Kelam kabut.

Thursday, 30 September 2010

Esok sudah Jumaat, sekejap betul masa berlalu, aku rasa baru je pakai uniform Jumaat lepas, dah kena pakai semula.

Kepala aku berserabut sungguh hari ni, hati aku tidak berapa tenteram, aku pun tidak tahu mengapa, ingin sahaja terbang lari pulang. Macam-macam benda tidak terurus dengan baik.

Satu report siap, esok ada banyak lagi menanti, dah tinggal seorang semua kerja kena galas sendiri. Satu-satu terpaksa aku senarai, untuk aku susun supaya senang aku nak selesaikan.

1st time diorang keluar makan naik satu kereta dengan aku, aku yang drive, muahaha masing-masing insaf rela naik kereta sendiri dari aku yang memandu. Bukan aku tidak sound awal-awal. Haha... kan dah. Kecut perut. Walaupun aku tidak drift, tapi aku main redah je, seolah-olah semua benda aku nak langgar. Ya aku memang hilang pedoman bila kereta aku penuh. Sebab, aku biasa drive seorang diri.

Hairan, bila aku drive seorang boleh pula tenang aja. Rilaks, bila semua orang naik kereta dengan aku, mulala semua darah gemuruh naik. Kenapa eh?

Tapi bagus juga, lepas ni aku hanya menumpang diorang sahaja. Haha... kalau nak pergi pun, biarla aku seorang. Lepas ni boleh la lepak dengan kakLong dan AQies. Ngeee...

~)@ Mood ke laut merah. Mess night, annual dinner, adik ipar nak tinggal dengan aku. Aiyaaa....

Nasi lemak paru.

Apa makanan kesukaan aku? rasanya aku suka makan coklat je. Air coklat, coklat, kek coklat. Tapi takkan breakfast pun nak makan coklat kan? haha, ye boleh. Roti inti coklat. Hrrrmmm. Bahaya sungguh bila gilaaa dengan coklat.

Berborak dengan cikBiha semalam, rasa rindu nak makan nasi lemak paru, makan nasi lemak bersamanya. Bergosip waktu pagi, makan tat telur. Sedap-sedap. Aiii dah mula dah.

Dan pagi ini, hujan agak lebat. Jam sudah tepat 7.30pagi, aku masih dalam rumah. Muahaha... kalau hujan, mood pun ala-ala je. Malas. Apatah lagi tengok mrAbi berkelubung gebor, eh selimut. Ngeee... Bestnya tidur.

Lepas hantar cikOni, berfikir lagi. Beli ke tak, beli ke tak. Tak sedar jari dah tekan tingkat 2 jalan ke kedai nasi lemak. Yeay, dapat nasi lemak paru hari ni, mesti mengantuk pukul 10pagi nanti. Haha.

Hari ni, aku kena siapkan report. Aiyaaa... sempat ke nak tidur? Huh!

~)@ Pssst... pssst... kekasih hatiku sudah kembali. Aku nangis malam tadi tengok Hum Saath Saath Hai kali ke-5, hahahaha... gelak, gelak jangan tak gelak.

Blogwalk.

Wednesday, 29 September 2010

Orang simple, jadi blogwalk pun simple aja la kan? haha... Orang takde laptop, takde notebook yang boleh diusung ke sana ke mari, jadi blogwalk pun takat yang termampu, tapi cuba juga meredah.

Well, aku blogwalk bukan takat beri salam dan kuar ya, aku blogwalk baca semua sudut, titik, koma, ayat semua aku ambil kira mengikut tahap kefahaman aku sendiri. Haha, sebab tu kalau ada yang menerima komen aku, komen aku ke laut. Ampun-ampun.

1. Mesti jejak blog otai. Hehe, huiii entry baru dorang yang superb the vogue tu, mesti baca.

2. Kotak jerit, kalau ada nama yang asing-asing dek mata, aku singgah blog diorang, bila hati dah terpikat, aku jadi la follower, mana-mana yang tak menarik kat mata, atau pun hati, baca je la kan? free wei. Kekadang, dapat panduan. Bukan susah.

3. Aku tengok komen, komen entry sendiri. Macam biasa kalau ada yang asing, lawatan balas dari aku. Buat macam langkah 2.

4. Masuk dashboard. Mana-mana yang update paling latest, buka blog dan tinggal jejak secara mengundur. Ngeee... aku memang suka benar mengundur, habis entri latest, tinggal komen (kalau suka), pergi ke page sebelumnya. Hehe...

5. Buka satu demi satu blog yang telah jadi pengikut setia, see? sebab itu aku berusaha untuk mengingat nama pemilik blog dan juga nama blognya. Aku tidak mahu menjadi follower takat tu aje, tak ke mana-mana pun.

Sebab itu jugala, aku punya nuff ni agak kelambatan sikit. Sebab tu la, kalau ada laptop alangkah heavennya, boleh layan drama sambil blogwalk. Tak pun, sambil masak ke. Kan? kan? kan?

