kempunan lagi

Thursday, 27 May 2010


Ye, hari ni dua kali aku letak entry, sebab aku dah tak tahan nak makan Nasi Lemak Ayam Pandan kat Murni. Hadoiii!, semalam aku dah meredah dengan pnIzma, suasana lengang dan rezeki kitorang dapat parking-selalu memang sarat giler kat Murni tu.

Tengok² pintu kedai tertutup elok je, adeiii! meleleh je air liur. Terus je ke PopeyeLouisianaKitchen TTDi. Kemain menyimpang jauh AmanSuria ke TTDi.

Hari ni gagah lagi, mau menunaikan hasrat anak tekak. Namun, hasrat kecundang lagi. Barulah tau, kedai itu diubahsuai. Memang telah menjangkakannya, sebab ramai gilers peminat² Murni. Lokasi jalan² cari makan terus ke DaveDeli's memandangkan sudah gaji.

Hahaha, oiii pnIzma bukan ko kena belanja aku ke, sebab menang. Aku tak kisah pun, janji aku dapat mashed-potatoes yg sedap hingga menjilat garfu tu. Hahahaha! dalam perjalanan ke DD tu sempat la menjilat bibir nampak aiskrim McD, konon balik kang singgahlah.

Hampeh, bila dah kena sogok ngan mashed-potatoes, semuanya jadi hilang ingatan, pe tah lagi Toys R Us ada kat ruang legar tu, rasa mau borong beli tok Oni. Sempat gak aku menyambar, cekak ngan FlashCard.

kad imbas Oni, akanku paksa dia jadi pandai :p

Bila dah sampai opis, ada tayangan drama mandarin ke tionghua-aku tak sure pulak, adeiii dah la aku home-alone Malay dalam ni, dok kecoh pasal claim, mc yang berterabur atas meja PA, oiii cikPA kot ye ko tak nak dah opis ni, silala bereskan kije²mu itu, tak sanggup aku dengar suara² halilintar ni. Adeiii!

Setelah pnIzma pergi meninggalkan aku, lidah aku ni terasa-rasa nasi lemak ayam pandan lagi. Apakah aku? teeeettt...nehi².

Esok aku sudah mau berangkat ke Bukit Tinggi, salah info pula mrAbi ni, bukan kat Genting ye, tapi Bukit Tinggi, erk! dulu honeymoon kat sana dapat Oni, kali ni? apakah? wowowowo...sila kembali ke asal ok :). Baju semua belum kemas, tak tido la aku malam ini.

~)@ sape nak tolong jaga Oni seminggu? sila angkat tangan? pengasuhnya mau bercuti @(~

Rupa inikah?

Hahaha, ni pnHanem punya angkara la ni, aku pun try, cuba, test. Macam tak sampai hati aku nak tengok rupa aku sendiri.

Adeiii, serupakah? comel lagikah? kenala menggunakan antiagging-cream dari sekarang, sesambil minum anlene :)

Mahu mencuba? klik kat sini ye.

~)@ itu kalu shawl tak pandai pakai, mata dah rabun @(~

aku ni

Wednesday, 26 May 2010


Tentang aku sendiri secara ekslusif, pnIzma, kakMidah, pnHanem, umiIman & ibuAjeem. Limo (versi jawo) orang tersebut, sila-silala ye, aku mau kaji tentang korang dgn lebih mendalam. Siapla korang, hahaha! Lotih aku baling dadu.

(a) Taip 23 perkara tentang diri awak secara rawak (wak~wak), tak kisahla luar dalam opsss, apa² aje. ~ ngape 23 ye? ngape tak 25, takpun 20? sibuk je aku ni.

Fakta tentang aku dan orang tersayang.

1- Ini aku, dikenali dgn Syasya atau Ch@, bukan nama dalam ic :)

2- Aku adalah ANAK pertama, sulong-bongsu kepada pnSaloma Basar & enAb Latib Tohalus.

3- KAKAK kepada enNazrul Shah Ab Latib yg juga sulong-bongsu dalam keluarga. Abaikan orang belakang tu ye, sibuk je interframe.

4- iSTERi kepada tnErwandi Sumardi, orangnya besar dan serius.

5- UMi, emak, ibu, mama, mummy kepada si kecik ni, Oni. ooo...belagak eh, dah ada gigi. Takpe².

