Esok 2011, oh!

Friday, 31 December 2010

Salam cuti satu Malaysia. Wiii...

Salam Ulangtahun Kelahiran 26
kepada
mrABi, Norerwandi bin Sumardi

Ucapan? Sama je ngan tahun-tahun lepas. Jangan lupa projek mega kita ok ;)

Tahun ni nak tukar lagu tema la, kiranya lagu tema ke-lapan sempena your birthday.

Kaulah bidadari/a dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga/kumbang yang selalu harungi hariku
Anugerah tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menerangi sunyi di hatimu
Owh, sudah lapan tahun aku menyambut ulangtahunmu wahai mrAlien. Hehehe.

Hijaucantik Giveaway habis jam 0.01am, jangan buat-buat lupa pula ya, aku nak update nama tu cepat-cepat. Aku nak setelkan semuanya serba cepat.


Wish untuk tahun 2011.
Aku nak meningkatkan skill memasak aku, aku nak pastikan aku berani membuat manisan, aku nak meningkatkan segala skill aku dengan dapur. Hahaha, sila tunjuk ajar ok ;)

Make sure projek mega berjalan lancar, mohon sama-sama mendoakan ye.

Tu je, banyak-banyak karang tak tergalas dek badan yang tak up-up ni.

~)@ Haiii kalau 31.12 je mesti nak buat macam-macam. Macam robot. Kan aku kata aku tak suka tahun baru, umur aku bertambah lagi satu.

Jantungku sudah tertinggal.

Salam Jumaat, hrmmm lastday Hijaucantik Giveaway, 10 kad istimewa aku dah siapkan, tinggal lagi 10 sahaja lagi =)

Pernah pergi funfair? aku memang teringin sangat nak pergi. Masa kekecik dulu selalu la papa bawak pergi, tapi sejak dah tua ni, tua ke? aku langsung tak pernah pergi.

Dek desakan Hakim dan Haikal memujuk pakcik polisnya (mrABi), termakan juga mrABi dengan ajakan mereka. Aku pun tumpang sekaki. Kebetulan ada kan, so agenda pun diteruskan.

1stly, round satu funfair. huhuuu meriah juga la kan, mrABi bagi duit tukar token, mainla apa nak main. Yeay, makSu Myra ajak aku naik buai yang perpusing. Huaaa.

Berat hati aku nak naik, gayat ah. Lama-lama aku rela. 2 token, aku naik dengan Myra. Mula-mula ok la, rendah je dia terbang, lama-lama makin tinggi, mencecah bumbung khemah sebelah. Huooo, gayat dow. Terpekik terlolong aku terbang tinggi tu.

Lama juga kami terbang kat atas tu, bila turun pening. Senyum pun rasa macam tak senyum je. Menggigil. Mabuk. Adeiii.

Then, bawak cikOni naik jumbo. Nak naik kereta api, tapiii cikOni ni bukan reti duduk diam, ngeri je bila dia tergolek ke nanti, so naik benda lain, yang mak boleh naik sama.

Adik kakak. Eh? mak ngan anak.

Haaa tak pasal-pasal naik jumbo, yang biasa ada di pusat beli belah tu. Adeiii aku sekali naik. Hihihi. Pening kepala naik buaian tadi tak hilang lagi, dah sambung natang ni pula.

Tukang belanja =)

cikOni? muka dia still, still flat. Agaknya dia pun masih pening-pening dek berendam lama siang tadi. Lepas teman mrABi main game, semua bergerak pulang apartment. Aku rasa tulang aku dah patah riuk. Sama-sama cari minyak cap kapak dengan Myra. Huhuuu.

~)@ Funfair zaman aku kecik dulu lebih best dan meriah, hadiah pun besar-besar.

Hijaucantik Giveaway.

~)@ Poster lekat ni @(~

Salam satu Malaysia.

Hijaucantik Giveaway, sempena mrABi birthday. Baca dahulu sebelum buat ok.


[Terma dan syarat semuanya ada di sini]

Jangan marah ye kawan-kawan ;)


Biarkan mereka 3.

Tuesday, 28 December 2010

Wiii salam satu Malaysia. Wei, aku memandu dengan keadaan cuak, sebab semalam balik kerja aku bergesel dengan BMW, wuuu nasib tak apa-apa. Gila laju aku drive semalam. Hihiii.

Hari ni juga badan aku terasa segar dibandingkan dengan semalam, mau taknya dua hari berendam di Tiara Beach Resort melayan cikOni yang sememangnya hantu air tu.

Tapiii yang paling seronok dah tentula anak-anak kan? tak kisah makan minum, janji dapat main air. Dan yang tumpang seronok sama mak dengan ayah. Hihiii.

Pagi Sabtu seawal 9 pagi kami gerak dari rumah ke Kajang rumah kakak ipar aku. Berkumpul di sana. Kecoh. Biasala 1st time kami bergether-gether. Aku hangkut papa, mama ngan adik aku sekali. Berjasa betul kereta papa aku tu. Nampak je macam tak larat jalan jauh, tapiii gagah meredah jalan KL.

