Over-excited.

Friday, 1 October 2010

Welcome October, bergerak pantas menuju akhir tahun. Bersedia menanti 2011. Gerak-gerak-gerak.

Dinding FB aku kecoh dengan majlis mess-night keluarga UKS (mrABi punya), kecoh dengan tema yang dikenakan pada malam ini, termasuk aku. Tema selendang. Haiyooo memang versi mak datin la nampaknya.

Dalam pada excited-excited berbalas komen dengan team PERKEP hati aku tidak juga tenang-tenang. Apa tak nya, mrABi langsung tidak mengajak aku, musykil dibuatnya. Adakah dia beranggapan aku sudah tahu?

Lagi pula dia memang sedang membelek uniform mess-nightnya, takkan la dia lupa. Tambah-tambah dia bertanya aku secara langsung,

ABiOni: umi, baju dah kuning boleh tak putihkan dengan clorox?' errr...
umiOni: entah, pakai vanish boleh kot, kenapa?
ABiOni: kemeja mess-night ni dah kuningla.

Aku membayangkan kemeja? aku ingat kemeja tu uniform mess-night? takkanla nak suruh basuh uniform tu, sebab biasanya hantar dobi. Datang kat aku bawak baju yang dah kuning. Owh kemeja belah dalamnya.

umiOni: meh sini. cuba vanish campur dengan ujala sikit.
ABiOni: umi buatkan la.

haha, aku buat eksperimen malam-malam buta. Tapi... masih menunggu kalau-kalau dia ajak. Setelah merendam selama dua jam, masuk mesin cuci macam biasa, hasilnya...

ABiOni: tak nampak kuning sangat. macam baru.
umiOni: haha... ok dah jemur, sok boleh pakai.

Sampai ke pagi, kemeja tu aku ironkan, dan pagi ini aku bertanya terus terang, ya... memang dia tak ajak aku pergi. Huaaa... sedihnyaaa. Aku je yang beria-ia rupanya. Muahaha (gelak hibur hati).

Memang kalau ada anak tidak boleh pergi mess-night ke? musykil pula rasanya.

~)@ cikOni malam ni kita chicken dance sesama wokey... hahahaha, yeay! esok cuti. Ajak aku balik langat memang nahas.

6 pasang kaki:

honeyvsbee said...

Kelakar pulak bace entry ni. .eheks. .sabo yer

*luv Syahnia* said...

akak kene tggal ke..
takpe2 bckerama saja ngan cikoni diumah yea..;P

qellissa said...

hihihi..sian dia kene tggal x leh pegi Mess nite..cha leh putih ye baju guna vanish tu?

cha said...

Bee:
sabarla niii, frust sikit je.

ain:
kalau dia tidu sepanjang malam ni best nak blogwalk. aman.

Qellissa:
so far ok la, baju luntur pun boleh hilang, campur vanish dalam cucian, nanti baju nampak macam baru.

Lelord said...

huhuhu best kan mess night...
ekekeke happy hr lagi best kot

cha said...

kakLela:
best ke kak? kita tak pernah pergi la...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in