Fakta lagi, aku sangat gemar dan suka kepada:
6- Warna hijau, akukan pencinta alam sekitar. hehehehe! tapi mula berjinak dengan warna turQouis.
7- Coklat, tak kisahlah brand apa pun, janji sodap. Lelebih black-forest Cadbury, nak satu!
8- Melipat baju, hahaha! lagiii banyak, lagiii aku suka.
9- Asam pedas mama. Adei makan pulak dgn kicap Kipas Udang, huiii! mau balik kampung ah!
10- Blog aku, hahaha! aku ingat tahun ni nak buat 12 n3 sebulan, takleh la. Tak menjadi.

Fakta lagi sekali, aku cemburu bila:
11- Nampak kapel menghantar buah hati ke opis. Alaaa...romantiknya.
12- Baca mesej pempuan lain dalam handphone laki aku. Waaa...rasa mau bawak diri.
13- Orang lain main game setenang²nya, aku bergelumang dgn kije. Caittt! benci tau.
14- Aku pulun kemas rumah tunggang terbalik, mrAbi layan tido. Adeei, kesabaran yg tercabar.
15- Blog jiran tetangga sentiasa berupdate.

Ini baru angan² aku tapi fakta juga.
16- Duduk rumah jaga anak.
17- Ada driver hantar&amek aku gi balik kije, gi pasar beli lauk, amek&hantar anak ke sekolah.
18- Ada maid, buat kije rumah. Aku start malas bila dah kena jaga anak.
19- Ada laptop ssendiri.
20- Blog aku dinaik taraf seiring dengan blogger² lain. hehehe!

Impian aku, angan² yang akan dicapai, pun fakta juga.
21- Belajar memasak, sebijik masakkan mama.
22- Memberi adik kepada Oni, sebanyak 3 orang lagi - insya-Allah bergantung kepada ekonomi.
23- Blog aku bertukar ke warna lain, hehehehe! kalo aku rajin eh! sebab aku suka hijau.

Sekian sahaja persembahan aku. Ye semuanya tentang aku ye. Apa yang aku tak suka? hehehe! simpan je la dalam hati, kite kena suka pada semua benda yg mendatangkan manfaat pada kite. ye tak? membebel pulak dah. Chow!

(b) Tag kepada kawan awak yang rajin² ye. Dah setel kat atas tu...

(c) kalau tak ikut peraturan , di mana keseronokkan 'TAG-TAGGED-TAGGING' ni. Ikut dah, cuma nombor je tak ikut turn. Sekali sekala.

Cop mohor dari pnSha. Setel dah ni, upah?

~)@ sejak akhir² ni cam rajin je nak terjah blog :), sebab FB takleh main masa waktu kije. Kalo blog pun di block juga, mau aku resign @(~



handphone

Tuesday, 25 May 2010

Ergh, salah siapakah? salah akukah kerana meletak barang-barang merata tempat atau sebab aku tak menjangkakan bahawa anak aku sudah boleh mencapai, memanjat, meredah ke mana aje dan apa sahaja? adeiii.

w508 sumber enGoogle
Love it like it. Semoga dapat diselamatkan.

Mungkin kerana isi dalam handphone aku telah banjir dengan air liur Oni, makanya dia sudah menunjukkan ciri-ciri ke arah minta yang baru. Pendek je akal aku nak mintak tipon baru, hahaha! tapi aku sudah diberi kata putus, beli sendiri. Adeh, celah mana nak dapat duit beli tipon ni.

Tapi mrAbi dengan baiknya membawa pergi repair dengan waranty yang masih ada. Kalo betullah memang kena tukar baru, makanya sejarah rekod dunia bagi aku menggunakan tipon itu dengan jangka hayat yang paling singkat. Nguahahaha!

L6 pun sumber enGoogle
Handphone lama aku, guna balik semula.


Apapun tunggu aje la ye.

~)@ pasni aku guna public-phone je la nampaknya :) @(~

ABC macam² ada

Monday, 24 May 2010

Kali ini n3 aku special ye. Kenapa? suka hati makcik la nak oiii, makcik punya. :p

A, aku, abi dan auni ~ are family in one roof.
B, bebel, berangan ~ ini hobi aku dari dulu² lagi.
C, chubby, comel ~ pipi aku la tu, hahaha! ada makcik kesah???
D, demand ~ ooo itu aku gak tu, tapi kekadang je. tak selalu.
E, erwandi ~ nama atas nameTag polis mrAbi.
F, filet-o-fish my favourite
G, gigit ~ hobi baru Oni, mentang la dah tumbuh gigi atas bawah, smua menda digigitnya.