Comelkan diorang niii.

Bila ummi dan abah sampai, terus kami bergerak. mrABi drive. Urgh, jalan ke Negeri Sembilan ni, awal-awal pagi dah jammed. Bergerak secara perlahan. Rupanya eksiden yang tak seberapa. Jammed nya, mak aih dari tol Bangi sehingga setengah perjalanan.

Check-apartment, makan-makan. Dannn time to go. Gedebush! Best wei best, aku jakun gila naik gelongsor air tu, 1st time naik dengan Amiza, dia rilex je, aku yang terjerit-jerit. Lepas tu, aku naik dengan Oni, mrABi tukang tunggu kat bawah. Ahahaha.

Lepas hajat aku nak naik gelongsor tu, walaupun tahap kanak-kanak punya. Orang dewasa punya gelongsor lagi tinggi, mau puyeng aku.

Amiza

Alisha

Haikal

Hakim

Mana Oni? hahaaa. Sorok dulu, kena edit gambar Oni tu, sebab seksi sangat. Bestkan jadi diorang ni, comel-comel. Susah gila nak ajak diorang naik. Tak reti-reti jari dah kecut. Masih lagi nak main air.

Aku siap telan panadol, pening kepala. Mabuk air. Adeiii.

Petang itu juga keluarga aku pulang ke Johor. Mujur diorang sampai hari Khamis, kiranya dah puas la bermain dengan cikOni.

~)@ Aku rasa mandi lagoon ni lebih best nak dibanding mandi laut. Betul tak?


Aku peramah bukan pemarah.

Monday, 27 December 2010

Salam satu Malaysia, selamat pagi semuaaa.

Kepala aku masih weng-weng lagi ni, pening-pening lalat dek kerana meneman cikOni berendam di Lagoon. Tidur pun tak mencukupi. Next entryla aku story ;)

Rentetan peristiwa Khamis, cerita tak habis. Bila aku baca semula entry tu, kenapala aku taip entry tersebut, haru biru, huru hara. Aku sendiri tak faham motif entry itu di tulis, ampunkan aku penunggu gua.

Ahaha, aku wanita berkerjaya, aku juga surirumah berjaya, aku seorang tukang masak, aku juga seorang pendobi pakaian, aku seorang jururawat, siapa sangka aku boleh membaiki perabot dengan baik, aku seorang cleaner cemerlang, aku adalah guru, aku juga seorang pengasuh, malah aku juga seorang tukang urut. Senang kata, aku ialah role model =)

Jadiii apakah salah aku, jika terdapat kekurangan dalam perkerjaan aku di atas, sekiranya semua perkara dilambakkan kepada aku seorang. Jangan salahkan aku kerana aku masih seorang manusia yang berperasaan, yang masih memerlukan belaian kasih sayang.

Kadang-kadang aku terfikir, apa yang aku buat untuk diri aku sendiri? huhuuu kesiannya aku, menyayangi orang mengabaikan diri sendiri. Biar apapun gelaran orang nak lemparkan. Tapiii itula aku seorang isteri yang taatkan suami, aku isteri yang menghormati suami.

Aku masih sedar, aku masih muda dan perlu melalui hari-hari dengan gembira. Buat apa aku makan hati dan memendam perasaan. Buat diri menjadi lebih sakit, kan bagus bersemuka, bicara hati ke hati, bicara mulut ke mulut (opsss!) sakit pun masa itu aja, dah lepas tu ok la kan?

Penting sebenarnya berterus-terang ni, iya sejak aku berkahwin amat kurang aku berterus terang, nak menjaga hati punya fasal, padahal berterus terang itu la penyelamat rumah-tangga sebenarnya.

Aku kena menjadi diri aku sendiri, selamba, sempoi, gila-gila. Bagaimana dia mengenal aku, begitula aku yang sepatutnya. Go-go cayok.

~)@ Akhir tahun entry emosi sikit. Biasala nak buka buku baru jadiii perkara, perkataan, perbuatan yang tak elok tu kena la seal ketat-ketat.

~)@ Macam mana isteri-isteri berkejaya mengatur jadual menjadi suri-rumah terbaik? Hrmmm tanya pada yang pakar.

Hilang akal, hilang arah, hilang tujuan.

Friday, 24 December 2010

Salam satu Malaysia. huyeee esok cuti, cuti-cuti Malaysia.

Selepas makan tengah hari semalam, aku masuk bilik meeting dengan boss. Berdebar-debar jantung hati, apakah tugasan kali ini. Melihatkan dia masuk berlenggang tanpa laptop dan buku nota, hati aku lega sikit.

Maknanya mahu beramas mesra saja. Mahu face to face berbual soal hati perasaan suasana dan keadaan. Sengal ah, aku tiada scandle dengan boss sebab boss aku bimbang dengan mrABi. Asal jumpa aku je kata takut kena tembak. mrABi tu kerja tembak orang kah? hoi! jangan double meaning.

