31 Ogos

Monday, 30 August 2010


"Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta"

Salam 31 Ogos, salam 1 Malaysia,
Aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua penduduk Malaysia, semoga kita sama-sama menjaga keamanan, kesejahteraan dan perpaduan sesama kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Aku bangga menjadi rakyat Malaysia...

~)@ Uiii semangat betul aku malam ni... cikOni boleh bangun pulak...


Tak puasa

Hujung minggu yang biasa-biasa aje, huiii setel juga memasang langsir, ketuk sana, ketuk sini, panjat sana, panjat sini. Puas hati aku. Mujur juga la cikOni tu buat hal sendiri, takde la dia duk sama menyibuk time aku buat kerja-kerja tersebut.

Sabtu, going back to Langat, punch-card macam biasa. mrAbi ada bisnes baikkk punya, malas nak masuk campur. Yang penting aku tak lekat kat rumah, habis semua kaum makcik aku ziarah. Ziarah singgah berbuka namanya. Kehkeh, hari Ahad aku bantai tidur, sama ngan cikOni.

Sampai tahap, mrAbi kejut suruh siap balik KL, haha... tak guna punya menantukan, tak boleh diharap langsungkan. Nasiblah. Lagipun puasa takde apa yang boleh dibuat melainkan tidur secara berjemaah.

Haaa... budak ni tak puasa, dia sedang asyik makan biskut. Habis bersepah satu rumah. Kerjanya asyikla nak berjoget. Pantang dengar muzik cepat je dia.

Bila dah dapat kaki, dah berlari, panjat turun sofa, dia tidur sendiri. Haha... Letih sangat la tu kan?

Iya... bila berbuka dia joint sama, belum azan lagi air dia dah secawan habis. Dah pandai minum guna cawan tu, tapi... tumpah basah juga baju.

Bila balik Langat, macam biasalah. Kerja pusing rumah to'ki dan umi tok. Main bunga api, meriah.

~)@ Minggu depan balik kampung... yeay!

Projek hari ini

Friday, 27 August 2010

Ok Selangor cuti, mrAbi kerja. Aku tinggal dengan cikOni, sementara rumah berantakan ni, hanya membiarkan cikOni bermain sesuka hati, habis satu ruang tamu dengan biskut. Takpe kejap lagi projek raya bermula.

Pertama buka sampul sofa, huh setelah 2 tahun beraya masuk tahun ke 3 baru nak cuci, gila ar dia punya habuk, siap bersarang labah-labah. Ya selama ni memang tak pernah terbuka hati nak membuka sampul sofa ni. Hari ni pesta.


3 round aku pusing washing-machine, akhirnya sampul sofa berjaya dijemur, dia punya habuk. Humangaih tak payah cerita la kan, punyala banyak sampai kekotoran aku punya mesin pencuci tu. Dasyat.

Tukar alas meja, lipat karpet. Tahun ni aku mahu guna tikar aje senang. Guna karpet buat mengumpul habuk je, tambahan pulak cikOni suka benar menumpahkan, menaburkan, memuntahkan segala macam benda.

Lap almari TV, lap TV, lantai je tak bermop, sudah tidak larat. cikOni ikut 'mengemas' sama, bahkan dia yang melebih-lebih. Tu yang hold dulu sebab bermain dengan air. Ada yang benjol sana sini.

Jemur tilam, fabreeze anti-bakteria lagi, cikOni alah dengan tilam tu, guna tilam sebab mrAbi hantar toto ke dobi, so tilam lama tak diguna macam-macam habuk sudah lekat. Kasi mati semua habuk, kasi tukar dia punya alas, dan cikOni pun tidur. Letih.

Langsir bilik je aku belum pasang, tunggu sampul sofa kering dulu, taktau nak sidai mana bila basuh kang. Hehe...

Lagi apa ye? kuih raya, tunggu bekas cikPA hantar, duit raya tinggal untuk parent aje, baju raya beli kat kampung, cikOni dan mrAbi punya baju dah ready. Kena simpan duit untuk lepas raya pulak. Huuu...

Aku kena mintak belas ngan Nuff ni, haha... blogwalk pun malas, macam mana nak dapat, ye tak?

~)@ Tahun ni perancangan teliti sikit. Tak macam tahun lepas. Semuanya terkejar-kejar.

Era.fm

Thursday, 26 August 2010

Menemani aku dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi setiap Isnin sehingga Jumaat. Aku sangat suka dengar celoteh PakNil. Sebelum ni beliau bersama arwah Din Beramboi, aku bantai gelak sorang-sorang dalam kereta. Sekarang PakNil bersama Ray dan Haniff.

Maintain ceria dan gelak, aku rasa kalau aku duduk dalam konti tu bersama dengan dorang aku hanya gelak memanjang tanpa suara. Sungguh ada sahaja sakat-menyakat, usik-mengusik.

Panas enjin kereta, buka tingkap (kalau tak hujan) sebab aku tak suka guna air-cond, on radio, start sengih macam orang tak betul. Sehari satu topik pagi, pagi ini topik lagu raya dan kenangan malam raya. Macam-macam cerita.

Bersambung pula dengan can I help you, part ni memang aku nak gelak guling-guling, Haniff akan call seseorang speaking dalam bahasa inggeris, tercangak-cangak orang yang menerima panggilan dia tu tak pandai speaking. Bila panggilan itu dah berakhir, mereka bertiga akan betulkan semula jawapan-jawapan sepatutnya.

Rancangan diteruskan dengan teka bunyi era, ada satu bunyi dan teka. Lumayan kalau dapat.

Dalam pada gelak-gelak, terselit juga ruang merisik khabar untuk mengingati, membantu orang yang memerlukan, owh... aku sangat touching part ni, bila PakNil berbual dengan orang terbabit, air mata aku bergenang-genang kekadang sampai menangis betul. Aku suka PakNil mengacara.

Segmen seterusnya jangan lupa nyanyi, ala-ala jangan lupa lirik. huuu... aku suka dengar dorang bertiga nyanyi lagu tema tu. Suka hati sungguhla. Meriah.

kredit image to: www.wildasia.org

Aku memang suka dengar riuh pagi era, lepas jam sepuluh aku bertukar channel pulak. Haha... Suka layan mp3 feel sorang-sorang.

~)@ Lagu raya PakNil tahun ni best ;) korang suka dengar radio apa wei?


Lawatan total

Wednesday, 25 August 2010

Sekarang, kena susun jadual blogwalking yang baru, nak melawat blog kawan-kawan kena guna masa yang lama.

Aku suka menilik setiap inci blog orang lain. Tambahan pula aku suka membuat lawatan balas kepada mereka-mereka yang meninggalkan jejak.