Oni yang lasak

H, hijau ~ my favourite colour. Love green.
I, ikan ~ aku sangat suka dgn ikan, ingat kat filet-o-fish???
J, jalan² ~ aku ngan Oni sangat suka, aku ada tahi lalat kat tapak kaki.
K, keretapi ~ baru je mrAbi beli tok Oni. Aku peminat Thomas and Friends.

Oni punya ni, tapi abiumi yang main

L, lipat ~ aku suka lipat baju. Suka bau baju bila dah kering.
M, mencabut, memasang, mengemas, memanjat, merangkak, menyanyi, menyepah ~ Oni punya hobi terkini.

aktiviti Oni bila di rumah

N, noorulsahida (aku), norerwandi (mrAbi) & norerdina Auni (Oni)
O, Oni ~ my little coro.
P, panjat, memanjat ~ lepas gian nak duduk dalam carseat, Oni la tu.

cak! Oni...

Q, que Haidar ~ i loikesss him.
R, rhu ~ ingat pokok ni? aku panggil pokok hantu sabab dia ada bunyik.
S, syasya, Sahida ~ nama aku gak tu.
T, tokPapa, tokMama, tok'ki ~ nenek & atok Oni.
U, umi tok, nenek Oni jugak.
V, virus ~ selsema ngan batuk, kejap je terkena.
W, wandi ~ nama mrAbi masa blaja.
X, x-ray ~ aku tak suka bila kena bukak baju. erk...
Z, zoo ~ aku nak bawak Oni kenal dgn binatang.

ABC sampai Z ni dari mommy gojes Khalis hohoho! jenuh gak nak menyiapkannya. so sha, dah siap ni, aku main hentam kromo je, janji bunyik.

~)@ aku mau membawa diri lagi, usah ditunggu ye entry seterusnya. hehehe! daaa...take care! @(~

Edisi Utara

Friday, 21 May 2010

Bab Akhir

Elooo...sudah² la Oni interframe. Aku pulak amek alih. hahaha! dah bosan ke? ala saje citer pengalaman dan kejakunan buat pertama kalinya ke Langkawi. Aku memang jakun ok.

Masuk citer, hari seterusnya, after taking breakfast terus bergerak ke Pekan Kuah (jeti) mrAbi gi usha tiket pulang ke seberang, ada yg berkampung sehari lagi kang. Dan meneruskan perjalanan lagi mengikut peta. Ye, takde pemandu pelancong ye, semuanya main aci redah je.

Tengok signboard, ada singgah ke tepi pantai, tapi tiada apa pun, so tidak menarik. Perjalanan diteruskan, singgah dia Taman Burung. alooo dak kecik ni bantai tido so tak masuk, terus lagi ke Muzium Kraft, kejut Oni soh bangun. Buat rugi je masuk dia tido. Masuk free. Best la gak.

Jemput masuk semua

Ini mainan kegemaran tokPapa

He'e tokPapa dgn siapa tu?

Oni dah teruja nak menjelajah

Canting batik

Aku dapat kain pelekat limited edition, memang takde jual kat mana² pun, pasti akan ku buat baju raya nanti. Hijau cam biasa. Orang tulis nama atas batu - lagu, aku tulis nama atas beras. Saje buat kenangankan.

Habis meronda, sampai kaki melecet. Terus gerak ke Taman Buaya. Jakun...buaya pun tak penah tengok. Hahaha! bawak Oni gi tengok la. Macam² jenis buaya ada, tak ketinggalan buaya darat. wahahaha!

abiOni dan buaya

Setel tengok buaya, badan pun ada cam bebau hanyir je. Selamba. Perjalanan diteruskan, kereta kabel. wow! hatiku mula rasa cam goyah². adeiii! papa cepat je geleng takmo naik. Cuak beb!

Namun memikirkan tah bila lagi aku nak naik kat puncak gunung tu ha, aku gagah jugak. Papa pun sama. Yg maintain rilax, sah² la Oni ngn mrAbi.

Rasa mau nangis dowh! gila tinggi. Mulut jangan katalaaa, beristighfar sepanjang perjalanan. Beratus-ratus meter dari aras laut. Ko gila. Akhirnya sampai ke destinasi pertama. Rendah sikit, nun atas sana ada Jambatan Angin. Ada beran???