Owh aku bakal menadapat boss baru. Boss ku ini sudah tidak mampu menjaga diriku kerana kesibukkannya yang teramat. Aku faham - aku faham. Aku bukanla seorang yang suka susahkan orang. Hiii.

Ok, balik rumah macam biasa, ambil cikOni bawak pergi taman. Kuki-kuka-kuki-kuka, naik rumah. Tengok-tengok pakcik 2 orang tu tenang-tenang layan Seribu Kali Cinta. Adik ipar aku ni suka tengok cerita Melayu. Hari tu kitorang layan Asmara, sampai aku tak tau kesudahannya.

Aku jengah bakul baju kotor, dah macam ais-krim. Siapa la kena cuci tu kan? kalau dah masing-masing don't know je. Aku la tu yang kena. Aku angkat pergi basuh, tengok baju kat ampai tak berangkat. Aku la tu yang kena lagi.

Pergi dapur, keluarkan bahan mentah, masak nasi. Kesian cikOni jadi mangsa keadaan, asyikla muka garang aku tunjukkan kat dia. Macam mana kerja nak cepat siap kalau dia duduk celah kangkang aku, tarik-tarik seluar.

mrABi pergi main futsal jadi? aku la yang kena jaga cikOni kan? sabar ajala. Mujur, siap aku berperang dengan dapur cikOni tidur. Online sekejap sementara tunggu mesin siap proses cuci baju.

Dapat call dari mama, ooo-hoooiii SURPRiSE, dia dah ada kat Seremban, tengah makan-makan. Dengan papa dan adik. Ayarkkk! Dia call mrABi tak dapat-dapat sebab mrABi tengah main futsal.

Bertambah malang handphone aku kena barred akibat terlebih penggunaan. Insaf sekejap, jangan guna handphone bila nak tengok blog/FB.

Cool syasya cool. Tengah-tengah sidai baju, mrABi call suruh aku ikut Didi (adik ipar aku) ambil mama kat Bukit Jalil, diorang dah sesat barat. Mujur cikOni dah bangun. Dengan tak ready apa-apa, aku hanya bawa handphone dan air untuk cikOni, apa kena mengena tu?

Terus jadi peramah aku dengan Didi. Yelaaa, dia lelaki. Tergelak-gelak bila dia pun taktau jalan nak pergi Bukit Jalil dari rumah aku. Huahahaaa, cemana tu? Maknanya? redah je la kan? Aku memang buta jalan-jalan kat KL ni, lalu la 45 ribu kali pun, memang aku failed. Sesat. Pergi balik kerja aku tau la. kuikuikui.

So far, sampai je Bukit Jalil, Didi nampak Wira Aerobek (aku tak reti eja).
'Bukan-bukan, kereta papa tu agak tak baru' tapiii mata aku nampak papa tengah jalan-jalan kat pejalan kaki.

Jumpa juga. Bila lalu tol rm0.50, aku lost. Rupanya aku tak bawak beg duit. Bila tak bawak beg duit segala lesen ic aku? Takde. cis-cis-cis. Menggelabah cari duit syiling dalam Kelisa. Takde, baru ingat mrABi letak dalam dompet kecil. Tapiii letak kat mana taktau. Buka dashboard jumpa Smart Tag tapiii tak reti guna. Lawak Ngangkung sungguh. Mujur, mujur lagiii. Didi bawa wallet, rm0.50 aja, claim dengan abang nanti.

Gelak-gelak-gelak, sampai juga rumah. Home sweet home. mrABi tengah makan malam, jam 11.00. Jam 12.30 aku pula ambil makan malam terus tidur. Huahaha.

~)@ Sebenarnya aku marah, tapiii bila dah berlaku kejadian macam ni, hilang marah aku. Jadi tak tentu arah pula. Berfikirla secara rasional walau dalam keadaan apa sekali pun.

Cinta hati.

Thursday, 23 December 2010

Wiii, yeye esok Jumaat. Tak payah pening fikir nak pakai baju apa. Eh? aku rasa t-shirt kompeniii tak cuci lagi arrr. Alamak!!!

Aku memang suka kompeni sediakan uniform, tak payah pening-pening nak mikir pakai baju apa, match tak dengan shawl, dengan seluar. Haih, rumit-rumit.

Malam tadi aku layan movie Alvin and The Chipmunks. Cute. Aku dah tengok 5-6 kali, tetap best. cikOni siap joget-joget, kagum dia tengok 3 ekor tupai tanah tu.

Malam tadi juga baru la aku dapat bersemuka dengan mrABi, hahaaa. Nama je dah kawin, tinggal sebumbung tidur sebantal tapiii nak bertemu muka dengannya payah benar.

Apataknya, dia balik aku dah tidur, dia bangun aku dah pergi kerja. Kalau dua-dua bangun dan ada kat rumah, sibuk pula dengan kerja rumah masing-masing. Bila duduk rapat sikit, yang sorang lagi cemburu.

Kekadang aku fikir, rasa macam tak heaven aja. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Walau macam mana pun, aku tetap cuba mencari masa supaya kami dapat bersama dan bila dapat bersama biasanyaaa yang jadi mangsa, cikOni.

