Nasi lemak paru.

Thursday, 30 September 2010

Apa makanan kesukaan aku? rasanya aku suka makan coklat je. Air coklat, coklat, kek coklat. Tapi takkan breakfast pun nak makan coklat kan? haha, ye boleh. Roti inti coklat. Hrrrmmm. Bahaya sungguh bila gilaaa dengan coklat.

Berborak dengan cikBiha semalam, rasa rindu nak makan nasi lemak paru, makan nasi lemak bersamanya. Bergosip waktu pagi, makan tat telur. Sedap-sedap. Aiii dah mula dah.

Dan pagi ini, hujan agak lebat. Jam sudah tepat 7.30pagi, aku masih dalam rumah. Muahaha... kalau hujan, mood pun ala-ala je. Malas. Apatah lagi tengok mrAbi berkelubung gebor, eh selimut. Ngeee... Bestnya tidur.

Lepas hantar cikOni, berfikir lagi. Beli ke tak, beli ke tak. Tak sedar jari dah tekan tingkat 2 jalan ke kedai nasi lemak. Yeay, dapat nasi lemak paru hari ni, mesti mengantuk pukul 10pagi nanti. Haha.

Hari ni, aku kena siapkan report. Aiyaaa... sempat ke nak tidur? Huh!

~)@ Pssst... pssst... kekasih hatiku sudah kembali. Aku nangis malam tadi tengok Hum Saath Saath Hai kali ke-5, hahahaha... gelak, gelak jangan tak gelak.

9 pasang kaki:

sarah-najwan said...

bestnya nasi lemak..tapi saya xmakn paru..xtau nape..pernah hubby bawa balik sb kwn dia bagi..saya xle tgk awak..terbayang peparu kita...heheh...

qellissa said...

sedapnya nasi lemak! dah lama x mkn nasik lemak since berdiet ni..hihihi

[-suziey-] said...

eh smaala..kt pn suka coklat..hmm nasi lemak pn suka..pendek kata sume mknn yg tinggi kalori dan menggemukkan..haahhaa

EiJa ZaQuaN said...

eija mmg suka mkn nasi lemak..samel a kalo amik lauk nasi lemak..pilihan pertama mesti paru..hehee..

rasp said...

yummy nasi lemak paru...
memang leh mengundangkan bantalllll di pagi yg sejuk nie :D

Ibu Iman said...

dimaklumkan bahawa saya x pandai mkn paru... heh heh heh

cha said...

sarah:
kita tengok gak rupa paru tu camne, kalau tengok macam tak lalu je nak makan, tak la kita beli. rupa paru memainkan peranan. :D

Qellissa:
sekali sekala boleh makan, perut nak rasa juga.

[-suziey-]:
awak makan ada hasil, kita ni??? pp je gebu.

eija:
pilihan kedua, mesti ayam.

rasp:
dapat melalui dengan tenang, tak ngantuk... terror.

mira:
masuk mulut, kunyah dan telan. ;)

@e_da said...

alamak sedapnya.. terliur plak...

cha said...

kak e_da:
mari menaikkan berat badan, alaaa sebungkus je.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in