Tak naik? rugi². Redah gak. waaa...aku rasa cam jantung, hati smua dah tertinggal. Masa kat jambatan tu rasa la angin tiup, ada goyang². hohohoho ho liau. KetaQ lutut.


tokPapa pun cuak juga. Oni maintain

mrAbi yg paling cool sekali

Saujana mata memandang. Tinggikan???

Setelah bagi can kat Oni merangkak menjelajah cara dia, perjalanan turun pulak. wawawa...hatiku berdegup sekencang angin bertiup. Alhamdulillah, smuanya selamat turun. Sempat melawat rusa kat kandang sebelah. Bak kata beep-beep ada arnab, tapi aku tak nampak pun arnab tu.

Sempat aku beli beg besar punya, tukar pampers Oni sebelum bergerak pergi makan tengah hari. Lepas je makan tengah hari, bergegas ke Pekan Kuah semula tuk bershopping coklat kembali, mrAbi beli bagasi lagi besar, hamek ko satu bagasi coklat saje.

Kembali ke jeti dihantar oleh kawan mrAbi yg mula² menyambut kedatangan kitorg. Saling berpamitan, dan naik feri yg sama masa datang. Aku sempat tukarkan baju Oni dalam feri. hahaha! asal boleh je kan?

mrAbi bawak kitorang pergi Pekan Rabu, Alor Setar sebelum balik ke KL. Lepas makan malam, terus aje balik KL. Maka, habislah perjalanan selama 3 hari.

Terima kasih pada Ann sebab menjadikan aku selesa kemana-mana dgn bajunya. Walaupun badan macam nak patah, tapi hasilnya berbaloi-baloi. Akan datang, mau ke mana pulak ye? hrmmm...


~)@ hujung bulan ni family day PDRM pulok...Genting Highland @(~

habis dah~~~)@


Edisi Utara

Thursday, 20 May 2010

Bab 2

hi, hari seterusnya pukul 5.30pg...oni dah kena kejut ngn umi tuk mandi. huhuhu! oni bangun nak susu, tapi umi suruh mandi pulak, sejukkk. jangan risau air kat Kulim ni suam je, tak puas. rasa nak duduk dalam bilik air lama².

tak sabar nak sarapanlah

umi siapkan oni, setelah smua orang bersiap, barulah kejut abi, abi kata nak kena naik feri pukul 7.30pg. tak sempat pun, sebab pukul 7.00pg tu kitorang duduk minum kat kedai auntySu. setelah mengucap salam terakhir pada kali ini, terus ke Jeti. yeye naik feri. tengok muka umi macam cuak je.

abiOni, sama tak muka kitorang?

abi tinggalkan waja kesayangan. wow bestnya naik feri. oni suka sangat tengok laut tu. oni suka main kat tepi tingkap tu nampak laut luas terbentang. saujana memadang.

smua orang tido, umi teman oni main, cian umi...hahaha! baju seluar oni smua dah comot. kapel cina duduk belakang pun main ba ba cak ngan oni. oni jelir lidah kat dorang. hahaha! kata tokMama lidah oni cam viper kereta.

maafkanlah umiOni ni ye, dia mmg syok sendiri.

inilah feri yg oni naik

sampai je PulauLangkawi, kawan abi dah tunggu, panas sungguh rasa melekit² je bdn. terus ke hotel. umi mandikan oni, wah rasa fresh tapi oni lapa. umi ni terror la cam tetau je oni lapa, cepat je hidangan sampai. abi start bawak jalan, dorang makan kfc dulu. ayoo kfc ni, takde ekon la. panas-panas-panas. tak jadik nak tido.

oni je yg mandi, semua orang belum mandi lagi

umiOni depan makam Mahsuri

perigi, peralatan pertanian ngan sawah padi

abi bawak pergi Makam Mahsuri, ohooo bukan aje ada makam tapi rupanya ada jugak rumah. macam satu kampung la. oni suka main kat pangkin bawah rumah ni. hehehe!

destinasi seterusnya, pusing bandar cari Dataran Helang, nasib baik juga dapat abi yg cekap ni. walaupun sesat barat tapi sampai ke destinasi. waaa...terbakar kulit oni ni tau. eh, ngape umiAbi ngn tokMama kat bawah? ooo tokPapa dukong oni rupanya. wah! inilah helang paling besar. uiii! besaQnya helang ni. jom abi kite balik. lotih dah ni.

nampak oni tak? antara huruf 'G' dan 'K'

umiAbiOni ngan tokMama, perasan dah tangkap helang

ok habis sudah bab 2, sambung bab 3 pulak ye. oni nak minum susu dulu. pastu tido. tata!