Oleh kerana waktu siang aku adalah waktu berkerja maka adalah tidak patut untuk curi ayam, apatah lagi aku telah dipanggil oleh boss kacak kerana bandwith tinggi akibat berblogging. Padahal bukan buat apa pun, aku membaca je.

Daripada dia sekat blogspot adalah lebih baik mencari alternatif dengan hanya membuat rajin terhadap kerja. Lebih kepada bermesej yahu je pun. Muahaha.

Kepada geng-geng blog aku, aku sangat meminta pengertian akan kesulitan, yeye je. Lawatan rasmi aku pada waktu malam dan cuti ye ;) Terima kasih kerana memahami.

~)@ Huh, usah ditanya mengapa datang dan balik opis mengikut masa yang ditetapkan, ini kerana bimbang bandwith tinggi ;) Makin hari makin sayang kat blog ;)


Makcik kepoci

Di suatu hari yang agak-agak hening, macam nak hujan. Seorang gadis comel baru bangun tidur, keadaannya agak comot kerana jangkitan selsema dan sedikit batuk. Dek kebauan dirinya yang begitu masam, maka dia dibawa ke bilik air untuk mandiii.

Di dalam bilik air, dengan keadaan terpaksa, penjaganya meniup buih menjadi belon sebagai ganjaran menghiburkan hati gadis comel itu. Tak pasal-pasal.

Huuu dia sungguh riang bermain dengan air, pancut sana, pancut sini sehingga terlupa dirinya tidak sihat. Selepas mandi, setelah berpakaian, dia kembali kecoh.

'Oni dah jumpa bedak'
'Mana Oni punya losyen?' ahhh sudah, sendiri teraburkan, sendiri bertanya.
'Mana sikat Oniii?' burrr terabur isi dalam make-up bag.
'Mana getah rambut Oni?' tangan masih lagi mengorek make-up bag yang telah kosong.

'Lain kali semua barang-barang Oni letak dalam bag ni, faham?!'

Huh, pandai pula gadis comel ini duduk katak gaya ni, sah-sah gaya duduk emaknya tu.

~)@ Syoknya dengar lagu raya kat radio.
~)@ Ini entry aku ke-300, follower aku juga cecah 90 orang. Terima kasih kerana masih setia.

Blog adalah diri sendiri

Tuesday, 24 August 2010

Hoho... cantikkan? kan? kan? bersenikan? kan? kan? baiklah aku punya citarasa telah direalisasikan oleh tangan berseni WhiteyMommy atau ibuKhalis. Simple tapi ambik masa sampai larut-larut malam.

Tangan berseni ni baru nak belajar bermain dengan warna hijau, orang tak suka hijau kena paksa. Erm... pepaham je la. Tak cukup siang, sambung malam pulak, tak cukup sehari sambung jadi dua hari, akhirnya kata putus dicapai. Inilah blog aku sekarang.

http://hijaucantik.blogspot.com

1. Ok, dah link ke blog cikOni secara total ;) ala blog contest je, bukan apa. Semua tepek gambar cikOni. Kalau jemu tak payah la datang, sebab blog biasa-biasa aje.

2. Senikan? mulanya ada kerawang kat border tu, tapi aku suruh dia delete, nampak serabut sangat. Tiba-tiba bertukat It's Umi Journal. Ya, lebih tepat.

3. Interframe, serius aku tak suka nak letak gambar, tapiii bila tangan seni Sha dah membuatnya, owh cantik rupanya. Kebetulan baju aku hijau (aku memang takde baju warna lain, warna pink? langsung takde :p

4. Rama-rama. Aku minta tapak kaki tiba-tiba transform rama-rama, haih takde sesungut, sebab kalau ada b/ground title sidebar aku melebar. huhu don't like ok.

5. Daun ni, aku ingat nak letak kat sidebar, tapi... Sha dah letak rama-rama malas la nak tukar lagi. Aku memang tak suka susahkan orang. Buueek!

6. Ye sudah jadi kalendar, buat sendiri tak jadi.

7. Kalau tak dia terbalik ke bawah, aku soh dia tukar terbalik ke atas, lantakla kalau orang kata cacat ;) aku suka je.

8. Aku memang suka template 3 column. Nampak semakkan? Boleh baca tak entry? Takpe, taknak baca jengah je pun dah cukup.

9. Siapa banyak, dapat hadiah dari aku ;) aku akan bagi setiap bulan. So setiap bulan hadiahnya lain, bulan ni aku nak bagi watermark dari design Whitey Mommy, hrmmm... nanti aku pilih designnya, keterangan lanjut akan diketahui kemudian.

10. Cenderahati untuk yang ke-100 ok. Salam perkenalan. Tunggu je la apa aku nak beri. Pssst... tiru shiQa boleh tak? ngeee...

Bloghijau adalah blog simple sebagaimana aku. Mana taknya hidup aku hanya bergantung kepada kebolehan diri sendiri, kalau aku boleh buat aku buat, kalau aku tak boleh buat cari jalan lain atau aku tak buat langsung. Senangkan?

~)@ Sekian sahaja persembahan bloghijau, hari ni hari interframe aje kerjanya. So sesiapa yang kata cantik lagi berkenan tu, bolehla ke WhiteyMommy, berpatutan ok, kerjanya teliti, kemas, mantap, dia juga seorang yang gila-gila kalau tak susahkannya ;) saje bodek.


cikOni, cikOni dan cikOni

Monday, 23 August 2010

cikOni dan bola oren. Pandai dah duduk atas bola tu pastu tergolek dok. Muahaha, padan muka.
Siapa sombong dengan umi?

Kamu istimewa, hakikatnya lubang hidung sebesar lubang jarum, tapak kaki sebesar ibu jari dan badan sebesar lengan abi.
Kamu membesar dengan baik, meniarap, mengesot, merangkak, duduk dan akhirnya berjalan.
Kamu baru seorang, walaupun seorang umi sangat berpuas hati dengan perkembangan kamu.
Kamu baru satu tahun tetapi kamu sudah berlagak macam kanak-kanak besar.
Kamu menjerit bila umi bangun masuk bilik air tinggalkan kamu.
Kamu mengekori mana umi pergi.
Kamu bersujud bila umi bersolat, mulut kamu ikut terkumat-kamit.
Kamu makan bila umi makan.
Kamu turunkan semua album gambar umi dan panjat naik atas almari tv.
Kamu panjat sofa bila umi baring atas sofa.
Kamu merengek mengada-ngada bila demam, hanya mahu umi, umi, umi.
Kamu berpusing satu rumah bila sihat.
Kamu membongkar komik, novel umi.
Kamu meniup bila umi meniup.
Kamu memetik suis lampu on dan off.
Kamu mengemas kembali barang-barang solek bila sudah siap.
Kamu senyum bila bermain babacak.
Kamu berkata cakkk... bila wajahmu ditutup dengan bantal, towel atau selimut.
Kamu memunggah semua baju yang telah umi lipat.
Kamu menggunakan handphone dengan betul.
Kamu tahu bagaimana menggunakan lesung batu.
Kamu membawa beg baju kamu sendiri.
Kamu babai, bila orang berkata babai.
Kamu disayangi, dirindui oleh semua orang.
Kamu digemari oleh semua orang tak kira bangsa, india, cina, orang putih dan juga orang gelap.
Kamula permata hati umi, kamu racun kamu jugala penawar.
Kamu akan bercakap satu hari nanti, Oniii sayang umi... dan yang pasti, air mata kegembiraan akan mengalir jua.

