siapalah aku

Thursday, 29 April 2010

aku bukan siapa-siapa.........
masih aku ingat lagi detik kali pertama aku berjumpa dgn dia. aku baru aje menjadi ahli kelab koperasi sekolah, muka selamba dek and ada malu² ayam sikit. budak baru katakan. sedang aku duduk menanti kedatangan orang datang membeli buku di kantin sekolah, dia datang kepada aku. tiba-tiba...

'muka ni macam penah nampakla' ceh ayat nak mengorat la tu. 'ada kakak?' dia bertanya lagi. aku geleng tanpa suara, siapa pulak dia ni? serius memang aku tak kenal.

surat pulak datang kepada aku, berjela², mcm² cerita, hari². aku hanya reply dgn nota kecil dgn panggilan pertama 'usop sontorian' - hahaha!

dia habis skolah dulu, lastday dia bersekolah meminta aku berbuat sesuatu kepadanya. anggap dia mcm keluarga sendiri - nice! dia sangat nice.

berjumpa kali pertama selepas dia habis sekolah, di dewan makan asrama. aku tak paham sungguh tentang apa yg diborakkan. tidak bertemu lagi selepas itu. sehinggalah hari terakhir aku form 5. dia menyuruh aku memilih tempat belajar di KL, supaya dia boleh tengok²kan aku :D sweet.

tahun pertama aku belajar di KL. putus lagi, tidak berjumpa. mrAbi pulak yg aku jumpa. haha! tahun kedua, tarikh hari ini dia telefon aku. mama bagi nombor. terkejut mujur tak jadi beruk. gembira tak terkata. 'seminggu lagi kan beday sya, tu yg cari sampai dapat' katanya lagi. still contact, sehingga aku habis belajar tak jumpa pun.

1st time jumpa balik, bookfair. tak ingat tahun bila. samar². aku sangat terkejut, berbeza sangat². but dia tetap nice macam dulu² jugak. bertemu dgn buah hati tersayangnya. bertemu mata dgn familynya, menjadi sebahagian ahli familynya, berkunjung ke rumahnya, aku cuba menjadi terbaik utknya. aku sangat gembira aku mempunyainya.

'nak ganti balik menjaga sya utk tahun² yg dah terlepas' katanya lagi. dia kotakan janjinya selepas itu. sehinggalah...insiden itu sampai ke pengetahuan ku. apakah insiden itu? tentunya bukan sesuatu yg baik, menyebabkan aku kehilangannya. aku kehilangan sebelah sayap sokongan. mujur ada penggantinya namun ia tetap tak sama.

namun hari istimewanya pada hari ini, aku akan tetap mengingatinya hingga bila², kerana dia masih ku anggap ahli keluarga aku, kerana isterinya tetap menjadi kakak aku hingga bila². kerana anaknya, menjadi anakku jua. tak kira la dia di mana pun.

Selamat Ulangtahun Kelahiran
buat
enZaiful Nizam bin Wagiran aka Along

= 29hb April 2010 =

~ semoga diberikan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah harianmu, adikmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu ~

sentiasa mengingati orang² yg aku sayang. terima kasih kakLong kerana menjaga diriku di sini.

-)@
kerana dia aku di sini... ;) @(-


warna-warni

Wednesday, 28 April 2010

paling selesa dan cantik

baju aku yang berwarna-warni, mencerminkan bahawa aku seorang yang sangat ceria&gembira. ye ke? hahaha pe yang pasti aku memang suka ketawa. membaca depan khalayak ramai pun aku boleh ketawa.

baju aku yang berwarna-warni ni, aku hanya beli menggunakan hujung jari aje. 1st time aku beli aku rasa sungguh kagum dengan perkhidmatannya :) itu pun sebab makcikZila&kakLong punya angkara, aku tengok asyikla dua nama ni yang booking, so aku memberanikan diri jugak. hahaha!

akhirnya, aku la pembeli tegar baju daripada ann wardrobe sehingga sekarang.

baju aku yang berwarna-warni ini, kalo dulu aku pakai pergi outing dengan mrAbi aje, tapi sekarang aku dah pakai ke opis pulak. amat selesa dan cantik. aku dah tak lagi pakai t-shirt kecik cam dolu², malu...hihihi!

baju aku yang berwarna-warni sabar ye, aku akan menambah koleksi lagi untuk mencukupkan ruang dalam almari aku. ahahaha! serbu kedai ann...ngehehe!

cikAnn, ni bukan bodek tau, just mau share keselesaan dan kecantikkan bersama. ahaha! boleh gitu?