~)@ umiAbi nak beli mainan tuk oni rupanya, padanlah dorang gi dating berdua je. nasib baik! @(~

bersambung lagi~~~)@


Edisi Utara

Wednesday, 19 May 2010

Bab 1

saya oni blur ikut umi :)

hai, rindu kat oni ke? ooo rindu kat umiOni ye, umi busy kena kemas rumah. abi pulak kena basuh baju banyak, ye la lama sangat pergi bercuti, dah macam kedai dobi pulak rasanya rumah oni ni, eh rumah abi la :) oni pergi jumpa tok aziz, adik pada tok papa kat Sungai Petani. umi kata Sungai Petani tu kat Kedah, utara semenanjung Malaysia. oni ikut je.

oni pergi dgn tokMama, tokPapa, abi ngan umi. pa'su Is takde, dia tak dapat cuti. tapi hari-hari pa'su tipon oni. pa'su rindu oni ye :)

sampai kat Kedah, auntySu tunggu. nak tumpang rumah dia kat Kulim. sonot sangat jumpa makLong ngan tok. tapi oni dah mula rasa tak selesa, sebab kat sana cuaca panas sangat. petang tu jugak abi bawak tokPapa jumpa tokAziz. 1st time oni jumpa dia. umi pun kata, 1st time jumpa lepas umi kawen dgn abi. huhuhu!

malam tu ikut auntySu makan dekat Kuala Juru. makan seafood. ada udang goreng kunyit, ikan bakar, ketam sambal ngan kailan goreng.

tengok ni dorang smua sangat teruja bila hidangan sampai.

abi ngn umi cam sotong, sedap sangat la tu...

abi ngan umi punya bahagian

tapi...mana oni time ni eh??? wah! wah! smua seronok menjamu tekak ye. lupa akan oni. isk! isk! sedih tau.

eh? hehehe! ini sayakan? erm...patutla.

saje je, bagi peluang kat abi ngan umi makan puas². lagipun oni dah letih sangat. tak penah jalan jauh selama satu hari. lagi pun oni takde peluang langsung nak jejak tanah. sebab kalo tak umi dukong, abi, takpun tokPapa. oni sukaaa tokPapa. mmuah!

ok, oni stop dulu. sambung bab dua pulak ye. mau tolong tengok umi buat kije. dadaaa.

-)@ abi ngn umi tengok wayang, tak bawak oni. tengok citer iron man lak tu. isk! @(-

bersambung~~~)@



mashed-potato

Thursday, 13 May 2010

mashed potato versi umiOni

yuhuuu...tanya aku mana ada mashed-potato paling sedap. dah tentulah dengan rasa sedapnya aku kata DaveDeli's punya. hehehe! kesedapannya terasa-rasa kat hujung lidah, rasa nak je pergi OneUtama tu terjah DaveDeli's hari², tapi...hohoho! belum tengah bulan dah tak larat mau bayar.

ini mashed-potato versi aku...hehehe! oni kata sedap. sebab dia boleh habiskan sebiji kentang bila aku membuatnya.

Bahan-bahannya:
1- kentang
2- lobak
3- kiub pati ayam utk kesedapan.
4- cawan utk melenyek.

Cara membuatnya:
1- rebus kentang dan lobak bersama pati ayam (kredit to pnIzma kerana memperkenalkan kiub pati ayam ini kat aku) sehingga lembut.
2- setelah semuanya pasti sudah boleh dilenyek, lenyek sehingga hati puas maka gunala apa² benda yang boleh dibuat lenyek, cam aku aku gunakan montot cawan ni, hahaha! lebar dan mudah.
3- bolehla bagi pada anak yang sudah 8 hingga 9 bulan.

Peringatan:
Pastikan anak tidak mempunyai apa² alahan ye, sekiranya ada alahan, maka tidak haruslah memberinya lagi.

Oni aku, so far so good. semua dia makan. paling aku tak tahan dia suka kepada benda² yang seperti tali, bukan dia kisah wire ke, kabel vakum ke, benang ke, agaknya ni la balasan aku suka sangat pada spegetti masa aku pregnant dulu.

So kepada sesiapa yang mahu mencuba, selamat mencuba.

