgk aja saban tahun, tapiii tak pnh lekat kat kepala. heheee.

nanti tengok ulangannya, tapiii kena tunggu tahun depanla. heheee.

dkama:
ha tu laaa. rupanya jiwa aku ni indie laaa.

Nia said...

salam ziarah ch@, suka indie? wah,..sgt cool tu..hehe

senang2 jemput join ya
Baby & Me Shopping Style Contest

@e_da said...

huhuuu sedih akak tak dpt tgk AJL.. duk atas keta kat higway dr kampung

Cik Shiqa said...

shiqa ni x de genre, kalau ngam kat telinga, kompom suke. so means indie pun shiqa suka la :) suka itu bunkface..

pasal ana rafali, shiqa ckap kt en.Dot, shiqa suka Ana Rafali, kalau dia menang kan best, sekali dia betul2 menang plak. x sangka. but lagu dia memang bagus. setuju :)

PuanBee said...

aku suka semua lagu malaysia..wakakaaa

ch@ said...

Nia:
thanks Nia nnt kita join, lirik2 lagu indie ni biasanya simple dan berkaitan dgn kehidupan seharian.

kakEda:
jgn risau kak, mesti akan ada ulangannya. thn depan la. hahaa.

shiQa:
lagu ana tu simple plus suara dia pun lain dari yg lain. takpe rezeki dia menang tahun ni. apapun Nash dgn Dato' CT mmg superb.

bee:
hahaa ke kau suka lagu patriotik bee.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in