Thursday, 14 October 2010

Sedikit tips mengelak mual semasa hamil.

Dua hari lepas, aku menghantar mesej kepada seorang kawan. Rindunya nak pergi menggebang borak panjang-panjang dengan dia. Rindu nak makan Ani Sup Utara dengan sirap bandung, mengukur saiz SOGO dan meleseri Jalan TAR. Cuci mata.

Dia seorang kakak yang comel, saiz badannya juga lebih comel dari aku. Bukan gemuk ya, tapi kecil. Tapiii dia menjaga aku sebagaimana seorang kakak original. Aku tiada kakak. So, memang manja dengan dia.

Dia hamil 6 minggu, berasa penat, berasa hendak demam, berasa tidak mahu makan. Simptomnya lebih kurang aku masa mengandungkan cikOni. Apa yang aku nasihatkan pada dia hanyalah.

Minum banyak air masak dan makan buah-buahan. Makan roti atau biskut atau nestum. Memandangkan dia tidak boleh bau susu langsung, aku memintanya supaya makan biskut yang bergandum. Yum! yum!

Makan pil vitamin yang telah diberikan oleh doktor, biasanya doktor membekalkan asid folic bersama pin zat besi, untuk menjamin perkembangan bayi dan memberi tenaga kepada ibu hamil sendiri.

Sentiasa bawa minyak angin, seperti vicks, balm serai, minyak yuhyi (takde kick sangat), minyak cap kapak (paling aku syorkan) untuk dihidu sedikit dan diletak pada pangkal dada bagi mengelak muntah.

Elakkan makanan yang mempunyai minyak dan garam yang tinggi serta jangan hentam kenyang lagi sarat, untuk mengelak pedih ulu hati, membuatkan keadaan lebih tidak selesa. Makan setiap dua jam selang selikan dengan snek yang berkhasiat.

Minta tolong suami untuk mengemas rumah, dan yang penting mengurut, membelai isteri yang sedang hamil, sebab ibu hamil memang akan berasa hendak melekat di katil sepanjang hari. Aku la tu... Ngeee.

Ada lagi ke? minta tolong tambah ya, sebab tips di atas berdasarkan pengalaman aku sahaja. Bila adik yang berpengalaman memberi nasihat kepada seorang kakak, hahaha macam kelakar. Tapiii sharing is caring kan?

Sempat aku berpesan padanya, jangan buat kerja berat-berat untuk 3 bulan yang pertama, ini bulan paling penting. Jika perlu, MC dulu daripada pergi berkerja, kesihatan diri lebih penting.

cikOni si jantung hati.

~)@ Seronoknyaaa esok balik kampung, Yeay!

8 pasang kaki:

Ibu Iman said...

alhamdulilah, morning sickness sy x teruk sgt... cuma xleh cium hidu bau hubby bila lik keja jer... ngn bau fav perfume

Ati Masrif said...

err..tekenang time pregnant dulu..akak mmg teruk sgt utk 3 bln pertama siap ambil cuti tanpa gaji lg...
kg di mana cha?

EiJa ZaQuaN said...

bagusnya dpt adik camni..

nasib baik eija ni prangnant jenis yg x byk alahan...

masa prangnant zaquan dulu ..3 bulan pertama cuma rasa ngantok pagi hari, x bole bau suami ngan bau perfume..muntah2 xde langsung..

n skrg ni alhamdulillah eija prangannt lg tp br sgt br 2 bulan lebih..dan xde alahan lgsung..cuma kuat makan la..perut rasa lapar jerk..huk3..

*luv Syahnia* said...

cik ain takmau komen pape..
lum hamil..hihihi

cuma nak gtaw..
horeyyy cik ain pun nak balik kg gak
jangan jelez tawww..;P

cha said...

mira:
huiii bagusnya, mujur husband memahami ye. kalau tidak, tidur luar.

kakAti:
uiii best jugak tu, masa kita hari tu, gagah juga pergi kerja. kang orang kata ambik kesempatan pulak.

eija:
based on pengalaman, kalau tidak takde jugala. TAHNiAH eija pregnant lagi, bestnyaaa... miss that momment ;) time pregnant memanjang lapar.

ain:
kutip pengalaman ain, belajar cara mengatasi.
cisss... tak aci la macam ni, ain balik duluuu...


kampung kita Kota Tinggi, Jhr. Mertua di HuluLangat, Selangor.

INTANKUTERPILIH said...

amalkan minum susu kambing... InsyaAllah baby lahir nanti tak byk msalah seperti kulit sensitif dan kerap demam... ini berdasarkan pengalaman sendiri...

cha said...

intanku:
susu kambing rasa apa eh? kita tak pernah minum, cikOni lagila, tapi susu kambing mahalkan?

amira syukri said...

sy mngndung n alami alhn yg sgt truk.. bau masakn pn sy xblh hidu.. kpla sy pning n sgt2 mual.. ape yg sy mkn msti akn kuar blik.. sy xblh hdu bau suami mmg sy akn muntah.. sy rse smpai hypermeresis gravidarum.. sy hnya blh minum air sjuk yg btl2 sjuk je.. normal ke tu??

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy