Wednesday, 30 June 2010

Si amoi dan mamanya

Aiii dah suntuk ni. Sempat ke? takpe selagi belum jam 12.00mlm tul tak?

Contest bersama si comel, dianjurkan oleh mamaRina aka mrsBifa.

Haaa ni kes mengajak aku bershopping online arrr ni, moh ramai².

Tengok dak amoi tu...eiii mau culek bawak lari

1- contest ni terbuka untuk semua peringkat umur....

2- mesti jadi my follower...tapiiii untuk 2blog..
a) ~my lovelly life~
b) ~bIFA'S collezion~

3- wat 1 entry khas utk join contest ni, copy paste banner rasmi tu, pastu link kan terus ke sini yer...

4- 1 penyertaan, 1 pic sajer ok...no over2 pcs..nnt byk2 kite jadi miong nk pilih..

5- gambar mestila bersama si comel..mcm gambar kite kat atas 2...
xkisahla..adik ke, jiran ke, pinjam ank sesape pun..hehehe..janji chummmelll...

aku dan si comel ;)

6- senang bukan??? n 1 more thing!!! jangan lupe tag rakan anda sekurang2nyer 3orang..
make sure la ye org yg anda tag 2 tau yg die telah ditag...hehehe...
wokehh????

bondaWiya, ibuAjeem dan ibuIman

Senang jer kan syarat2 die?? ape lg..mai ler joinn.....
hadiah 2pcs clothes from bIFA'S collezion

knape sampai 2pcs?? sbb u'all kne jadi follower utk 2blog..
my lovelly life
bIFA'S collezion

mudah sajer.....tarikh penyertaan tamat pada 30 june 2010...so,cpt2la yer...

Baiklah pnHanim dan pnNurul hasratmu ku kabulkan jua ;)

~)@ Aku nak gi jumpa bomoh jap, bagi menang...wahaha! tamak²

hari ini dalam sejarah

Bab 2

Setahun yang lalu tarikh yang sama, mrAbi menghantar aku dan cikPA (aku sudah tidak dibenarkan memandu sendiri) seperti biasa ke opis, kiri kanan buah tangan aku bawa dari Kota Tinggi.

Kerja pun menambun untuk disiapkan. Ke hulu ke hilir aku bergerak dalam opis, aku ditegur oleh enNorman 'eh ko tak meletup lagi?' aku sengih je dah sah nampak aku berjalan-jalan dalam opis ni.

Pregnant ni cepat lapar, memang kerja aku makan, makan, makan. Sedang aku asyik mengunyah tiba-tiba terasa macam ada sesuatu mengalir kat celah kelengkang. Hangat je rasanya, agak lekit sikit. Pada hal aku baru je balik dari tandas. Hati aku terus rasa tak sedap. Aku pergi tandas semula, sah! ini bukan air kencing, ianya telah membasahi seluar aku. Ho’o. sila rujuk entry blog pnIzma untuk lebih detail =)

Aku berjumpa dengang boss. Dia pun terus aje angguk. Takut terjadi yang lebih buruk, ye la dalam opis ni baru dua orang je yang beranak. Kaget. Dalam kepala aku memang ingat hospital aje. Call mrAbi kebetulan ada di rumah. pnIzma dan kenari merahnya menghantar aku ke PPUM. Tunggu mrAbi lambat sebab dia ada di rumah.

PPUM; sumber gambar dari Google

pnIzma menanti mrAbi diluar PPUM, aku terus sahaja diminta membuat pemeriksaan rutin, cek air kencing ok. Berat aku hanya 49.3kg. 'ringannya akak ni' sempat pelatih tu tegur aku. Tak percaya. Tekanan darah ok. Aku tunggu tak lama sebab aku ni kategori kecemasan.

Aku masuk bilik sejuk tu, doktor ala² muka cam arab. Lawa, comel. Lepas je membebel lelebih kurang aku disuruh baring. Hoho jantung hati aku jangan kata la. Tak berhenti berdegup. pnDoktor memasukkan satu alat (aku taktau) untuk ambil sedikit air yang aku kata licking tu, sah air ketuban. Pastu mulala dia seluk bawah. OMG. Tak payah banyangkanla. Haha. Sakit.

Pintu rahim aku dah terbuka 1cm. Lama lagi nak tunggu bukaan. Mau kering sampai baby keluar. Sian baby. Aku terus diarah duduk wad.

Aku diminta memakai pakaian seragam hospital, aduiii tanpa yang dalam² ok. Malu². Pakai pad hospital yang bertali tu, macam mana la aku nak gayakan ni. Susah. Bermula detik itu aku dipantau, ditakuti dijangkiti kuman. Pantang aku lepa, pantang aku duduk relax aku dipakaikan cardiotocography, (bravo² aku boleh tau). Haha CTG la. Yang aku tau tuk tengok keadaan baby dan bukaan rahim.

Paling tak best pukul 2.45ptg, kena suntik kat montot, ubat untuk mematangkan paru² bayi. Aiii sakit worrr. Kiri kanan sebelah sana semua ibu² dengan perut besar, aku je macam orang tak mengandung. Padahal dah 8 bulan. Bosan.

mrAbi datang membawa barang² keperluan, mengambil mana² yang tidak diperlukan. Sabar dia melayan aku. Makan semua sedap. Hehe.

Petang itu aku didatangi pnIzma & suami dan cikPA. Ada lagi ke yang datang? aku gak ingat sih, diari ku hilang pada hari ini. Tak sempat jengah.

Malam yang dingin aku keseorangan bersama bunyi degupan jantung baby, CTG la. Bosannya. Nurse datang asyik bawa termometer, alat cek tekanan darah. Amma datang bawak air panas, pad, baju bersih.

Jam 2.45pg, kena suntik kat montot belah kiri pula, ubat untuk mematangkan paru² bayi. Hadoiii.

Tidur aku memang tak lena langsung, macam² dalam kepala. Petah lagi tengok katil sebelah menyebelah bertukar ganti orang. Kuar masuk orang yang sarat mengandung. Dengar pulak india mengerang dok sakit², sakit². Huhu.

Tu je setengah hari di wad ibu mengandung PPUM.

~)@ Terima kasih mrAbi atas hadiah ulangtahun perkahwinan yang mahal tu ;)

Tuesday, 29 June 2010

hari ini dalam sejarah

Bab 1

Setahun yang lalu tarikh yang sama tahun 2009, aku menjalani checkup di PPUM seperti biasa. Semuanya dalam keadaan normal. Cuma aku ada sikit penat sebab baru balik dari KotaTinggi.

Air kencing, berat, tekanan darah dan juga baby semuanya normal. Sayang, jantina baby ini tidak juga aku tau. Haishhh!

Balik checkup aku pergi menonton wayang di MidValley, citer transformer. Memang favourite aku. Baby asyik je bergerak, huh. Ye la, sound effact barangkali. Dah 35 minggu katakan. Aktif tersangat la kan?

Habis menonton wayang, berjalan ke sana sini, menghabiskan masa. Sudahnya sendiri letih dan mengajak mrAbi balik rumah.

see? aku masih menyimpan ticket wayang ini =)

Tu je, sambung esok pula ye ;)

~)@ Pengalaman bersalin. Sebelum ni memang ada, cuma kali ini lebih terperinci.

Monday, 28 June 2010

kepulangan

28hb Jun 2008
Aku duduk atas pelamin. Ahaks.

Erm, emosi sikit apa yang bakal aku taip selepas ini.

Malam ni tah mengapa, aku jengah blog hijau kegemaran ni. Konon nak berfacebook aje, kalau dah sayang, mesti nak klik² juga.

Aku baca entry satu persatu, memang kegemaran. Erm...aku berfikir sejenak. Sejak akhir² ni aku rasa gila berblogging, memang la tak salah. MrAbi pun tak marah. Tapi, tah la aku rasa macam tak best.

Aku nak kembali menumpukan perhatian kepada kerja² aku semula. Mungkin makan masa sikit. Tapiii kalau terasa mahu update aku akan update.

Jadi...jangan rindu²an la ye.

~)@ Bukan boleh membiarkan blog begitu sahaja. Haha, mengapa nuff aku asyik tidur je eh? jeles sungguh aku tengok nuff orang lain berjoget-joget, ooo mereka dah lama berblog. Lupa².

~)@ umiIman dan whiteyMommy, sorry tak dapat joint contest korang, tapi aku sudah menjadi follower link² tersebut. Huhu! ~ Masa sudah genting.

bukan pengomen tegar

Ye, aku sangat suka award ni. Terima kasih umi Iman, walau bukan selalu sangat pun tinggal komen kat entry awak tu. Aku memang pilih sikit entry untuk aku tinggal komen, sebab tu tak semua entry blog yang aku follow atau baca, aku akan drop komen. Hehe. Ampun ye. Ye aku bukan pengomen yang baik.

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
~)@ ceria
~)@ pembalas komen yg baik
~)@ perwarna blog yg ceria
~)@ pemunya kotak jerit klasik
~)@ rajin mengomen ;)

Lists down 10 interesting facts about yourself and your hobby
Again??? rujuk TAG ni.

Pick your most 10 deserving recepients and describe them
  1. pnIzma~ haha, duduk sebelah pun sms, ym, psi, FB.
  2. Kasawari~ bertingkah kata kat FB and msjbox.
  3. sisLin~ berbalas kata kat msjbox and FB.
  4. kakRet~ rajin reply komen and msjbox.
  5. kakHanim~ rajin reply komen.
  6. bondaWhilea~ berbalas pesan sms, ym, FB, komen and msjbox.
  7. whiteymommy~ komen and msjbox.
  8. kakNida~ komen and FB.
  9. tokNabe~ komen and FB.
  10. cikZiela~ komen, FB, ym and sms.
Erm...nama yang tak terbabit tu, sila jangan serik ye. Haha, cuba lagi lain kali-statement tak boleh belah.

Nama kat atas tu kategori paling tegar la kan. Lovely. Selebihnya bukan tak nak komen, tapi entry tak memenuhi cita rasa, betul tak? Aku pun sama wei, terpulang la. Takkan aku nak paksa orang suka blog aku ni. Huiii! banyak lagi kerja makcik nak...

Takpe, entry korang yang merepek meraban pun kekadang aku rajin tinggalkan komen, ikut mood. Jangan nangis ye, korang tetap best.

~)@ Terajin je mau update blog 2, 3 hari ni. Yeay!!! Jerman ke peringkat seterusnya. Go Jerman go.

Sunday, 27 June 2010

upah si cerdik

Terima kasih atas ucapan dan doa ulangtahun perkahwinan, terharuuu sangat. Tiada sambutan istimewa pun, huh! mrAbi, bukannya ingat tarikh² penting macam tu, birthday aku pun kena reminder. Tak kisah la janji aku tau dia memang sayang kat aku, eh! pe citer ni? haha, melalut sudah.

Hidangan seperti nak buat jamuan

Hari pertama aku kat rumah papamama, dijamu masi lemak mama. Lepas tu apa lagi jadi ular sawa kekenyanyangan. Bersiap balik rumah atuk kat Machap. Aiii, dari cikOni 2bulan, sampai dah setahun, baru jengah balik. Lupa diri punya cucu.

Citer perangai budak cerdik ni kat rumah tokmamapapanya. Ye, sangat manja dan ngengadanya ya. Asyik mau aku, aku, aku. Tu la akibat jarang sangat balik kan? Kesian tokmamapapanya tak puas menggelek.

Kereta batman warna pink. Ahaks!

Sayang punya pasal, satu²nya cucu tokMama hadiahkan sebuah kereta pada cikOni. Kasi upah. Tak suka sangat naik, tapi jari comel tu sibuk menekan hon. Aiii, bising bunyinya. Meriah.

'umi...!!! apa password blog Oni?'

Tak tahan tengok aku blogging, facebooking, sibuk dia nak joint sama. Bukan main, cepat je dia belajar. Bukan calang², menekan keyboard kalahkan aku. Laju wei, tak payah pandang monitor. Ngehehe.

~)@ cikOni ke? atau aku yang berdebar menanti 2 Julai ni? hahaha...aku nak makan kek. aku nak makan kek. wuhuuu...

Dua tahun

Selamat Ulangtahun Perkahwinan
yang ke-2
kepada
tnErwandi Sumardi (mrAbi) dan pnSyahida Ab Latib (aku)
~ semoga ikatan asalnya cinta contract ini, kekal hingga hujung nyawa ~

Thursday, 24 June 2010

terjawab sudah

Ingat lagi pada handphone aku? persoalan terjawab sudah. Tidak boleh digunakan juga telah selamat diturunkan kepada cikOni. Ahaha sungguh pintar, dia telah pandai menggunakan handphone ;). Advance.

Ingat lagi surat untuk mrAbi? akhirnya permohonan aku diterima. Lulus kata pnHoney. Aku akan pulang ke Kota Tinggi, Johor hujung minggu ini.

Terima kasih juga kepada enMois kerana sanggup turun ke KL untuk pulang bersama. Seronok dan sangat teruja. Rumah mamapapa bakal riuh hujung minggu ini.

Aku sedang berusaha untuk melangsaikan hutang² kerja supaya tidak bertimbun nanti. Ahaks! Banyaknyaaa...

~)@ yeay! Jerman layak ke pusingan seterusnya. Go Germany go! ;)

Wednesday, 23 June 2010

TAG

Rasanya tag MummyGojesKhalis ni lebih kurang ngan yang lepas je. Tentang aku lagi? erm...pnSha sayang, still kena buat ke? huhu! takpe², semoga aku pun tak bosan dengan tag pnSha kali ini, maka aku persembahkan: taraaa....

20 perkara yang memang sangat berkait dengan aku :p


Kalau kurang penglihatan sila guna kanta pembesar la ye :) ngantuk sudah mataku ini mau edit semula. Nak lagi senang klik je sini semuanya ada. Sama je.

I'm not in good mood so I don't want to tag anyone ~ cis speaking London kunun, tak boleh belah sungguh.

~)@ mrAbi, I miss u, I can't sleep. huhu!

Tuesday, 22 June 2010

syoknyaaa

Terima kasih, terima kasih, terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga kepada umiIman kerana menobatkan aku sebagai Top Blogger 2010 pada pandangan matanya, aiii rasa masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Blog cabuk ni juga jadi top. Isk! isk! terharu makcik nak...

Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
It's Journal kerana semuanya tentang perjalanan kehidupan aku aje.

Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
hijaucantik.blogspot.com datang spontan dari warna kegemaran aku.

Apa method dalam penulisan anda?
errr...camno makcik nak jawab ni nak? method tu apo? aiii, biasa² aje la makcik rasa. Simple, sesimple yang boleh.

Pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Tak pernah, aku sangat setia pada blog nan satu ini.

Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Tak pernah. Taktau la kalau ada yang terjumpa.

Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
Haha, rasa cam kelakar soklan ni, terpulang la pada orang tu. Aku tak ngesah pun.

Bila blog anda diberanakkan?
2008, tarikh sebenar tak diketahui. Sebab sebelum tu pun dah start berblog. Buku lama.

Siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
BondaWhilea-mentariindah

Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?
eh? soklan takde kena mengena.

Sepuluh orang seterusnya bakal di nobat.
- izma~ mind-thinker (wajib kena)
- bondaWhilea~ mentariindah (wajib kena)
- missOren~ efbiaibelog (raja kerajaan oren)
- kakHanim~ asmikimie (wajib kena)
- kakNa~ rizanazeim (wajib kena)

Argh tak larat dah, ni je ar. Yang tak dapat jangan nangis jangan risau, aku tetap setia disisi blog you all semua ;) mmuahhs sekali.

~)@ uiii top blogger 2010, huh nampak sangat aku tak buat kerja lain kan? haha...selagi tabung nuff aku menyepi selagi itu la aku berblog.

biarkan mereka

Balik kampung ter'cinta' macam biasa. mrAbi ada perlawanan bola sepak untuk belia². Sanggup balik tu, aku ikut dalam keterpaksaan setelah kalah dalam percaturan. Mencik.

Masa aku penuh dengan menjaga cikOni, huh! dia pun pandai, asyik mau mencari uminya aje, langsung tak nak dengan orang lain. Mula la tunjuk perangai. Lotih makcik tau.

Kalau kat rumah sendiri memang aku biar aje dia main sendiri sebab rumah aku sekangkang kera je, ini rumah mertua, besar. Berbahagian-bahagian pulak tu. Aiii menguji kesabaran.

cikSu Mija mengajak cikOni

mengumpan dengan psp mrAbi

cikSu Mija dah geram

Aiii, cikOni memang bermuka selamba kodok. Tapi cikOni still comel. Aku pulak yang perasan. Haha.

Bulan depan, boleh la cikSu Mija berlari-lari dengan cikOni. Seronok pulak tengok diorang berbahasa :D

~)@ Nasib baik menang main bola, kalau tak memang pelancaran mogok la aku. Haha @(~


Monday, 21 June 2010

Surat untuk mrAbi

Kepada tuan,

Per: Permohonan untuk pulang ke Kota Tinggi.

Berhubung dengan perkara di atas, saya mengemukakan sebab musabab mengapa kita perlu pulang ke Kota Tinggi, Johor pada hujung minggu ini.
  1. Saya dah rindu sangat nak berjumpa dengan enMois.
  2. enMois mahu berjumpa dengan cikOni.
  3. MamaPama mahu meraikan ulangtahun perkahwinan kita yg kedua.
  4. Saya mahu membeli kek, utk membalas dendam kerana tidak mendapat kek harijadi.
  5. Mahu mengambil set pinggan, mangkuk & cawan yg sudah dibayar.
  6. Mahu mengambil langsir utk dipasang masa hari raya nanti.
  7. Saya rindu mahu makan asam pedas mama.
  8. Saya rindu papa yg selalu beli kek bila hari² istimewa.
  9. Saya rindu dengan bilik saya berwarna hijau.
  10. enMois mahu balik bersama-sama, dia dari utara.
  11. Sudah dua bulan saya tak jejak Kota Tinggi.
  12. Mahu shopping baju raya.
  13. MamaPapa mahu pulang rumah nenek.
  14. Bulan ni dah dua kali balik Selangor, belum campur bulan lepas punya lagi.
  15. Mahu berehat sepuas hati.
Saya berharap agar tuan dapat memenuhi permintaan di atas, jika tidak tindakan drastik akan saya ambil, iaitu pulang ke Kota Tinggi menaiki bas bersama cikOni.

Sekian terima kasih.

Yang mengharap impian jadi kenyataan,
umiOni.

~)@ Dapat tak rasanya nak jejak KotaTinggi? @(~


Sesambil tu mahu membodek sikit, aku mengucapkan:

Selamat Hari Bapa
kepada
tnErwandi Sumardi (mrAbi) & enAb Latib Tohalus (papa)
~ semoga terus menjadi bapa yg unggul dan dimurahkan rezeki utk menjadi banker@sponsor ke mana² percutian or shopping :D ~
umi/kakak sayang kalian berdua

Friday, 18 June 2010

cikOni & bolaOren

Hiii...saya Oni, nampak tak mainan yg banyak ni, kebanyakkannya warna oren, Oni sukaaa warna oren.