~)@ Emo, emo, emo... bila tiada perasaan macam ni, teringat kat cikOni. Aish, perasaan.

Happy Isnin

Happy Isnin? haha, macam pelik je tajuk macam tu. Tak dapat puasa penuh tahun ni.

Oiii banyaknya kereta di pagi Isnin ni, sampai jalan tak pernah jammed pun jammed. Agak lambat aku sampai. Takpe janji 4.30 petang, babai kepada opis.

Sejak berumah baru ni, asyiklah nak menatap kecantikkan rumah sendiri, uweeek! Perasan.

Ni aku nak tayang menu buka aku semalam. Ye la, bila buka sesorang macam-macamla dalam kepala sebab malas nak turun pergi bazar. Mula nak makan maggi, tiba-tiba terasa mau buat... errr, aku tak tau nak panggil apa. Pizza Maggie Ayam boleh?

Bahan-bahannya senang aja.
  • Maggie ayam (kembangkan maggienya)
  • Telur 2 hingga 3 biji (pukul rata)
  • Bawang besar dan bawang putih (hiris)
  • Daging burger ayam (cincang dan goreng bersama mentega)
  • Sedikit garam dan sedikit aji-no-moto.
Caranya;
  1. Pukul telur, hirisan bawang besar, bawang putih, burger ayam yang sudah digoreng, garam dan ajinomoto (ikut suka) dan perencah maggie ayam. Kasi sebati.
  2. Bahagikan bahan yang telah dipukul kepada dua.
  3. Panaskan kuali non-stick bersama mentega, masuk bahan pukulan yang pertama.
  4. Agak-agak dah nak masak, masuk maggie yang telah kembang, masuk bahan pukulan yang kedua.
  5. Agak kering. Terbalikkan. Kasi dia mampat.
  6. Tunggu la sehingga kegaring-garingan. Api perlahan je ye, bagi tengahnya masak ;)
  7. Siap dihidang dan boleh dimakan bersama sos cili, sos mcD dan apa jua sos.
Haha orang tak pernah masuk dapur membuat percubaan ini kali pertama. Berjaya. Rupanya mrAbi pun tak pernah makan. Aku pun belajar dari adik lelaki aku nan seorang itu.

Nak modified pun boleh, kasi hot and spicy ke. Aku tak suka pedas.

~)@ Ini bukan blog resipi, jauh berbeza dengan blog Che Mat Gebu atau pun sisLin ;)

Nafsu rumah baru

Sunday, 22 August 2010

Ehem-ehem, lawa tak rumah baru aku? haha, gila ar kan, lain aku mintak lain yang jadi. Tapi... aku suka, suka gila. Semuanya hijau belaka. Ni yang rasa nak bawak tidur je.

Hasil tangan berseni seorang ibu garang. Muahaha, WhiteyMommy la, siapa lagi. Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Disebabkan kemahirannya mendesignkan watermark seperti yang aku minta, makanya membawa aku terus menempah template baru ini. Amacam? Susah ke loading?

Kriteria yang aku minta memang lebih simple daripada ini, sampaila tah bape kali aku kena marah dengan dia, haha. Senang kata 100% memang idea dia, aku? ciput je, bising dengan apa yang tak kena dek pandangan mata. Aku pun bukannya cerewet sangat, lagi senang sebab kepala dia lebih kurang aku je.

Terima kasih kawan. Aku teruja betul tak nyempat-nyempat type entry baru ni.

Oh aku pergi shopping siang tadi, huiii mrAbi offer macam-macam kat aku, jam tangan baru, baju raya, kasut, tapiii aku macam lost. Haha, hilang pedoman bila dapat tawaran macam tu. Apa yang aku beli, barang yang betul-betul aku punya hanya lah RM30, selebihnya barang dapur.

Gilakan? paling banyak shopping, tentulah cikOni, umi dia punya angkara sampai 4 helai baju dia aku sebat. Itu belum masuk, pampers dan susu dia lagi. Keh! keh! keh! mrAbi dua 4 helai t-shirt. Dia tak mahu baju melayu, mahu pakai tahun lepas punya je katanya.

Entahla, aku macam tak tau apa yang aku nak beli, tiada nafsu bershopping sungguh. Betulla apa yang mama kata, bila dah ada anak ni, semuanya anak, paling utama kegembiraan anak. Kekadang tak mikir langsung pun akan diri sendiri.

Nampak juga mrAbi serba salah, dia dengan cikOni je yang berbelanja, banyak kali juga dia tanya aku, betul ni takde apa nak beli? dia pergi tempat jam, beli jamla katanya, aku tengok tapi hati terkenang jam lama, rasa tah? pergi tempat kasut. Ni kasut? cepat je aku jawab taknak la, sebab aku baru je dapat kasut pemberian seorang kawan. Masih tidak aku pakai.

Teringat kakAzi kata, kadang-kadang memang kita tak bernafsu nak bershopping. Aku tak rasa pelik pun, sebab ada je orang yang lebih kurang aku ni :D

~)@ Langsir rumah tak juga bertukar minggu ni, haha. Busy ar...

Aku teruja

Friday, 20 August 2010

Yeay sudah sepuluh hari aku masih belum gagal bangun dan masak untuk bersahur, walaupun malam tadi aku sudah bertekad mahu makan Nestle HoneyStar dengan susu sahaja. Tapi, apabila mengingatkan sambal tempoyak buatan pnIzma, terus biji mata aku segar.

Ayam goreng, telur goreng, sambal tempoyak dan petai. Laju, aku makan tanpa menoleh mrAbi yang masih terkulat-kulat menghabiskan nasinya. Sudah pertengahan puasa, dia dah malas nak bangun pagi.

