Cerita cuti: Kenduri kawen.

Tuesday, 23 November 2010

Salam satu Malaysia... ehem-ehem, lepas Monday blues. Eh? ada Tuesday blues kah? Haha... Jangan amalkan, kang satu kerja pun tak jalan.

Disebabkan planning mrABi pulang ke KL hari Sabtu, makanya hari Ahad dapatla kami menghadirkan diri ke rumah dua pengantin baru. Serentak hari yang sama.

Disebabkan mrABi dan cikOni yang tak bangun-bangun walaupun jam telah melewati 12pm makanya aku dengan rela hati masak untuk makan tengah hari. Sedang aku berdentum-dentum menumbuk cili untuk sambal kicap, mrABi bersuara.

'umi masak ke?'
'ho la... ngape?'
'kata nak pergi kenduri'
'habis tu, tak bangun-bangun, lagak macam taknak pergi je'
'siaplah, kita pergi sekejap' tetap tak bangun dari tilam.
'umi dah siap masak pun'

Sesi mengejut anak dara tu, memang tersangatla susah. Padahnya tak tidur malam, camtulah. Sudahnya mrABi yang kejut sehingga berjaya. Aku dah tak kuasa.

Nak menyampaikan rumah pengantin yang pertama, di Bandar Baru Bangi, dia sambung tidur lagi. Bila dah sampai tak reti diam. Terpaksa makan bergilir dengan mrABi.

Tercekik-cekik aku makan, sebab menengokkan cikOni yang macam orang tak cukup jalan. Tetengah panas terik, dia boleh ke hulu ke hilir, nak dipimpin tak mau, nak dukung dia nak turun, haish gila berjalan.
Selamat Pengantin Baru
kepada pasangan
Wani dan Redhuan

Ayah kepada Wani merupakan kawan aku, masa kat MiMOS Smart Computing (tempat aku praktikal) kiranya pangkat bapa kepada aku. Senior. Ingat pula dia untuk menjemput aku yang memang dah lama takde kena mengena ni.

Terperanjat dia tengok aku datang dengan sengih-sengih. Anak dia pun ingat kat aku, haha... adeiii malu ai.

Sekejapan aja, kepanasan tahap maksima. Terus ke Dewan Kajang, pengantin kedua, kawan mrABi. Aku rasa adik angkat dia kot, dok panggil Abg Wandi and akak Syasya sampai cikOni pun dia kenal. Mesti la sentiasa keep in touch ngan mrABi kan?

Selamat Pengantin Baru
kepada pasangan
Shara dan Sharizal

mrABi yang mengikut kehendak cikOni.

cikOni yang serabut. macam cikOni lebih besar dari aku je. adeiii!

Tak makan pun sebab dah kenyang, melayan cikOni berjalan satu dewan. Balik, singgah rumah kakDila, bila sepupu berjumpa. haih! haru rumah kakDila sekejap.

Hujung-hujung tahun ni ramai yang naik pelamin. Bulan depan lagilaaa... pasti bersusun.

~)@ Nak pakai baju apa bergi kenduri ni, semua baju dah dipakai. Adeiii!


17 pasang kaki:

Cik Jue said...

awek muda katakan..anak pun macam adik kan.....

rasp said...

u nampak cam kakak2 je dgn cikOni tau...awet muda!
bila cuti sekolah mulalah berderet org kawin kan...

@e_da said...

heheheh cik oni susah nak bangun.. kelakar la.. anak dara kena bangun awal tau sayang.. hihi

[-suziey-] said...

waaaa anak dara susah bagnun..haih camne nk buat calon menantu ni..hiks:p amboih tetap ijo

mankuchai said...

salam,

Pertama kali singgah disini (bukan spammer yer)

EiJa ZaQuaN said...

kalo anak eija ni dia yg bangun dulu sblm kita bangun..huk3..

cha said...

cikJue:
awet muda? siapa? hahaha... tah cikJue.

rasp:
org kedua menyatakan awet muda. eheh! blushing.

kakEda:
haha dia bukan kisah pun kak. tokMama ngan tokPapa dia pulun kejut, langsung nangis.

[-suziey-]:
hahaha itu la pasal. takut takde org pinang sok.
hahaha lbh hijau dari warna lain, pink langsung takde.

manKuchai:
haha... terima kasih datang ;)

eija:
dia bgn tak ssh kan kita takpe. kekadang elok gak dia tidur.

Bee @ honeyvsbee said...

cha kecikk jer..apa rahsia nya? kakbee nak kurosss huhu

*luv Syahnia* said...

kak seyesss nmpak cam kakak cik oni je..hihi

ala pakai byk kali pun org tak pasan
tukar kale tdung je ;P

ch@ said...

Bee:
KAKBee, haha sendiri mau ingat pangkat kat depan ni, tertipu gue. cait.

nak kurus? rajin naik turun tangga 6 tgkt then pnjt tgga 11tgkt kalau lif rosak. wiii...

ch@ said...

ain:
hahaha hoi muda gila. oni pun panggil kakak jugak. kuikuikui.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

bulat +++++ cikOni ni...anak kita sama la..lebih besar dari kita...hahaha

Bee @ honeyvsbee said...

cait...KAKbee okey per..ai like tau rasa d sayam2 wekss..alaa bee pemali jarang kuar rumahhh hahah

ch@ said...

syila:
oih itu tangan kita laaa... kan ke tgh dukung dia.

bee:
haha itu usaha juga tu...

mama rifQy said...

cik oniii tomeii..muke cam ngantuk jee

Cik Shiqa said...

akak, apa lg... wat la 10 psng baju baru. hjung thun ramai org kawen.

ch@ said...

mamaRifQy:
mmg dia ngantuk pun, tu yg serabai je. masuk kreta lelap.

shiQa:
akak dah tak beli kain pasang, semua beli siap je sekarang, baru rm35. hihihi.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in