Oni tengah tunggu abi balik, umi kata dia pergi tengok bola dengan kawannya. Oni nak main sepak bola dengan abi. Alaaa, main dalam rumah je. Dah malam la.

Tadi Oni cuba masuk dalam kotak mainan tu, tapi dah tak muatla. Jadi, Oni tolak je kotak mainan tu atas tikar ABC ni. Tikar ABC ni pun banyak dah tercabut, sebab Oni sukaaa sangat gigit. Lembut tapi tak boleh telan.

Umi bagi air tadi, tapi dah habis tumpah. Oni jakunla pakai cawan baru umi beli tu.

Cepatla umi, asyik main FB je. Jom kita main bola. Tunggu abi ni lambat sangatla.

~)@ Aku pun melayan la cikOni dgn mengajarnya menendang bola oren tersebut @(~

.merah.kuning.hijau.

sumber dari Google

FrancisLight kata missOren. Berapa batang lampu isyaratkah yang perlu aku tempuh sepanjang perjalanan aku ke opis? haha, mari aku kira sendiri.

1- Lampu isyarat baru, baru pacak, baru juga berfungsi. Biasanya aku main radak je jalan kat sini, bila bas berada di kanan jalan mulala aku gelabah sebab tak nampak kereta dari sebelah sananya. So, bila dah ada lampu isyarat ini, tidakla risau lagi.

2- Lampu isyarat banner. Sebab, banyak banner iklan, lagi² arah rumah orang kawin. Aku redah je. Ikut keadaan, biasanya aku buat tak nampak je. Haha.

3- Lampu isyarat sentiasa hijau. Aku memang nak jalan terus, tak penah merah aku rasa ~ tapi mengapa perlu ada ye? tak tau.

4- Lampu isyarat sentiasa sesak & banyak kereta. Simpang 4, sudah pastila kan?

5- Lampu isyarat pejalan kaki, cepat betul detact bila pejalan kaki tekan. Huh, kekadang tak sempat nak jalan, dah merah semula. Aiii, tapi banyak je pejalan kaki main lintas ikut DAN sendiri. Belum kena, dah kena kang barula insaf.

6- Lampu isyarat kongsi dengan bas ~ lampu hijau tak berfungsi. Mula² tu aku konpius juga, dah lama² aku radak juga. Haha. Pasalnya kalau aku berhenti, kereta belakang pula yang tak sabar², siap hon² lagi tu, tak sekolah memandu gaknya. Lampu merah berhenti la kan. So, dah terror sikit ni aci redah.

7- Lampu isyarat enPolis. Pagi² ada enPolis jaga, memang tak penah ikut peraturan lampu isyarat, sebab ikut isyarat enPolis. Selalunya sampai part aku memang dia angkat tangan, berhenti. Cis. Pastu tertoleh-toleh la beliau akan pelekat polis di sebelah kiri cermin kereta aku. Atasnya pelekat P. Nguahaha.

8- Lampu isyarat pantas, pun enPolis jaga. Biasanya aku lepas la.

9- Lampu isyarat ambulans, selalunya bukan bertembung dengan ambulans tapi berebut jalan dengan kereta sebelah kiri. Huh! Pernah juga bertembung dengan ambulans, masa on the way balik rumah la. Pastu buat muka malu² siput. Kereta mati enjin, kereta manual lagi masa tu.

10- Lampu isyarat teka-teki. Arah aku cepat je hijaunya. Arah lain lama pula.

11- Lampu isyarat tekan minyak ~ lampu kuning tak berfungsi. Biasanya hijau lama. So tekan minyak awal², laju je. Pastu siap ko jalan tak rata, macam nak bersepai skru kereta aku. Berlubang-lubang jalannya.

12- Lampu isyarat jalan atas, bawah. Dua² jalan pun boleh lalu. Tensen kalau tersangkut dek pemandu tamak jalan. Tak boleh menyelah.

13- Lampu isyarat pilih jalan. Selalunya aku pilih kanan. Tak la bertembung dengan kereta dari arah kiri yang nak keluar. Kekadang kantoi juga. Kena la perlahan.

14- Lampu isyarat tak nak tekan brek. Suka kalo hijau berkelip-kelip. Laju je aku. Sebab jalannya turun bukit sikit dan terus masuk lebuhraya.

15- Lampu isyarat hijau lama. Tak payah risau. Hijau lama, lagipun dah nak sampai opis . Betul² bukit. Nasib kereta auto.

16- Lampu isyarat terakhir. Aku buat tak nampak je. Pasang signal ke kiri. Terus membawa aku ke pintu pagar opis ~ opis aku ada pagar.

Rupa-rupanya ada 16 batang lampu isyarat aku kena tempuh sepanjang pergi dan balik opis. Erm, barula aku perasan.

Patuhila lampu isyarat, pandu cermat badan jiwa raga semua selamat. Yihaaa...

~)@ Dah ada lampu isyarat, tapi masih juga ada kemalangan. Mengapa ye? @(~

Thursday, 17 June 2010

tangkap cintun

sumber gambar cute dari Google

Penyakit gatal aku datang balik. Haha, aduiii chemistry betul dengan dua jejaka ini. Tangkap leleh la tengok diorang berlakon. Tak suka diam² je.

Joo Ji Hoon aka Lee Shin, PrincessHour. Hoho mau aku ulang tengok drama ni semula. Tapi, kalau dia berlakon drama lain, tak pula aku suka. Haha!

BaimWong aka Dimas Subekti, BenciBilangCinta. Ye, drama Indonesia yang sedang ditayang astroRia 6.30ptg~7.30mlm. Jalan citer&watak lebih kurang JooJiHoon dalam PrincessHour.

Actually, dua drama ni lebih kurang, sama tapi tak serupa, aku tak tau la siapa tiru siapa, yang penting aku suka je tengok, lama juga aku tak layan drama TV ni, pada hal tu la hobi aku masa bebujang dulu. Maklum la, tak sempat ~ online FB sempat pulak ye ;)

Nak tengok TV pun aku tak sempat, sebab bila landing je terus lelap serta merta. Nasib baik la drama ni petang. So balik kerja berlari-lari anak la aku mengejar masa. Haha.