Habis cuci pinggan aku makan juga Nestle HoneyStar, kang teringat-ingat masa siang hari.

cikOni lagi :D

Selesai aku mandi dan bersiap, cikOni bangun. Dia tidur semula selepas muntah kahak. Bangun dengan senyuman, tolong-tolong aku tak nak pergi kerja, nak berguling ngan cikOni aje. Lepas aku salam mrAbi, aku hulur tangan pada dia.

Yesss, dia sambut salam aku dan kiss. cikOni dah pandai bersalam. Ajaran aku bila aku selesai solat dan dia menunggu di sisi. Dia dah sudah tahu di mana letaknya bakul sampah untuk pampersnya. Lepas aje pampers ditukar dia bangun, memegang pampers kotor berjalan ke tempat bakul sampah.

Owh teruja, aku sangat teruja. Bila pampers dibuang dia menangis, haha mungkin dia sedih.

cikOni dah pandai main kereta batmannya, bila butang lagu ditekan, badan dan kakinya bergoyang-goyang. Ahaks, comel-comel.

Bila aku duduk rapat dengan mrAbi, cepat-cepat dia tinggalkan mainannya, turut sama menyelit di tengah-tengah, macam-macam dibuatnya supaya kitorang bagi tumpuan padanya juga.

Sedang aku menaip entry ni, terbayang-bayang senyuman cikOni, sungguh rasa nak meraung. Aku sangat rindu. Ya, aku memang teruja bila cikOni pandai satu-satu perkara, sesungguhnya dah beranak sendiri ni, perasaan aku sangat indah.

Tak salah la orang kata anak-anak ini penawar di kala kedukaan.

~)@ Emo sikit hari ni :D

Bakteria itu lagi

Thursday, 19 August 2010

Sana sini situ bau petai, perasan sendiri betul. Sejak pandai makan petai, habis petai mrAbi aku makan, aku tengok dia makan tak laju mana pun, aku pulak melebih-lebih. Sudahnya dah pasti la aku makan lebih banyak dari dia, nguahaha.

Sahur dengan ayam golek, letak kicap sket dan petai. Yummi, buka kang aku ulang balik makan sampai ayam tu habis. Tambah-tambah puanIzma buatkan aku sambal tempoyak. Alahai, kecur liur aku tetengahari tegak ni.

Ngape buat muka ni?

cikOni aku demam, haih! demam lagi. Banyak sungguh la bakteria, kuman dan virus durjana ni. Macam mana nak atasinya lagi pun aku tak tau, harus semua produk cucian, mandian, rendaman bertukar kepada Dettol atau Lifeboy.

Kali ni aku tak sure demam sebab apa, mungkin nak bercakap pulak kot, habis la kena layan dia bercakap pula, mau pening nak menjawab soalan-soalan cepuemas dia nanti.

Masa aku kekecik dulu memang suka bertanya, kat mana-mana pun aku bertanya, cuma bila dah anak dara, dah duduk sendiri aku jadi agak pendiam sikit. Haha pendiam ke? mana ada. Tipu.

Aku bawa dia pergi klinik, ahaaa jumpa doktor yang memang dah biasa dengan dia. Dari dia lahir sampai la ke dah setahun ni, mesra je doktor tu ngan dia. Dia pun, shy-shy cat la. Eleh gatal mula-mula je, pastu klinik tu macam dia punya. Lari sana-lari sini tak reti diam. Lagi la orang-orang usik dia, comel katakan.

Sempat aku mandikan sebelum hantar rumah pengasuh, sebab? dia berak. Huih, padanla tak diam. Lepas mandi suruh jalan sendiri melencong-lencong. Sudahnya aku gak yang dukung. Mau turun sekilo lagi ni.

~)@ Berat aku dah nak mencapai berat asal sebelum mengandungkan cikOni, huiii lambat lagi la nak cecah 50kg nampaknya.

cikOni berpuasa

Wednesday, 18 August 2010

Di satu petang yang hening... Tinggal aku dan cikOni. Walaupun berpuasa yang yok, cikOni tetap letih.

Oni:
umiii... lama lagi ke nak buka puasa?

umiOni:
lama lagi, azan Asar pun belum, kenapa?

Oni:
Oni dah lapar la umi. Boring. Abi takde.

umiOni:
tengok TV la, tak pun tido. tak la letih sangat.

dan tak lama kemudian...

Tilam pun kamu angkut sekali ye cikOni. Memang mengganas bila dapat tidur.

~)@ Masa sahur cikOni memang tak bangun, so aku dapat sahur dengan aman. Masa buka, biasanya dia tertidur juga, haha... syok puasa aku.

Tiba-tiba aje

Tuesday, 17 August 2010

Aku buka sesorang je semalam, cikOni dah membongkang tidur. Penat. Tambah pulak hujan turun bukan main lebat lagi. Atas meja ada duit mrAbi tinggal suruh aku pergi bazar. Urgh, tanpa dia aku tak seronok pergi seorang.

Makan roti cicah teh o panas sedapnya tak sedar aku dah telan 4 keping roti. Haha. Lapar. Masak nasik, rebus kerang. Sakit tangan aku mencuci kerang, rasa nak masuk dalam washing machine. Kerang dah la comel-comel, tak gebu. Siap bersila kopek petai. mrAbi suka benor ngan petai.

Sedang aku bergolek-golek kekenyangan cikOni pun bukak mata, aiii memang tido lambat la dia nampaknya. Habis 6 sudu susu + 4 sudu nestum, dia bangun 'mengemas'. Habis semua mainan dalam kotak bertaburan dikeluarkannya satu demi satu.

Aku? kan malas nak layan, biarkan aje. Berantakan. Sedang dia dok ralit membaling segala mainannya keluar dari kotak, mrAbi pun balik. Tak pasal-pasal dia hulur kapal terbang pada mrAbi, gelihati pulak aku tengok. Comel betul dia mengadu kat mrAbi.

Lepas selesai mandi, dia pula melayan cikOni, huih banyak betul cerita cikOni, penat aku jadi tukang gelak.

kredit to storemovies.blogspot.com

mrAbi : tukar channel 5.
umiOni : citer apa? nah tukar la sendiri. (remote astro aku bagi channel ditukar)
umiOni : citer apa ni? (aku tengok info. tengok pelakonnya major aku tak kenal)
mrAbi : niii kawan dia ni takut bini, yang sorang ni tukang ajar macam mana nak sorok.
umiOni : aik? abi nak kawin lagi ke? (aku menyoal tanpa prejudisnya)
mrAbi : saje nak tengok.

Muskel dowh, tak penah-penah laki aku ni layan drama, drama melayu pulak tu. Huih! aku tengok je la, mata pun dah kuyu-kuyu mahu lelap.

Tiba-tiba je tukar hobi, AXN, HBO dah takde citer ke? Time-time puasa ni macam-macam hal.

~)@ Blogwalk aku agak slow sikit, sebab internet takde kat rumah, huaaa... ada orang tak bayo. Siapa dapat bonus, meh hulur kat aku serat dua :)

Hari-hari cuti

Monday, 16 August 2010

Jumaat aku MC, memang kalah betul kalau makan makanan bazar ni. Mesti akan terkena sakit perut melampau, 5 6 kali aku membuat pertemuan dengan mrTan***.

Resepi berbuka hari Jumaat, lempeng. mrAbi kerja. Aku berbuka seorang. Gigih mencari serbuk penaik, siap call mama kat kampung, mana la aku tau rupanya bagaimana, aku memang jarang masuk dapur. Jadi ini percubaan pertama.

Lempeng

Sebiji telur - pukul rata terlebih dahulu.
1 cawan tepung gandum.
1 sudu besar minyak masak.
3/4 cawan susu rendah lemak.
1 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu kecil serbuk penaik.

Gaul rata semua bahan kering lebih dahulu, tepung, gula, garam, serbuk penaik.
Masuk telur, minyak dan susu rendah lemak. Pukul rata.
Panaskan kuali non-stick. Masukkan sedikit bahan yang telah dipukul rata sehingga kelihatan buih-buih kecil, dan terbalikkan sehingga keperang-perangan.
Angkat dan makan bersama jem.

Senangkan?

So sepanjang malam, lepas aku berjaya memasang langsir. Melayan cikOni pula, tak terlayan weih, dengan mulut kepohnya, dengan perangai kaki 'mengemasnya' menjadikan aku malas nak layan. Biarla rumah aku berantakkan.

Yeay! umiii...

buat muka tenang, padahal tak boleh turun tu...

Sejak kali pertama mrAbi masukkan dia dalam kotak mainan tu, terus dia pandai masuk sendiri, lepas tu tak lepas nak kuar sendiri. Haha padan muka. Kan aku dah kata, aku malas nak layan. So dia gigih la cari jalan.

Kali pertama aku pakaikan dia t-shirt seksi ni dan aku rasa memang lepas ni tak boleh pakai, huh! cepat benor besornya dak ni la...

langsung tak serupa

Then, hujung minggu aku di Langat, paling menyeronokkan bila abang ipar aku balik sama. Huuu... si Ryan dah sama besar dengan cikOni, cikOni dengan cikSu Mija dah main sama-sama. Yang kelakarnya, cikOni tak sudah-sudah mengukur rumah mertua aku tu, keluar masuk-keluar masuk, usik sana-usik sini, sorang-sorang aje. Orang dah dapat kaki.

Senang la hati aku dah. :D

~)@ Mendung je cuaca puasa-puasa ni. Tapi... mengapa aku cepat haus?

Tidak sabar-sabar

Thursday, 12 August 2010

Hari ni sudah hari Khamis... Khamis??? Esok dah Jumaat, pastu cuti. Aiii aku agak kurang gemar bila berpuasa masa tidak berkerja ni, terasa lapar sepanjang hari, apatah lagi bila terpandang tin biskut, peti ais, deretan air masak atas kabinet. Huiii dugaan.

Harapan aku semoga mrAbi ajak balik Langat, selalu tu memang tak mahu tapi kali ni nak, sebab agak bosan bila hanya duduk di rumah sambil mendengar bunyian dari perut. Tapi... bila mengenangkan rumah yang macam tongkang pecah di tengah lautan, macam rasa nak duduk rumah aje. Aishhh...

Niat dihati mahu menukar satu-satunya langsir yang ada di ruang tamu, tirai putih dibelakang langsir maroon, ber'scallop'kan pink itu sudah bertukar menjadi hitam, akibat debu-debu kenderaan walaupun duduk tingkat 11 dari aras tanah :D.

Macam mana mau cuci itu? mau makan 2, 3 kali pusing washing machine. Huuu... nak hantar dobi, langsir bukannya mahal mana pun, mama je boleh cuci sendiri, saje mengada.

Aku mahu menggantung langsir berwarna hijau, haha... hijau seperti blogku ini. Tahun ini rumahku bertemakan hijau, tapi part baju raya belum standby lagi. Sebab mrAbi tak mahu baju melayu, aku ngan cikOni aje. cikOni dah prepare. Aiii... fening la fening.

Kuih raya, normally memang aku beli yang terjual kat Mydin, biskut itula yang biasanya habis dahulu daripada biskut-biskut lain, tahun ni aku nak standby kuih raya macam-macam jenis. Haha.

Duit raya untuk budak-budak, tahun lepas punya banyak lagi lebih, so kena tambah sikit aje lagi, haha... itu mrAbi akan uruskan. Aku sedia duit raya untuk keluarga aje. Zakat, mrAbi la yang kena, jangan dia lupa bayarkan untuk anakanda nya itu sudah.

Lagi??? oh ya open house, insya-Allah aku akan laksanakan pada raya tahun ini, hehe... tunggu mrAbi punya bonus, muahaha. Kejam-kejam. Dan juga masa lapang tukang masak import, mama.

Haaa baru puasa 2 hari dah sibuk nak raya kan? masa dah laju sekarang ni, perancangan dah tak boleh ditangguh-tangguh, tiba masanya satu apa pun tak siap. Kan? dah melopong.

~)@ Tahun ini mahu beraya di mana??? Huuu.

Susah dan senang

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan datang lagi, mula la nak terkenang-kenang. Ramadhan tahun lepas, aku berulit dengan cikOni, alahaiii bagai nak patah semua sendi-sendi mengenangkan dia. Betapa sungguh rumit.

Ibu baru, baru nak belajar semua benda, berbekal sebuah buku panduan penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, ibu baru ni terhegeh-hegeh mencari maklumat. Terima kasih juga kepada laptop papa dan broadband mrAbi, gigih mencari data untuk berpantang semasa puasa.

Ramadhan lalu, datangnya semasa aku berpantang masuk bulan kedua. Syukur padaNYA kerana masih memberikan aku nyawa dan tenaga untuk melaksanakan tanggungjawab. Aku sudah pun kuat untuk berpuasa. Aku sudah pun bebas bergerak cuma kena slow-slow kerana terasa masih ngiluuu...

Ramadhan itu, aku terasa bagaikan mahu menangis bila mengenang cikOni, dia sudah pun menggebu, mau taknya dah minum susu formula. Bukan aku tak bagi susu ibu, bagi tetapi dia sangat kerap menyusu sedangkan aku masih terhegeh-hegeh memerah susu tambahan pula tidak pandai menyusu secara terus.