~)@ Seronoknya bila ramai kawan... indah-indah. Kat opis tak boleh blogwalk sesangat, nanti bandwith tinggi. Aku kena panggil ngan boss ensem :D

Rindu lagi.

Bila ada depan mata, lidah kelu nak berkata-kata, lidah tak boleh nak berterus terang, sanggup tu memendam perasaan, kalau geram lepas kat pintu la, pinggan mangkuk plastik la, habis terpelanting semuanya.

Bila dah tiga hari tak nampak, mulala rindu-rindu, adeiii sakit betul perasaan, mulala nak ada sesi mengadu itu dan ini, ngeee... tak berani pula nak call, taip mesej. Pandai-pandai. Bila sentap, merajuk mesej tak balas. Itula aku. Mengadu kat mrABi yang tiada. Gedik.

Menunggu dia balik macam-macam debaran dalam hati, kenapa eh? aku selalu macam ni. Bila tahu dia dah nak ada depan mata mesti nak pergi bilik air, nerves. Kalau dulu, nak pergi dating memang susah, bila dah siap-siap menunggu dia datang, adeiii ntah berapa kali keluar masuk tandas.

Baca dalam buku, kalau ada debaran dalam hati tu tandanya memang kita jatuh cinta, ngeee... malu-malu (blushing) tapi memang aku sayang dia pun. Hehe... kali ni, aku menunggu kejutan dari dia, hehe. Ye la dah mengadu macam-macam. Kotla dapat sebiji laptop, tak pun sebiji mini laptop, huaaa berangan ko syasya, bermimpi di pagi hari.

Tiada kejutan pun, aku tetap tunggu dia balik... macam mana nak kasi jiwa kental, tahan segala cabaran, kagum aku dengan isteri-isteri yang ditinggal suami pergi berkerja jauh-jauh dan berhari-hari, ada tu makan bulan-bulan. Owhhh myyy... mesti dalam hati, rasa nak nangis, rasa nak marah, rasa geram kan, rasa macam tak disayangi aje.

~)@ Terima kasih blogspot.

Bencila macam ni.

Tuesday, 28 September 2010

cikOni, panjat 11 mata anak tangga.

Semalam... aku balik kerja dengan gelap gelita, pukul 5.30 petang macam pukul 7.30petang wei, huiii hujan mengiringi kepulangan. So far selagi takde angin kencang or thunder-thunder tu aku redah balik, gigil rasa lain macam pulak, entah ngape.

Dalam kepala mahu membeli roti kering, tapi hujan. Makanya kena pergi dengan tidak membawa cikOni, aku tidak rela dia demam, huuu...

Aku memang failed sungguh parking tepi longkang ni la, mesti montot kereta tak lepas nyampah. Tak pas-pas, janji kereta boleh lalu sebelah sudah. Haha... lari pergi cucuk kat kepala rimau, aku berpusing satu Mesra kat petronas mencari roti kering, eh? tiadakah? memang kena pergi pharmacy la jawabnya.

So far, hujan reda. Berpayung juga la aku ke pharmacy lepas park kereta di rumah sebab aku berbaju kurung cutton, perasan macam cikgu sekolah seh. Haha.

Beli roti kering, sekali dengan 3 kotak cocoa coallagen, haha... terbang melayang RM RM RM aku, cepatla gaji weih. Dah beli barula nak sedarkan, padan muka.

Terus ambik cikOni, huaaa sakit seh kaki, dia tak nak berjalan sendiri, OMG... lenguh aku nak mendukung. Bila dah hujan lebat lif pun macam ba-alif, ngang. Sakit jiwa raga aku, dah la barang banyak, nak naik tangga pula. Tension sungguh.

Nak tak nak aku suruh cikOni naik tangga sendiri, gigih dia memegang pagar tangga, aku ikut belakang dia, asyik jatuh tersangkut je, aku dukung juga, kesian. Dalam hati aku, memang rasa nak sumpah tangga jadi lif, kalaula ada kuasakan?

Lif tu jangan katala, memang aku dah berzikir habis dah. Memang sudah habis kesabaran.

~)@ Time macam ni, mesti mrAbi takde, frusted.

Hidup tak sunyi lagi.

Monday, 27 September 2010

Hidup kena sentiasa ada kawan, hidup kena sentiasa bersangka baik, hidup kena sentiasa berdikari, hidup kena sentiasa ceria dan happy.

Hidup tanpa kawan ibarat, mati yang tidak diketahui orang. Kena hargai kehidupan meskipun hidup sentiasa dalam kepahitan, kena hargai kehidupan meskipun hidup bagaikan dihujung tanduk, setiap langkah, setiap aktiviti, setiap detik yang berlalu kena hargai sekalipun pahit.

Akan datang bila kita kenang detik pahit yang berlalu itu, kita sudah tahu bagaimana untuk menghargainya, mengatasinya. Apatah lagi detik pahit itu diiringi dengan hasad dengki. Aduh, sabarlah hati. Tabahkanla diri, ada hikmah disebaliknya. Ketahuiii, Allah menguji orang yang tahan akan ujiannya.

Kenapa aku bermadah? haha aku tidak kecewa, tapi aku hanya mahu hiburkan sedikit hati, apatah lagi hanya tinggal berdua dengan cikOni buat sementara waktu ini.

cikOni, dah hilang seluar, dia tak selesa pakai seluar londeh, langsung dicabutnya. Aiyaaa... macam mana hidup aku nak sunyi bila adanya si dia ini???

~)@ mrABi outstation... huaaaaaaaaa....

Award tanda ukhwah.

Saturday, 25 September 2010

daripada kakYanti Mat Isa
atau
kami in the house
atau
http://yantimatisa.blogspot.com
atau
A mother of 5 kids..a wife to abang misai aka Jamal Ali ...a teacher..addicted to photography .

kenapa aku tidak jemu blogwalking ke sana? kerana aku cukup kagum dengan dirinya ada 5 orang anak tapi masih kelihatan cantik dan bertenaga. Sempat pula mengadap blog disamping melaksanakan tugasan hari-hari.

Terima kasih kakYanti.

~)@ Blogwalking, menambah ukhuwah, juga mengetahui perkembangan, juga menjana pendapatan. Rajin-rajinla ya :D


Ikhlas.

Friday, 24 September 2010

Tidak ada apa-apa yang aku harapkan kecuali mereka memang seikhlas hati mengekori aku, mengekori perkembangan cerita-ceriti berkisar tentang aku.

Terima kasih yang tidak terhingga, cantik nombor ni. Triple 1. Ampun dan maaf kupohon sekiranya terdapat kekasaran bahasa yang membuat mereka-mereka terasa hati.

Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi. Gembiranyaaa aku...

~)@ Satu hari andai kita ditakdir bertemu, detik itu akan aku kenang seumur hidup.

Akhirnya kami berpisah jua.

Hari terakhir tuan kenari di opis ini, akhirnyaaa... dia mengambil keputusan untuk pergi jua setelah sekian lama aku mengekorinya sejak tahun 2002.

Aku dan pnIzma satu bumbung opis yang sama, duduk sebelah je.

Macam mana aku nak lupakan dia dari ingatan, sedangkan jasa baiknya lebih banyak mengatasi perangai kurang baiknya? macam mana aku boleh lupakan dia sedangkan dia sentiasa memberi idea, ilham, nasihat mengatasi kata-kata pedas yang memeritkan telinga? Macam mana aku harus lupakan dia sedangkan aku pernah duduk sebumbung, sekatil, sebantal (tak sengaja, tidur lasak), sebilik dengannya mengatasi pengalaman hidup aku yang masih baru diperantauan?

Aku dan pnIzma di TeamBuilding kali pertama aku menjointkan diri ;)

Owh, tidak terhitung jasa dan budimu dengan wang ringgit, dengan segala material, dengan segala intan berlian, tapi kalau aku bagi mesti nko terima dengan lapang dadakan? haha.

Terima kasih kawan, terima kasih kerana memperkenalkan diri menjadi kawan aku, terima kasih kerana sentiasa cool dan sabar melayan aku yang banyak sangat songeh dan sengalnya kekadang tak berapa nak betul ni (kan kepala aku pernah terhempas) ngeee...

Aku dan pnIzma, masa belajar dalam satu kelas yang sama.

Aku dan pnIzma menerima diploma, pernah memakai baju mama semasa majlis pertunangan aku. Mama aku sentiasa mengingati dirinya.

Sungguh biarlah nko kat mana-mana pun, biarlah nko memang nak melupakan aku pun, biarlah nko memang nak duduk jauh dengan aku pun, biarlah nko nak kutuk aku apapun, biarlah nko nak kata aku apapun, biarlah nko nak lupuskan aku skali pun, aku tetap ingat akan nko sampai bila-bila. Aku tetap di sini ingat akan budi dan jasa nko yang terlalu banyak kepada aku, aku aja kekadang lupa diri. Hehe. Aku tatap akan ingat akan laptopmu yang menjadi pojaan hati ku.

Aku dan pnIzma berkumpul bersama rakan ILPKL.

Cukupla untuk setakat ini, sebab memang tak cukup satu entry kalau nak buat pasal nko, ini baru je intro, belum masuk part-part kita sama-sama belajar, sama-sama duduk serumah, mau 10 entry. Semoga nko terus bertabah dan berjaya untuk masa akan datang. Semoga nko dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Semoga nko terus bergembira pnIzma, pnYasturainee Izma binti Abdul Wahid, terima kasih boss.

