Tiba-tiba aje

Tuesday, 17 August 2010

Aku buka sesorang je semalam, cikOni dah membongkang tidur. Penat. Tambah pulak hujan turun bukan main lebat lagi. Atas meja ada duit mrAbi tinggal suruh aku pergi bazar. Urgh, tanpa dia aku tak seronok pergi seorang.

Makan roti cicah teh o panas sedapnya tak sedar aku dah telan 4 keping roti. Haha. Lapar. Masak nasik, rebus kerang. Sakit tangan aku mencuci kerang, rasa nak masuk dalam washing machine. Kerang dah la comel-comel, tak gebu. Siap bersila kopek petai. mrAbi suka benor ngan petai.

Sedang aku bergolek-golek kekenyangan cikOni pun bukak mata, aiii memang tido lambat la dia nampaknya. Habis 6 sudu susu + 4 sudu nestum, dia bangun 'mengemas'. Habis semua mainan dalam kotak bertaburan dikeluarkannya satu demi satu.

Aku? kan malas nak layan, biarkan aje. Berantakan. Sedang dia dok ralit membaling segala mainannya keluar dari kotak, mrAbi pun balik. Tak pasal-pasal dia hulur kapal terbang pada mrAbi, gelihati pulak aku tengok. Comel betul dia mengadu kat mrAbi.

Lepas selesai mandi, dia pula melayan cikOni, huih banyak betul cerita cikOni, penat aku jadi tukang gelak.

kredit to storemovies.blogspot.com

mrAbi : tukar channel 5.
umiOni : citer apa? nah tukar la sendiri. (remote astro aku bagi channel ditukar)
umiOni : citer apa ni? (aku tengok info. tengok pelakonnya major aku tak kenal)
mrAbi : niii kawan dia ni takut bini, yang sorang ni tukang ajar macam mana nak sorok.
umiOni : aik? abi nak kawin lagi ke? (aku menyoal tanpa prejudisnya)
mrAbi : saje nak tengok.

Muskel dowh, tak penah-penah laki aku ni layan drama, drama melayu pulak tu. Huih! aku tengok je la, mata pun dah kuyu-kuyu mahu lelap.

Tiba-tiba je tukar hobi, AXN, HBO dah takde citer ke? Time-time puasa ni macam-macam hal.

~)@ Blogwalk aku agak slow sikit, sebab internet takde kat rumah, huaaa... ada orang tak bayo. Siapa dapat bonus, meh hulur kat aku serat dua :)

2 pasang kaki:

mekchu said...

uishh... kata-kata tu satu doa.. jgn ckp cam tuh.. tetiba jiwa dia nak layan cite melayu.. x pe kan..

ch@ said...

huiii idakla mekchu, agak seram juga dgr mekchu ckp ni, tukar la tajuk tu. huiii!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in