Makcik kepoci

Wednesday, 25 August 2010

Di suatu hari yang agak-agak hening, macam nak hujan. Seorang gadis comel baru bangun tidur, keadaannya agak comot kerana jangkitan selsema dan sedikit batuk. Dek kebauan dirinya yang begitu masam, maka dia dibawa ke bilik air untuk mandiii.

Di dalam bilik air, dengan keadaan terpaksa, penjaganya meniup buih menjadi belon sebagai ganjaran menghiburkan hati gadis comel itu. Tak pasal-pasal.

Huuu dia sungguh riang bermain dengan air, pancut sana, pancut sini sehingga terlupa dirinya tidak sihat. Selepas mandi, setelah berpakaian, dia kembali kecoh.

'Oni dah jumpa bedak'
'Mana Oni punya losyen?' ahhh sudah, sendiri teraburkan, sendiri bertanya.
'Mana sikat Oniii?' burrr terabur isi dalam make-up bag.
'Mana getah rambut Oni?' tangan masih lagi mengorek make-up bag yang telah kosong.

'Lain kali semua barang-barang Oni letak dalam bag ni, faham?!'

Huh, pandai pula gadis comel ini duduk katak gaya ni, sah-sah gaya duduk emaknya tu.

~)@ Syoknya dengar lagu raya kat radio.
~)@ Ini entry aku ke-300, follower aku juga cecah 90 orang. Terima kasih kerana masih setia.

7 pasang kaki:

Cik Shiqa said...

chomey ny dier.. geram3x meh2 sini aunty tlong solekkan..hehe

dkama said...

hahaha dia ikut perangai mak dia...

Iman's Umi said...

Gaya duduk cik oni tu mengingtkn daku kt sorg kakak sedorm, msuk dorm smbl lari2 pastu trd duduk camni, seb baik x tersalah urat. errr...betulkh dialog2 itu dilontarkn oleh cik oni? kekeke

ibu WaWa said...

Oni suka duduk katak ye???

Aqil pun suka duduk gaya ni. Mula2 kak wa takut jugak tengok gaya duduk katak ni. Tapi bila lihat Aqil selesa, kak wa layan ajelah.

Budak yang duduk cara ni memang comei, macam Oni...

cha said...

shiQa;
buatla shiQa kalau dia mahu, tak mahu orang pegang.

dkama;
mak dia tak suka bersolek, mrAbi kata rasa macam orang lain.

umiIman;
lebih kurang macam tu la.

ibuWawa;
ntah mana dia belajar duduk gaya tu. Nampak cute lagi kalau peha lengan yang gebu. huh! nak cubit-cubit je :D

yonna said...

suke tocang si oni tu kak hehe.

ehh lawaa layout baru akak ni :D

cha said...

yonna;
akak pun suka, tapi tak lama tocang tu, kejap je.
lawa ye, terima kasih. senang loading tak?

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in