Projek hari ini

Friday, 27 August 2010

Ok Selangor cuti, mrAbi kerja. Aku tinggal dengan cikOni, sementara rumah berantakan ni, hanya membiarkan cikOni bermain sesuka hati, habis satu ruang tamu dengan biskut. Takpe kejap lagi projek raya bermula.

Pertama buka sampul sofa, huh setelah 2 tahun beraya masuk tahun ke 3 baru nak cuci, gila ar dia punya habuk, siap bersarang labah-labah. Ya selama ni memang tak pernah terbuka hati nak membuka sampul sofa ni. Hari ni pesta.


3 round aku pusing washing-machine, akhirnya sampul sofa berjaya dijemur, dia punya habuk. Humangaih tak payah cerita la kan, punyala banyak sampai kekotoran aku punya mesin pencuci tu. Dasyat.

Tukar alas meja, lipat karpet. Tahun ni aku mahu guna tikar aje senang. Guna karpet buat mengumpul habuk je, tambahan pulak cikOni suka benar menumpahkan, menaburkan, memuntahkan segala macam benda.

Lap almari TV, lap TV, lantai je tak bermop, sudah tidak larat. cikOni ikut 'mengemas' sama, bahkan dia yang melebih-lebih. Tu yang hold dulu sebab bermain dengan air. Ada yang benjol sana sini.

Jemur tilam, fabreeze anti-bakteria lagi, cikOni alah dengan tilam tu, guna tilam sebab mrAbi hantar toto ke dobi, so tilam lama tak diguna macam-macam habuk sudah lekat. Kasi mati semua habuk, kasi tukar dia punya alas, dan cikOni pun tidur. Letih.

Langsir bilik je aku belum pasang, tunggu sampul sofa kering dulu, taktau nak sidai mana bila basuh kang. Hehe...

Lagi apa ye? kuih raya, tunggu bekas cikPA hantar, duit raya tinggal untuk parent aje, baju raya beli kat kampung, cikOni dan mrAbi punya baju dah ready. Kena simpan duit untuk lepas raya pulak. Huuu...

Aku kena mintak belas ngan Nuff ni, haha... blogwalk pun malas, macam mana nak dapat, ye tak?

~)@ Tahun ni perancangan teliti sikit. Tak macam tahun lepas. Semuanya terkejar-kejar.

3 pasang kaki:

Cik Shiqa said...

akak, best ny cuti... kt sni x cuti. tahniah kerana berjaya merajinkan diri.hehe

Cik Shiqa said...

salam.. akak,jom amek award kt blog shiqa :)


http://kauakuduniaku.blogspot.com/2010/08/friendly-blogger-award.html

cha said...

shiQa;
thanks shiQa, nanti akak ambil ye, terhahrunyaaa :)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in