Time ni gakla nak melayan cikOni, bagi dia tidur. Haha, bila dia dah tidur. Barula tenang aku nak uruskan perkara-perkara rutin. Itu pun, kalau aku rajin. Kot tak, biarkan terbengkalai dengan labu²nya.

~)@ Kalau jumpa face to face ni, rasanya tak sama dengan dalam drama kot. @(~

Wednesday, 16 June 2010

buku lama

Kenapa aku berblog? hihi, aku memang suka menaip essay tah apa². Aku memang suka menulis essay yang merapu meraban. Sampai satu tahap aku pernah bercita-cita mahu menjadi penulis novel. Tapi, part cikgu suruh buat karangan dulu, memang aku tak suka. Belajar, mana la aku suka.

Aku hanya suka cerita benda yang berada di sekeliling aku, aku suka bercerita tanpa memikirkan tatabahasa atau struktur kedudukan ayat, tu yang kekadang ayat aku tunggang terbalik. Aku aje yang faham :D

Dulu aku berblog, aku jadikan sebagai catatan harian, mana la aku hirau follower ke, orang membaca ke, pasang header, pasang widget, letak gambar pun tak reti dan sebagainya. Apa yang aku tau aku hanya type dan baca untuk diri sendiri. Template pun guna yang asli tau.

Tak caya? aku sedaya upaya mengingatkan balik apa nama blog yang aku guna, maka terjumpala harta karun ku ini. Bila aku baca balik semula, adoyaiii kanak² betul. Semua benda nak cerita, setiap detik dan saat.

Penat aku menggeleng-gelengkan kepala, tak percaya betul aku sendiri post entry ni. Kompeni tu pun aku tak tau wujud lagi atau tak.

Zura, dah transform pnAzura, suaminya 'balak' dalam citer tu. Anak pun dah dua. Zurek, ko ingat lagi tak blog aku ni?

Ayang, dah jadi suami aku. Anak baru sorang, cikOni tu le.

Eee, aku malu sebenarnya dengan blog tu, haha. Tak matang sungguh. Kalo korang nak muntah, silalah, sebab aku pun rasa mual membacanya. Nak delete, tapi tak ingat langsung password & ID nya, mungkin aku kena try and error.

~)@ Bandingkanla ngan blog hijau ni, jauh lebih gojes. Tapi, tiada yang lama maka tiada la yang baru kan? @(~

doli²

Awal pagi mengadap blog, malam hari mengadap FB, tehehe. Cerita pasal makan lagi, aku ingat² lupa, bila punya hari ni. Aku terjumpa gambar dah siap edit pun, rasa macam nak masuk dalam blog je.

Dolisaja karakena, Mehdilaga karakena, haha... tetiba nyanyi lagu hindustan. Gila.

Nama kedai ni Doli Kuey Teow Goreng, mestila kuey teow sebagai main menunya kan? macam biasa, pnIzma punya idea. Tempatnya kat TTDi. Dia memang pakar part² kedai makan ni.

keadaan kedai tenang dan air-cond

Nama pun lunch, so aku memang lebih kepada nasi la. Nasi ayam doli bersama sirap bandung, hoho sungguh lazat. Walaupun dah lama tapi masih terasa dihujung lidah, aku lapar ni.

pnIzma, kuey teow & sirap limau

cikPA, nasi ayam & milo ais

Menjamu selera sambil menatap pelayan ala² mat rempit, tapi ensem ko. Budak² je. Kalo budak sekolah yang makan kat sini puasla menatap wajah ensem tu.

Ini bukan blog makan² ye, jadi ulasan aku pun tak la bagus macam jalan² cari makan.

~)@ Dah berpikir, nak makan tengah hari, hari ni :p @(~

Tuesday, 15 June 2010

wajah blog aku

Aku biarkan blog aku rupa ini, berapa lama bertahan gaknya kan? haha... tengok je la. Tangan aku ni gatal sikit, suka je memporak-perandakan dan menghuru-harakan keadaan.

Sekali dah berlaku terdelete background, meraban mencari semula. Haha...

Aku baru je menghabiskan masa dengan berkebun dan membela ikan semula kat facebook, ooo... terasa lama tak mengadap facebook, komentar aku berderet panjang gila. Agak bengong gakla aku nak mencari semula. Mana yang dapat je.

Sebabnya aku tekun nak mengadap adobe photoshop plak, semangat nak membuat header. Haha godek punya godek, korek punya korek, terjumpala gambar sawah padi. Hijau saujana mata memandang. Terhasillah dari tangan kayu. Nguahaha.

Esok lusa, remove je kalo terasa semak di mata, tapi aku tengok cantik pulak. Tak boleh blah!!!

~)@ Terima kasih cikOni sebab sepanjang aku online ni, dia telah beradu. Sonang hatiku, jap lagi aku tidur dia bangun, mrAbi punya turn plak. Bijak² @(~

jalan² cari makan

Haaa... kali ini kita makan di IKEA, kata pnIzma kedai makKiah, haha... dia ajak aku makan meatball, cis kenyang ke makan meatball sesaja. Kenyang oiii sampai mata aku tertutup masa menaip entry ni.

Apa tidaknya, bukan takat meatball je, nampak pulak kek berperisa Daim, aku memang hantu kepada segala coklat. Semua nak try.

Sesedang beratur, tertarik dengan muffin kat tetengah foodcourt IKEA tu. Amek jangan sesegan, sedap datang lagi lain kali.

aku, meatball 5biji, kekDaim & muffin

orang diet, meatball 5biji, kepak ayam, oren & kekDaim

cheesecake & meatball 10biji, cikPA punya

Makan, gelak, makan, gelak, sampai la pura² tak nampak angka 2ptg. Lupa diri jap. Konon tak nak la menshoppingkan diri, heh! harem bila dah nampak harga yang bawah RM10, tetiba je tangan jadi gatal. Serta merta membeli.

Balik opis dengan gembira macam biasa. Haha...

rerama ni warna hijau, cantik

~)@ Ada lagi entry pasal makan, aku terlupa. Lain kali cerita ok ;) @(~

pura² sibuk

Huiii penuh meja aku, haha! barula aku terasa sibuk. Ngehehe, kot tak kerja aku asyik dok melangut mengadap blog.

Lawa tak blog makcik? haha... bestnya apabila impian menjadi realiti, ceh! benda kacang goreng pun tak reti² kan? haha...

Aku tak sempat nak buat header, tapi tu pun macam dah cantik je, ada burung². Mungkin, background ni aku nak tukar lain arrr, hehe!