~)@ bila anak tak habis makan, maka makanan itu emaknya la yang kasi habis. so kenala buat sesedapkan? mana tak kembang ;) @(~


late again

Tuesday, 11 May 2010

sumber dari google image la cam biasa ;)

asal aku pakai purple, mesti aku lambat sampai opis. hahaha! reason tak boleh blahkan? tidur bukan main awal, ikut waktu oni tidur, 9.30mlm. Bila oni bangun malam pukul 12.00pg mintak susu, aku bangun tengok Play House Disney channel. Oni suka betul tengok Thomas & Fren ngn Chuggingtown. Lebih kepada aku yang tengok sebenarnya. ngehehe! comel gittu.

Lelepas tu mata aku dah tak boleh bukak, langsung aku tidur sampailah mrAbi balik. Dia melayan oni pulak. hari dah 3pg oni tak tidur², ayooo. mrAbi dah terdampar. aku pulak kena layan minah tu, dia ajak jalan ooo.

4pg barulah dah dia mau lelap, setelah merengek dan minum susu suam. hoh! aku pun hanyut sekali sampai terlajak. dah la tu, tunggu lif bukan main lembs lagi. ergh!

lagi sekali halangan menimpa, sedang aku speed, sebijik bekho (bajak kuning) di depan aku. traffic light merah, walawei mesti kreta aku tak lepas mau lalu sebelah bekho tu. hari dah pukul 8pg. benci. nak aku sumpah, memang tak jadik apa la kan? lain la kalo aku sumpah bekho tu transform jadik kancil. maka waja aku yang lebar ni leh la celah ke kiri tu. kena la tunggu.

lepas je bekho tu, aku pun cam lipas kudung. huhuhu! lambat 5mnt. cet! tidak suka lambat.

-)@ badan letih kot panjat tangga 14 tingkat. hahaha! pasni mmg aku takmor guna lif arrr. bersenam, baru slim kan??? @(-


gebu macam kuih paw

Monday, 10 May 2010

syok sendiri di pagi hari 6 Mei

miahaha...ala orang hatinya senang memang macam ni. ini gambar masa beday aku hari tu, merayakan hari serba hijau, ye la sekarangkan kempen hijaukan bumi, so kalo boleh hari² aku mau pakai hijaaauuu semedang :)

tengok je la pipi aku tu, hahahaa memang sekarang aku pakai shawl je, baru pandai pakai katakan. ini kalau pakai tudung biasaa ni mau nangis jugaklah, makan masa sebab pipi aku dah gebusss kata sisLin ;)

oni umiAbi

hah! ni lagi satu gebu, rupanya cam tak rupa pempuan, ikut saper aku pun taktau, tapi kiut. hahaha! anak branak perasan. sekarang ni ngah demam, tapi takde gambar orang sedang melepek. asal masuk bulan baru mesti demam, adeiii. kena bagi dak kiut ni makan vitamin C.

demam pun masih mampu menjelajah rumah. battery handphone aku boleh masuk dlm mulut dia, habis berbekas gigi dia yg kiut tu. satu handphone penuh air liur dia, adeiii. aku letak dah jauh, dia leh gak capai. ini kena cari rak tinggi lagi la gamaknya.

tak boleh kena tinggal. raungannya menggegar satu pangsapuri. hoh! tau pulak tu, asal aku takde dia cari kat bilik air. bijak². selalu je aku terkantoi ngn dia. nak tak nak terpaksa layan dia main air sekejap. oni-oni-oni.

-)@ cepat betul masa berlalu. dah nak setahun rupanya dak Oni ni @(-

celebrate

Thursday, 6 May 2010

hehehe! gebukan???

aku & dorang...makan²

erm...debaran berakhir, hahaha! gila ko, dorang ni saje je...melihatkan keadaan kek aku yg begitu cantik tu, huhuhu! takkan sampai hati dorang nak menempek kat muka cute aku ni...hahaha!

tak sabar² dorang suruh aku membaca ucapan kat atas kek itu, amaran "AWAS!!!" hoh! rasa mau lari itu jam jugak. aku cari di mana² ada tersimpan kek tersembunyi. aku pandang rupa² ensem mastermind yg tak boleh dijangka. semua orang gelak. aku pedulik hapa...

jujurnya aku cuak jugakla...huh! balik rumah mrAbi belanja makan Pizza, yeay! sedap². makna lagi ye. hahahaha! melihat aje gambar yg telah di snap ini. aku memaaaaaaang gebuuuu. hahahah!

terima kasih kakFaizzah atas dua helai shawl mu yg cantik itu. i like...terima kasih semua yg mengingati hari ini...

-)@ makin dewasa, makin kurang dapat hadiah ;) hahahaha! @(-


my big day

' happy birthday to me. hahaha! '

ada apa dengan hari ni. hari ni umur aku naik lagi satu. 26thn. ooo muda lagi :) hahaha! gile perasan.

perasaan? waaa...aku cuak dowh, dorang ni kepala agak memereng sket ye. apa² pun bakal terjadi pada hari ni selagi hari ini tidak habis. mencik tau. stiap kali beday staff kat sini 2,3 yg mereng tu 'smack' cake kat beday boy/girl. huahuahua cuak-cuak.

tengah hari tadi aku ditaja DaveDeli's, ye sedap hingga menjilat pinggan. free.

buat petama kalinya mrAbi jadi org pertama yg wish setelah bersama selama beberapa tahun. tahun lepas dia boleh terlupa ok.

takde apa yg aku harap sempena hari istimewa aku ini, cumanya aku berharap agar seluruh hidupku, ahli keluargaku, dilindungi dan dirahmati olehnya. dijauhkan dgn segala malapetaka yg mendatang. itu je.

terima kasih kepada semua yg mengingati. iyalah, dulu inbox hphone penuh dgn ucapan, sekarang guna aje 'mukabuku' tulis kat dinding. penuh...dah macam operator menjawab panggilan aku dibuatnya utk membalas ucapan tersebut. terima kasih kalian...

-)@ aku dihadiahkan dgn kerja yg berlambak-lambak. huhuhu! @(-


padan muka

Wednesday, 5 May 2010

oni umiAbi ;)

akibat ketaksuban menonton myGirl. padahal VCD sendiri tu, boleh je tengok hujung minggu. tak...degil jugak nak khatamkan malam tadi. CDnya ada 4 je pun sambil tangan melipat kain baju, sambil melayan cik Oni.

mrAbi takdok gi operasi so aku pun makan tuk diri aku je. hahaha! dah 3 hari aku melayan drama tu tido aku jam 3pagi. biasalah, cik Oni pulak bangun membuat aktiviti penjelajahan dan pengemasan rumah.

agaknya, bertambah panahan naik tangga 11tgkt dgn cik Oni, badan aku rasa cam jem je nak bangun pagi tadi. sesedar 6.40pg, wahahahaha! PADAN MUKA aku. bangun lambat! cam lipas kudung aku bersiap.

banyak pula kereta hari ni, sampai jem² jalan yg biasanya tak jem. pehal tah? aku pun taktau. drive dengan keadaan tak stabil. sampai kena hon berkali² dek melanggar lampu isyarat merah. wakakaka! bila sengal dah datang canni ar.

-)@ kerja banyak wooo... mana satu nak stat ni. @(-

my girl

Monday, 3 May 2010

oni yang noti...

my girl: oni...
10th month already, happy 10th month ye sayang umi :) uik dah sepuluh bulan? dua bulan lagi je dah setahun, ho'o...i'm old already, sudah ready kah? huhuhu!

keletah oni? hooo...lincah dan pantas, aktif. asyikla nak ke bilik air. pantang ditanggalkan baju, berdesup dia dulu cecah lantai bilik air. sampai sakit tekak aku jerit kat mrAbi soh tutup pintu bilik air bila dah habis guna. mulalah nak jadi incredible ni.

remot astro&TV, tah sejak bila tukar identiti jadi tipon bimbit. hahaha! oni...oni...kijenya menyepah seisi rumah, aku biarkan aje. kang aku kemas dia lak menjerit cam nak terkeluar anak tekak. dia tido kang baru la aku kemas.

my girl: yoo-rin...
hahaha ini drama korea myGirl la, aku telah meminta pada mrAbi, udah lama aku mencari, akhirnya aku menemui jua. pueh hati den. aku mengajak mrAbi jalan sgWang, hahaha! 1st time jugak oni tak tido masa dukung dia, agaknya time tuk dia explore smua alam sekelilingnya kot, dia rasa sayang sangat nak lelap kan mata. hahaha!

balik rumah baru dia tido. ok misi hujung minggu yang berjaya. yeay!

-)@ terpengaruh dengan lawatan kakRetna la ni! @(-

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in