Bayi berusia dua bulan, apa lagi yang boleh dibuat selain mengamuk lapar. Nak suruh masak kat dapur pun tak boleh apatah lagi disuruh mencuci baju kan? Jadi bila dia tidur adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Aku berehat sepuasnya namun... namun... waktu berehat itu terbalik dengan orang normal.

Waktu berehat itu adalah waktu siang, sebelah malam dia tidak tidur, hanya mahu orang menemaninya sepanjang malam, aku la yang bergilir dengan mama. Sungguh penat dan letih. Sepanjang dua minggu lebih kurang, berkeadaan seperti itu.

Sebagaimana kata kakKujie, Ramadhan tahun ini berbeza, ia sungguh berbeza. cikOni sudah setahun, dia sudah berlari, dia sudah tahu waktu tidurnya, dia sudah pandai bermain sendiri, dia sudah pandai memberi waktu rehat kepada uminya, dan yang paling terasa ketiadaannya tentula tokMama.

Ramadhan lalu bersengkang mata menjaga cikOni, kiniii rumah itu sunyi tanpa tangisan. Alaaa tokMama cikOni tu, tiba-tiba je kang datang KL. Bukan boleh cucu tak balik kampung. Haha...

Dikesempatan ini aku memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya terlalu lancang berkomen sehingga ada yang terasa di sana sini atau terdapat entry yang membuat anda terasa hati, sesungguhnya aku hanya seorang hamba kerdil lagi lemah, aku juga mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA
kepada
anda, anda..., andalaaa yang sedang membaca post ini :D
~ semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun lalu ~

~)@ Aiii, nak raya pulekkk... duit raya???kuih raya??? baju raya??? langsir raya??? bunga raya??? bunga raya? ahaha...


Tugas baru

Monday, 9 August 2010

Hari yang ceria, harap sampai ke petang. Rajin aku buat kerja. Ini kerja bulan 6 punya. Selagi boss tak check selagi itu la aku berpoya-poya, buat sikit-sikit. Ahaha. Taip satu perkataan, blogwalking melebih-lebih. Siap boleh taip entry lagi. Ngeee...

Ye, masuk hari ni dua kali aku hantar anak pengasuh aku pergi tadika, eh tadika ke? ahaha, pra sekolah la 5 tahun punya. Tadika 6 tahun kan? Udahla aku memang sengaja mau lambat-lambat, elok je hantar cikOni, menunggu anak pengasuh aku tu bersiap.

' Nak tumpang mama Oni... ' katanya, so aku kenala tunggu. Baik juga aku ni rupanya.

Ala bukan jauh pun tadikanya, tak payah start kereta pun, bawah tu je. Aku pun memang turun ikut laluan yang sama, tak bazir masa pun. Suka lagi ada, berlatih hantar cikOni pergi sekolah la konon-konon.

Cuma anak pengasuh aku tu, Baby amatla banyak cakapnya. Ada saje cerita dia nak cerita, aku dengar je la. Naluri ke'ibu'an katakan, kenala menjadi pendengar yang baik. Kihkihkih.

Tak rasa pun kalau berborak dengan Baby tu, terus je sampai parking enWaja. Aku hantar dia dulu, tunggu sehingga dia masuk pintu sekolahnya, baru aku ke enWaja. Sekali jalan.

Ingat sudah lambat, rupanya masih awal. Hehe. Aku dah dapat access card yang baru. Melayang terbang RM50 aku. Huaaa... salah sendirikan, padanla muka. Ahaks.

~)@ Esok tinggal satu hari, makan sepuas-puasnya. Macamla puasa tak dapat makan teruskan. Bazar oooh bazar. Yummi.

Handmade jiwang-jiwa

Saturday, 7 August 2010

Ehem-ehem, rajinnya aku mengupdate blog hari Sabtu ni, haha. Tak hang out, mrAbi kerja, cikOni tidur. Riang ria la hatiku ini. Aku baru lepas mengemas rumah. Dok la mengemas bilik yang ada komik mrAbi tu. Sangat kemas sebab cikOni yang mengemasnya.

Tengah munggah sana munggah sini tiba-tiba tangan ni tertarik pada satu plastik. Huaaa... kad buatan tangan aku kepada mrAbi. Zaman bercinta dolu-dolu ah. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahalkan.

So aku buat la kad sendiri sebagai ganti hadiah kepada dia. Majoriti kad-kad itu menggunakan kalendar lama, majalah, komik, duit syiling, kad warna, CD yang tak digunakan, kertas hadiah, buku lama dan pembalut kertas A4.

Sebenarnya aku sendiri yang angkut dari rumah mertua aku, lepas tu sampai rumah sendiri, tak ingat mana aku letak. Terima kasih pada adik ipar yang menolong abangnya menyimpan kesemua kad-kad pemberian aku itu dengan baik.

Handmade card to mrAbi

Dia kagum sebab aku boleh menghasilkan pelbagai jenis, bentuk, warna kad dengan kreatif. Hehe, tah. Aku suka. Bila aku balik selalu juga jadi mangsa membantu dia menyiapkan kerja sekolahnya.

Handmade from mrAbi sangat mahal wooo...

Masa aku belajar dulu aku ada banyak masa kalau tak pergi dating, so apa-apa yang aku nampak pada sekeliling aku, aku cuba jadi kratif. Cita-cita dulu, nak ada kilang sendiri membuat kad macam Memory Lane tuuu. Sampaikan semua assignment yang berkaitan dengan management aku akan kaitkan dengan impian aku tu. Haha, memang kuat berangan.

Acceh, ini lagu aku lekat pada album kawin

Ada juga kawan yang mintakan aku membuat kad hari jadi, kad ulangtahun kapel-kapel, upahnya senang je. Bagi je aku seketul filet o fish mcD tu. Orang banyak masa, part portfolio dan assignment, aku memang suka sangat. Hehe, sebab aku kena buatkan mrAbi punya sekali. Dua kali ganda, upahnya? dia kan boyfren so special la, just bawak aku hang out pergi makan dan tengok wayang aje.

Aku pernah mendapat sehingga rm50 sebab menyusun portfolio seorang kawan, ditambah lagi dia membelanja aku makan pizza hut. Aku rasa upahnya keterlaluan sangat daripada kerja yang aku buat. Tapi, orang ikhlas. Aku merasa aje. :)

Satu lagi perangai aku sehingga sekarang, menconteng buku nota. Haha... Aku tak kira buku siapa pun, semua aku conteng, aku rasa buku log aku penuh dengan contengan, setiap nota penuh dengan kerawang dan karikatur-karikatur. Muahaha.