Sekarang aku sibuk, kiri kanan kertas conteng. Pening dah.

Ok aku mau sambung kerja. Ada masa aku update, tak de masa kang aku merayau kat blog orang.

~)@ mau guna header apa ye? @(~

Monday, 14 June 2010

interframe

Haha, akhirnya terima kasih BloggerDesign dan terima kasih to pnIzma too. Aku berjaya mendapatkan 3 kolum template tuk blog aku, aku berjaya membuatnya sendiri...ulang sebut SENDiRi.

Lama sudah aku mencuba, akhirnya aku dapat juga tQ-tQ.

Agak kucar kacir sikit, takpe nanti aku bela lagi eh. I love my blog now and forever.

Tu je aku nak bagi tau, haha.

~)@ naik satu takuk @(~

Sunday, 13 June 2010

sentiasa bersinar

Ini cikOni, sentiasa bercahaya, sentiasa bersinar, sentiasa segar dgn perangai² barunya. Dia menerokai kehidupannya dgn caranya sendiri. Aku memang tidak terlalu memanjakannya. Aku mahu dia menjadi seperti aku, berdikari. Tapi tak la aku serah kepadanya bulat² ye, dia kecil lagi sudah tentunya masih bergantung kepada umi abinya.

Ini pun cikOni juga, aku baru berani meletakkan dia kat tempat duduk belakang, bila aku dah sakit pinggang melayannya. Kalo boleh dia nak merangkak atas pangku aku. Apalagi, aku hantar la ke seat belakang, haaa...kejap atas seat, kejap bwh seat, dia tak suka duduk dalam carseat, kalo boleh dia nak meniarap dalam carseat tu. Buat muka bila nampak kamera. Pantang betul.

Ye, masih cikOni, mula dah buat memek muka. Tak DAN aku nak menocang rambutnya tu. Tak duduk diam, itu pun dah baper kali tergolek kat bawah, tapi tak serik. Dia tak nangis pun, cuma dia membebel. Huhu, tak tahan telinga aku dengar dia membebel. Pening..... orang cakap ya, dia cakap tak. Orang bercakap kat dia, responnya hanya hah!, hah!, hah! seolah-olah dia bertanya kat kita balik.

Tido dah tak payah paksa², tido sendiri. Haha, makan pun dah demand, tak mau nestum, nak nasik. Susu pun dah sebotol penuh. Urgh, aku mau mentafkan badan dia semula, biarlah aku tak larat dukung pun. Janji dia boleh menikmati kehidupannya dengan gembira.

~)@ cikOni menghitung hari lahirnya bakal menjelang tiba @(~

Wednesday, 9 June 2010

turn aku pula

Setelah habis sehari mrAbi menjaga cikOni, sebelah malam turn aku lak, cam biasalah.

Kasi dia main puas², kasi dia makan, kasi dia susu satu round, kasi dia panjat memanjat, kasi dia menyanyi, kasi dia membebel, kasi dia mengemas, dia dah membuang, dia dah lapar semula, dia dah letih, barulah kasi dia tidur.

So bila cikOni dah tidur, itu mi megi kasi kembang, baru la aku makan. Hehe, sedang enak aku menuang mi megi ke dalam periuk, baru aku teringat aku ada masak nasi, cait. Tensiii nyaaa. Apalagi mi megi kasi jadik lauk la kan, aku pun leh la main game, update blog. Haha!

Tapi hanya malam ini, terasa mau makan mi megi, malam ni baru terbuka selera mau makan. Kot tak memang tak lalu aku nak makan, diet. DiET??? aku dah kurus weih, tak kosenya. Haha...

Kalau inila gayanya bermain totally malam ini, aku sangat berharap tidurnya lena hingga ke pagi. Haha... selalunya macam tu la.

~)@ mi megi sudah kembang, mau makan, jom makan ;) @(~

tak stabil

Ngengada sangat nak pergi kerja jugakkan? hah! padanla muka. Jari semua dah kebas, boleh menaip tapi tak boleh menulis. Pe jadah?

Mata pun belum pulih sepenuhnya, gatal jugak nak drive sendiri, kan? dah kejap nampak kejap tak nampak je.

Bukan aku tak mau sambung MC, tapi sejak opis ni laksana kuasa 'lock period' time di mana, tidak boleh bercuti dalam masa² tertentu membuatkan aku rasa benci gila nak cuti. Benci sesangat mau apply cuti. Grrr...dah la kena apply guna sistem, ok la masih dihujung jari, dah tu kena print pulak jumpa bos face to face. Cuti sakit je pun, cuti satu hari je pun, kecoh. Dah sakit nak buat macam mana. Aku tak faham betul ngape ada sistem ni.

Takkan la kerana tak kuasa apply cuti je aku nak resign kan? heh! tak munasarawak langsung. So aku redah gak, bagi satu opis bercuti time² ni, sakit. Nak kata apa. Ada sijil cuti sakit maaa...

Dua hari aku tumbang, tak boleh bangun langsung, sebadan bisa. Ooo...aku tak pernah begini weih, last aku rasa macam ni masa lepas bersalinkan cikOni. Flet. Angkat tangan tak mampu. Menggigil bawah selimut. CikOni yang aktif itu, aku serahkan seratus peratus pada mrAbi. Amin, semuanya terkawal. Layanan mrAbi 4.95 star from 5, aku bagi.

Dari mandi, bagi susu, bagi makan, bagi layanan pada cikOni, kemas rumah semuanya mrAbi, kelasss i love u abi. Kena bagi special gift ulangtahun perkahwinan nanti. Apa ye gaknya kan??? hehe.

Tak sabar aku mau keluar lunch ni, jemariku sudah membeku, rasa mau pergi sauna.

~)@ Doakan aku cepat baik, rasa macam tak complete bila sakit begini datang. Sakit itu rahmat. Aminnn @(~


Monday, 7 June 2010

angkara cikAuni

Hooo mentanglah awak dah baik ye, merangkak ke sana, merangkak ke mari, mengemas meja, panjat sofa, turun sofa, umi ngan abi pun awak smackdown ye. Hooo, macam tu rupanya.

Petang semalam, bila mrAbi balik dia terus cari ubat demam, bila dia baring berselimut dari kaki hingga kepala. Terus je aku rasa dahinya. Panas. cikOni hanya memandang dan terus panjat badan mrAbi. Peduli apa dia.