Oni... esok-esok ada adik, jangan ajak buat macam ni ye, gugur jantung umiabi nanti.

Sesi membuli anak namanya. Bila mrABi baca komik, aku baca majalah, cikOni leka bermain sampai satu part, dia datang kacau salah seorang. Tak pun dia buat perangai yang terpaksa umi dan abi dia berhenti dari membaca.

Disuruhnya kami ni tengok perangai-perangai fresh dari dia, sekarang ni sesi meniru. Habis iklan-iklan kat TV dia ikut. Menari, melompat, berlari, memanjat, bergayut. Sampai aku terfikir, betul ke ini budak pempuan?

PakSu, tokMama dan tokPapa dia dah rindu dendam kat Johor. Namunnn mrABi dia masih buat derk aja. Sabar je la ya. Hahaaa.

~)@ Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk Oni pandai, nanti upah baju baru. hahaaa.

Tupperware.

Wednesday, 22 December 2010

Salam satu Malaysia. Wiii... kejap je sudah Rabu.

Hari ni aku nak menayang lagi, semalam hanger dengan telekung travel, hari ni sesi tayangan tupperware.

Hasil simpanan 10 bulan, RM500 berbaloi-baloi. Lepas ni sesi men'collect' barangan tupperware. Suka sungguh aku melihat betapa meriahnya warna-warna tupperware tersebut.

Boleh bawak pergi PD nanti, huhu...

Model tupperware versi aku, paham-paham je la tang mana yang dia geram tu kan? Orencantik dia tak sudah-sudah.

Sibuk nampaknya makcik Oni ni, pelanggan ramai gamaknya. Oni... Oni...

Mari kita sama-sama menyelamatkan bumi, dengan menggunakan tupperware, hiii... tak rugi melabur mahal-mahal, sebab tupperware mama aku dah lebih 10 tahun tahan lagi sehingga sekarang.

~)@ Berangan nak semua warna hijau. Tapiii apakandaya.

Dapat juga.

Tuesday, 21 December 2010

Salam satu Malaysia... wiii... dah pun Selasa, sekejapan masa berlalukan? kan? kan?

Dah lama aku nak penyangkut tudung, nak kemaskan shawl-shawl aku yang semakin banyak. Akhirnya, masa futsal samba hari tu, pnUmmi bawa. Beli dengan dia je la.

Mulanya aku tengok di blognya Mama Q Store. Nak suruh dia pesan pada husbandnya, untuk dikirim kepada mrABi, asyikla terlupa. Sudahnya, dia bawa juga. Harganya RM25 disebabkan promosi Krismas jadi RM15.

Kalau nak order pam susu ke, or yang berkait-kait dengan breastfeed, bolehla ke Mama Q Store. Segalanya di sana.

Penyangkut shawl dan telekung travel.

Keduanya, aku kepingin telekung travel biasanya ada di Indonesia. Ada dua orang yang selalu pakai kat surau opis aku, warna purple dengan coklat. Cantik, ringan, kecik, simple dan mudah. Sesuai dengan namanya telekung travel.

Sering kali aku jengah ke Itsy Bitsy Secrets dikendalikan sendiri oleh kakNani aka mama kembar3. Murah wok, cuma RM29 termasuk penghantaran.

Akhirnya, hijau menjadi milikku jua. Aku rasa aku nak beli lagi 3 la. Hahaha... tunggu gaji akan datang, aku borong. Murah sesangat.

Hihiii mestila warna kegemaran menjadi pujaan. Seronok bila dah dapat, takla aku cemburu tengok di blog-blog orang lain. Wiii...

~)@ Hijaucantik =)

Persiapan.

Friday, 17 December 2010

Salam satu Malaysia.

Fuuuhhh... lega rasanya dah launch giveaway buat pertama kali. Serius, aku gemuruh sampai mimpi-mimpi, nampak simple tapiii hanya Tuhan yang tahu perasaannya.

Amboi, happynya hari Jumaat katakan, sok boleh la guling-guling habiskan masa bersama keluarga ya? Aku pun dah start nak membusykan diri ni. Saje.

Semalam, opis aku agak meriah. Mood aku nak kerja pun ala-ala aja. Kebetulan, pc aku sedang di audit oleh Abamon, so makin la malas aku berleluasa.

Cik PA, Jeanne, bersama orang suruhannya menaikkan pokok Krismas, aku jadi jakun sekejap bila mereka menghiasnya di depan mata. Aku tolong tengok je la kan.

Aku cadangkan letak di pintu masuk, tapiii takde orang nampak katanya, iyala... pasang untuk membuatkan staff tak senang duduk aja, dah fikir nak bercuti. Hahaaa. Akhirnyaaa pokok ini berdiri di sebelah tempat aku duduk. Ceh!

Amik kesempatan, main-main-main je ya...

