maafkan aku

Tuesday, 30 March 2010

1stly, kekawan msjbox...msjbox ku telah expired, hahaha! nanti aku bayar le...huhu!

2ndly, lambat aku siapkan tag ni, biasala tu sibuk ngan kebun & ikan, menambah besar aquarium :)

actually, miss oren aku rasa macam dah penah buat tag ni, tapi...takpelah tuk nko yang aku minat aku dah sediakan semua jawapannya. harap nko puas hati :)

1. Adakah anda rasa HOT??? -> of cos la...i'm hot mama u!!!
2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

3. Cerita pasal gambar?
-> saper la budak ni...aku suka je tengok dia hari² ;)
4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
-> 25hb Mac 2010, 8.30pm, mrAbi belanja ;)
5. Lagu terakhir anda dengar?
-> Ketahuan - Matta kat radio Era.
6. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
-> umi & kakak.
7. Tag lagi 8 org
-> 1)
kakNida 2) Hazen 3) PakLan 4) kakRetna 5) kiraKiyo 6) seliparChanteQ 7) Zila 8) bondaFaezzah
8. siapakah org no.1 kepada anda?
-> jauh di mata dekat di hati, mentor aku.
9. katakan sesuatu mengenai org no.5
-> gila-gila, masih study sibuk nak cari jodoh, huahua! larikkk!
10. no.3 ada hubungan dengan siapa?
-> dengan aku dengan orang nombor 1 skali ;)
11. bagaimana pula dengan no.4
-> hahaha makan-makan-makan, aku sangat suka. rajin update blog.
12. pesanan kepada orang no.6
-> kejap ada, kejap tak de...cam biskut.
13. kata2 cinta untuk orang no.2
-> cinta? takdok cinta tuk si driver bas ok ;)
14. adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
-> dorang satu opis
15. berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda
-> suka mengarut, suka oren, suka oren, suka oren dan suka oren, nguahaha.
16. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
-> kaki ada empat dan ada ekor.
17. perasaan anda wat tag ni?
-> gembira sesangat sebab takde n3 nak update :)

*** habis dah? yang 8 orang tu tak paksa pun ye...maaf cik oren gue terlambat mau sudahi ini kije rumah ***

pentingnya bersenam

Friday, 26 March 2010

kaki aku dah tak sakit lagi ;) semalam hujan lebat kat KL, mungkin disebabkan kejadian alam itu lift blok rumah aku hanya tinggal 1, itu pun tidak berapa betul fungsinya.

aku memang tak suka menunggu, kalo boleh nak terbang sampai rumah, tapi aku bukan superhero pun, maka aku bertekad memanjat anak tangga sehingga tingkat 11, bersama dengan cikAuni dalam dukungan dan beg aku&cikAuni.

tara...aku rasa sihat dan macam tak rasa apa-apa je, hehehe! malam tadi pun aku tak rasa kaki aku bertelur, cuma aku rasa haus je ;)

aku rasa lebih sihat sejak aku mengamalkan naik dan turun tangga 6 tingkat di opis bila aku datang dan balik kerja. anak mata tangga opis tak sama dengan anak mata tangga rumah aku. kali pertama aku panjat tangga tingkat 6 aku rasa macam nak pitam, aku rasa macam panjat sampai tingkat 14.

itu kali pertama, sekarang aku amalkan hari-hari, rasa mengantuk aku kat opis pun agak kurang :) aku rasa sangat gembira bila kaki aku tak sakit. hehehe! itula cara aku bersenam sebab aku sangat kurang bersenam sejak berkahwin ni.

lepas ni aku nak amalkan minum susu sebelum tido pulak, mungkin boleh jadi program diet aku ni.

