Tidak sabar-sabar

Thursday, 12 August 2010

Hari ni sudah hari Khamis... Khamis??? Esok dah Jumaat, pastu cuti. Aiii aku agak kurang gemar bila berpuasa masa tidak berkerja ni, terasa lapar sepanjang hari, apatah lagi bila terpandang tin biskut, peti ais, deretan air masak atas kabinet. Huiii dugaan.

Harapan aku semoga mrAbi ajak balik Langat, selalu tu memang tak mahu tapi kali ni nak, sebab agak bosan bila hanya duduk di rumah sambil mendengar bunyian dari perut. Tapi... bila mengenangkan rumah yang macam tongkang pecah di tengah lautan, macam rasa nak duduk rumah aje. Aishhh...

Niat dihati mahu menukar satu-satunya langsir yang ada di ruang tamu, tirai putih dibelakang langsir maroon, ber'scallop'kan pink itu sudah bertukar menjadi hitam, akibat debu-debu kenderaan walaupun duduk tingkat 11 dari aras tanah :D.

Macam mana mau cuci itu? mau makan 2, 3 kali pusing washing machine. Huuu... nak hantar dobi, langsir bukannya mahal mana pun, mama je boleh cuci sendiri, saje mengada.

Aku mahu menggantung langsir berwarna hijau, haha... hijau seperti blogku ini. Tahun ini rumahku bertemakan hijau, tapi part baju raya belum standby lagi. Sebab mrAbi tak mahu baju melayu, aku ngan cikOni aje. cikOni dah prepare. Aiii... fening la fening.

Kuih raya, normally memang aku beli yang terjual kat Mydin, biskut itula yang biasanya habis dahulu daripada biskut-biskut lain, tahun ni aku nak standby kuih raya macam-macam jenis. Haha.

Duit raya untuk budak-budak, tahun lepas punya banyak lagi lebih, so kena tambah sikit aje lagi, haha... itu mrAbi akan uruskan. Aku sedia duit raya untuk keluarga aje. Zakat, mrAbi la yang kena, jangan dia lupa bayarkan untuk anakanda nya itu sudah.

Lagi??? oh ya open house, insya-Allah aku akan laksanakan pada raya tahun ini, hehe... tunggu mrAbi punya bonus, muahaha. Kejam-kejam. Dan juga masa lapang tukang masak import, mama.

Haaa baru puasa 2 hari dah sibuk nak raya kan? masa dah laju sekarang ni, perancangan dah tak boleh ditangguh-tangguh, tiba masanya satu apa pun tak siap. Kan? dah melopong.

~)@ Tahun ini mahu beraya di mana??? Huuu.

9 pasang kaki:

*luv Syahnia* said...

wahhh sudah siap list utk rayer..
bagus2..semggu nak raye sudah boleh relax2
men bunga api..hehehe

beraya sakan lah akk thn ni yea *__*

Hanim said...

semangat betul dia nak sambut raya...k.hanim biasalah last minit baru nak bershopping baju raya...kes sbb tak tahu nak tema kaler apa..last2 belasah beli jer...persiapan2 lain ala kadar jer...

UnGu VioLet said...

Selamat menjalani ibadah puasa dr mar yg jauh nie.. :)

qellissa said...

wat open house jgn lupa jemput qellissa tau..ngeee

ch@ said...

Ain;
betul², akak suka siap awal², tak payah mikir bila masa dah dekat.

kakHanim;
hehe, teruja la kakHanim, cikOni dah berlari niii. Sebenarnya persiapan tu pun ala kadar je.

mar;
sama-sama kita ye mar.

Qellissa;
insya-Allah, jauh lagi harinya :D

mekchu said...

harussss kena plan awal2.. baru lah semuanya teratur je.. selamat berpuasa & selamat berbuka..

e.l.i.z.@ said...

wah langsir pun mahu hijau..heheh lawa²
tp betul tu ch@,baik prepare awal²..skang masa mmg kejap je

Anonymous said...

wahh open house... jgn lupe jemput yerkkk

ch@ said...

mekChu;
yups, sudah tentuuu.

kakEli;
betul kakEli betul, kita dah la jns lambat orgnya.

Anonymous;
siapakah ini???

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in