Sesungut

Wednesday, 14 July 2010

So amacam agak laju tak blog aku? hahaha, aku telah membuang widget² yang tak berkenaan, ada lagi yang bakal aku buang ni, tapi nanti dulu. Sayang. Belum² dah tanya blog ek, hehehe.

Huuuiii, kondisi diri yang tak berapa baik. Semua kerja aku tolak ketepi kerana tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian sebaik-baiknya. Ia datang sebulan sekali tetap terasa macam belum kawin. Senggugut lorrr, apa petua nak hilangkan senggugut ni.

Dulu pernah tanya doktor mengapa mesti senggugut? Doktor kata sebab, belum kawin. Dia terangkan aku detail apa kaitan kawin dengan senggugut. Aku dengar sambil tersengih-sengih. Maluuu.

Sekarang ni aku still senggugut tapi boleh tahan lagi la, tak guling² macam dulu. Sebulan mesti MC sehari. Masa belajar, apa lagi tuang kelas la sehari. Ada je yang ikut. Masak air panas letak dalam botol, lapik dengan tuala, tuam kat perut. Huhuhu, buat sendiri je sebab duduk asrama.

Kalau kat rumah, mama tekap dengan iron, oiii bukan iron yang panas tu laaa, gila melecur. Anak dara dah la ada sorang je. Pastu tidur. Celik mata semua dah legaaa.

Laaa ni kena kat tempat kerja, huh mana nak cari semua tu. Aku memang tak biasa telan pil. Ada orang kata makan panadol, tak pun pil hilangkan senggugut terjual di farmasi. Apa yang boleh aku buat, minum air suam. Melancarkan dan mencairkan aliran darah tersebut.

Kurangla sikit sakitnya. Tahap boleh tahan. Kalau ada tips untuk hilangkan terus lagi bagus. Hehe.

Rindu sama korang laaa...

~)@ Entry ni berbaur kepada kewanitaankan??? hehehe. Aku memanggil senggugut dengan panggilan sesungut. Hehehe.


12 pasang kaki:

IMAN'S UMI said...

Mmg berbaur kewanitaan tp x faham kaitan sesungut ngan kandungan en3 la...wakakaka

ch@ said...

@IMAN'S UMI
~ haha sengaja buat mcm tu, selalu panggil senggugut tu sesungut.

rasp said...

i pun gelar kan 'ia' sesungut sis hehehe...
i ada petua nie, dpt masa blajar dolu2...
tapi i tak pernah praktikkan coz syukur i ok...
even anak2 dara i pun semuanya tak de sesungut...
so, kesahihan petua i tak tau...
my fwen org yg bagi petua nie ckp, dia sblum amalkan petua tu, teruk gak..
selepas amalkan, dah ok...

petuanya : amik 3, 4 biji bunga cengkih...
rendam dalam secawan air panas...
bila dah suam, minum airnya, bunga cengkih tu buanglah..
jadikan amalan minum air, ni tiap tiap hari, 1x sehari...
from now till bila2...

kalo u nak try lah kan....

pB said...

salam

ada member kat pejabat tu , dah kawin gak.
kalau mai period , berguling2 tahan sakit.
mesti mc nyer. P P check kat PPUM , tu dia ada cycst kat peranakan. Kena operate. Baik p check.

*luv Syahnia* said...

dulu time skola..
malu2 nak ckp kene senggugut depan kwn2 laki..
so..tukar ckp kene sesungut o
bendera jepun tiga bintang..
confirm dak laki tak paham..hehe

eem's said...

sis, u try tny dengan Yann (ala..tuan punya blog yannyannyann.blogspot.com tu)..dia dulu keje kedai ubat..sila la ye..

ch@ said...

@rasp
~ bunga cengkih ye, bgs juga idea tu. terima kasih ye, nnt kita cuba.

ch@ said...

@pB
~ salam kembali, aiii ni yg den takut ni, kita takla sampai berguling. Serah pada yg pakar ye tak?

ch@ said...

@*luv Syahnia*
~ budak skola akak advance, dorang sendiri tau.

ch@ said...

@eem's
~ tau la Yann tu, kita tak suka makan ubat laaa...

Zaidah said...

klu zai dulu tuamkan ngan air panas...masuk dalam botol...n minum air suam...bagi lancarkan darah tu...

ch@ said...

@Zaidah
~ serupa la kita :)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in