Nota aku masa sekolah selalu je menjadi bahan rujukan kawan-kawan, sebab aku suka berwarna-warni dan menjadi rujukan pada cikgu juga. Aku selalu dapat A dalam nota. Haha... tapi exam? sebaliknya.

Aku sangat suka handmade, tapiii... sekarang aku sudah tiada masa. Bila sudah tiada masa makanya tanganku sudah menjadi agaj kekayuan sikit. Haha.

~)@ Handmade ex-boyfren semuanya sudah lebur dalam api ;)

Pagi ini

Friday, 6 August 2010

Morning... tidur lena malam tadi? hehe, aku tak lena bantal peluk tak ada. CikOni pun dah pandai tidur sendiri, hilang lagi satu bantal peluk. Ekeke...

Meneruskan rutin hari-hari, aku suka pagi. Aku suka rutin pagi-pagi. Tapi, yang membuatkan mood aku berubah bila, hidu asap sebaik aku sampai parking tingkat 3 itu. Hish! tak bertamadun betul la sesiapa yang membakar sampah waktu udara segar begini. Pencemaran.

Tidak ke dia belajar, asap tu menipiskan lapisan ozon? Tebal pula tu, siap melekat baunya kat baju. Habis hilang bau wangi dek asap tebal. Aku tak suka. Sesak nafas.

Hantar cikOni macam biasa, tak sabar-sabar dia nak jumpa kawan. Langsung tak menoleh sebaik aje pakwe menunggu. dakHaikal, setahun lebih. Menonong tak ingat nak babai umiOni ni. Tak lama lepas tu, datang lagi sorang. Sebaya cikOni, tapi belum berjalan. Lambat sikit.

Risau emaknya kerana anak tidak berjalan lagi malah masih belum merangkak. Aku cuma kata, sabar je, pertumbuhan budak-budak ni lain. Ada yang tak merangkak, terus aje berjalan. Huiii, macam dah banyak pengalaman kan? haha, tak la. Aku membaca.

Nampak lega si emak mendengar kata aku. Dia tidak tahu aku juga risau gigi cikOni masih belum penuh, tapi asyik kerja nak makan aje. Tapi, aku amat yakin giginya akan penuh juga nanti. Masa tu jangan dia suka gigit orang sudah.

~)@ Tak sabarnya nak esok :). Cutiii.

Berpisah akhirnya

Thursday, 5 August 2010

Sungguh, hati aku sangat luluh, sedih, rasa nak menangis sepanjang malam, tapi aku takut jadi beruang panda esok hari.

Aku bersama dengannya tak sampai dua tahun, jodohku bersamanya terlerai juga. Entry tentangnya pun aku tak pernah post. Kenapa? kenapa terjadinya dalam bulan ini juga? Bulan ini datangnya Ramadhan, inikan bulan baik. Takkan la malang menimpa aku dalam bulan baik. Karut ah.

Mungkin ini dikata peringatan, aku semakin tua. Tua? Tua? adakah orang tua seorang yang pelupa? haish. Ini mesti kes aku suka minum air yang ada semut. Eee... mana ada, semut tu yang suka minum air aku.

Tak sengaja la, dan aku tidak ingat langsung akan dirinya setelah balik dari rumah kakak ipar aku. Aku sedar apabila kakak ipar aku sendiri message bahawa aku telah meninggalkannya secara tidak sengaja. Dia berjanji untuk memulangkannya kepada ku semula. Oooh aku sayang kamu.

Malam tadi aku telah diberitakan akan pemergiannya. Kakak iparku memberitahu rumahnya dimasuki pencuri, habis seisi rumah digeledah mencari benda berharga. Dan, dirinya dibawa pergi bersama, oooh sungguh aku nak menangis. Takkan la aku nak suruh kakak aku tu yang ganti, mrAbi ku message. Segala kesedihan kuceritakan.

Cis, membazir kredit, nasib guna line, mrAbi kata aku belum ganti puasa, sebab tu la asyik malang je, aku dah ganti awal-awal lagi, hish. Terus aje aku tidur. Malas nak layan.

Setelah aku kehilangan access card, yang langsung dibawa terus ke lautan. Aku kena ganti tuuu, aku kehilangan jam tangan, hadiah ulangtahun perkahwinan, tiada tukar ganti, menjaga sepenuh hati, ia yang paling mahal antara lain-lain, ooowh, sungguh aku sayang kamu wahai enFosil. Kamu sungguh berharga, namun bulan Ogos 2010 memisahkan kita.

~)@ Sungguh aku sedih. Ada harapan lagi ke nak dapat yang baru? erm... pakai je la yang rm10.

Isteri yang ingkar

Wednesday, 4 August 2010

Tersebutla kisah suami dan isteri. Ceh, macam nak mula cerita dongeng pula.

Sebelum mrAbi outstation, dia telah menanya aku akan wang simpanan aku dalam bank. Dengan bangganya aku menjawab, ya masih ada tapiii dah tinggal separuh la. Separuh lagi aku bagi pinjam kat orang lain. Haha. Mujur aku belum terlajak habiskan semua, wang itu dia yang bagi sebenarnya, tapi aku tak baper guna pun.

Katanya nak pinjam dulu, sebab nak bayar roadtax enWaja, aku pun bersungguh withdraw. Kalau mrAbi yang bagi duit, aku sayang gila nak guna, guna pun time-time dah rasa tak cukup makan, hah baru aku guna.

Setelah aku beri wang tersebut kepadanya dia berkata lagi, simpan la dulu duit tu. Aku pun menjawab sepantas kilat, tak nak la, nanti habis kena guna. Dalam kepala aku, minyak kereta tak isi lagi, duit undi pun tak bayar lagi, aish... kusut-kusut. Dia pun simpan.

Dan semalam... sedang aku mencongak-congak budget bulanan aku, tiba-tiba satu kejadian yang wah tak sepatutnya berlaku. Aku punya access card pintu dan lift jatuh dalam lubang j****n. Jahanam betul, habis lari semua budget aku.

Punyala aku menjaga access card tu, akhirnya menamatkan riwayat dalam lubang itu juga. Aiii. Gigih aku dengan cikPA yang baru aje bertugas pergi mencari cleaner, kot-kotla masih boleh diselamatkan lagi kan. Dah petang cleaner pun dah balik.

Mintak tolong pakGuard bangunan pula, call kan maintenance. Mana ada, dah petang. Tunggu je la esok. Siap mimpi-mimpi aku wei, separuh hati kata biarla, nanti ganti yang baru je, separuh hati lagi kata, mesti dapat punya access card tu, tapiii... sanggup ke nak guna wei. huh! macam mana nak samak tuuu???