Macam-macam spekulasi mereka buat, takut aku kena elektrik la, aku kena pasang lagu Krismas la, aku kena tunggu santa datang la, aku gelak aja. Habis-habis aku kata 'ok nanti i nyanyi lagu krismas. Ribut taufan hujan lebat lepas tu jangan la u all pertikaikan pula ya'

Gelak lagi, waaah mentang semua bos takde, heaven engkorang kan?. Tak lama sebelum aku balik, pokok tu dah sempurna siap, blink-blink dan berwarna-warni. Kagum juga aku sebab pokok ni dah generasi ke empat masih boleh diguna pakai lagi.

Jeanne kata, pokok ni akan ada sehingga kita semua sambut perayaan, tahun baru cina-gantung angpau merah, hari raya-gantung angpau hijau, deepavali-gantung maruku, begitula sehingga ianya punah. Kita tengok tercapai ke tidak.

~)@ Kitakan satu Malaysia =) Nasib baik aku tak langgar masa nak duduk tadi, haih! selalu lapang aja.

Hijaucantik ada pengumuman =)

Thursday, 16 December 2010

Salam satu Malaysia semua. Hahaha semangat-semangat tinggal esok sahaja hari yang tinggal untuk minggu ini.

Dah sarapan? Sarapan aku simple aja, biskut dengan teh tarik. Aku tarik sendiri la, sedap wei. Siapa yang tidak menggemari biskut krim ini, sila bagi aku. Aku makan bercecah air panas, sedap. Cukup rasa. Sebab apa, aku perhatikan kat opis aku ni, biskut ini adalah yang terakhir akan habis, dan biasanya aku la orang yang menghabiskannya. Kesian sungguh.


Okok, bukan tu aku nak cerita, aku ada pengumuman nak buat ni, hehehe...

Alaaa aku nak buat GiVEAWAY senang-senang aja. Malam ni aku cuba buat bannernya, jangan la gelak. Aku tak sekreatif Whiteymommy tu, tapiii cuba jugala.

Bila nak launch? Esokla, hari Jumaat. Aku harap adala yang sudi nak joint, almaklumla blog tak seberapa ni. Tak sesat, tak la tahu hijaucantik di pinggir hutan ni.

Baru dapat kebenaran mrABi, sesungguhnya baru ku tahu mrABi tu sangat supportive orangnya, kekeke... apa punya isteri kan???

GiVEAWAY ni juga sempena birthday dia nanti, kitorang akan sama berumur 26 tahun untuk tempoh masa 4 bulan akan datang, sebab bulan lima aku tambah satu lagi. Cepat betulla.

Apa hadiahnya? benda free mesti sukakan? antaranya fridge magnet atau frame gambar atau buku nota atau bergantung kepada kenaikan gaji aku, nanti aku update lagi jika dah decided. Hanya itu yang aku baru terfikir.

~)@ Aku tengah berfikir sebenarnya ni, kenapa aku hanya dapat BE di leaderboard sahaja. Mungkin hijaucantik belum cukup bagus.


Melaram punya pasal.

Wednesday, 15 December 2010

Salam satu Malaysia, yeaaa hari ini sudah Rabu. Hari paling aku suka.

Kelam kabut. Itula permulaan untuk aku hari ini, bangun pagi pun dah lewat, snooze tiga-empat kali siapa suruhkan? padan muka.

Biasala, Subuh pun sipi-sipi nak habis, gigih nak gosok baju lagi. Adoiii nyesal tak buat malam tadi. Cis!

Hari ni aku dress-up ala mak datin, wahaha... 1st time aku pakai baju nak terbang ni, ala-ala kelawar dengan seluar lembut kembang-kembang, heel lagi.

Tu la mak datin punya dress-up, hantar cikOni pun dah lambat, menambah kelewatan bila dia berjalan tanpa arah, nak dukung aku tak larat.

Bila turun ke parking, korek-korek handbag cari kunci kereta, tapi... kunci rumah takde. Cis-cis-cis! Mencik!

Call mrABi suruh simpan kunci rumah di tempat RAHSiA, kekeke mana boleh bagi tau, kang kena tembak lak. Kunci rumah sampai 3-4 salinan.

Control ayu jalan ke kereta, pleg-pleg (bunyi alarm) kereta, bila buka je pintu kereta langsung bucu tersangkut kat bibir, cis... sakit siut, sampai berdarah gusi aku (tak la banyak). Rasa kebas semacam.

Bucu pintu kereta makan tuan.

Dah lambat. Tengok kat cermin ok je, cuma dah lama-lama terasa bengkak. Haih! harap tak ketara la bengkaknya. Senyum pun senget je rasa.

Jalan lengang, bagus cuti sekolah ni. Bila dah sampai, syok berangan sampai keluar kereta baru perasan pakai kasut lain sebelah.

Dah kena patah balik tukar kasut. Adeiii... (aku tak reti pakai heel bila drive, kena pakai kasut flat)

Kasut kanan yang banyak berjasa, sampai peeling.

Lepas kunci pintu kereta baru la aku bergegas panjat tangga 6 tingkat, tuju ke opis. Aku masih yang pertama sampai =)

Selamat juga aku tiba ke destinasi dengan macam-macam halangan.

