Aku teruja

Friday, 20 August 2010

Yeay sudah sepuluh hari aku masih belum gagal bangun dan masak untuk bersahur, walaupun malam tadi aku sudah bertekad mahu makan Nestle HoneyStar dengan susu sahaja. Tapi, apabila mengingatkan sambal tempoyak buatan pnIzma, terus biji mata aku segar.

Ayam goreng, telur goreng, sambal tempoyak dan petai. Laju, aku makan tanpa menoleh mrAbi yang masih terkulat-kulat menghabiskan nasinya. Sudah pertengahan puasa, dia dah malas nak bangun pagi.

Habis cuci pinggan aku makan juga Nestle HoneyStar, kang teringat-ingat masa siang hari.

cikOni lagi :D

Selesai aku mandi dan bersiap, cikOni bangun. Dia tidur semula selepas muntah kahak. Bangun dengan senyuman, tolong-tolong aku tak nak pergi kerja, nak berguling ngan cikOni aje. Lepas aku salam mrAbi, aku hulur tangan pada dia.

Yesss, dia sambut salam aku dan kiss. cikOni dah pandai bersalam. Ajaran aku bila aku selesai solat dan dia menunggu di sisi. Dia dah sudah tahu di mana letaknya bakul sampah untuk pampersnya. Lepas aje pampers ditukar dia bangun, memegang pampers kotor berjalan ke tempat bakul sampah.

Owh teruja, aku sangat teruja. Bila pampers dibuang dia menangis, haha mungkin dia sedih.

cikOni dah pandai main kereta batmannya, bila butang lagu ditekan, badan dan kakinya bergoyang-goyang. Ahaks, comel-comel.

Bila aku duduk rapat dengan mrAbi, cepat-cepat dia tinggalkan mainannya, turut sama menyelit di tengah-tengah, macam-macam dibuatnya supaya kitorang bagi tumpuan padanya juga.

Sedang aku menaip entry ni, terbayang-bayang senyuman cikOni, sungguh rasa nak meraung. Aku sangat rindu. Ya, aku memang teruja bila cikOni pandai satu-satu perkara, sesungguhnya dah beranak sendiri ni, perasaan aku sangat indah.

Tak salah la orang kata anak-anak ini penawar di kala kedukaan.

~)@ Emo sikit hari ni :D

5 pasang kaki:

Mommy Pinky said...

"Bila pampers dibuang dia menangis, haha mungkin dia sedih."

Haha..comel nya dia..nape nanges..isyh :D

mekchu said...

mmg bermakna hidup ni bila ada anak kan.. tp cuba bayangkan time ni mengamuk.. tangan ni cpt je nak lepuk.. lepas tu kesian.. hati seroang ibu.. ecehhhh

Cik Shiqa said...

comel je cik oni nangis pas buang pampers..hehe

ibu_BatRiSya @wardah said...

bijak cik oni ni...

ch@ said...

mommy pinky;
puas hati tgk tumbesaran dia, walaupun ta cukup bulan. :D

mekChu;
betul mekchu betul...

shiQa;
haha taktau la ngape, touching sungguh dia.

kakWardah;
haha tunggu icha pulak, mesti ramai suka dia sbb icha suka gelak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in