Sampai kita berjumpa lagi. Kenang kenangan kita dalam setiap doa, aku sentiasa mendoakan nko kawan. Masih terkenang nasi goreng Bandar Kinrara.

~)@ Tinggalla aku... tinggalla aku wakil Melayu dalam teknikal ni. Tidak lama lagi aku akan menyusul. Tunggu... ngeee! sayangkan boss tinggal-tinggalkan. Ekeke.

Ini bukan contest.

Sumber gambar: Mama Kembar

Tengok? aku suka sungguh gambar ni, banyak lagi gambar mencuit hati kat blog mama kembar ni, blogger baru rasanya. Seronokkan? tengok je dah tahu dorang membesar sama-sama.

Selamat datang ke dunia blogging KakNani. Sweet, sweet, sweet.

Baby tu, Muhammad Fahmi, Muhammad Faris & Muhammad Fauzi, jangan suruh aku teka mana satu dorang, memang aku taktau.

Aku yang baru seorang dah macam tangan sotong, pempuan. Ini? tiga... lelaki. Waiyooo superp mummy.

Semoga ketiga-tiga hero kakNani ni membesar dengan sihat dan cergas, kakNani dan suami juga diberikan kesihatan yang sentiasa baik. Amin...

~)@ Ini la wanita bertulang besi, berurat dawai. Gigih.

Berjuang sampai habis.

Thursday, 23 September 2010

Sumber google: www.videospot.co.za

Aku tidur lambat malam tadi, kawan mrAbi datang beraya. Mata tak mau lelap, sampai angka 2.30pg, cikOni jangan katala, lintang pukang tidurnya.

Melayan HBO, Bring It On: Fight to the finish. Movie ni memang seronok, boleh pula layan sampai habis. Kisah cheerleaders tak popular menjadi popular. Cheerleaders? pasukan sorak la. Datang tempat orang, dicabar orang, tiadak ada yang mustahil sekiranya berusaha.

Macam-macam liku dihadapi, tapi tetap mendapat jalan penyelesaian sekiranya ada usaha, ada ikatan persahabatan, menyokong antara satu sama lain dan yang penting setia percaya mempercayai antara ahli pasukan. Mesti berjaya.

Hasad dengki, riak sombong tidak akan kemana-mana pun, malah boleh menjatuhkan pula. Berlagak la, berhidung tinggi la, sampai masa orang lain berada di atas, kita berada di bawah.

Sedikit sipnosisnya:

Christina Milian stars as sassy cheer captain Lina Cruz, whose world is turned upside-down when her family moves from the urban streets of East Los Angeles to the sunny beach town of Malibu. At her new school, Lina clashes with Avery, the ultra-competitive all-star cheer captain, while also falling for Avery's super-cute brother, Evan. Lina's always been able to rise to a challenge, but can she create a new all-star squad, beat Avery at the Spirit Championships, and still keep her romance with Evan? Hot music, fierce competition and high-flyin' fun continue in this all-new movie!

Sumber google: www.bringitonmovie.com

Movie habis jam 2.00pagi, mrAbi melayan lagi satu movie, baru mata aku boleh lelap. Peliknya, aku bangun pagi dengan segar. Awal pula tu? Haish... memang terbalikla. Harap sampai ke petang la ni.

~)@ Rakyat Jakarta buat tunjuk perasaan lagi. Selamatkan la rakyat kita di sana.
~)@ Maaf ya, ini bukan blog wayang, jadi revision aku, ala-ala je :D akan cuba dipertingkatkan.

Kerana nafsu.

Wednesday, 22 September 2010

Sedang menjamu selera ke? makan tengah hari. Menu apa hari ni? Aku baru balik makan tengah hari di Murni, alaaa ayam pandan tu. Malas dah nak cari ayam penyet.

Dek kerana kelaparan, dengan tamak nya aku pun order la Nasi Goreng Chicken Chop dengan Ribena, aku tak sure, aku rasa aku dah post entry ni, haha lantak.

Namanya Nasi Goreng Chicken Chop RM 12
(nasi, telor mata, chicken chop, keropok dan kentang goreng)

Ribena RM3
ni je aku minum sampai habis.

Makan-makan-makan sambil layan TV3 dengan angin sepoi-sepoi.

Nafsukan? ni la dia tak mengukur di baju sendiri, kan dah mengah nak habiskan. Ye memang tak habis, gila banyak.

Aku insaf, memang aku taknak order menu ni lagi dah, terbayang-bayang rakyat Pakistan yang tak cukup makan kat sana. Serik sudah.

~)@ Makan pun kena beringat.

Seronok menjadi emak.

Rabu, aku suka dengan hari ni, sebab ianya hari yang tengah-tengah sebelum cuti hujung minggu. Kepala aku pening sungguh, mungkin terlebih tidur. Ada pulakkan? haha.