~)@ Sama je nasihat aku, JANGAN BERANGAN dan SYOK SENDiRi. Hahaha, sekali sekala macam ni, rasa seronok jugak. Sempoi-sempoi aja.


Kukuku, kuku kamu, kuku kita.

Tuesday, 14 December 2010

Salam satu Malaysia... wiii lambat sikit aku masuk bilik berita hari ni, huaaa penangan PAPADOM Astro Prima malam tadi, aku nangis kaw-kaw. Mata aku bengkak.

Filem tu memang best.

mrABi menanya aku bertubi-tubi, kalau dah polis soal siasat sampai terjawab persoalan. huh!

Disebabkan mrABi kerja balik tengah malam, peti ais pun dah kosong, dengan takde mood aku malas nak masak, ke hulur ke hilir macam orang tak betul akhirnya aku duduk depan tv dan teringat Awan Dania 3.

Kacak sungguh si Gambit ni. kuang-kuang-kuang.

Aku teringat nak cek kuku cikOni, minah ni ganas sikit. Pantang kuku panjang dia menggaru sehingga luka berdarah. Tengok muka dia banyak luka-luka kecil disebabkan menggaru.

Hobi dia lak kalau nak tidur, takde kain nak pegang dia akan korek telinga dia (pangai mak dia ni) huahaha... kalau kuku panjang, terkupas sikit kulit tu.

Sebab tu setiap dua atau tiga hari aku buat spotcheck, kuku panjang kena potong. Potong kuku kena time dia tidur, kalau tak dia nak potong sendiri. Camno tu?

Dulu jari ini hanya bersaiz sebatang lidi, huhuuu...

Kuku budak-budak ni memang cepat panjang kan? aku teringat masa cikOni bayi hari tu, dah la jari besar lidi, kuku panjang lak tu, aiii cuak betul aku nak potong, tapi nak soh mama aku yang rabun tu? mau hilang jari cikOni tu (kata mama sendiri).

Sedangkan kuku aku pun bila panjang sikit aku dah risau, apatah lagi kuku anakku itu. Ya la dia kan kuat main, korek sana-korek sini, pastu lupa nak cuci tangan, makan pulak. Boleh mendatangkan penyakit.

Aku pun dah lupa bila aku start pandai potong kuku sendiri, sebab aku rasa starting potong aku hanya pandai potong kuku belah kiri, sebab aku bukan kidal maaa. Akhirnya, bila masuk hostel, takkan aku nak post tangan kanan kat mama kot, aku belajar sendiri.

Kalau ada mood, lepas potong kuku cikOni, aku beralih potong kuku mrABi pula. Nama je kerja pejabat, kuku macam orang kerja bengkel. haih!

~)@ Kuku bersih menjamin kesihatan yang baik, bila kita sihat hidup lebih bermakna, tak gittu?


Keselamatan seorang isteri.

Monday, 13 December 2010

Salam satu Malaysia. Hrm... hari ni rumah di pinggir hutan ni nak hidangkan sedikit pesanan. Mari-mari.

Azali kita tahu, sepatutnya kerja-kerja rumah ditanggung orang seorang suami, namun pada masa kini berapa keratkah seorang suami membuat kerja-kerja rumah ini tanpa mengharap sebarang balas dari seorang isteri?

Fikir-fikirkan ya.

Bila menjadi seorang isteri, sudah lumrah hati isteri menjaga suami, menjaga rumah, menjaga segala isi dalam rumah. Tapi, sedar tak sedar seorang isteri juga perlu menjaga keselamatan diri sendiri di rumah.
'Alaaa kerja hari-hari aku buat, takkan ada apa-apala' ayat biasa. Tapi... malang tidak berbau. Boleh jadi secara tidak sengaja.

Huaaa intro yang agak panjang. Buat kerja rumah tidakla semudah yang disangka.

Mencuci bilik air, memerlukan wangian dan kebersihan di semua celah dan ceruk.
Kita akan terdedah dengan sabun dan keadaan lantai yang licin.
Jadi pakailah selipar yang cekam dengan lantai.

Begitu juga penggunaan vakum semasa menyedut habuk di setiap ruang rumah, setiap ruang kena bersihkan di setiap celah perabot.
Kita terdedah dengan renjatan elektrik untuk memasang plug atau barang-barang berat di atas almari jatuh menimpa.
Jadi, pastikan tangan kering semasa memasang plug dan juga kemaskan barang-barang yang mudah jatuh di tempat yang lebih selamat.

Menyusun perabot, memperkemaskan langsir, membuka tingkap. Semuanya memerlukan kita berhati-hati.
Kita terdedah dengan sesuatu seperti, jari kelingking kaki tersadung perabot, pernah tak kena? rasa nak nangis kan? takpun tersangkut jari tangan di cermin tingkap, lukakan?
Jadi, jangan sesekali berangan.