*** kesihatan yang baik memerlukan sedikit senaman ***

yeay, i'm lucky

Wednesday, 24 March 2010

yeay, aku telah terpilih sebagai penerima Giveaway From New Zealand... seronoknya tidak terkata, percubaan kali pertama membawa tuah :p Aku memang suka blog KakNida.

kenapa? hahaha, sebab sedikit sebanyak empunya blog tersebut ada persamaan dengan aku, aku jadikan dia mentor aku dalam menongkah arus kehidupan.

aku jugak kagum dengan cara KakNida memperkenalkan blog anak-anaknya yang cute belaka tu...sama-sama terasa suspen bila menerjah blog kakakMizah, dan hasilnya aku sangat gembira bila menerjah blog akakAzi, - aku menang, lagi bertuah bila akakAzi sendiri yang cabut, meh aunty ch@ kiss sikit kat pipi tu, mmmuah!

sebenarnya, aku suka-suka je menge'test' tuah aku ni, ada lagi atau tak, dah rezeki namanya kan? so pada PakLan, hehehe! kita dapat present dari jauh ni PakLan ;)

si penggoda

Monday, 22 March 2010

oleh kerana aku sudah ketiadaan wang mahu mengupah wartawan, maka aku sendiri yang pergi cari berita, dan apabila sudah tiada wang mencukupi maka, berita aku hanya di rumah. hahaha! aku telah mendapat berita menarik hati aku...

terlebih dahulu mari mengisi perut, ini salingan semasa main dipetang hari, biskut Milna berperisa original, tak nak yang setengah, mau sekeping yang besar, baru puas hati, makan sampai kenyang...

mmmmm...

jemput makan semua...

oooho tnPuteri, awak makan atas tilam ye, banyak comel wajah mu ye...


ha...ini la dia sesi menggoda, cet! tengokla tu aksi miang-miang comelnya...

mulanya dia main mainan dia sendiri, habis satu kotak mainan dia punggah. mulut bising, tak reti-reti penat. dah bosan dia dengan aku, dia pergi kat mrAbi plak.

ceh, buat-buat selamba je dia mengendeng kat mrAbi.

he'e dah pun terselit kat mrAbi, wah! wah! bukan main lagi ye...

kenapa dia menggoda mrAbi? huh, inilah jawapannya...hari riangnya bersama mrAbi. sangat over dia punya suka. lagi-lagi bila nampak aku bawak kamera. hah! cikAuni, cikAuni...

cikAuni sedang bermandi-manda, habis semua mainan dia masuk dalam besen tu, kalo boleh dia nak berenang didalamnya, huh! dasat sungguh!

*** hujung minggu di rumah sahaja, aku sangat suka ;) ***

Terima Kasih

Wednesday, 17 March 2010


mereka-mereka yang terlibat secara langsung.

Ye, lama gila aku dah tinggalkan arena boling ni, huh! dulu pun tak selalu main, apatah lagi nak menunjukkan skill pada hari tersebut. hadoiii!

Tapi disebabkan free aje, boss bayar maka dengan suka hatinya aku turut menjointkan diri. Huhu! aku la champion 'longkang', aku lead. Aku menggunakan istilah main boling 'main-main aje' dengan sepenuhnya.

Tapi, aku rasa yang dapat banyak perhatian bukan aku, bukan kekawan opis aku, tapi...ini! ini budaklah yang paling teruja dan dicuit sana-sini. Aku jeles.

cik Auni yang buat hal sendiri, good! good!

interframe puas²

Terima kasih yang tak terhingga buat boss and 2nd boss. Lain kali belanja lagi eh. I sangat suka. Kejadian ini berlaku pada Isnin, 15hb Mac, jam 7ptg hingga 10ptg berlokasi di Burger King and Boling One Utama.

Terima kasih juga kepada mrAbi yang sudi menemani. Umi sayang sama mu abiErwandi :) ngehehe!

*** huh! puas hati aku dapat bergelak sakan, gelak puas², tenang hati. aku yang sudah kembang, hahaha! ***

separa sedar

Tuesday, 16 March 2010

Tu la, padah bergembira yang berlebih-lebih malam tadi- entry akan datang, tu yang rasa mata mau tertutup je ni. huh! awal pagi dah sewel. Aku sampai awal kat opis, sekolah cuti- jalan lengang. Maintain je 60km/j meter kreta aku, ngantuk wei! malas nak speed.

Sampai-sampai pintu opis tutup lagi, adei cikPA cuti lak hari ni, tunggu la insan yang datang membawa kunci emas. Nasib baik tak lama, datang pnGan bersama kunci emas.

'pintu ni tak kunci lor...' katanya tenang. Aku buat muka tak paham.
'pintu ni diorang tak kunci, u can touch and masuk lor' kata nya lagi menerangkan sambil touch tagnya. Baru aku sedar rupanya pintu opis aku tak kunci. Diorang hanya tutup lampu aje. Pergh! hampeh sehampeh-hampehnya. Aku menyalahkan diri sendiri. Ngape le bong-ok sangat aku ni, tak test tolak pintu tu ngn kaki dulu tengok berkunci ke tak- bukan tak penah pegang kunci opis.

Hish! sewel aku pagi ni.

*** bila badan dah letih, otak pun dah tak boleh nak berfikir dengan tenang, so jangan letihkan badan ye! ;) ***

gembira hatiku

Friday, 12 March 2010

Hatiku sungguh lega, aku sudah boleh senyum gembira sebab penantian sudah berakhir. PCku sudah laju seperti baru dibeli ;) semuanya serba baru, aku telah mendapat hakmilik PC ini aku punya seorang, no share-share.

Dah takde lagi mereka-mereka datang ke tempat aku untuk mengambil alih data atau meminjam CDWriter aku. Aku sudah selamat dari diganggu.

Aku boleh me'running' dan membuat kerja dengan lapang hati kerana semuanya pantas dan cergas, tidak perlu lagi menunggu sehingga boleh pergi ke tandas atau makan dan minum untuk membuka satu² tetingkap windows atau folder. hahaha! hatiku sungguh girang.

Aku tidak lagi merungut dan telah berubah menjadi lebih bersemangat untuk membuat kerja. hahaha! Cayalah...

yeah! format PC time...

*** terima kasih kerana memahami ;) ***



lap TV

Wednesday, 10 March 2010

Ada satu hari aku menjadi pelik dan tertanya-tanya, cikAuni ni main apa?, di mana? sampai pipinya hitam. Aku pun menjelajah satu rumah cari port mana dia main. Tak jumpa.

Then sampailah malam semalam baru aku tau puncanya, setelah aku ternampak kesan jari tangan kat skrin monitor TV aku. huahaha! rupanya dia sudah pandai berdiri memaut rak TV tu. Dia dah pun boleh mencapai apa saje yg ada atas rak TV tu.

Malam itu jugak aku terasa macam mau mengelap skrin monitor TV tu, hah ko! ma'oi berdaki setebal 1 inci. Jenuh gak la nak habiskan ngelap tu. Kalo lap stengah je kang, nampak bayang² daki tu, tak pun tengok gambar sebelah malap, sebelah terang. Jadi dgn tidak sengaja aku pun lap sampai clear.

my little assistant help me clean up the TV

Yeay buat kerja sampai habis. Skrin TV pun dah clear, minum susu dgn tenang hati :). Lepas ni leh la cikAuni main kat TV tu lagi, suka betul ngn speaker yang ada kat TV tu. hahaha! auni...auni...

Terima kasih kat anak umi sebab sedarkan umi betapa skrin TV tu tak penah dilap sejak pembeliannya :) ngehehee!

*** setiap kali cikAuni main kat TV tu, stiap kali tu la TVnya kena off. huh! ***


berbaloi-baloi?

Monday, 8 March 2010



apa perubahan kat aku ye?

Sempena Hari Wanita Sedunia, aku hanya ingin mengongsikan pengalaman hidup aku ni, huhuhu! pengalaman yg tak sebanyak mana ni, orang baru nak mengenali dunia katakan, takpelah kita kongsi eh.

Selama ni aku tertanya-tanya berapakah gaji seorang anak perempuan, isteri dan juga emak? adakah kaum Adam perlu memberi gaji kepada pasangannya? Entahlah, aku pun taktau jawapannya.

Bagi aku, menjadi anak sulong perempuan adalah sangat berbahagia, apa tak bahagianya, aku sorang je anak perempuan dalam keluarga, hahaha! apa aku nak semua aku boleh dapat, bukan aku nak berlagak tapi tu la kenyataannya, tapi aku tak suka sangat dimanja, bagi mama and papa akulah anak dia paling berdikari, hahaha!

Tingkatan 1 je sampai la ke tingkatan 5 aku dah tak duduk ngn family, aku duduk asrama, Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) namanya, syok wei. Ramai kawan, paling best saat mula puasa bukan dengan family, hahaha! mama berendam air mata kat rumah sebab tak cukup korum makan sahur, aku? sonot ngn kawan² bersahur jam 4.30pg. hahaha! bila aku malas bangun sahur takde la orang nak berleter kat aku. Sebulan yg pertama parent aku datang tiap² minggu, adoiii! masuk bulan seterusnya dorang datang time amek aku, atau pun barang2 keperluan aku dah habis. Sebabnya? aku tak kasi datang, wahahah! teruk tol.

Habis skola, aku dah malas nak belajar, aku nak kije, tapi papa membangkang keras. waaa...tension, dia soh aku blaja, aku pun isik borang dlm terpaksa, ada orang nak support blaja, terpaksa ar, hamek ko aku terus tercampak kat KL. padan muka aku. berdikari la aku lagi. kali ni langkah panjang parent mmg jauh terus kat mata, nguahaha! tapi sebab aku dah biasa berjauhan ngn parent so no problem. pastu dah abis blaja, aku cakap lagi, aku takmor sambung blaja. skali lagi papa membangkang keras. walawei, maka tercampak la aku ke Shah Alam plak. sama je blaja dlm terpaksa, tapi seb bek cinta hatiku ada bersama jadi aku lebih bersemangat.

Habis kat Shah Alam, aku mmg nekad nak balik Johor, camar pulang ke sarang la konon, haha! cinta hatiku di KL asyik calling 24, 48 jam mana leh tahan, gatal lagi merenyam-renyam, ahaks! maka aku pun terus je la menyambung perjuangan kat KL ni, hahaha! sampailah aku menjadi tunang kepada cinta hati ku, dan akhirnya menjadi isteri yg sah. tak sabar sungguh.

Aku sungguh brnasib baik mendapat cinta hatiku itu, kepada sesiapa yg mengenali si dia pada mulanya, percayalah dia tidak seperti dulu lagi, paling ketara perubahnnya? tentulah fizikal, nguahaha! menjadi istrinya? tak payah susah² jadi diri sendiri. jaga diri sendiri, diri sendiri walau tak sempurna tapi ianya tetap sempurna di mata si dia, adeh! macam lagu lak kan?

Kini aku masih di KL, menetap di sini. Di tempat yang aku kira hanya dalam mimpi masa aku kecik² dulu. huhuhu! sekarang ni, aku cakap je dgn cinta hatiku, mrAbi, mana tempat aku rasa nak pergi dia akan bawa (kena booking awal ye!) sehinggalah aku mempunyai hasil cinta pertama, cikAuni. berbaloi bercinta selama 7 thn. Aku dah bergelar umi kepada si demok ini.

Peranan dan tanggungjawab aku semakin besar, kalo sebelum ni aku urus diri sendiri, ikut suka tekak, tangan dan kaki aje, tapi sekarang aku kena urus 2 orang cinta hati. Huhuhu! kekadang terlepas gak keluhan aku sebab semua benda aku nak buat, sebab aku dah biasa uruskan semua benda sendiri, hahah! gila tamak. Tapi aku sangat bersyukur dgn life aku ini, aku sangat gembira, walaupun letih kena buat kerja yg sama tiap² hari. Mujur juga ada mrAbi yg akan tolong bila aku dah flet. hahaha!

Jadi disebabkan major nye aku berdikari, berapakah gaji yang patut aku dapat? adakah berbaloi atau berbaloi-baloi? fikir²kan. Tak nak pun aku tak kisah. hahaha!

*** sayang diri sendiri, sebelum sayang orang lain ***


redah je

Friday, 5 March 2010


K
isah pun bermula, di pagi Jumaat yg agak kusam, mood tak dok mau keje. cikPA, Nabihah mengajak aku berfoya-foya, hahaha! dia nak gi bayar loan keta, so mengajak aku sebagai teman, best gak!

Bergerak la 2 org yg agak brani² takut, bagi aku skali skala bukan slalu pun. Kuar awal makanya jalan pun tenang² aje, tak sampai 10mnt cikPA memandu, kami sampai kat OU. Maka penjelajahan mencari parking, kitorang ni pemandu baru, so smuanya serba slow belaka. Tak kisa janji selamat. Misi berjaya. eleh! sape kata kitorang tak buleh?, redah je.

Terlebih dahulu pergi melunaskan tugasan pertama bank. Seterusnya makan, berjalan la kami ke ChickenRiceShop, hahaha! makan sampai licin sambil bergelak-gelak tak hirau masa berlalu.

Seterusnya, aku teringat mau membeli kasut, cian kasut aku sekarang sudah peeling, mintak yg baru. Semua kedai kasut diterjah, kedai paling mahal, kedai paling murah, dan rupanya aku ngn cikPA memang suka Nose dan Vincci. Bukan sebab mahal tapi kualitinya berbaloi². :D

Vincciku yang purple

Aku jakun, sebab 1st time aku beli kasut dapat paper bag, waaa....kesian kan? hahaha! jakun tahap maksima. Habis je sesi berjalan dgn arah tujuan, kitorang balik opis, mcm takde apa² je sebab kitorang la antara org paling last masuk opis, ngalahkan orang solat Jumaat, haha! ada aku kisah?

Orchidku yang purple ;)

Hahaha! sempena hari Breast Canser, boss aku telah bagi aku Orchid. hehehe! semua staff perempuan dapat, bukan aku sorang je ye :D

Balik macam biasa, tapi aku agak suspen bila masuk federal, jammed gila. pergh! 2 hari lepas memang lengang jalan ni, tapi hari ni pe dah jadi? Aku pun slow² je, dari hari cerah sampailah ke malam, rupanya traffic light area LRT Universiti tu rosak semua, waaa...ada dua bijik bas tersengkang tak lepas nak masuk federal yg aku ni lak kena ikut jalan bas tersengkang tu, adoiii caner ni? dgn selamba kataknya aku terus menyongsang arus, gilo ko, setelah aku meredah baru aku tau betapa beraninya aksi itu, aku berhadapan dgn kemalangan bebila masa je, tapi kalo aku tak redah, aku taktau la pukul bape aku sampai rumah. hahaha!

Akhirnya aku sampai gak rumah pukul 7.30mlm, huh! 2jam tu. Menggigil kepala lutut aku, aku selamat, dan aku harap pihak yang bertanggungjawab dapat la atasi masalah traffic light rosak dgn kadar segera, ini akan mengakibatkan semua terkandas.

*** Purple dengan tidak sengaja...hahaha! jangan ada yang jeles ya! ***



mereka bersua

Tuesday, 2 March 2010

Selamat 8 bulan ye cikAuni.

Ye sudah lama rasanya tak pulang ke Johor, rindu tokMama, tokPapa, auntySu ngn paksuIs. akhirnya kitorang bertemu di Melaka, huhuhu, aku memang agak jakun bila nak keluar ke negeri lain selain Johor, KL & Selangor. Excited melebihkan cikAuni. Baru ada mood bercuti kan?

Kenapa Melaka? aku ikut plan diorang je, kalo dorang kata nak jumpe kat Kelantan ke, Terengganu ke, leh je tapi kena pk 40ribu kali ar kan?





Depan mcDonald baru past makan ye, aku, tokMama, cikAuni & auntySu. Inilah wanita dalam keluarga aku buat masa sekarang :) (bakal tambah lagi ke???)





Keluarga sebelah aku, umiOni. adik badik aku 2 org je, aku sulung, lelaki pasan ensem tu la sesatunya adik aku paksuIs, Mois empunya diri - bukan nama dlm IC.

Nama jalan kat papan tanda ni buat aku semangat, malangnya ada lah papantanda tandas awam tu, tak cantik betul la, buat cacat jekan?



Ini kembar aku, hep! jgn cuba-cuba usik eh! aku nyer...hahaha! tengok aje.



Tah hapa-hapa je posing, janji ada kenangan, ngehehe! Melaka!!! kami akan datang lagi ok. Kalo ada rezeki.

Tarikh kejadian di atas 27hb Feb (befday KakNida orang kampung ku, maaf akak tak sempat wish, kami berjumpa kat rumah ni - PakLan)

Lokasinya Dataran Pahlawan dan area² nya, tak lupa gak pantai yang ada eye on Malaysia tu, pastu restoran ikan bakar. ehehe!

Masanya lak, pukul 2.30ptg hingga 11.00mlm. balik tu melayan cikAuni lak, meragam tak sudah

Sekian, berita dari DesaAman 2.

*** pas ni mau pergi mana pulak ya? ***



 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in