Cinta hati.

Thursday, 23 December 2010

Wiii, yeye esok Jumaat. Tak payah pening fikir nak pakai baju apa. Eh? aku rasa t-shirt kompeniii tak cuci lagi arrr. Alamak!!!

Aku memang suka kompeni sediakan uniform, tak payah pening-pening nak mikir pakai baju apa, match tak dengan shawl, dengan seluar. Haih, rumit-rumit.

Malam tadi aku layan movie Alvin and The Chipmunks. Cute. Aku dah tengok 5-6 kali, tetap best. cikOni siap joget-joget, kagum dia tengok 3 ekor tupai tanah tu.

Malam tadi juga baru la aku dapat bersemuka dengan mrABi, hahaaa. Nama je dah kawin, tinggal sebumbung tidur sebantal tapiii nak bertemu muka dengannya payah benar.

Apataknya, dia balik aku dah tidur, dia bangun aku dah pergi kerja. Kalau dua-dua bangun dan ada kat rumah, sibuk pula dengan kerja rumah masing-masing. Bila duduk rapat sikit, yang sorang lagi cemburu.

Kekadang aku fikir, rasa macam tak heaven aja. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Walau macam mana pun, aku tetap cuba mencari masa supaya kami dapat bersama dan bila dapat bersama biasanyaaa yang jadi mangsa, cikOni.

Oni... esok-esok ada adik, jangan ajak buat macam ni ye, gugur jantung umiabi nanti.

Sesi membuli anak namanya. Bila mrABi baca komik, aku baca majalah, cikOni leka bermain sampai satu part, dia datang kacau salah seorang. Tak pun dia buat perangai yang terpaksa umi dan abi dia berhenti dari membaca.

Disuruhnya kami ni tengok perangai-perangai fresh dari dia, sekarang ni sesi meniru. Habis iklan-iklan kat TV dia ikut. Menari, melompat, berlari, memanjat, bergayut. Sampai aku terfikir, betul ke ini budak pempuan?

PakSu, tokMama dan tokPapa dia dah rindu dendam kat Johor. Namunnn mrABi dia masih buat derk aja. Sabar je la ya. Hahaaa.

~)@ Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk Oni pandai, nanti upah baju baru. hahaaa.

15 pasang kaki:

Ibu Iman said...

alvin & the chipsmunk mmg cute! oni tu nakalnye! isk isk... gerammm

@e_da said...

sama tang pipi kot.. huh sama la oni ngan mika.. tok abah mika pun dah rindu sgt.. cha jom kita balik berempat.. oni, mika, ummi n mama.. huwaaaaaaaaaaaaaa

eima said...

umi ngan abi jrg bertembung ... cam ne cik oni nk dpt adek ni ... hehehe


seram tgk oni dok atas keta wat aksi ngeri cam tu

Izan Ishak said...

comellah cikoni ni senyum. sama je cam ummi dia~

LyNn HaMzAh said...

memang la menakutkan tgk acik cik oni tu...huhuhuhu...

Iman's Umi said...

Kita pn tgk citer tu mlm td, first time tgk ngan Iman...mcm x caya gigi Oni dh besar...Iman punya kecik lg, lmbt sggh dia. Mcm sayu je tggl serumah, sebumbung, tidur sebantal tp jrg berjumpa...huhuhu.

Rara Nasiha said...

alvin and the chipmunk memang best. no2 pnye film pun best jugak sebab ada chipmunk perempuan. :)

ch@ said...

mira:
pempuan lasak. tak terkejar dibuatnya. suka main kereta.

kakEda:
hahaaa, pastu mrABi dgn hubby akak tak keruan keseorangan. mati kutu. one day kita buat nak kak? hihiii.

eima:
-blushing-blushing- nak buat cemana, kena berusaha keras ni.

hahaa. belum tengok dia berguling dari atas pemegang sofa ke tilam lagi tu. lagila, bulu tengkuk kita yg meremang. ngeri.

kakIzan:
sekarang baru peramah, kalau dia jumpa orang dia tunduk je bawah. duduk celah kelengkang mak dia. malu.

kakLynn:
hahaaa. macam mana la mak dia tak jadi hulk hari-hari.

umiIman:
hahaaa. betulll gigi dia memang besar, ikut gigi mak dia. gigi mrABi dia kecik2. dah tumbuh gigi, semua makanan dia nak masuk mulut. dah ada geraham katakannn.
sedihkan? nak buat macam mana. kena la terima berkahwin dgn kerjayanya juga.

rara:
akak blm tengok lagi yg kedua. mesti kiutkan. nak carila nanti.

Cik Jue said...

aduh bahaya tue cik oni..lelaki perempuan sama je ganasnye...

Ogy said...

adussss kalolah terjatuh ke depan tu...kecik2 lg dh pandai buat aksi rempit ni....hihihihhi comeii lee

Cik Shiqa said...

hehe oni oni... cute dan lasak. kalau ada adik mest main perang2.

honeyvsbee said...

haaa nak bagi tau lah esok ada adik semua ilmu dia mesti turunkan kat adiknyer...kih2

ch@ said...

cikJue:
kebal. tergolek banyak kali pun selamba je muka.

mamaGee:
memang dah pernah pun. meja tu pun dah muak, asyik kepala dia je yg terhantuk.

shiQa:
tak payah ada adik pun dia main perang2, dgn umi abi dia.

bee:
pastu semua pakat kena piat telinga. sila la buat.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

wah...sgt2 lasak yek cikOni...syira klo nek bendaalah tu suka merempit..pastu angkat tayar...terus kepala kner lantai..tapi nangis kejap jek,pastu sambung balik..anak perempuan skang sgt lasak..huhuhu

ch@ said...

syila:
betul la tu, lasak, kental, pandai buat muka, nak marah pun taktau macam mana.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in