Dalam pada terbanyak tidur, aku terjaga juga jam 3.45 pagi, cikOni nak susu. Pelik, aku rasa dah mimpi macam-macam, tidur mati orang katala. Tapi... tetap terjaga juga dan macam tahu-tahu cikOni nak susu. Bukan sahaja malam tadi, tapi setiap malam.

Tak juga malam, pokoknya tiap-tiap kali cikOni mengamuk, melalak, merengek.

Sampai tahap mrAbi pernah tanya aku, macam mana umi tahu dia nak susu? macam mana umi tahu dia sakit perut?. Haha time ni la aku berlagak, tengok la mak dia siapa? tapi, biasanya aku sengih je. Sah-sah cikOni duduk dalam perut aku selama 35minggu. Mestila aku tahu dia mahu apa. Naluri keibuan gittu.

cikOni kan minum susu badan, jadi intinct tu memangla kuat. Walaupun hanya dua bulan berikutan keputusan susu, cikOni tetap membesar dengan cerdiknya. Sekarang ni aku dapat rasa perubahan kesenangan menjaga dia berbanding masa dia kecil dulu.

Baginya, dunia ini sungguh berwarna-warni.

Panggil je, Oniii... dia akan datang, 'hah' katanya. Dia akan bergayut kat kaki aku sepanjang aku masak kat dapur, naik rimas aku dibuatnya. Time tu keluar periuk belanga.

Dia dah tahu ketawa, dia dah tahu malu, dia dah kenal orang sekelilingnya, dia tahu bila mrAbi pakai baju cantik mesti nak pergi berjalan, kekadang bila aku ingat masa dia lahir, air mata mengalir tak pasal-pasal. Touching.

Oniii mana gigi, dia tunjuk gigi. Oni mana lidah, dia keluarkan lidah, siap buat gaya macam viper kereta lagi, Oni mana kaki, dia hentak sebelah kaki, siapa nama Oni... dia angkat tangan kiri. Bestkan? Seronoknya perasaan.

Yang bestnya, orang sibuk beraya, makan kuih raya, dia layan TV. Seorang aje, takde kawan pun, ralit dari berdiri, dia duduk. Tak hirau langsung lintang pukang orang yang bermain disekelilingnya.

Tak sabar aku nak balik berjumpa dengan buah hatiku yang baru seorang itu :D

~)@ Bergelar emak pada usia begini, memang sungguh bererti. Dapat belajar bidang pengurusan keluarga anak & suami, pengurusan pembahagian tugas-tugas rumah, bahagi lagi dengan tugas kat opis. huaaa... tak calang-calang ni.

Dimanakah ayam penyet?

Tuesday, 21 September 2010

Yuhuuu, laaa tak sudah lagi ke beropen house tu? raya sebulan, ye baiklah. Bila berat bertambah, kasi senyap-senyap aje ya. Ngeee...

Bermula episod jalan-jalan cari makan versi aku, haaa kali ni misi mencari kedai ayam penyet ria. pnIzma la, nak makan ayam penyet katanya, nak cari yang pedas-pedas, gigih aku tengok dia mencari peta kedudukan lokasi sebenar ayam penyet ria.

Sampai dilokasi, sesi mencari kedainya pula, pening juga kepala aku menengok kiri dan kanan, malangnya ayam penyet ria tidak nampak pun papan tandanya. Musykil laaa...

Jadi nasihat boss, makan kat Ayamas Giant Kota Damansara je la. Dah dua tiga kali pusing ayam penyet bertukar ayamas. Ok. Bila dah tiba Giant, haaa mata pulak terarah tempat makan lain, Wendy's la, mana lagi. Dasar tekak buaya, semua nak bedal. Haha.

Aku order Combo Single Mushroom Melts, regular size. Akibatnya, perut aku senak, air tak sampai setengah pun aku minum. Gila kenyang. Terlupa sungguh, sepatutnya aku order saiz kecil aje. Mana taknya, regular ni sama dengan large kat mcD. Hamik nko.

Mata pun sipi-sipi je kenyang melampau. Next time memang kena note la awal-awal. Hilang kisah ayam penyet ria.

~)@ Gambar takde, sebelum makan aku memang tak makan apa-apa, aku bedal sampai licin burger tu. Muahaha... buruk lantak sungguh.

Rumah sentiasa terbuka

Sunday, 19 September 2010

Yuhuuu, amboi cantiknya nak ke mana tu? rumah terbuka ya. Jangan lupa jaga tingkah ye, jangan makan sampai lupa diri. Kalau tidak terimala akibatnya 24jam mencari mr.tandas, akula tu. Ngeee...

Sabtu yang busy, pepagi hari aku mengemas rumah, aku tibai buat nasi goreng aje, haha. Nak pergi rumah terbukakan, so rumah pertama ialah rumah pengasuh cikOni. cikOni sombong sungguh hari tu, haha. Mentangla ada UmiAbinya, mama dia pun dia buat derk aje.

