Kotak mainan makin besar.

Tuesday, 2 November 2010

Salam satu Malaysia.

Dah dua hari aku mengantuk gila, macam biasa la kena memerhatikan budak extream ni main. Kalau tak, tah mana-mana dia parking kang.

Sepatutnya barang ni sampai hari Jumaat, dah sampai tapi opis aku halfday, dengan baik hatinya dia hantar lagi sekali hari Isnin, itu pun kedatangannya tidak ku sambut, sedar-sedar ada atas meja.

Aku ingat saiznya sederhana aje, rupanya dua kali ganda saiz kotak mainan cikOni yang asal. Mujur ringan, aku angkut semua sekali naik rumah.

1st time aku punggah barang dia dalam tu, dia masuk sekali. Duduk dalam kotak dan mainan selama beberapa minit. Kali kedua dia pergi mengendeng kat kotak tu, tengok? macam manala barang mainan tak cepat punah.

Gasakla... mujur juga kotak tu fleksibel dan tahan lasak. Owh, mana aku beli? tuuu kat kedai, Aivee Emart tu le. Mana lagi =)

~)@ Time to work. Tataaa...

16 pasang kaki:

sarah-najwan said...

bekas letak mainan ni..bagi akak..xlasak..mudah koyak nati..akak senang aje..beli bakul besar..skrg beli container..kukuh you..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah cantik tu...balqis punyer kotak biasa jek...tu pun rajin no munggah barang menan nya kalo bab menyepahakn serahkan je pada balqis...leh geng ni

Cik Jue said...

biasalah..makin besar tuannye makin besar kotak mainan....
cha nak copy boleh je...

Amy Syaquena said...

salam..

bekas mainan jenis macam nie x lasak mudah koyak..amy x de anak lagi tapi ada belikan tok anak buah memang x tahan lame..

♥sYiLaSyiRa♥ said...

klo oni masuk dalam tu men sorok2 pun mesti payah nak jumpa...hihi..besar muat utk tuannya...hihihi

cha said...

kakSarah:
tengok pun tau, jenis orang yg lembut² je sesuai dgn kotak mainan camni, sebelum ni guna kontena jugak. saje.

anje:
yg penting oren, mmg geng bersepah la ni ya, habis kena punggah.

cikJue:
sunggu cikJue betul, mrABi tak puas hati selagi kotak ni tak penuh, kita tak suka sebab terlalu banyak sangat mainannya.

kita dah simpan pun :D

amy:
guna je la dulu dah beli. sayang pulak nak buat letak tampat baju, dari mainan dia bersepah sana-sini, rosak sok beli lain, huahaha.

syila:
baru kita bukak dia dah duduk dalam tu, perasan nak buat kolam mandi dia la tu.

Ati Masrif said...

kak ati letak dlm bakul je
lagi besar lg byk brg mainan so berbakul2 lah ada..haha

Ibu Iman said...

cha,ktne beli kotak tu? comel lah.. nak jugak..

mamalieyna said...

comel....! nak cari jugak! ^_^

cha said...

kakAti:
tunggu la lepas ni, guna dulu selagi tak punah. nampak macam ok je kotak ni.

Mira:
beli online hehehe...

kakIena:
sila kak sila. hari tu kan ada masuk contest suziey, so ada aivee emart ni jadi sponsor, try beli la. cute kan?

*luv Syahnia* said...

orenn..canteqq..
kang cik oni plak dok lam tu
men umah2 katanya..hehe

cha said...

ain:
ye memang dia dah duduk pun dalam tu =) suka benar warna oren dia.

alexa yussida said...

cik oni cik oni...aktif betol..hehe..msti akak lasak masak pregnant ni:p

cha said...

alexa:
berlari-lari masa kat Genting sbb ada team building, tak sedar time tu dah pregnant. muahaha...

Cik Shiqa said...

ahaha comel je. oni masuk sekali dlam tu mst dia suka sbb warna oren kan

cha said...

shiQa:
lepas baca komen shiQa ni, shutdown pc, main ngan Oni terus dia masuk sendiri dlm kotak tu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in