Kemas sebelum keluar.

Friday, 15 October 2010

Huyeee... Jumaat. Akhirnya aku berjaya juga tengok filem Syurga Cinta, sungguh sweet filem tu, Awal Ashaari memang best. Heliza sangat comel, HaziQ sangat lucu. Suka filem melayu yang ceritanya tidak meleret-leret tapi penuh dengan intipati yang boleh dijadikan pengajaran.

Malam ini aku akan melalui masa yang panjang, 4 jam dalam kereta sebelum sampai ke destinasi. Doakan perjalanan ini selamat tiba. Ngeri aku membayangkan kemalangan yang meragut 12 nyawa baru-baru ini.

Yang pastinya, balik rumah petang nanti aku tidak akan berhenti mengemas rumah. Baju belum packing, kalau dulu kemas baju sendiri, sekarang kemas baju suami dengan anak. Aku sungguh kagum dengan mereka-mereka yang menyuruh orang lain kemas baju sendiri. Bagi aku rasa macam tak lengkap bila orang lain kemas untuk aku. Hehe...

Kalau datang angin rajin mrABi, dia yang kemas, buang sampah, vakum rumah, cuci pinggan, cuci baju tapiii jika sebaliknya, aku jugala yang kena. Aduiii... belum masuk part bancuh susu cikOni, sedia air panas, air sejuk pokoknya semuanyaaa umiii...

Bila aku bersiap lambat mulala dia membebel, itu kaluuu aku diam je, malas nak layan. Paling tak, aku nangis. Gembeng. Bila dah ok, mood dah baik barula aku beritau, kalau dah tau aku bersiap lambat, tolong la setelkan rumah kan?

Aku memang tak boleh tengok rumah tunggang langgang bila mahu meninggalkan rumah walaupun keluar bershopping. Aku rasa bila balik tengok rumah tunggang langgang serta merta badan jadi berganda-ganda penatnya. Sedih.

Tapiii bila cikOni yang buat tunggang langgang, memang aku tak boleh kata apa la kan? 50 kali kemas, kita kemas dia kemas juga. Adeiii... Tewas dengan anak 1 tahun 3 bulan niii.

~)@ Rumahku syurgaku.

13 pasang kaki:

Ibu Iman said...

nk bercuti ke mana tu? seronok ler cik oni..

[-suziey-] said...

nk g mana..balik kampung ke holiday? hehe..smga slmt pegi n slmt kembali..haih kalu nk travel..harusnya la si isteri yg mcm lipas kudung..

h0ney said...

wah gi bercuti lagi....

Diyana Zulkifli said...

huhu.cha.pg jumaat ni akak gigihkan diri kemaskan halaman rumah.haa.padan muka akak.badan dah sakit2..klu laman secoet takpela.ni besar.merumput 2-3 kaki dah sakit pinggang..ahaha..tp terpaksa gagahkan diri sorang2 urus otai 2orang ni..huhu.suami keje lak tu.huwaa.*iktibar.lain kali,nak berkebun luar rumah,tnggu suami ade...:(

Ati Masrif said...

mmg sepesen dgn akak tau..camne nak kuar p cuti.. jln2 ke..rmh mesti nak kemas n bersih..sebab tu bila mlm je kepenatan sbb asyik mengemasjer..lg pun mmg fav. kak ati mengemas...hihi

selamat bercuti...suh abg polis tu drive carefly..hihi

cha said...

mira:
balik kampung je la mira.

[-suziey-]:
tak payah travel, nak keluar pergi tempat dekat pun sama.

honey:
going back hometown la sayang.

kakDonat:
ha tu la kak, terlebih rajinnya. tak boleh nak kata apa laaa kan, sendiri mau ingat :D kan seronok mengerjakannya bersama suami dan anak-anak.

tapi kekadang tak sabar kan kak?

kakAti:
yesss sama dengan kita, suka mengemas dari memasak. haha. terima kasih akak.

Hanim said...

hepy balik kampung...samalah kita..bab packing2 baju kena buat sendiri..kang ada yg tertinggal...kita juga yg kena nnt...

yuyus~alexa said...

wah wah sonoknye balik kampung...hav fun:)

Lana~Bulu said...

Selamat pi dan balik..
selamat mengemas rumah bila tiba nanti..hee
banyak pahala tu..ch@
melimpah=limpah tau..:)

*luv Syahnia* said...

slmat pergi dan slamat pulang kak
belikn ole2 utk cik ain ya hihi

yuppp betul tu kak
bila tgk uma bsepahh
jiwa pun jd kacoo bilau
aiiyakkkkk

cha said...

kakHanim:
ye betul, paling tak syok... umi!!! mana baju abi? stokin, umi tak bawak ke? grrrr...

alexa:
mestila fun, balik kampung sendiri tak sama dgn balik rumah mertua. ehehe...

pakLan:
terima kasih pakLan, ye mengemas dgn selamatnya. ehehe... terima kasih remind bout pahala tu pakLan ;)

ain:
ole²? akak dah pos tuk ain. akak tak suka rumah mcm tongkang pecah. semak rasa :D

qellissa said...

bestnya balik kampung...dah lama i x lik kg..huhuhu

cha said...

Qellissa:
blk la, org kampung menunggu kepulangan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in