Bila makcik melaram.

Monday, 1 November 2010

Status pada hari kejadian, aku? Royal Bintang Hotel, dinner. mrABi di Bukit Perdana, berkerja. cikOni di MiD Valley, main boling. Huru-hara, semua busy dengan agenda tersendiri. Haha.

Aku over excited pada malam kejadian, gila tak excited. Sebagai aktiviti balas dendam sebab mrABi tak bawa pergi mess-nite, aku melaram sakan. Haha, kebaya hijau satu-satunya pada malam tersebut. Dah la hijau, striking pulak. Ada makcik kisah? makcik sukaaa.

Aku pun ada suami mithali la, mrABi sudi menghantar dan mengambil aku pergi dan balik Royal Bintang, hahaha vangga-vangga jalan atas karpet merah, ala-ala menghadiri malam anugerah bintang fofular gittu. Sudah perasan.

Inila makcik =)

Habis sopan aku berjalan, naik pulak tangga, dengan selendang, heel, clutch, argh! bergaya punya fasal, redah kasi pecah. Tak sia-sia, aku disambut oleh boss aku sendiri, mrFoo. klik-klik, flash kamera ada di mana-mana, waaaaah!!!

Dihantar ke meja oleh cikPA Jeanne, seksi betul dia. Alaaa dinner kan, apa sahaja la janji kena dengan tema. Aku tak duduk dengan geng Teknikal, tapiii aku duduk semeja dengan team Melayu yang kecil. Haha, bengong la bila komuniti yang kecil ini membuat kecoh, dah rasa melepak kat kedai mamak. Bising.

Geng semeja dari kiri: Shah, Shamsul, Aidil & Fareez. Berdiri: Roslan

Geng semeja lagi kiri: Shafa, kakTi, Roslan, kakJie & makcik

Senak perut ketawa, ketawa, ketawa. Ada sahaja topik. Mengata orang memang best. Tak reti duduk sebelah meja COO, CEO, CTO dan segala C dan O la. Pedulikan.

Tahun ini, sekali lagi aku bertuah. Tengah dok ketawa layan perut, nama aku di panggil, lucky draw. Tahun sudah aku bawak balik DVD-Player, walaupun brand kureng, lama juga perkhidmatannya aku guna sebelum remotenya punah di tangan cikOni. Tahun ni, aku dapat tempat panggang ala hotel. Haaaa saper nak pinjam meh sini.

makcik bertuah nakkk...

Lepas acara penyampaian anugerah, beberapa game, luckydraw dan bergambar, interframe sana sini. Sesi mabuk-mabuk pun dah mula, aku call mrABi soh ambil. Berenggeh aku bawak lucky draw tu. Demi boss.

Meja teknikal department, see? makcikla wanita melayu terakhir di situ.

Interframe atas pentas, big boss makcik yg kiri, boss makcik berdiri sebelah makcik =)

Bagi aku annual dinner kali ni aku sangat enjoy. Maklumla aku dah mula kenal orang sana-sini, tahun sudah aku masih malu-malu, sebab baru lagi.

Bagi aku annual dinner kompeni, tak sama dengan makan dengan suami di hotel yang lebih kepada suasana romantik. Ketawa puas-puas, makan puas-puas, possing puas-puas dengan kawan-kawan.

~)@ Sekian sahaja malam melaram makcik. Siapa kata, kebaya makcik dah sempit? ini kebaya masa makcik tunang ye. Guna semula. Sila percaya, kerana ini adalah benar.


17 pasang kaki:

@e_da said...

bergaya sakan makcik ya.... tabik spring la sebab makcik boleh lg pakai baju tunang... btw baju tu masih lawo pe....

chaaa apalagi buatla BBQ guna alat tu panggil kitorng makan.. ehheheh

Hanim said...

alaa.sekali sekala apa salahnya melaram...cantik baju cha...tahniah dapat hadiah...

EiJa ZaQuaN said...

okey la tu melaram kena tempatnya..
bestnya hadiah bertuah dia..!

*luv Syahnia* said...

waduhhh canteq bangat ;P
btl2 bls dndam ngan mr.abi ni

melaram tanpa cik oni yea
kakk..cik oni men bowling
ngan saper???

psssttt//baju tnang jugak bwrna hijau gitu.. cayalah kak nmpk lg longgar baju tu :)

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

wah wah wah santek nye makcik sowang ni.. hehehehhehe dah mcm anak dara.. ;op padahal dah mak dara.. hikhikhik cayalah cha..

[-suziey-] said...

waa mmg ade luck la yek cha..kt xpnh bertuah pn klu asde lucky draw ni..hiks..

suke la ijo pucuk pisang..heehe cantik..mmg peminat tegar ijau ni..ekekek:D

Iman's Umi said...

wah bestnya...memanggang aje la lps ni ye...makanan yg berkhasiat.

Ati Masrif said...

ala ayuuuu gitu cha..dari jauh dah leh nmpak ..terangnya makngah

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah tanteknya...dalam ramai2 makcik baju hijau tu yang paling cun & menyerlah...

cha said...

kakEda:
bergaya? mmg bergaya. muat dan masih longgar lagi kak.

jomla, kita bakar bersama-sama.

kakHanim:
betul-betul. satu malam ni je. mlm ni je bertuah.

eija:
terima kasih, sebab itu saya suka annual dinner ;)

ain:
oni main boling ngan pengasuh diala. haha ain nak pinjam pun boleh. sayang tak dipakai.

ibuAQiL:
mak dara tu slow sikit. miahaha, orang tak percaya orang ini dah ada anak. kuikuikui.

[-suziey-]:
kan sy kata sy suka hijau ;). nama pun lucky draw, dh budget tak dpt je, langsung tak berharap.

umiIman:
takde maknanya, leceh. goreng pun sodap.

kakAti:
satu²nya yg berbaju hijau menyala. terserlah antara beratus yg hadir. pasti smua org dah cam. kuikuikui.

anje:
betul sekali. ngeh². puas hati sy wak.

qellissa said...

peh makcik, bergaya sakan makcik ni..ijau lagi u..tahniah lah for the lucky draw tu..set utk bbq ker tu cha?

Cik Shiqa said...

wow.. chantek la si baju hijau.. badan menten gitu.. selimm... tingin lak nk guna hijau utk tunang.hehe

cha said...

Qellisa:
tah la, boleh kot guna tuk bbQ, guna gas. skali skala makcik bergaya.

shiQa:
miahaha... kena kekal bergaya la nak cantik punya fasal. sila-sila, dialu²kan, cari hijau lumut dgn putih mutiara. lawa gila.

alexa yussida said...

wahh mntap la sis..nti bg rahsia jaga badan ye:D

cha said...

alexa:
hahaha makan sepenuh hati.

Bond@ While@ said...

makcik ni sume benor bergambar kat kalender ek.. hahahaha, pape pun..menten cute miut cam anak dara!

cha said...

bondaWiya:
tu je port cantik kat rumah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in