Mimpi itu indah, tapiii...

Friday, 12 November 2010

Salam satu Malaysia, yeay esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, tunggeng MC, lepas tu MC lagi, lepas tu holiday celebrating Hari Raya Korban. Banyaklaaa hari nak cuti!!! jangan berangan ok.

Cuti aku sudah approved, wiii... ok shoot, masuk entry sebenar.

Dah lama aku dok mengintai seorang jejaka ni, untungnya badan kalau dapat berborak dengan dia macam orang lain, tapiii aku segan sememangnya aku syok sendiri. Huuu... bila dia jalan depan aku aku jeling, bila dia gelak kuat-kuat aku gelak pelan-pelan, sebab... dia tak banyak cakap tapiii kalau dia gelak, kelakar. Bila berselisih dengan dia aku tunduk pandang lantai, dia pun sama jugak, haish!!!

Satu hari, dia datang ke meja aku lalu... kedengaran la irama lagu cinta 7 days by Craig David...

Cait!!! potong stim betulla... benci-benci, kenapa la time ni jam loceng ni nak bunyi. Huaaa... mimpi indah itu tiada kesudahan. Berkecai-kecai hilang tanpa bayang. Sedih betul. Dan bermula la episod realiti kehidupan.

Wakaka... ampun-ampun. Itu hanya mimpi, toksahla berandaian yang bukan-bukan.

So, itula irama jam loceng aku, snooze 4000 kali pun, lagu tu juga. Tukarla berjenis-jenis handphone pun itu jugala iramanya. Nostalgia lagu tu, sebab itu lagu kegemaran my bestie Zila aka cikAQies.

Craig David kejut aku bangun tido. Suka dengar susunan irama dan melodinya. Lain dari yang lain. Bila dia nyanyi je, teringat masa bujang dahulu. Celik mata tengok-tengok, Zila dok share sebantal dengan aku, celik-celik mata tengok, bantal peluk biru aku celah kaki dia, bantal pink dia tah mana-mana pergi. Kadang-kadang sampai tahap tertukar tempat tidur.

Kalau masa sekolah dulu, papa ajar tepuk bantal. Terlebih dahulu baca pendinding, Surah Al-Fatihah, Surah 4 kul, Ayat Qursi dengan doa tido. Kalau nak bangun pukul 6, tepuk bantal 6 kali. Zaman aku takde handphone. Duduk asrama.

Sumber google: http://lolalempicka.blogspot.com

Ada sorang kawan, jam loceng bunyi azan. Aku ni jenis cepat terjaga, kalau tidur biasa-biasa. So jam 3 pagi bunyi azan, apa jadahnya. Suspen jap. Rupanya jam loceng, untuk study waktu pagi. Huhu. Haru.

Zaman dulu punya jam lagila kan? semuanya besi, gila bingit kalau bunyi. Jamnya kecil aja, bunyiknyaaa... itu pun ada yang tak bangunkan? haha.

Sejak jadi mak ni, sejak dah berkerja, dah berdikari jam loceng dan aku memang tak dapat dipisahkan.

~)@ Takde jam loceng yang betul-betul jam kat rumah aku ni.

23 pasang kaki:

[-suziey-] said...

waaaa mmg best mimpi tu..lena diulit intan la yek..tp diganggu oleh jam loceng plak:p

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

samalah kita sellau kunci jam hanset je kalo pakai jam loceng nanti anak dara tu lagik sibuk wat main sampai pernah jadik dia pusing2 jam tu last2 kami terlewat pi keje....hu...hu...haru jadi nya

mama rifQy said...

me mmg xpakai jam loceng.sbb iqy adalah jam loceng gterbaek kami!!!selalu kejutkn mama!!

AKO @ retna said...

syoknya klu mimpi jadi kenyataan kan haha....

nak nak klu mimpi itu yang indah-indah belaka :p

mamalieyna said...

hehe...skrg takde dah jam loceng sedemikian rupa, tu zaman study, takde HP jer..skrg HP pengganti diri..sekali bunyi terus terjaga! tp kalau en suami, berkali2 bunyi, dia buat deeeeek saja! ^_^

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Warghhh!! Mimpi indah2 belaka cha ni pun.. ;o)

sarah-najwan said...

mimpi itu indah..jgn mimpi asben kawin lagi mcm mimpi akak sudahlah yer...

@e_da said...

huhu sib baik mimpi kang jeles mr. abi... akak duk asrama berapa banyak jam dah beli.. apataknya katil doble decker.. akak duk atas.. brape kali dah jatuh tak tau la.. se4mua jahanam

~♥ iella ♥~ said...

mimpi yg indah...syoknya klu jd kenyataan..hikhik..

handphone slalunya akan ada kt sebelah kepala...bunyi ja alarm..tutup balik!

http://fadthnwan.blogspot.com

eem's said...

best kan kalau dapat mimpi yang indah2..hehehe..ada rasa cam bermimpi x baca komen ni?? hye umiOnni..

qellissa said...

yang tepok bantal tu selalu amalkan dulu..and selalu nye mmg bangun on time..hahaha.tp klu guna jam hphone mmg byk snooze lah..

Lana~Bulu said...

tak pa..
auni tu boleh jadi jam locengnya...haa

cha said...

[-suziey-]:
kacau daun jam tu.

anje:
haha, kalau jam loceng, kena guna byk²la. bagi semua berbunyi.

mamaRifQy:
kalau Oni jadi jam loceng, awal sangat kena bangun, dah... tak cukup tidur pulak.

kakRet:
tahu takpe, taugeh taknak =)

kakIena:
dia bgn lmbt, dia salahkan kita tak kejut dia, btl tak kak?

ibuAQiL:
mimpi tak indah tak cerita kak, simpan.

kakSarah:
biar betik kak. dlm mimpi je kan?

kakEda:
jam terbang. duduk hostel katil bawah. tidur lasak =)

iella:
haha kunci awal-awal la, so kalau snooze ada harapan tak lewat.

eem's:
ada rupanya, mmg bermimpi bila nmpk nama. blm baca komen lagi.

Qellissa:
betul, setuju sesangat.

pakLan:
auni jadi jam, jam dia terbalikla pakLan. tak betul.

dkama said...

Tanpa jam loceng... kompom aku EL sok ari... hahaha PEACE...

Yann Mazian said...

indahnya mimpi kakCha tuh. jeles yann. hihihi. :D

yann guna alarm hp kak. tp itu pon susah gak nak terbangun. hehehehe. :D

alexa yussida said...

hehhehe klaka la akak ni..ingtkan cite betol dah..:p

alarm amatlah perlukan..xde alarm habes klam kabut..tapi kdg2 snooze smpai hp jatuh katil last2 bgn lambat..keke..

mie said...

jam loceng membingitkan telinga...
tp mmg indah kalo dapat tido puas2..
hehee

Bond@ While@ said...

makcik zila tu suka lagu 7 days?? selama 2 thn lebih akak kenal ngan dia, tak tau arr plak. tak penah dgr dia pasang lagu tu pun..

cha said...

dkama:
uiks, muncul balik sang penyajak jalanan ni, aku dah agak dah. cuti habis kat EL je tu.

yann:
mimpi indah je tulis, tak indah simpan. takpe yann ada EnTunang jadi alarm.

alexa:
akak kalau bangun lambat, sure jantung macam nak jatuh, dada berdebar kencang, tapi... buat² tenang.

mie:
faham-faham.

EiJa ZaQuaN said...

hahaa..mimmpi rupenye..sama la eija pun kunci jam guna alarm kat henphone jerk..huk3..

cha said...

eija:
sekarang semua bergantung kepada hphone kan? jam, reminder, tarikh penting.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

Jam loceng dah lama xguna...hp jek yg dok jerit2 suh bgn tido..hahahha

cha said...

syila:
betulll...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in