Pusing, Bangi, Kajang, Puchong. Semuanya keluarga sebelah mrAbi. Selalunya memang begitu. Dari tengahari sampai ke malam, senang bawa cikOni ni, masuk kereta lelap, turun kereta main semedang.

Ahad, pepagi dah gerak, Gombak, Selayang, Rawang, Petaling Jaya, perut jangan katala gila senak makan, makan, makan. Sampai turn rumah aku, bapa mertua aku kata, dah jangan masak apa-apa. Kenyang ni. Terharu juga la kan. Datang terkujat macam ni.

Habis sesi beraya Sabtu dan Ahad, 8 tempat aku pusing hanya sebuah rumah yang buat open house :) Meriahnya cikOni je la kan, haha...

Rumah aku takde open house, entahla aku bukan tak sudi nak buat open house tapiii bagi aku, siapa nak datang rumah aku, datangla. Aku buat apa-apa yang patut, bila dah buat open house aku risau tahun akan datang aku belum tentu sihat dan larat nak buat dan orang akan menunggu.

Bukan ke kita digalakkan datang mengunjungi rumah orang tapi tak digalakkan menyusahkan orang? aku suka datang menjengah orang tapi tak suka bila tuan rumah sibuk-sibuk masak macam nak berhidang sehingga 100 orang gamaknya.

Kan dah ada kuih raya, biskut raya, air. Bagi aku, datang bertamu bukan mahu makan. Bukan mahu collect duit raya. Datang berkunjung bertanya khabar. Datang berkunjung bersua muka.

Tapi... iyala kan, selaku tuan rumah, bila tetamu datang rasa tak lengkap bila tak hidang hasil tangan sendiri, rasa tak lengkap bila tak jamu dengan hidangan berat. Mesti nak buat juga.

Malam tadi dua keluarga datang rumah aku, rela minum air masak dari air manis. Ngeee... Aku memang suka hidang teh 'o' panas dengan air masak. Kata mama aku tekak orang tua tak sama dengan tekak orang muda ;)

Kesimpulannya, siapa mahu ke rumahku silala ya, aku buka gate dan pintu. TAPi... sila beritau awal-awal boleh? hehe... nak datang lepas raya pun aku tak kisah. Tetamu datang bawa rezeki.

~)@ Beringat-ingat bila makan ya. Jangan tercekik pula... Dalam kepala terasa mahu membuat open house juga.

Nuffnang

Saturday, 18 September 2010

'Nko biarkan aje, tak payah delete, nanti dia ada la tu. Aku punya dah cecah RM30 pun' pnIzma dengan selamba menasihati aku yang memang tak sabar-sabar menunggu iklan nuffnang ni keluar. Dalam kepala otak aku, blog dia lebih kurang aku je, cumanya aku ni agak rajin sikit la update. Ngeee termakan juga aku nasihat dia, buat don't know.

Tapi, sesambil tu aku rajin juga berblog walk, buat la apa yang patut bila berblogwalk. Aku bukan jenis suka buat blogwalk pastu terus pangkah, aku baca dari mula sampai habis. Memang aku baca sungguh-sungguh.

Penantian aku terasa terbalas bila adanya BE terbaru aku ni, sukaaa... dan malam ini aku dapat lagi satu kezutan, tadaaa...


Jap eh, aku nak nyanyi lagu doraemon, sambil berlari ala-ala skip... ngeee... ampunkan aku penunggu gua, aku terlalu gembira. Hehe... last ni aku update pasal ni, pasni aku tunggu aje lagi, sebab aku hanyalah blogger kecil-kecilan ;)

~)@ Terima kasih kepada tok-tok guru sekalian.

Berbuka pada 8 Sept 2010, FB & Reunion

Wednesday, 15 September 2010

Tajuk panjang, entry macam biasa je, ya jalan lengang lagi, setengah blog pun masih sepi sempena esok coti barangkali. Aku posa hari ni, wiii... rajinkan?

Orang dah beraya aku masih citer pasal buka puasa, haha... bukan apa kali ni berbuka special kat Hotel Mayres, nama pun tak glamour apatah lagi tempatnya. Menakutkan. Bila masuk tempat parkingnya huiii... rasa macam berpenunggu, seram. Tapi semangat nak berjumpa kawan-kawan sekolah setelah sembilan, ada juga cecah sebelas tahun tak berjumpa. Siap ada tak kenal lagi. Ngeee... gagah juga, mrAbi yang drive pun.

Makan kat sini lebih best, tapi aku macam tak berselera sangat sebab lebih teruja jumpa kawan-kawan. Lepas majlis habis terus balik ke KL.

