Edisi menyelamatkan bumi.

Monday, 4 October 2010

Ehem-ehem, skodeng ya... ngehehe. Hari baru, minggu baru, semangat baru kerja masih di tempat lama. Erm... cuti dipenuhkan dengan undangan open house selagi Syawal belum berakhir.

Jumaat malam, disebabkan aku tidak diajak bermess-night, makanya aku menguarantinkan diri sendiri. Merajuk. Terima kasih cikOni kerana tidak meragam sepanjang malam. Hehehe... apa aku buat?

Meneruskan aktiviti handmade card, kepada nama-nama di bawah, sila email (nsahida&gmail.com) alamat, untuk pengeposan handmade card ini, suka atau tidak, aku nak beri juga. Bila dah buat banyak-banyak teruja pula.

Agos: umiIman, mekchu, eem's & shiQa
Sept: Ain, Suziey, Eija, ShiQa & ibuAQiL (kakIna)

Sabtu, mrABi kerja. Disebabkan minggu ini adik mrABi masuk rumah aku, makanya aku berhasrat untuk memenuhkan peti ais yang semakin kosong. Ya, dengan beg cintai bumi, aku pergi ke pasar.

Aku tidak tahu apa yang tak kena ngan aku ni, orang dok pandang-pandang. Haha... pelik gaknya temgok aku bawak beg kain tu, eleee... suka hati la kan? sebenarnya, aku nak beli barang basah banyak, berat. Kalau guna plastik, mau berbirat jemari i niii, beg tu boleh sangkut kat bahu.

Meraung cikOni nak ikut, haha tak kuasa la aku nak bawa dia, nak milih barang lagi, nak bawa barang lagi dibuatnya lif tu rosak, tak ke haru nak naik tangga? nehi-nehi.

Stail aku bila membeli barang basah, beli banyak-banyak, ikan dua tiga jenis, sotong, udang, ayam. Sayur aku beli dua jenis je, sebab mrABi kategori lelaki tak makan sayur. Miahaha... Ingat-ingat apa yang sudah habis. Ada tulis senarai barang, tapi biasala excited... sampai tak ingat nak bawa (selalu je jadi).

Di kaunter bayaran, aku bagi beg kain tu kat cashier, orang pandang lagi. Apa peliknya? Hari ini sahaja aku berjaya menjimatkan penggunaan beg plastik. Selesai pembayaran aku balik la rumah, tengok-tengok cikOni sedang enak tidur. Hek'eleh!

Tidur gaya apa ini? mimpi best agaknya. Haha... Oni... Oni...

Ahad, open house sana-sini macam biasa. Ramai juga orang yang naik pelamin hujung-hujung raya ni. So sesi menggantung kuali, makan sehingga sakit perut. Miahaha.

~)@ Dengar-dengar, harga rokok naik lagi ya? boleh juga mengelakkan pencemaran alam sekitar.


11 pasang kaki:

Honeyvsbee said...

Hehe. .patot lah hijau jer belog cha. .pencinta bumi rupanya. .kita pun bwk beg sdr pergi pasaraya. .bkn ape berat kalau jinjing plastik tu. .tapi plastik nak jugak. .nak wat plastik smpah. .tiba hari sabtu n ahad,kan kena bayor plastik. .wah rela tk amik plastik. .heheh. .

qellissa said...

wah kelas u cha, bwk bwg sendiri g shopping..hihihi..coml lak tgk cikoni tdo gaya nonggeng gitu..

Cik Shiqa said...

tq akak.muah muah.hehehe shiqa bulan november ye.hehe nnt shiqa hanta emel ek.. cik oni mimpi apa tu?alalalala

Iman's Umi said...

Sy jg penah beberapa kali fikir nk bw beg sendiri g shopping (ye la, TESCO kedekut nau nk bg beg kt customer), tp time pegi je msti lupa bwk, lupa bwk je mesti pegi...hehehe

*luv Syahnia* said...

wahh bagus2..harus dctohi ni ;p
lene sgt cik oni tido 2..hihi
kak..t ain emel alamat ya :)

INTANKUTERPILIH said...

alahai oni..tidur tertonggeng...cutenyer...

cha said...

kakBee:
betul, suka shopping hari tanpa beg plastik sbb tak ramai orang.

Qellissa:
tu la, macam bermimpi pula, 1st time bawa tu, selalunya memang dah ada dalam kereta. itu gaya tidur masa kini.

shiQa:
sama-sama, boleh. nanti bagi tau ye :D

umiIman:
kalau nak senang ingat, sangkut hampir dgn pintu, so bila nak kuar kan nampak beg tu.

ain:
ok email ya. sama-sama.

intan:
haha... gaya tidur lena. sangkut kat ampai pun tak sedar.

mrs jamal said...

wah rajinnyer nak buat kad sume..tunjuk la kat sini nk tengok..msti cun

cha said...

mrsJamal:
mana ada cun kak, biasa-biasa aje, hobi takde kerja :D

Cik Shiqa said...

suka sgt tgok gmabr oni yg ni. tdur dgn aman.heheheh

cha said...

shiQa:
orang yg tengok risau, pernah skali dia tido, kepala kat lantai, badan atas tilam... kan sakit tengkuk nanti.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in