Dapur merupakan tempat kegemaran kebanyakkan isteri, tempat paling banyak terdedah dengan bahaya.
Minyak panas, peralatan tajam, air panas, barangan elektrik, lantai berminyak, kaca yang pecah, bau busuk (eh!).
Jadi... sentiasa berhati-hati, jangan terburu-buru jika di dapur, buat satu-persatu dengan tersusun.

Semasa membasuh, mengangkat, melipat, mengemas pakaian ke dalam almari, menggosok pakaian.
Terdedah dengan air berarus elektrik, risiko hanger patah, jari tersepit antara laci almari dan lecur terkena iron.
Jadi secara tak langsung, kita kena sediakan jadual untuk menguruskan baju-baju kotor atau hari mendobi.

Kesimpulannya, seorang isteri berisiko untuk mendapat bahaya, seorang isteri dan anak berisiko mendapat bahaya yang lebih besar, seorang isteri dan anak dan sorang pekerja lebih berisiko tinggi.

Seharusnya seorang isteri sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah. Buat kerja dengan gembira, ikhlas dan jangan terlebih berangan. BAHAYA!

~)@ Berhati-hatilah, berwaspadala untuk orang-orang yang disayangi. Sayang diri sendiri ya =)

Cerdik si kancil.

Friday, 10 December 2010

Salam satu Malaysia. 10.12.10, cun. Haaa... dah pun Jumaat. Pejam celik-pejam celik dah pun habis seminggu. Mulala berdebar-debar menanti si jantung hati, balik KL hari ini. Adus.

Lama tak cerita pasal cikOni kan? haaa dia dah makin banyak songeh, akal dah hampir infinity. Ada je benda yang dia nak buat.

Satu hari kalau tak buat aku hangin memang tak sah. Bila speaker aku kuat sikit, dia buat muka. Majuk la konon, bawak diri. Sungguh aku tak tahan.

See... lepas kena marah sebab sibuk nak novel aku. Tak nak baca buku sendiri. Tangan gatal pergi cabut huruf O. Tau nama sendiri. Suka benar ngan huruf O.

Ok dah pun tercabut, perasan aku tengah fokus kat dia.

Konon-konon pasang semula la kan, kadang-kadang dapat dia pasang semula. Tapi, selalunya ke failed je la.

Tadaaa... camnila gaya pasangan dia. Dah siap pasang la ni. Start geram dengan aku punya kamera.

Ok cabut terus. Datang kat aku gelak-gelak. Lupa dia tengah merajuk tadi.

~)@ Aku sudah tidak berasa sunyi bila jantung hati tiada disisi kerana aku tahu aku masih ada buah hati yang seorang ini.

Senyum sampai telinga.

Thursday, 9 December 2010

Wuhuuu salam satu Malaysia... Esok dah pun Jumaat kan? cepat sungguh masa berlalu.

Semalam aku sampai rumah lambat gila, lepas maghrib. Huih! jem tidak beroti, kagum dengan para ah soh bawa kereta. Lesen penuh, ikut suka-suki dia je nak celah. Nak je aku kiss kan sikit enWaja aku tu pada dorang semua.

Sampai rumah, bersilat aku kat dapur. Emak saudara aku datang, aku buat cendawan sos tiram dengan ikan goreng. Hujan membuatkan perut aku tak sabar-sabar nak jamu nasi panas. Lelebih lagi bau cendawan sos tiram tu, huih... laparrr.

Ajak dia makan, dia tak mahu. Elok je dia balik aku bedal sebelum adik-adik ipar aku balik pasar malam dengan cikOni. Amik kesempatan pun ya juga niii. Kekeke...

Macam biasa, konon nak BW. Akan tetapi teruja dengan satu komen di orencantik.

GTO atau Eyriqazz. Aku anggap dia ialah sifu, seperti kakKujie atau abangBen. Selalu aku main sekodeng-sekodeng je ke blog dia, sebab rasa macam jauh benar beza blog aku dengan blog orang lama macam ni.

Bila tuan tanah sendiri dah menjemput aku untuk join giveaway, aku pun dengan sudi dan rela hatinya la join tanpa rasa was-was. Terima kasih bro...

Eh lupa pula, siapa nak ikut serta pergila ke orencantik ya =) mmuah!

~)@ Hatiku ada bunga :D


Adik beradik dalam satu rumah.

Wednesday, 8 December 2010

Salam satu Malaysia. Wah malasnya nak pergi kerja. Rasa nak tidur sepanjang hari je kan? rasa Monday blues pun ada juga ni.

Seminggu ni, aku keluar lambat dari rumah. Bangun pun lambat dari biasa. Bagus juga cuti sekolah ni, tak banyak kereta di jalan raya. Meluncur laju je enWaja aku.

Diberitakan, Sabtu lepas aku sepatutnya berada di majlis perkahwinan kawan baik selamanya yang berada di Kota Tinggi, malangnya aku gagal berbuat demikian. Sabtu bakal datang ni, di rumah pihak lelaki, juga aku tak dapat menghadirkan diri kerana mrABi sibuk dengan kerjanya.