Semalam juga, aku terasa-rasa sesuatu kat mata aku ni, hidung dan telinga gatal sungguh. Ye bila aje menjelang pagi ini, mata kiri aku sudah merah. Haih! cikOni hanya memandang sambil datang kat aku minta peluk. Ceh!

Time² ni juga la cikOni nak tunjukkan skill berjalannya tu, time umiAbinya tak sihat angkara dia. cikOni telah memindahkan virus² demam dan sakit mata kepada umiAbinya. cikOni? dia macam biasala, kuat merajuk. Mengada-ngadanya makin ketara.

Jap lagi aku mau berjumpa doktor, aduiii memandu dgn sebelah mata tak elok ni, aku rasa macam ketam, senget je. Kepala aku pun rasa ting-tong je ni, gagah jugak aku masuk opis, ye la hari Jumaat hari tu dah coti, tunjuk muka la kejap.

Mata kiri aku ni semakin merah dan berdenyut-denyut, haha! bagi aku sebar virus ni dulu. Baru aku gi jumpa doktor.

~)@ kerja datang bertimpa-timpa, nyampah sungguh @(~


Saturday, 5 June 2010

sudah mari

cikOni 6bln dlm perut

Yeay, coming moon. So, penantian berakhir juga. Bukan aku tak nak bagi adik kat cikOni, tapi belum masanya lagi. Almaklumla, aku kan ceaser, jahitan, cantuman yg dalam² tu memerlukan masa lama tuk betul² sempurna.

Tapi tak dinafikan jugak aku dah rasa rindu sangat mau pregnant. Mau pakai baju² pregnant kembali. Menjadi umi buyong. Ahaks!

Tunggu je la ye, masanya akan tiba juga. Next year start mega project. Hihi!

Mata cikOni beransur sihat. Terima kasih doakan kitorang sekeluarga. Hopefully baik sepenuhnya menjelang petang kang. Aku nak kuar dari rumah ini, sungguh bosan lor. Shopping time :p

Next week, mrAbi going to be mrMama, menjaga cikOni sepenuhnya sepanjang siang hari. Seminggu pula tu. Aku tau mrAbi boleh buat punya. cikOni memang suka dengan dia. Haha!

~)@ tiada adik pada cikOni pada masa ini, pasti :) @(~

Friday, 4 June 2010

aktiviti hari ini

Hoh! kena clash lagi, nyampah betulla, baru tak jumpa dua hari dah kena clash. Cet! tak setia punya boyfriend. Dah! malas aku nak pasang lagi. Single lagi bagus. enSerge, i miss u. Cinta pertamaku.

Gila kuasa punya statement. Haha! Sorority Life punya pasal. Ingat aku pasang lain ke? ooo tidaaak sama sekali ye. mrAbi ni pun aku belum rasa menjadi isteri sempurna kepadanya lagi ok. Stop.

Sepanjang hari ni, aku kat rumah menjaga cikOni sakit mata, so far beransur baik sikitla menjelang petang. Sangat kurang makan asyik mau main, main, main dan main.

Asal kena tinggal melalak, macamla aku tak kembali ke sisinya lagi, huh! satu Desa Aman ni bergegar. Mesti orang ingat aku tak reti jaga anak. Adehhh!

Time dia tido je, aku hadap facebook sampai lebam. Membela semula ikan dan kebun yg dah lama terbiar. Sempat jugak aku masak, membasuh, kemas rumah & lipat baju. Siap kemas almari lagi. Haha! aku pun tak sangka aku sangat bertenaga hari ni. Ngehehe!

~)@ aku tak coming moon lagi ni, apakah??? mrAbi dah soh beli pregnancy test. erk! @(~

Thursday, 3 June 2010

cepat sembuh

bayangkan mata sepet ni bertambah sepet

Semalam, cikOni tayang gigi cute 4 batang bila aku nak ambil dia. Bila aku dah dukong dia babai pada pengasuhnya. Aku peluk cikOni yang makin nakal tu, tertengok-tengok, terkekek-kekek dia tayang gigi dan senyumannya pada abang²&kakak² yg berselisih. Semua orang geram.

Aku perati muka comel dia, rasa dahinya yg panas sikit. Tengok² mukanya macam sembab sikitla. Erm...normalla dia memang demam bila masuk bulan baru.

Bila mrAbi balik aku soh dia pula tengok anak daranya yg masih tido, merengek tak sudah. Aku suruh mrAbi tengok mata cikOni tu, banyak tahi mata. mrAbi letak eye mo. Boleh ke? aku macam rasa tak puas hati je tau.

mrAbi test demam cikOni, ye demam sikit dan aku buat keputusan tuk bawak cikOni gi klinik esok pagi.

Pagi tadi, aku makin risau sebab cikOni tak tunjuk tanda² mau bukak mata. Mungkin dia rasa matanya sudah melekat. Aku tak buang masa, ngam² 8.30pg aku pakaikan dia kasut terus dukong bawak gi klinik.

Angkut sekali beg baju dia, aku mau terus hantar ke rumah pengasuh pulak. Kat klinik cikOni bangun, mujur tak nangis dan mata kanannya sudah bengkak. cikOni kena sakit mata akhirnya. Dia terus merangkak atas simen klinik tu. Melayan dia tengok macam² gambar bersama dgn mulutnya yg tak reti diam.

11bulan, bulan depan setahun. Susut sikit, kata docZuraimi. Ye dia memang suka dgn cikOni. Susut tapi 9kg ngam². Patutla...aku mengah gile dukong dia. DocZuraimi sempat pesan pada aku, 'naikkanla sikit badan ni, tak macam mama pun, macam kakak dgn adik je'. Hehe! itu sudah pasti, cikOni my bff ok. Lepas ambil ubat, aku tinggalkan dengan pengasuhnya dgn syarat kuaratin budak ni, pembawa virus.

~)@ cepat sembuh cikOni, nanti kite nyanyi lagu Thomas, Noddy ngan Chuggingtown sama² ye
@(~

Wednesday, 2 June 2010

dah tak kempunan


Muka bahagia aku

Hajat tertunai. Akhirnya, Murni kembali. Ahaks! Kredit to pnIzma kerana jangkaan yg tidak meleset setelah kecewa dua kali.

Lepas ke bank acara mancari kedai makan bermula, lidah terasa-rasa ayam pandan murni,
'aku tak puas hati' kata pnIzma, ye marilah kita tengok lagi sekali, mana la tau rezeki kali ini kan?

Acara cilok-mencilok dan laluan yg agak jammed.
'ni sesak ni, mesti Murni dah bukak' aku la yg kata tu kan, haha...selaku penumpang setia Sang Kenari Merah.