-)@ warna apa lagi yang tiada ye... erm!!! @(-


suka mendapat duka

Tuesday, 27 April 2010

ada orang kata, jangan benci sangat pada seseorang, kang jatuh cinta. ada orang kata lagi, jangan suka sangat, kang berduka. percaya tak percaya, memang dah pun jadik kat diri aku.

haaa...tu la, dok bergumbira sakan, gelak sampai tak hengat kan dah jadik. aku pergi makan ikan bakar semalam kat kelana jaya, sedap. pnIzma yang bawak dia yang belanja, yeay! makan sampai kenyang + ketawa banyak².

aku makan sampai menjilat jari, hahaha! mana la tak gebu, ada aku pedulik? badan aku ye.

so balik semalam, aku balik macam biasa, lalu jalan biasa tapi tah la tetiba jalan yang biasa itu kena tutup tanpa ada papan tanda lencongan ke, apa ke...cuma ada pakCik putih yang sedang mengawal lalulintas. OMG, how can i'm going home? jalan mana yang boleh menuju rumah aku. waaa...

sila jangan panik, sila jangan panik- aku sedang mengingat kata pnIzma, lalu aku berhenti di bahu jalan. berfikir jalan² yang mungkin membawa aku pulang. ergh! tak boleh pikir, terus call mrAbi. ahahaha...mrAbi memberi jalan pulang, tah kepala otak aku tak menumpu pun. satu tak masuk otak. dengan tak semena-mena, aku ikut naluri. ngaaa...ikut je kereta banyak² kat depan.

masuk area perumahan, banyaknya rumah, dua tiga bijik kereta depan masuk rumah masing², wah! aku? sesaaaattt...naluri kata, takpe² drive aje.

penyebab aku tak dapat lalu jalan ni


akhirnya aku pulang jua kepada jalan asal. menggigil sebadan. ahahaha! sampai rumah, aku ajak mrAbi gi pasar malam. yang aku kelakar, si oni boleh bantai tido atas motor. aduhai! oni-oni...tak menyempat-nyempat nak melelapkan mata. hehe!

*** kena belajar banyak jalan utk tidak panik bila kejadian berulang ***


New Zealand mari

Wednesday, 21 April 2010


haaa...rupa²nya dia tersimpan di peti pos opis, kesian kakNida terpaksa call aku dari jauh, sorry kak! tapi best gak dapat borak dengan mentor sendiri. aku nak war²kan jugak apa yang aku dah dapat.

tara...towel, note&pen and keychain, all from new zealand. jauh perjalanan korang ye, aku jugak yang tak terbang ke mana².

kakNida juga tak lupa menitipkan fridge magnet, aku dengan tak malunya me'request' ahahha! terima kasih kakNida, terima kasih kerana tangan bertuah kakakAzi.

*** 1st time bertuah ni ***


jatuh sakit

Monday, 19 April 2010


cik Oni jatuh sakit

dah dua hari hidung oni berair disertakan dengan batuk berkahak, pergh! aku memang nak menangis je kalo si kecik ni melepek tak aktif. asyik nak kena peluk je. aku tak sampai hati tapi aku ni memang tak tenang selagi rumah tak berkemas.

akhirnya hari sabtu aku bawak dia gi klinik. konpius doktor tu tiga kali dia tanya aku, mana mak oni. doktor bernama Dr Sal itu tak percaya aku ni umi kepada oni. uh! dia ingat aku adalah kakak yang membawa adik ke klinik. aduiii!!! - aku rasa muka aku ni dah habis matang dah.

penawar doktor utk cik Oni

malamnya oni muntah semua yang telah dimakan dan minum, habis tilam. Omg, apa dah jadik ngan anak aku ni. then aku tengok dia boleh maintain dengan senyuman memikatnya. aku lap badan dia, aku letak minyak yuhyi kat dada dia, aku bagi dia minum air masak utk dia cuci perutnya, dia tidur nyenyak sampai pagi. mungkin, perutnya tak selesa.

esoknya, mrAbi balik. finally, after a few days his not around us. i thought oni missed him so much. tidak ada orang yang boleh dia lanyak waktu tidur malamnya. tidak ada orang menemaninya bermain. something missing.

menonton AF - eh peminat Adlin ni

bila mrAbi balik, dia ceria dan aktif. hanya gelak-gelak-gelak dan gelak. macam kembali sihat secara total. hari ni mrAbi kembali ke tempat tugas utk seminggu lagi. sabar ye sayang umi, nanti abi balik kite ajak abi gi jalan :D

*** thanks abi sebab balik ketika diperlukan. 1st time oni kena tinggal lama dgn mrAbi :) ***


Que Sera Sera

Wednesday, 14 April 2010


When I was just a little girl,

I asked my mother, 'What will I be?
'Will I be pretty?
'Will I be rich?'
Here's what she said to me:

'Que sera, sera,
'Whatever will be, will be;
'The future's not ours to see.
'Que sera, sera,
'What will be, will be.

aku belajar lagu ni masa umur aku 11 tahun, aku belajar menyanyi lagu ni dengan cikgu bahasa inggeris yang sangat kacak, egegege! namanya sir Norazrin. ergh, persis orang kacukan. selalu je membela aku bila kena buli dengan arwah kawan baik aku. hehehe! back up besar tu...opss melencong pulak.

sedang aku mandi pagi tadi, aku tiba-tiba ternyanyi lagu ni, hihihi! tiba-tiba terkenang zaman kecik dolu-dolu, aku yang nakal hahaha! tak padan pompuan, main selut tangkap ikan, meredah paya belakang rumah jiran, nguahahah...adik aku yang kecik tu pun aku ajak skali.

cuti skolah, pukul 3-4ptg je, aku dah tak reti diam, hahaha...terdengar-dengar suara anak jiran memanggil-manggil, mengajak main. mula-mula elok je indoorgame batu seremban takpun main ceper takpun main saidina takpun main congkak takpun main cikgu-cikgu, agak-agak cuaca redup je sambung outdoorgame pulak, kejar-kejar (joint ngn budak lelaki), teng-teng, baling slipar (suka tgk slipar terbang naik atas bumbung rumah), nyorok-nyorok, baling tin, belon acah, lompat getah, lompat zero lubang tikus - best! best!

bila ada musim, main basikal beramai-ramai, badminton, ping-pong - biasanya abang-abang besar la main, kitorang yang comey lote ni main bola rebut ramai-ramai, kesian bola tu tapi kadang-kadang abang² besar ni tak tahan jugak tengok adik² main, sibuk kacau daun time tu kalu, memang happening, seronok, riuh dengan jerit pekik. indah! indah!

itu dulu, sekarang ni? erm...kat kampung-kampung pun dah jarang ada mainan macam ni. mana taknya rumah jauh-jauh, teknologi pulak makin canggih, yang duduk melepak sekarang bukan remaja-remaja lagi, tapi budak skolah. kekadang naik takut aku tengok. ngan motor mahal².

manisnya kenangan masa kecik walaupun aku tinggal di felda ;)

*** aku tidak cantik tapi aku ada rupa, aku tidak kaya tapi aku sederhana ***


maintain ayu

Saturday, 10 April 2010


ahaha...aku taktau la tajuk tu ada kena mengena ke tak, ada aku kisah ke? suka hati aku le ye. hujung minggu yang sangat happy, hehehe no punch card ;) mrAbi kerja. suka-suka!

menghabiskan masa kat rumah, sesejuk macam ni mengeram je la ye. syiok ooo. melayan cikAuni yang asyik ke hulu- ke hilir, smuanya dia nak buat sendiri, lantakkan. dah nangis nanti baru aku pujuk. sadis ke??? tak, bagi dia belajar.

actually, sebelum mrAbi gi keje tadi, sempat jgaklah kitorang gi kenduri. kenduri kawan sekolah mrAbi, syioklah dia jumpa kawan lama dia. menapak turun tangga, smua lif rosak. sengal.

aku yang makin gebu, oi baru naik 1kg je ye :)

" Selamat Pengantin Baru "
Zuriati & Sairul
...semoga bahagia milik kalian berdua...

balik tu, mrAbi hantar dan aku menapak panjat tangga sampai tingkat 11, alah bisa tegal biasa. muka selamba katak je sampai rumah. nguahahha, macam nak putus nafas aku, bukan orang tau. dah la dukung budak dedemok tu, belakang bawak beg susu dia, siap sebotol air dgn termos. ngan handbag lagi. wawawa!

jahat la lif tu, budak2 la ni suka main lif. aku memang selalu perhatikan budak2 sekolah rendah main tetekan lif tu ikut suka hati dan tekak dorang, kalo aku sorang kat dalam lif tu, mmg aku sound direct je. bila dah rosak semua mengeluh. hahaha! aku gak yang buat-buat maintain ayu konon dgn senaman naik tingkat 6 kat opis hari-hari tu dapat membantu. but, ok la memang membantu pun...aku sihat je ;)

erm...esok? esok apa pulak programnya ye. dok rumah je kot..best best aku suka :)

*** lif ni makin hari, makin kritikal pulak ***

Jiwa Kacau

Thursday, 8 April 2010

waaa...pepagi hari nasib dah tak baik, eee sangat menyampahnya berperasaan seperti ini tau, jiwa kacau. padahal malam tadi cukup tido, cukup makan. ergh!

hari ni aku serba purple, langsung takde warna hijau, kalo pun aku pakai baju warna lain selain hijau mesti ada sikit warna hijau. agaknya disebabkan mencemar kebiasaan maka jiwa aku pun kacau. boleh caya ke??? langsung tak.

pas hantar cik auni, aku turun tangga tingkat 14, tak kuasa nak tunggu lif tu, lembab. dah tinggal satu je la tu yang berfungsi gaknya. lantakkan situ. sampai opis, panjat tangga tingkat 6 pulak, nasib baik pintu opis dah buka. kot tak memang menambah bebelan aku tau.

baru ingat nak upload gambo serba pepel, 'kad bacaan' aku tak boleh ngam kat PC, sengal tau. unknown USB devices katanya, adoiii benci ye.

aku harap sampai malam kang takde la lagi peristiwa-peristiwa yang membuat jiwaku kacau lagi. huhuhu...

*** akan ku tempuh apa jua risikonya ***

tujuan sebenarnya

Monday, 5 April 2010

'Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada pnArbayiah binti Ba'ai'
pada hari ini.
semoga kekal sihat utk keluargamu ;)
*kawan baik aku ye, yang kawen sebelah menyebelah, yang anaknya pun sebaya ngan anak aku tu...

yeay, terima kasih mrAbi sebab bawa aku pulang kembali ke kampung halaman. aku kembali bersiaran seperti biasa, menerjah blog kesukaan dan berkebun juga membela ikan seperti biasa ;)

tok mamapapa

tujuan aku balik kampung dah semestilah menjengah mamapapa meskipun diorang tu hanya mahu membelek cucu kesayangan yang baru satu ini. selain daripada itu, menghabiskan duit mrAbi dengan bershopping sakan di tempat asal sendiri dan yang lebih utama ialah, meraikan ulangtahun ke 24 satu-satunya anak teruna mamapapa.

hanya seorang adik lelaki aku, yang dirai

'Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada enNazrulShah bin Ab Latib yang ke-24'
pada 4 April 2010

adoiii yang pastinya bulan depan aku pulak yang berganjak umur. erk! kami makan pizza hut, kitorang seronok makan, cikAuni bantai tido, sampai kitorang habis makan. sonang hati aku ;)

dan macam biasalah, perangai cucunda tok mamapapa yang terkini, hohoho, baik rumah tok mamapapa habis semua dijelajahnya, naik turun tangga, macam lagak orang pro aje. yang aku pelik, dia tak berapa ngam dengan tokMama nya. tah la, puas mencari punca hanya cikAuni aje yang tahu. dengan orang lain ok pulak. bila dah nak balik KL, barulah dia mula meumjukkan mesranya kepada orang tua tu, ngape eh!

bila dia bergaya ;)

*** shopping, memang tak boleh dipisahkan dengan aku&mama ;) ***

akhirnya...

Friday, 2 April 2010


Selamat 9bulan cikAuni...

Sekian lama aku bagaikan dipukau untuk mencari jalan pulang ke kampung, akhirnya pada hari ini, aku akan mencari jalan pulang itu. Wao! sungguh aku rasa sangat teruja dan tidak sabar. Semoga perjalanan aku dirahmati oleh-Nya.

'balik kampung!!! hohoho!...balik kampung!!!'

Kota Tinggi...aku datang, mama, papa...kami pulang kepangkuan kalian...

*** parent aku ni, tunggu cikAuni aje, adakah aku pun dinanti jua? ***

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in