Tugas baru

Monday, 9 August 2010

Hari yang ceria, harap sampai ke petang. Rajin aku buat kerja. Ini kerja bulan 6 punya. Selagi boss tak check selagi itu la aku berpoya-poya, buat sikit-sikit. Ahaha. Taip satu perkataan, blogwalking melebih-lebih. Siap boleh taip entry lagi. Ngeee...

Ye, masuk hari ni dua kali aku hantar anak pengasuh aku pergi tadika, eh tadika ke? ahaha, pra sekolah la 5 tahun punya. Tadika 6 tahun kan? Udahla aku memang sengaja mau lambat-lambat, elok je hantar cikOni, menunggu anak pengasuh aku tu bersiap.

' Nak tumpang mama Oni... ' katanya, so aku kenala tunggu. Baik juga aku ni rupanya.

Ala bukan jauh pun tadikanya, tak payah start kereta pun, bawah tu je. Aku pun memang turun ikut laluan yang sama, tak bazir masa pun. Suka lagi ada, berlatih hantar cikOni pergi sekolah la konon-konon.

Cuma anak pengasuh aku tu, Baby amatla banyak cakapnya. Ada saje cerita dia nak cerita, aku dengar je la. Naluri ke'ibu'an katakan, kenala menjadi pendengar yang baik. Kihkihkih.

Tak rasa pun kalau berborak dengan Baby tu, terus je sampai parking enWaja. Aku hantar dia dulu, tunggu sehingga dia masuk pintu sekolahnya, baru aku ke enWaja. Sekali jalan.

Ingat sudah lambat, rupanya masih awal. Hehe. Aku dah dapat access card yang baru. Melayang terbang RM50 aku. Huaaa... salah sendirikan, padanla muka. Ahaks.

~)@ Esok tinggal satu hari, makan sepuas-puasnya. Macamla puasa tak dapat makan teruskan. Bazar oooh bazar. Yummi.

10 pasang kaki:

*luv Syahnia* said...

amboiii bazar gak d'ingtnye ummi oni ni yea
dah nak pose kan..jap je masa blalu

tiba2 dah tak sabo nak raye..hehe *__*

Iman's Umi said...

Slmt berpuasa awk...mlm ni org start terawikh kn? pastu bgn sahur...rindunya, Ramadhan dtg lg

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Slmt berpuasa mama oni.. Bazar ramadhan, here we come.. ;op

Zaidah said...

SELAMAT BERPUASA ....

qellissa said...

wah wah..x sabar nk pose ea..selamat berpose ye pn.ch@..x sabar nk g terawih ni..hihihi

julicavero said...

selamat menunaikan ibadah puasa ya

Kujie said...

tahun ni puasa mesti lain...

ch@ said...

Ain;
ahaha, sudah tentula bazar. skjp je, akak mcm tak rasa bulan 7, hish!

UmiIman;
Selamat berPUASA kpd awak juga. Malam esokla terawikh, yups rindu Ramadhan.

IbuAQiL;
serupa je ngn kita, ingat bazar aje ;)

kakZai;
selamat berPUASA juga utk akak.

Qelissa;
selamat berPUASA utk awak juga, nanti i berterawikh dgn cikOni :D

julicavero;
terima kasih wahai orang jauh.

kakJie;
betul kakJie. Tahun lepas bersalinkan cikOni, tahun ni dia dah berlari.

Diyana Zulkifli said...

wah.sistem barter.mak dia ngasuh anak cha.cha plak hntrkn anak dia.hehe.tolong menolong amalan mulia..heh

ch@ said...

kakDonat;
betul². sebab sejalan. tapi kalau tak sejalan pun, takkan la sampai hati nak tinggal je budak gebu si baby tu :D

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in