Nak balik sendiri dia tak bagi. Aku pun seram sejuk je nak naik bas, tambah-tambah bawak cikOni tu, huiii buatnya dia tawaf satu bas, tak ke haru.

Nak naik flight, siapa pula nak tunggu aku kat airport? urghhh... alasan tak boleh diterima sungguh. Mungkin tiada la rezeki aku tuk ke majlis tersebut.

Masalah lain yang datang apabila pengasuh cikOni emergency balik kampung halamannya. Aduhai. Siapa yang jaga dia? Aku pinjam maksu Myra. Adik ipar aku sementara dia cuti sekolah.

Rasa macam orang asing dalam rumah sendiri pula, mana taknya tiga orang adik beradik ni dalam rumah aku. Kenyataan harus aku terima la kan, kalau hantar rumah MiL pun siapa nak jaga sebab MiL aku berkerja.

Lega juga la Myra ada membantu menjaga cikOni, cikOni pun senang dijaga, dia hanya tidur waktu siang. Waktu pagi dia bangun aku dah ada menjaga.

Lagi-lagi mrABi kena keluar bertugas ke Johor Bahru selama tiga hari. So aku rasa best jugakla, sebab ada kawan bercakap, kawan ketawa dan kawan buat kerja rumah.

mrABi dengan cikOni,
Didi
(adik lelaki mrABi yg tinggal dgn aku) dan,
Bob, abang mrABi bersama Ryan


aku dengan cikOni,
makSu Myra,
biras aku Fiza bersama Ryan.


Mesti kena ada kawan baru kita boleh gembira kan?

~)@ Bilalaaa rumah aku nak kembali normal macam dulu balik ni. Huuu...

Rahsia buku lama 1.

Friday, 3 December 2010

Salam satu Malaysia... kenapa tiada entry semalam? kesihatanku tidak mengizinkan.

cikOni dah cecah 1 tahun 5 bulan semalam, aku kena ingat sebab next month kena bawa pergi injek 18bulan, betul tak ibu2 semua?

Malam tadi aku masuk bilik komik mrABi, menyelongkar barang-barang lama. Barang-barang menggamit kenangan gittu. Maka terjumpala buku-buku yang ku kira sangat meninggalkan kesan mendalam pada zaman tersebut.

Sekitar 1996, ingat tak kepada kad-kad nama yang fancy, jika tak silap 12 keping RM3.00, betulkan kalau salah ye. Aku betul dah lupa. Aku ada juga buat satu, kenangan. Bagi pada kawan-kawan. Nak memilih kad tersebut sangatla jenuhnya sebab terlalu banyak pilihan.

Aku grab buku address ni, harganya? serius memang aku tak ingat. Aku bawa ke sekolah menengah, minta kawan-kawan asrama penuhkan butiran di dalamnya. Nama, alamat, tarikh lahir dan nombor telefon.

Tahun pertama menyambut hari lahir 1997 bersama dengan kawan-kawan asrama. Freshie, banyak gila dapat present daripada kawan-kawan dan senior lelaki. Hahaha... senior pempuan gasak dok nak jadi kakak angkat. Sampai aku pun pening nak jadi adik angkat siapa. Sehingga sekarang aku dan kakak angkat aku tu masih berhubung, dia seorang guru.

So buku ni, dari seorang kawan bernama Aznah Sahran, baru sahaja berumah tangga. Sempena ulangtahun kelahiran aku yang ke 13 tahun. Sangat obes eh? obses dengan David Beckham. Player no.7 Manchester United dan kumpulan Westlife. Love dengan Shane time tu.

Isi buku ini, sama juga alamat kawan-kawan terutama kawan berlainan sekolah. Sebab banyak benar kena ikuti kem motivasi la, masuk teater la. Sayangnya, time minta tu memangla ingat orangnya, bila balik langsung tak terbayang pun. Zaman tu mana ada handphone berkamera.

1999, cerita kelakar disebaliknya. Alkisah tahun akhir, ceh konon! tahun PMR, jadi buat satu majlis makan-makan dan bertukar-tukar hadiah. Lucunya, aku dengan Nurul Ain Ahmad Nazri, si pemberi, outing mencari hadiah bersama.

Makanya... dah takde rahsia la kan? sebab dia beli hadiah depan mata aku. Tangan aku mencabut undi, dan namanya naik. Gelak tak ingat masa tu sebab, memang kitorang je yang tau kisah disebaliknya.

Oleh kerana buku alamat dah ada, buku ni aku jadikan motivasi. Aku potong dan tampal artikel-artikel yang boleh memberi motivasi sahaja. Alaaa... kata-kata hikmah la. Aku tulis segala kata dan ayat yang best dan memberi makna dari novel-novel atau naskhah yang tidak boleh digunting.

Buku-buku ni memang sentiasa aku bawa setiap kali aku berhijrah. Disebabkan isi kandungannya bermakna, secara tidak langsung aku menjaganya dengan teliti. Nampak macam barukan?

~)@ Tajuk tu ada part kan? makanya akan ada lagi rahsia buku lama selepas ini =) terkenang zaman sekolah lagi. Haishhh!


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in