Hari ni, aku datang tanpa access card, terima kasih cikPA. Jeanne. Anda sangat membantu aku. Call sana sini, minta pertolongan. Memang kerja kau kan? haha. Dan result access card aku tu...

Haha, agak-agakla. Aku dapat semula atau tak access card tu? Cuba teka? Haha...

Dalam pada yang sama, dalam pada mrAbi jauh di mata, aku mengadu nasib. Mana la tau kalau tak dapat balik access card tu, aku kena ganti dengan harga mahal wooo... Dengan baik hatinya, dia bank in semula duit yang telah aku beri hari tu. Menyusahkan dia kan?

Banyak kali juga aku ingkar kata mrAbi, haha. Sudahnya pada dia balikla aku mengadu. Ahaha.

~)@ Dengarla cakap suami ya. Suami kata simpan, simpan. Suami kata jangan buat, jangan la buat. Jeles betul dengar orang scan access card pintu tu. Hish!

Ditinggal pergi

Tuesday, 3 August 2010

siapa rupa siapa? :D

Aku hampir je tak nak pergi kerja semalam, badan letih dua hari tak berehat dengan betul. Tengok-tengok mrAbiOni menyambung tidurnya dengan tenang, huiii aku jeles.

Bersyukur jugala dia tak kerja boleh aku ajak dia ke pasar malam, yuhuuu menaiki motosikal barunya itu. Tidak lagi skuter Suzuki.

Gembira tengok cikOni muncul dari lif, melompat-lompat kesukaan bila nampak muka aku yang menanti sebaik aku parking enWaja.

Suasana pasar malam sungguh best, aku sangat suka. cikOni tak dibiar berjalan sendiri, uuu takut lor tiba-tiba je dia hilang, owh aku tak mahu bayangkan. Aku paksa mrAbi dukung, dia tak mahu takpe biar aku sendiri yang dukung. Bila mrAbi dah dukung, dokla dia main babacak.

Haha... Balik rumah, mrAbi kena outstation. Tiba-tiba. Oooh tensen lor bila kena tinggal. Aku memang tak suka sungguh. Rasa macam nak buat-buat pengsan je tak nak bagi dia pergi. Kejam tak? Dah tugas untuk negara, kena la pergi.

Yang paling sadis cikOni la, meraung tak hengat bila pintu rumah ditutup oleh mrAbi, huaaa... aku pula yang macam nak menangis tengok betapa sedihnya dia kena tinggal. Mujur la sekejap je, pujuk-pujuk bagi susu sambung main. Aku perasan juga sesekali dia menjeling pintu, berharap Abinya pulang barangkali.

Cepat-cepat je la aku tidurkan dia, cikOni... huh mana main aku tidurkan lagi, dia tidur sendiri, siap bangun cari port lain tu, tak tahan betul aku. Nak gelak pun ada. Aku upah kan sebotol susu suam, memang wajib sebelum tidur.

Huuu... bila dia dah tidur, aktiviti aku pun bermula, tak lama lepas tu aku pun tertidur juga.

~)@ Cepatla pulang wahai suamiku, aku sungguh rindu padamu. Sudahla rindu pada cikOni sekarang ni. Huaaa...

Bebas

Monday, 2 August 2010

Huye, hujung minggu lepas yang cemerlang dan enjoy.

Jumaat malam sebelum rombongan tiba, aku ikut mrAbi pergi main futsal, konon datang menyokong la kan, tapi... bila dah jumpa regu, haha lain pulak jadinya, bergossip, makan-makan, melayan kerenah anak-anak, siap boleh berjualan langsung lagi.

Heaven sungguh borak-borak, ketawa-ketawa, sampai kaum suami habis main pun tak sedar. Kehkehkeh. Tak cukup masa wei, seronok bila sesekali berjumpa. Kecoh. Terima kasih pnUmmi, pnZiha (mommy to be) dan pnDahlia. Korang memang best.

cikNuyin dan cikOni

Tepat 2 pagi baru rombongan tersebut sampai, sesat barat. Sampai kena berjemput kat Dataran Merdeka, mrAbi yang pergi menjemput, aku ngan cikOni dah membongkang tido. Hehe.

Kan aku kata, dorang tu hanya mau berjumpa dengan cikOni aje, mujur cikOni sudah peramah. Di rumah sendiri, diala otai. Cuba kat rumah orang lain, huuu umiii je.

Sabtu petang, ke rumah Sham Shafinas. Sah-sahla majlis dah habis sebab memang petang benar kami sampai. Balai pun dah angkat naik lori. Yang penting makan. Haha. Sorry la Sham, datang bawak bala tentera pula, secara autonya sesi suaikenal dua keluarga, tak pasal-pasal.

Puas merancang, hari pun mau hujan terus aje ke Mines Wonderland. Huuu... syok owh, berjalan sampai sakit kaki, paling seronok? cikOni laaa. Lepas je dapat berjalan sendiri, hah! menonong, tunduk je, tak ngisah orang kiri kanan.

Kita-kita ni la yang kena mengawasinya. Suka dia dapat berjalan dengan bebasnya. Bila orang lalu, orang cuit, bila orang lalu lagi, orang cubit, haaa tu la comel sangat. Mau orang tak geram.

melayan robot kucing yang dok mengiau-ngiau, sayang betul dia ngan kucing tu

Bila dia dah betul-betul penat, memang tak mau berjalan langsung. Pulak tu yang jadi mangsa aku juga la, ooo pandai sungguh. Part kena dukung takmo mrAbi maaa. Huiii, dah la taff.

Ahad pagi, round Jalan TAR. Huyooo, rambang bijik mata. Sana nak beli, sini nak beli, apatah lagi ada orang offer pilihla nak yang mana papa bayar. Aiii, tak ke seronok? Tapi, aku... bukan sampai hati, paling-paling tak pun mintak mrAbi beli baju cikOni aje. Sudahnya pun papa juga yang bayar. Cucu kesayangan wei, mau taknya. cikOni la yang paling untung, dia la paling banyak bershopping. Huaaa...

Then, lepas makan tengah hari rombongan cikMama beransur pulang ke Johor. Sayu hati, rasa mau ikut balik. Hahaha, takde insiden touching ok.

Lepas je makan malam cikOni membongkang tido, keletihan. Dia la yang paling seronok, paling banyak berjalan, paling gembira, paling comel, paling sakan.

Huwaaa... really-really tired owh. Tapi, dek kerana gumbira semuanya bagaikan tak terasa, bahkan masa yang berlalu bagaikan tak mencukupi. Terbayang lagi akan rapatnya cikOni bersama tokPapanya. Dia memang suka tokPapa.

~)@ Oiii puasa sudah hampir tiba, tidak sabar aku mahu menyambutnya...
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in