Menghargai dan dihargai.

Thursday, 7 October 2010

Adehhh mengantuk benar aku hari ni, melayang-layang bawa kereta, tah berapa kali bunyi hon di kiri kanan. Bahaya-bahaya, jangan amalkan ok.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penjejak (meninggalkan komen) semalam, pecah rekod menerima jejakan terbanyak semalam. Hehe, terima kasih dan syabas kerana berkongsi pendapat dengan si bloghijau di pinggir hutan ni.

Tahap mana kerajinan membalas komen? perlukah di balas setiap komen itu? macam biasa, ini pendapat aku, ini adalah pendapat aku sebagai pembaca, penjejak dan penyibuk.

Aku suka membalas semula setiap jejak yang telah ditinggalkan pembaca bloghijau. Aku mahu menghargai orang lain. Perasaan aku bila buka dashboard dan ada penjejak, maka semangat aku untuk berblogging kian memuncak. Pergh! bahasa...

Aku balas setiap mesej di kotak jerit, tapi segelintir mesej aku tak balas, kalau part suruh-suruh aku follow, adeiii maaf la ya, aku follow jika aku suka. Buat apa follow kalau tak suka kan? Mesej blogshop kekadang aku skip. Tak cantik rasanya bila ada iklan online kat tempat berborak. aku rasa nak buang satu kotak jerit kat sidebar ni, tapiii tunggula mana satu yang akan hilang. Hehe...

Secara tidak langsung, penjejak akan meningkatkan trafik. Bagi aku yang suka meninggalkan jejak aku memang sangat berharap jejakkan aku itu dibalas oleh tuan rumah. Aku akan mengorek balik entry yang telah aku komen. Kesiankan. Kalau tak balas pun aku takde hal. Haha...

Kadang-kadang aku tersengih membaca jejakan di bloghijau, macam-macam pendapat, macam-macam gaya bahasa. Aku kan suka membaca, aku membaca dan memahamkan, lalu aku balas jejakan itu =) walaupun aku tidak tahu berapa ramai yang membaca balasan jejakan tersebut.

Kebiasaannya, bila aku tinggalkan jejak pada kotak komen, aku abaikan kotak jerit. Bila datang emo-emo aku, sampai tak reti nak tinggalkan jejak, aku jeritla kat kotak jerit. Salah satu. Nak lagi emo-emo-emo, aku baca je tak tinggal apa-apa. Hehe jangan marah eh.

Aku sangat hargai pembaca bloghijau, sebab bloghijau adalah blog terbiar dipinggir hutan, bila ramai yang menghargai, secara tidak langsung bloghijau terasa disayangi. Adehhh...

~)@ Jangan tanya aku tips-tips meningkatkan trafik ye, aku takde tips tersebut. Blogging kena happy =)

15 pasang kaki:

mama rifQy said...

me pon suke membalas jejak!!!hehehehheheheheeeee

Zaidah said...

rasa diri dihargai...

Rara Nasiha said...

suke jgk balas komen org kt blog..wlaupn mgkin dowg tak bace, tp at least kite tnjukkn minat kat pe yg dowg kate kn.. :)

@e_da said...

blog hijau adalah my feberet blog.. tq cha

sarah-najwan said...

salam cha...

akak jugak amat2 menghargai jika ade org bg komen..seboleh2 akak akan reply setiap komen..insyaAllah..

btw..hepi2 blogging..

Honeyvsbee said...

Perrh ayat. .huhu. .saya pun sama. . .tapiiii. .ah lupakan saja. .(drama hari ini) cha pew kabor?

AtieAbid said...

kengkadang sy suka membaca tanpa meningglakan jejak.. ala2 stalker gitu..hehe

Ati Masrif said...

bahaya tu driving ..ngantuk! suka bg komen dan suka gak ...org bagi komen..hihi

[-suziey-] said...

ouh ngntuk ka..hehe..rs cam dh lama xjenguk sini..sejak weekend mmg xbuka blog..ni baru nk slowly BW..

btl ..kt pmsti hargai setiap komen kan..best je baca idea2 n komen2 dr kengkawan :)

cha said...

mamaRifQy:
membalas waktu malam ya... sama la kita.

kakZai:
ewah, dah macam iklan pula.

rara:
betul-betul-betul.

kakE_da:
terima kasih untuk akak, akak berterima kasih kenapa? hihi... ???

kakSarah:
salam kembali akak... bagus! bagus! perlu dicontohi. hepi blogging too =)

kakBee:
akak ni, penuh rahsia la. mengapakah? kita sihat je kak, tengok? tetiba aje tanya khabar? adeiii... ok tak kak?

Atie:
sama la kita, haha... nak letak perkataan stalker tu tapiii macam tak sure je.

kakAti:
hehe... tu la pasal, Sheikh Muzafar nya pasal malam tadi :D bagus! bagus! teruskan usaha ok =)

[-suziey-]:
paham-paham ur are busy mummy. betul pengomen adalah wang, argh sudah... gila harta pulak i ni... adeh!

Cik Shiqa said...

ni la yg shiqa suka kt kak cha ni.hehehe

akak, hati2 drive tau :)

cha said...

shiQa:
suka? terima kasih shiQa, dah balik ingat oni je...

Hanim said...

dah lama akak tak tinggak jejak kat sini...sempat baca jer setiap entry ucha...sibuk sikit...

yer...macam akak jugak...menghargai semua blogger yg dtg ke blog akak...w/pun cerita biasa2 sajer tp seronok kalau ada yg datang menyinggah kan...

NurainiZakaria said...

nak tinggal cap jari kat sini, nnt mai la singgah blog saye (dpt blog ni dr kawan syilasyira ahaksss)

cha said...

kakHanim:
terima kasih kakHanim, kita bau je kalau kakHanim datang. Dah kenal =)

kakAini:
wah sekapal dengan kakSyila ke? besarnya cap jari akak, hahahaha... nanti kita jengah ye, terima kasih datang.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in