Aku & cikOni
  • Aku salah seorang organizer berjumpaan ini, tujuan pertamanya aku nak jumpa mrFarhan (besfren aku sampai skarang, dulu aku suka dia, dia tak layan weih), dia yang menyuarakan untuk ajak yang lain-lain.
  • Asal tempat nak berbuka kat gerai tepi jalan je melarat sampai ke hotel.
  • Melayan cikOni makan, semua kata dia comel. Aku? haha...
  • Ada yang kata aku Yuna, ada yang kata aku Yugioh, pergh... kesengalan yang memang tak boleh belah.
Dari kiri, cikAna, pnMamai, cikHaliza, cikIffa, pnMaslina, cikReen, cikAwin dan cikDayah.
  • Kawan-kawan perempuan aku, bestfren aku yang paling setia Iffa dan Haliza, satu kelas dan masih lagi setia. Hehe, aku je memecah kebujangan tak sabar nak nikah.
  • pnMaslina, salah sorang organizer juga.
  • 4 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
  • cikOni yang tercengang-cengang, ajak bergambar tapi malu-malu, bersama kakakNurul.
Dari kiri: suami pnMamai, mrPudin, mrAnep, mrIpin, mrHasdi, mrRahman, mrAQypt & mrPa'an.
  • Semuanya control handsome, nyampah aku. Duduk semeja dok citer pasal hotel. Yela nanti kita buat reunion kat hotel grand.
  • Semua gambar ni aku amek dari mrAQypt. Perasan maintain dari zaman sekolah, gemuk yang tak mengaku.
  • mrPa'an, kawan baik aku siap bagi surat saman pada hari tersebut. Dulu kurus kering, sekarang gumuks dengan sihat.
  • 5 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
Posing sesuka hati, antara yang hadir.
  • Korang punya lawak memang kekal, korang punya kelancaran teguran memang havoc, korang punya gurauan memang mengundang orang libas dengan parang, korang punya idea masih bengong walau dah tukar status.
  • Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Terima kasih sebab tak ambil hati atas kelancangan kata-kata. Terima kasih kerana masih lagi menjadi diri sendiri. Korang best.
  • Dibulan yang baik, saling kita bermaafan. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Mesti ramai yang bawa handbag tambahan.
  • Mostly yang datang dari kelas aku... 5 Sains 2 terbaekkk...
  • Inila untungnya bila Facebook digunakan secara baik. Mengumpul kawan-kawan sekolah.
~)@ Kenangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, selamanya.

Kisah raya

Tuesday, 14 September 2010

Ye, tahun ni aku beraya di rumah pak mertua, bertambah meriah bila abang ipar aku menyertai sama, cumanya team kali ini tak berkonvoi ke Terengganu, ngeee tahun lepas dah pusing, tahun ni turn Johor la ye.

Terbaca kisah sedondon di blog mamaZharfan so rasa teruja pula mahu interframe kisah pagi raya yang lepas. Seronok wei, seronok. Papagi hari lagi aku dah standby, tahun ni aku mahu menikmati pagi raya dengan seenak-enaknya.

Terusik bila melihat adik beradik berkumpul, berebut turn masuk bilik air. Rumah kampung, air gunung, sejuk jangan kata la. Awal-awal pagi nak bersiram, memang bercinta.

Raya punya pasal, buat-buat la kulit buaya, kasi kebal baru tak rasa air tu. Lepas tu, haaa menggigil, cikOni la paling sadis, melalak-lalak kena air sejuk. Kekeke, umi kejam.

Tahun ni, aku, mrAbi ngan cikOni tak sedondon, sebab aku tak tumpukan sangat kepada baju raya, main bedal beli yang siap je, tahun depan kalau tak tempah, aku nak cari je kedai yang jual baju raya anak beranak, tu pun heharap aku masih begini lagi, takut juga kot dah tambah lagi seorang. Teeeeet.

Aku suka bila tengok satu family yang sedondon, nampak seperti ikatan kekeluargaan tu lebih kukuh, hehe... sebab sebelum aku kawin, memang aku sedondon dengan mama, adik sedondon dengan papa, tapi warna baju kitorg memang sama. Best.

Senang nak kenal ahli family, paling seronok bila datang je family lain yang sedondon, dah jadi warna-warni. Bestkan?

cikOni berbaju kurung, memanjang nak tidur.

Baju raya tahun ini, temanya warna-warni suka hati.

Comelkan? anak abang ipar aku (Ryan) dan adik ipar aku (Miza)

Kurang satu keluarga lagi, kakak ipar aku. Aku suka gambar ni.

Lepas sesi bermaafan sesi beratur agihan duit raya. Tahun depan, Ryan dah dapat kaki jadi boleh la beratur macam makpak sedaranya dapat duit raya. Banyak benar collectionnya. Bersambung dengan sesi berfoto sampai lupa nak makan. Haha...

Lepas makan, cikOni lelap. Sukahati buat program sendiri, then mrAbi pergi kubur arwah mak, aku kena tinggal dengan mak-mak saudaranya. Sesi berkunjung-kunjungan bermula. Seronok sangat.

Menjelang malam, family kakak ipar aku sampai, huih! sakan bermain la sepupu sepapat tu, sesi buli membuli. Paling best sesi mencari port tidur dalam rumah, haha. Aku? macam biasala port depan TV. Haha... nasib baik cikOni tidur awal. Ngeee...

Menjelang fajar raya kedua, semua orang dikejut oleh Miza, bersiap semua sebab abah sekeluarga mahu bertolak pulang ke Kemaman, Terengganu. Tapi... macam biasalah, aku juga yang awal bersiap, terus ke Kluang, Johor. 6.30pagi.

Family abang ipar aku bertolak ke Kelantan. Masing-masing dah berkeluarga. Hehe...

~)@ Uiii panjangnya, entry hari ni. Haha... mrAbi kena jaga cikOni. Muahaha...


Ucapan raya istimewa

Friday, 3 September 2010

Oni dengan Khalis tumpang bloghijau umiOni nak wish Selamat Hari Raya pada aunty&uncle & kawan² semua, kepada aunty&uncle kami nak duit raya, kepada kawan² kita lumba duit raya siapa paling banyak tahun ni ya...

salam sayang dari Oni&Khalis


~)@ Tiba-tiba ada ucapan duo budak tembam ni kan? sama tak? ada macam kembar tak? terima kasih WhiteyMommy pinjam gambar Khalis ;)

Ini je ucapan aku:

Salam AiDiLFiTRi
kepada
Pembaca BlogHijau ini

"Sepuluh jari aku susun mohon ampun dan maaf terhadap kekasaran dalam berblogging, sama ada bahasa entry atau komen yang mengguris hati. Salam berlebaran, jangan sampai lupa diri ya"

~)@ Kalau ada paya diladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, kita jumpa naik cuti nanti. Cuti²... Malaysia (sambil melompat pegang bendera-tiba²)

Diluluskan

Thursday, 2 September 2010

So far so good, hope semuanya akan berjalan sebagaimana dirancang. Hope semuanya dapat berhari raya dengan suasana yang gembira, jangan lupa juga pada yang tiada.

Penantian aku berakhir setelah beberapa hari aku menunggu, yeay! cuti aku approved. Boleh pulang berhari raya. Selamat ya semua.

Bloghijau menyepi dari 4hb sehingga 13hb September 2010

See? didn't see it? takpe aku beritahu, dengan rasminya aku offline la ye di sepanjang tarikh tersebut, rinduuu? ala sabarla, nak buat macam mana kan, tuntutan berhari raya, kampung aku belum upgrade maaa, tunggula aku reQuest papa pasang streamix kat kampung aku tu, 3G pun takde nak streamix mendanya.

Naik raya nanti aku pusing la seround dua melawat persiapan raya, melihat keseronokkan anda semua beraya, melihat betapa mahal dan warna-warninya baju raya anda, hihiii... Seronok-seronok juga, jangan sampai lupa diri sudah la ya.

Aku dah takde mood nak buat kerja, padahal esok ada sehari lagi aku berkerja, gila excited. Apatah lagi dok dengar lagu raya... wuuuhaiii terbayang dah suasana raya.

~)@ Beraya dengan mertua, tahun ni semua ipar berkumpul, yeay! mesti happening.

chef Oni dan kuih raya

Wednesday, 1 September 2010

Wiwit, bangun-bangun-bangun, aiii tahu la raya tak lama je lagi, dah malas nak puasa ke? sabar-sabar. 31 Ogos, puasa aku bermula balik semula. Godaan paling kuat pada hari itu ialah Popcakes.

Popcakes yang sedap

Aku memang teringin sangat nak makan popcakes ni, dah cuba order yang online tu, tapi... order sikit sangat agaknya, orang tak sudi nak buat. Jadi aku cari juga mana-mana pakar memasak yang boleh buat popcakes ni, akhirnya sepupu cikBiha yang memenuhi impian aku, walaupun ini kali pertama dia membuatnya. Syabas. Nanti aku order lagi ye. Aku sukaaa sangat.

cikBiha datang dengan kawannya menghantar ke rumah aku, well... nak jamu air sedap, puasa pula. Jadi memang datang hantar kuih semata-mata la. Seronok pula aku tengok biskut-biskut ni. Terasa betul-betul tak sabar.

Biskut raya untuk mertua dan mama

Ya, dalam pada aku yang sibuk-sibuk tu, cikOni pun sibuk sama. Habis diselongkarnya segala periuk belanga aku, mahu masak juadah berbuka katanya.

Tapi... masaknya di atas tilam dan juga sofa. Aiii tak boleh jadi ni. See? seronokkan? masak kena ada gaya. chef Oni. Insya-Allah.

~)@ Pssst, bos ooo bos, how about my cuti? aprroved ke tak ni? I nak raya pusing satu Malaysia ni.
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in