Ditinggal pergi

Tuesday, 3 August 2010

siapa rupa siapa? :D

Aku hampir je tak nak pergi kerja semalam, badan letih dua hari tak berehat dengan betul. Tengok-tengok mrAbiOni menyambung tidurnya dengan tenang, huiii aku jeles.

Bersyukur jugala dia tak kerja boleh aku ajak dia ke pasar malam, yuhuuu menaiki motosikal barunya itu. Tidak lagi skuter Suzuki.

Gembira tengok cikOni muncul dari lif, melompat-lompat kesukaan bila nampak muka aku yang menanti sebaik aku parking enWaja.

Suasana pasar malam sungguh best, aku sangat suka. cikOni tak dibiar berjalan sendiri, uuu takut lor tiba-tiba je dia hilang, owh aku tak mahu bayangkan. Aku paksa mrAbi dukung, dia tak mahu takpe biar aku sendiri yang dukung. Bila mrAbi dah dukung, dokla dia main babacak.

Haha... Balik rumah, mrAbi kena outstation. Tiba-tiba. Oooh tensen lor bila kena tinggal. Aku memang tak suka sungguh. Rasa macam nak buat-buat pengsan je tak nak bagi dia pergi. Kejam tak? Dah tugas untuk negara, kena la pergi.

Yang paling sadis cikOni la, meraung tak hengat bila pintu rumah ditutup oleh mrAbi, huaaa... aku pula yang macam nak menangis tengok betapa sedihnya dia kena tinggal. Mujur la sekejap je, pujuk-pujuk bagi susu sambung main. Aku perasan juga sesekali dia menjeling pintu, berharap Abinya pulang barangkali.

Cepat-cepat je la aku tidurkan dia, cikOni... huh mana main aku tidurkan lagi, dia tidur sendiri, siap bangun cari port lain tu, tak tahan betul aku. Nak gelak pun ada. Aku upah kan sebotol susu suam, memang wajib sebelum tidur.

Huuu... bila dia dah tidur, aktiviti aku pun bermula, tak lama lepas tu aku pun tertidur juga.

~)@ Cepatla pulang wahai suamiku, aku sungguh rindu padamu. Sudahla rindu pada cikOni sekarang ni. Huaaa...

12 pasang kaki:

[-suziey-] said...

waaa sblm outstation bole g pasar mlm lg ek..ehe..

sabr ok..huhu dh rasa dh kena tinggal..xsnggup la..huhu:(

Wife Mr.Em ~ Ibu Mr.Aqil said...

Cian nye cik oni.. Cian mama dia jgk.. ;o) sabar erkkk mr.abi mencari rezeki.. dia pun susah ati 2 tggl kan puteri2 ksygan dia..

eem's said...

Cian cikOni dengan umi dia..tapi kan, memang berat hati tau nak tinggalkan family..akak ummiOni tny dengan cik Yann..hehehe..BTW comey nye la gambo.. (^.*)

e.l.i.z.@ said...

hehhehe sempat lg nk buat² pengsan hehhe
k.eli pun dh biasa gak kena tinggal..kdg² rs best gak kena tinggal ni hahhaha tak terasa mcm bini org :P

ch@ said...

[-suziey-];
dia dpt panggilan mengejut.
kan suziey kan? nak ikut pun, dia pergi dgn team kerja dia.

ibuAQiL;
bersabar la ni kak, tak sabar kang kita ugut nak duduk rumah je :D

ch@ said...

eem's;
hehe iye ke berat hati? ke suka? boleh cuci mata?
gambar masa birthday cikOni hari tuuu.

kakEli;
haha tak suka btl kalau dia kena o/station
ooo nak rasa single mingle eh. haha.

♡♡ Y-A-N-N ♡♡ said...

cikOni mcm muka ummiOni. sama2 chumel. :D

IMAN'S UMI said...

Sian Cik Oni ye pandang2 pintu dgn harapan Abi pulang...klu Iman dgr org bukak mangga dia dh nganga2 konon ye itulah Abi sudah balik, skali saya ckp bukanlah, itu rumah org lain...dia trs stop senyum sambung main. Xpe ch@, rindu itu indah.

ch@ said...

yann;
tipu la tu, bkn dia ikut muka mrAbi ke? haha...
comel itu sudah tentu.

umiIman;
sama la cikOni, telinga tu alert je.

blogresipi said...

Jalan-jalan di pasar malam memang best.especially kalau dapat makan lai chi kang dan bihun sup.

eem's said...

ish..ada pulak nak cuci mata..nak cuci mata guna eyemo la..hehehe..

ch@ said...

blogresipi;
kita tak suka lai chi kang, tapi suka air honeydew, bihun sup mmg sedap.

eem's;
haha. betul².

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in