Susah dan senang

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan datang lagi, mula la nak terkenang-kenang. Ramadhan tahun lepas, aku berulit dengan cikOni, alahaiii bagai nak patah semua sendi-sendi mengenangkan dia. Betapa sungguh rumit.

Ibu baru, baru nak belajar semua benda, berbekal sebuah buku panduan penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, ibu baru ni terhegeh-hegeh mencari maklumat. Terima kasih juga kepada laptop papa dan broadband mrAbi, gigih mencari data untuk berpantang semasa puasa.

Ramadhan lalu, datangnya semasa aku berpantang masuk bulan kedua. Syukur padaNYA kerana masih memberikan aku nyawa dan tenaga untuk melaksanakan tanggungjawab. Aku sudah pun kuat untuk berpuasa. Aku sudah pun bebas bergerak cuma kena slow-slow kerana terasa masih ngiluuu...

Ramadhan itu, aku terasa bagaikan mahu menangis bila mengenang cikOni, dia sudah pun menggebu, mau taknya dah minum susu formula. Bukan aku tak bagi susu ibu, bagi tetapi dia sangat kerap menyusu sedangkan aku masih terhegeh-hegeh memerah susu tambahan pula tidak pandai menyusu secara terus.

Bayi berusia dua bulan, apa lagi yang boleh dibuat selain mengamuk lapar. Nak suruh masak kat dapur pun tak boleh apatah lagi disuruh mencuci baju kan? Jadi bila dia tidur adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Aku berehat sepuasnya namun... namun... waktu berehat itu terbalik dengan orang normal.

Waktu berehat itu adalah waktu siang, sebelah malam dia tidak tidur, hanya mahu orang menemaninya sepanjang malam, aku la yang bergilir dengan mama. Sungguh penat dan letih. Sepanjang dua minggu lebih kurang, berkeadaan seperti itu.

Sebagaimana kata kakKujie, Ramadhan tahun ini berbeza, ia sungguh berbeza. cikOni sudah setahun, dia sudah berlari, dia sudah tahu waktu tidurnya, dia sudah pandai bermain sendiri, dia sudah pandai memberi waktu rehat kepada uminya, dan yang paling terasa ketiadaannya tentula tokMama.

Ramadhan lalu bersengkang mata menjaga cikOni, kiniii rumah itu sunyi tanpa tangisan. Alaaa tokMama cikOni tu, tiba-tiba je kang datang KL. Bukan boleh cucu tak balik kampung. Haha...

Dikesempatan ini aku memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya terlalu lancang berkomen sehingga ada yang terasa di sana sini atau terdapat entry yang membuat anda terasa hati, sesungguhnya aku hanya seorang hamba kerdil lagi lemah, aku juga mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA
kepada
anda, anda..., andalaaa yang sedang membaca post ini :D
~ semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun lalu ~

~)@ Aiii, nak raya pulekkk... duit raya???kuih raya??? baju raya??? langsir raya??? bunga raya??? bunga raya? ahaha...


12 pasang kaki:

Iman's Umi said...

Slmt berpuasa juga skali lg...sy pn xtau la cemana, dlu ms puasa Iman bru 3-4 bln, bgn sahur ke, buka puasa ke, asyik nk kena riba je...pastu skrg ni dia dh biasa bgn kul 3@4 pg...sure menyibuk ngan org sahur, klu anak dara, tentu Umi dh srh tlg masak...kekeke

Hanim said...

selamat berpuasa Cha..
Ya..tahun nie kita berbeza dari thn lepas...semoga tahun ini ibadah puasa kita berjalan lancar..

qellissa said...

selamat berpuasa Ch@..semoga tahun ni lebih baik berbanding tahun sebelumnya...amin...

Cik Shiqa said...

selamat berpuasa kak ch@. semoga sama2 dpt keberkatan.. amin muah kt cik oni.hehe

ch@ said...

umiIman;
Slmt berpuasa kpd awak juga ye, sama² kita. Anak dara dulu sahur cincai² aje. Tahun ni kenala masak.

kakHanim;
Slmt b'puasa kpd akak juga. Rasanya setiap tahun pun berbeza.

Qelissa;
Slmt b'puasa kpd awak juga, btl².

shiQa;
Slmt b'puasa shiQa, sama² la kita mengejar dan mendapatkannya. Haha, nnt akak kiss dia eh.

Mommy Pinky said...

Selamat Berpuasa cha :)

@e_da said...

tahun lepas sebulan kita tak leh puasa dlm pantang.... harap2 tahun ni leh penuh kan..

ch@ said...

mommyPinky;
selamat berpuasa juga ;)

@e_da;
kita sempat mengejar puasa :D

DDrfauziah said...

Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
Selamat Beribadah.

julicavero said...

selamat menunaikan ibadah puasa...mohon maaf lahir batin

e.l.i.z.@ said...

selamat berpose utk ch@ & family!

ch@ said...

kakG;
salam kembali kpd kakG, salam Ramadhan juga. btl kata kakG tu, sama-sama kita menunaikannya.

julicavero;
selamat berpuasa juga, terima kasih drop komen here ;)

kakEli;
ahaha ada ni komennya, selamat berpuasa juga pada kakEli dan keluarga :D

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in