Macam mana nak jadi kakak ni.

Wednesday, 3 November 2010

Salam satu Malaysia. Aku lambat bangun hari ni, muahaha. Mimpi best, tapi masih sampai opis pada tepat waktunya.

Hari ni tak macam dua hari lalu, kepala sakit gila, tapiii semua report sudah setel kasi hantar. Hari ni aku ceria, peneman (PakNil) aku je mengalami tekanan. Tapi dah diceriakan oleh Rey & Hanif, thanks all.

Malam tadi, ada orang buat baik pada aku. Dia memberitahu aku bahawa impian aku akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Dengan syarat, aku setuju untuk menjadi rakan kongsi kepadanya. Buat masa sekarang, dia perlu menyediakan proposal untuk disemak dan disiasat oleh aku.

Aku bakal boss weih, huaaa... gila ar. Duduk rumah goyang kaki, bisnes jalan, jaga anak. Argh! bermimpi memang best. Insya-Allah, semoga semuanya dipermudahkan =)

Anakku, cikOni.

Macam mana aku tak rindu kat dia bila dia tiada? satu malam je, jumpa benda baru dia jadi kreatif. Nak marah ke, nak gelak ke?

Aku memang tabik spring kepada ibu, emak, mummy, mama, ummi yang mempunyai anak kembar lelaki/perempuan, anak 5, anak 3 even anak 2 sekalipun. Sedangkan aku yang baru satu ini, aku dah rasa macam beranak banyak.

Umur 1 hingga 5 memang detik penting untuk anak membesar, biarlah rumah jadi tongkang pecah, biarlah rumah porak peranda selagi tidak merbahaya, bebaskan anak bermain dengan apa yang dia suka.

Kerana daripada bermain inila, menjana minda menjadi lebih kreatif, menjana segala otot pada tubuh badan menjadi lebih sihat. Kan seronok melihat anak gembira.

Baldi atas tilam, semua benda dia nak masuk dalam. Termasukla empunya diri sekali. Tergolek-golek baldi tu disepaknya, digulingkannya. Bingit. Jadi bakul pergi pasar, selit di tangan. Besar baldi dari orang.

Jumpa tudung saji, tak lama tudung saji jadi bot atas tilam, teroleng-oleng. Heaven. Dia angkat bawa ke hulur-ke hilir dengan segala jenis mainan ada di dalamnya.

Entah berapa kali jatuh, berapa kali tergolek. Dia masih lagi bersemangat, langsung tak dengar tangisan. Kental. Diam bila tengok iklan di TV aje.

Tak mampu dah aku nak berkata-kata. Jangan membayangkan apa-apa. Ngeri memang ngeri.

Tengah malam, macam biasalah. Masak atas tilam. Pantang pergi dapur, almari aku dipunggahnya.

~)@ Aku sangat gembira.

25 pasang kaki:

rasp said...

cerdik tul anak dara u tu...
adventurous and happening hehehehe

Zaidah said...

hehehe...memacam cikoni lah...sama macam adam..tengah demam2 pun nampak bakul disorong sana sini....zai basuh kain..habis kain dikeluarkan daripada baldi...

Diyana Zulkifli said...

hehe.lasak jg cik oni ni ek.klu jmpa mia n ali ni,bleh wat komplot sepahkan ruang tamu ni.hehe.anak2 akak pun, 5 kali dua seploh ja dgn oni..hehe

Ibu Iman said...

wahhhh...lasaknya cik oni... xpe puan bos,, nnt cik oni ada membantu... hehehe

mamalieyna said...

hehe..bebelan seorang IBu! memang anak cerdik n akal pintar seharusnya macam tu..redha jerlah..tu tandanya anak membesar dgn betul..hehe..semua benda nak dijadikan barang mainan dia eh..hikhik..mmg bahagia ni..^_^

oooh nk wat bisnes ke?moga success k! all the best!

*luv Syahnia* said...

cik oni t dah beso jadi ank yg bijak..

sbb kcik2 aktf ;P

EiJa ZaQuaN said...

wah cikoni sampai memanjat atas rak tv..ngalah anak lelaki..my son zaquan pun lasak..mmg pening padahal br sorang..paling x tahan bila baju yg kita dh lipat..dia pulak dok punggah..konon dia nak lipat jgk..

mekchu said...

hehehe.. mcm2 yg nak dicuba kan.. zaman teroka benda2 baru.. janji dia senyap suda.. rumah nak hias cantik2 bukan masa nya :)

Ogy said...

mak aihhhhhhhhhh.......tu je termampu mama ckp...hik3

@e_da said...

ya allah anak daramu mmg aktif cha... sampai atas rak tv bersama2 ngan tv dia berdiri..tp hati2 ya kalau ada eltrik wayar kat situ.. oni.. oni

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

ya allah bakal menantu aku.. ;op bagus!! kasi brutal skit.. baru owang x berani nak kaco nnt..

cha said...

rasp:
time ni semua dia nak ambil tahu, kita yg mak ni dah mula kena jadi lbh cerdik dari dia.

kakZai:
Oni, kalau kita basuh kain, dia dok sibuk main sabun. ngeri bila dia ammm masuk mulut.

kakDonut:
satu kepala, rasanya kalau jumpa mmg boleh 'in', kena prepare apa-apa yg patutla.

mira:
hopefully mcm tu, kot dia buat derk dok main xbox ngan mrABi nya sudah!

kakIena:
bersyukur sebab dia sihat dan sihat. insya-Allah kak, lama lagi bisnes tu, masih dlm perancangan.

ain:
aminnn... besar harapannya ni.

eija:
bagu baju kat dia soh lipat, eh dia masuk blk smula dlm bakul. paling² dia campak dlm kotak mainan takpun dia buat lap. aduhai!

mekChu:
rumah kita dah jd padang jarak padang terkukur. lapang. semua dlm almari, semua dlm kotak =)

mamaGee:
hahaha, kan? tak mampu nak berkata-kata.

kakEda:
kan kita kata, jgn byg kan, mmg kita ngeri kak. dia turun, sepantas kilat dia naik atas tu blk.

ibuAQiL:
haha itu la cikOni, kita rasa dia ni mmg lasak sikitla org nya. sbb tgk dia membesar, mcm tak bg org dkt dgn dia. ssh la nk cari menantu mcm ni =)

Mama Kembar said...

kalau cik oni join 3 heroes mama buat havoc, mau runtuh umah kita kan, kan? hehe

cha said...

kakNani:
depend on material rumah yg digunakan kak. kalau rapuh, alamatla... sekian terima kasih :)

qellissa said...

mcm2 karenah ye cik oni ni..comel tol..geram nengoknya..

yonna said...

sape tanak keje mcm tu kan kak? duduk rumah,duit masuk je, hehe

Ati Masrif said...

boleh tahan buas gak anak cha yer
tapi budak buas cam anak kak ati juga lah bijak..hihi
cha dah ada isi ke...ehem..ehem

cha said...

Qellissa:
makin besar, makin macam-macam. makin fening nak layannya. kena lagi cerdik menanganinya.

yonna:
betul². insya-Allah Yonna.

kakAti:
semua orang kata, anak aktif ni cerdik. insya-Allah.
he'e, belum ada kak, sdg berusaha keras. mengejar usia niii :D

Nida said...

mimpi best????? mimpi apa ler tu ek...

alexa yussida said...

macam mana nak jadi kakak??psst psst..cik oni nkk dpt adek dah ke?

cha said...

kakNida:
rahsia ;)

alexa:
sedang berusaha. hihi...

Bond@ While@ said...

sok dh ader adik nanti, bersopan santun la dia.. kakak sejati ni.

Cik Shiqa said...

oni memng aktif.heheh go go oni. cepat besar ek..

Puteri Amna Balqies said...

uwaaa giless ganas cik oni camne leh nek atas rak tv tuh..ngeri aunty tgk arr

cha said...

bondaWiya:
iya ke? jgn diajak adiknya ikut sama ngan dia sudah! pening emaknya niii.

shiQa:
aiii ni ajaran apa ni?

zila:
awak ngeri? dia berani. siap dia meniarap blakang TV tu nak capai wire.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in