Bakteria itu lagi

Thursday, 19 August 2010

Sana sini situ bau petai, perasan sendiri betul. Sejak pandai makan petai, habis petai mrAbi aku makan, aku tengok dia makan tak laju mana pun, aku pulak melebih-lebih. Sudahnya dah pasti la aku makan lebih banyak dari dia, nguahaha.

Sahur dengan ayam golek, letak kicap sket dan petai. Yummi, buka kang aku ulang balik makan sampai ayam tu habis. Tambah-tambah puanIzma buatkan aku sambal tempoyak. Alahai, kecur liur aku tetengahari tegak ni.

Ngape buat muka ni?

cikOni aku demam, haih! demam lagi. Banyak sungguh la bakteria, kuman dan virus durjana ni. Macam mana nak atasinya lagi pun aku tak tau, harus semua produk cucian, mandian, rendaman bertukar kepada Dettol atau Lifeboy.

Kali ni aku tak sure demam sebab apa, mungkin nak bercakap pulak kot, habis la kena layan dia bercakap pula, mau pening nak menjawab soalan-soalan cepuemas dia nanti.

Masa aku kekecik dulu memang suka bertanya, kat mana-mana pun aku bertanya, cuma bila dah anak dara, dah duduk sendiri aku jadi agak pendiam sikit. Haha pendiam ke? mana ada. Tipu.

Aku bawa dia pergi klinik, ahaaa jumpa doktor yang memang dah biasa dengan dia. Dari dia lahir sampai la ke dah setahun ni, mesra je doktor tu ngan dia. Dia pun, shy-shy cat la. Eleh gatal mula-mula je, pastu klinik tu macam dia punya. Lari sana-lari sini tak reti diam. Lagi la orang-orang usik dia, comel katakan.

Sempat aku mandikan sebelum hantar rumah pengasuh, sebab? dia berak. Huih, padanla tak diam. Lepas mandi suruh jalan sendiri melencong-lencong. Sudahnya aku gak yang dukung. Mau turun sekilo lagi ni.

~)@ Berat aku dah nak mencapai berat asal sebelum mengandungkan cikOni, huiii lambat lagi la nak cecah 50kg nampaknya.

9 pasang kaki:

Zaidah said...

cha...bagilah akak tips macam mana nak dapatkan berat asal balik...huhuhuhu

Iman's Umi said...

Cik Oni demam lg? Isk3 sian...anak kwn sy tiap2 mggu demam, sian jg..heran sbb pneumococcal vaccin pn dia dh amik...sy cam nk bg juga dekat Iman tp Iman jrg demam...Cik Oni ada amik x? Klu blm, cuba tnya ngan doc cemana.

mekchu said...

cikOni kenapa mcm muka terkejut tu? hehe.. sian dia demam ye.. get well soon ok honey..

ch@ said...

kakZai;
tips? hari² kita panjat tangga 6 tingkat, kekadang kalau lif rumah rosak kita naik 11 tingkat dukung cikOni, jangan selalu makan depan TV nanti manja. lepas makan duduk 10 minit, lepas tu jalan² dlm rumah. jalan je. hehe, macam tu je kak.

umiIman; cikOni makan scott emulsion, hari ni demam sbb gigi dia tumbuh lagi, dia kalah.

mekChu;
terima kasih mekChu, haha muka terkejut dpt jln kat shopping kompleks secara sendiri.

ibu_BatRiSya @wardah said...

comella cik oni ni...dah nak berckp dah cik oni...Batrisya bile ntah nak tumbuh gigi

✿ YANN ✿ said...

get well soon cikOni chumel. :D

ch@ said...

kakWardah;
nanti dia tumbuh la kak, oni pun lambat tumbuh gigi.

yann;
tQ :D

*luv Syahnia* said...

alalala cian cik oni dmam g..
nak btambh gg nye kot kak.. *__*

cha said...

ain;
haha, harap²la kan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in