Taraaa...amin rezeki ayam pandan hari ini. Dapat meja je terus order, hari ni tak panas sangat so suasana makan kat dalam restoran tu agak sejuk. Kalau tak, terasa matahari betul² atas kepala. Bahang.

Nasi Lemak Ayam Pandan RM6.00
Honey Dew Special Medium RM5.00

aku punya ye...

Makan dengan aman dan bahagianya. pnIzma nasik goreng ayam pandan, tapi cian dia dah habis lak ayam pandannya ganti dengan ayam goreng biasa, puas hati jugak la. Konyang.

Boleh la try cuba test, ni ha rujuk kat entry pnIzma ni. Aku memang tak pandai nak mengomen.

~)@ yeay, kedai dah nak jadik dua tingkat @(~

dia papaku

Selamat 11 bulan cikOni...dah boleh berjalan banyak tapak dengan sendirinya, superbla anak umi :)

papa, daddy, abah, ayah kepada umiOni&Mois
terbaik wokkk...

Mama bising bila aku jerit 'abaaahhh makan' atau 'abaaahhh!!! mama panggil' haha...sebab mama soh aku panggil papa. Sampaila adik aku ikut panggil abahhh jugak.

Cumanya sejak ada cikOni ni barulah lidah aku ni terbiasa panggil papa, ye la nak sesuaikan dengan mama. Barula kena kan?

Seingat aku la, papa tak penah pun mendaftarkan aku kat sekolah, setiap tahun masuk sesi baru memang tugas mama yg hantar aku sampai dalam kelas. Papa? dia banker je, haha...mintak nak berapa? mesti dia bagi, tak banyak pun mesti ada.

Kekadang mama suruh ambik aku dari skolah time hari hujan, ye la mama tak pandai drive. Tapi, aku tak suka tunggu papa, mesti lambat. Semua kekawan aku dah balik, tinggal aku sesorang tunggu dia. Tu yg aku tak suka tu, aku lebih rela meredah hujan, main air balik rumah jalan kaki. Hehe!

Bila aku start duduk hostel, papa amek penyata aku sebab sekolah aku kat Bandar Kota Tinggi, bercinta gila tunggu dia datang, tak pernah punctual. Dia sangat busy. Bila melawat aku kat hostel, tak sabar-sabar dia nak balik rumah, nak pergi kebun katanya. Haish, tak sempat aku memadu kasih dengan mama.

Paling aku teruja, bila aku mintak meja belajar nak letak dalam bilik. Jeles la tengok orang ada bilik sendiri macam dalam drama kat TV tu. Nahhh!!! papa buat dengan tangan sendiri meja belajar, lengkap dengan laci. Siap ada almari buku lagi. Papa sangat kreatif ok. Dia buatkan mama katil serta almari fail untuk simpan fail²nya.

Paling best, aku balik dari bandar kota naik teksi, sedang dalam perjalanan berselisih dengan papa naik motor kapcainya. Pemandu teksi angkat tangan sambil berkata 'tu la satu²nya pegawai yg rajin dalam felda ni'. Ntah mengapa dia memuji papa. Hahaha! aku sengih.
'itu la ayah saya pakcik' aku berkata sambil tersengih lagiii lebar. Papaku di puji. Ahaks. Pastu papa perasan la kembang sana sini :)

Walaupun kesibukkan berkerja sebagai Pegawai Felda, papa masih lagi mahu pergi bercuti bersama-sama. Hrm...ala dia sebenarnya rindu nak menggelek cucu kesayangan pengarang jantung hatinya :p

Ayat yang paling dia suka cakap bila berjumpa dengan sesiapa "itula ceritanya" tak sudah², dia akan ulang sebut sehingga orang yang dengar betul² faham. Wooo...i miss my papa.

Selamat Ulangtahun Kelahiran-55
kepada
enAb Latib bin Tohalus
~ semoga diberikan kesihatan yg terbaik utk terus menjadi sponsor percutian akan datang, huahuahua! ~
dari: kakak sekeluarga ;)

~)@ maintain muda papa aku ni tau @(~

Tuesday, 1 June 2010

5@limo@khamsah@five

Dimulakan dengan bismillah, selamat datang bulan Jun. Oi mak orang! dah masuk setengah tahun, lagi setengah tahun masuk tahun baru. Adehhh! aku masih kanak² lagi rasanya. Heh! gila interframe :p

Sebelum aku bergelumang dengan report aku kasi setel tag dari pnSha, terima kasih kerana mengingati anakanda di sini, eh? melalut sudah. Oiii banyaknya soalan kena jawab.

a- Copy award; Done


b- Beritau siapa&link pemberi award ini; pnSha, mummy pink Khalis, orang rajin tukar template blog sendiri, tengokla esok lain pulak template dia. Aku nak tukar template blog aku pun kena pk 48jam. :)

c- Tajuk pos mesti 5-five-khamsah; ok dan sila jawab 10 soalan dengan 5 jawapan; kacang je kan?

1- 5 names that people call you; syasya, nurul, ch@, mak memerang & kecik.
2- 5 important dates in your life; 5th Jan~ meets mrAbi, 19th Aug~ Enggaged, 27th Jun- married, 2nd Jul~ got cikOni & 30th everymonth~ got salary. hahaha!
3- 5 things u did yesterday; naik tangga 14 tingkat, jemur baju, tengok TV, menyakat cikOni & bersembang dalam lift :p
4- 5 ways to be happy; main game, facebook, blogging, senyum & berangan.
5- 5 favourites movie; Shrek, I'm not single, Zombi Kampung Pisang, Mr&Mrs Smith & Speed
6- 5 hobbies; membaca, tengok Thomas&Friends serta Cuggingtown, membuli cikOni, shopping & blogging.
7- 5 favourites people; orang taja makan free, orang taja gi shopping, orang yang baca blogku ini, orang bagi present kat aku & orang tulis surat kat aku :)
8- 5 favourites places for vacation; Langkawi, Pasar Sato' Sarawak, Genting, Cameron Highlands & Penang.
9- 5 reason you answered this survey; for friendship, takde entry baru, saje suka, nak award tu & all about me. bbuek!
10- 5 person to tag; tettt, baling dadu; dkama, missOren, umiIman, Ain & Lyaa.

Sila buat dengan jayanya :) pastu sengih depan pc sorang² ye :p

~)@ report time! berhibernasi @(~

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy