Syasya oh syasya.

Wednesday, 20 October 2010

AWAS! ini entry interframe.

Hiii... tiba-tiba ada seorang misteri datang kepada hijaucantik, lalu dia menyanyi seperti lagu 'bangau oh bangau', menanyakan beberapa soalan yang... errr, mungkin ada kena mengena.

Syasya oh syasya kenapa engkau kurus?
errr... mungkin sebab selalu turun naik tangga.

Syasya oh syasya kenapa turun naik tangga?
mungkin sebab nak mantainkan berat badan dan menguatkan stamina bila lif rosak.

Syasya oh syasya kenapa kuatkan stamina?
sebab badan perlukan tenaga, kadang-kadang cikOni meminjam bahu untuk dia tidur.

Syasya oh syasya kenapa perlu tenaga?
sebab tenaga memberi kita kekuatan untuk menjalani dan melalui aktiviti-aktiviti harian.

Syasya oh syasya kenapa perlu kuat?
kena kuat sebab, aku perlu menampung banyak emosi. emosi menjadi emak dan emosi menjadi isteri.

Syasya oh syasya kenapa perlu beremosi?
itukan sifat dan lumrah setiap manusia normal. Sedih, gembira, muram, tiada mood, geram dan juga mood ke laut.

Syasya oh syasya kenapa engkau macam dulu?
jadi diri sendiri, tetapkan pendirian kadang-kadang jadi lalang juga. hehe...

Syasya oh syasya kenapa engkau tidak gemuk?
eh? ada lagi soalan niii, mungkin sebab suka berjalan.

Syasya oh syasya kenapa suka berjalan?
menjamin badan yang sihat walaupun window shopping, jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman =)

Syasya oh syasya kenapa badan sihat?
eh? soklan sama je. badan kena sihat la, boleh jaga pemakanan, boleh pergi berkerja, boleh melayan kerenah anak, boleh buat apa yang hati mahu buat.

Cukup 10 soalan untuk syasya oh syasya. Siapa Syasya? Empunya blog di pinggir hutan ;)

~)@ Mood tak ke laut, cuma nak hiburkan hati je.

11 pasang kaki:

Ibu Iman said...

haah..sape syasya tu?? musykil nih.. adakah blog ni bernama syasya?

rasp said...

lagu 'bangau oh bangau' diberi nafas baru edisi blogger ek...

*luv Syahnia* said...

hehe bace bersama lirik lagu bngau oh bngau
besstttt..mmg trhibur ;P

kak..lpas ni buat utk cik oni plak

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Cha!! Lagu ni bleh gak tukar jd nama akak kan.. Salina Oh SAlina!!! Sbb soalan dia mcm mengena.. ;o)

Ati Masrif said...

naper dgn syasya ...saper syasya...cam nama adik ipar kak ati jer..hihi

cha said...

mira:
siapa syasya? boleh buat teka teki niii =)

rasp:
haha, bila takde idea macam ni laaa. sakit blurr datang.

ain:
agak² penulis lagu niii saman akak tak? baru ingat nak nyanyikan tuk cikOni.

ibuAQiL:
boleh kak boleh, kita berdua lebih kurang aje =)

kakAti:
hrmmm... siapa eh? cuba teka =)

Hanim said...

kreatip sungguh empunya blog hijau hijau nie...pandai pikat hati tetamu dia...

Nida said...

Cha..

Kak Nida ada satu ptanyaan ni..

Syasya oh Syasya bila nak mai sini????? hehe

cha said...

kakHanim:
bosan sebenarnya. haha terpulang la pada org nak baca atau tak kak.

kakNida:
erk... alamak!!! nyorok belakang sofa...

Zaidah said...

cha...lepas nie kena panggil syasya lah yer....hehehe.

cha said...

kakZai:
miahaha, syasya tu mmg nama dari kecik. takde langsung kait mengait dgn nama sebenar. cha tu nama dlm blog ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in