Kuman

Thursday, 22 July 2010

Wajah yang baru sahaja ceria

' Oni mesti kuat, seperti mana Oni masa lahir dahulu ok, lawan kuman tuuu, kuman tu kecik je, u are strong baby, umiAbi proud to u '

Ye aku dan mrAbiOni, membawa cikOni ke klinik untuk makmal buat pemeriksaan lanjut kepada darahnya.

Aku rasa serik part² ambil darah ni, teringat masa cikOni kena jaundis dulu, uiii hari² kena cucuk, hari² terpaksa aku tadah telinga dengar dia menjerit dari bilik berlainan. Sungguh, aku sedih.

Hari ni berlaku lagi, sementara menunggu giliran bukan main riang rianya dia bermain. Sukaaa dapat jalan, apalagi abinya yg melayan. Aku? tengok je. Sampai giliran.

mrAbi yg bersoal jawab, tiba part nak ambil darah aku dah tergamam terdiam, tengok aje. mrAbi yg tolong pegang, doktor tukang ambil darah, pembantu tukang bantu la kan.

cikOni menjerit bukan main kuat, huih! terimbau kenangan lama. Habis je sesi cucuk mencucuk, cikOni pun diam. Muahaha aku dah agak dah. Dia memang tak suka kena pegang. Habis la pasni doktor tu kena aim ngan cikOni. Tiiihihi...

Dan, aku baru terima panggilan dari doktor, keputusan dah keluar. cikOni tiada apa², tidak denggi juga sakit paru² atau sebagainya cuma terdapat kelebihan sedikit sel darah putih, bahawa dia terkena jangkitan kuman.

cikOni hanya diberi antibiotik dos yg tinggi sikit dari sebelumnya. Aku sangat berharap agar kuman tu segera beredar, aku akan pastikan kesemua peralatan, persekitaran, permainan, pemakanan, pakaian cikOni lebih bersih dari sebelum ini. Antikuman. Penjahat.

Aku akan menjadi orang lebih cerewet selepas ni, habisla. Mulut ni tak berhenti membebel. Itu dah pasti. Ngehehe.

~)@ Aiii, macam² penyakit sekarang ni, paling susah nak ubat penyakit M.A.L.A.S. Kekeke...

11 pasang kaki:

IMAN'S UMI said...

Alhamdulillah, Cik Oni x pape...budak2 mdh sgt terkena jangkitan kuman...mcm anak kwn sy, hmpr setiap mggu demam, padahal breastfeeding...bru2 ni ulser plak...sian Sarah.

Kujie said...

itulah..anak2...

kadang2 ini latihan utk badan dia hasilkan antibodi... kita fikir positif ye..

jgn risau tau

cakap senang je kan Kak Jie ni... kalau kena dgn diri sendiri pun menangis juga

eem's said...

DiDoakan semoga cikOni sehat sejahtera selalu ;)

Ibu Iman said...

kesiannya oni.. semoga die kuat dan cpt baik

Cik Shiqa said...

sy suka dgr kak ch@ membebel.heheh syukur la oni xde apa2. erm, kuman memang jahat. kalau shiqa jumpa shiqa cubit2 kuman tu.kekekeke

ch@ said...

umiIman;
btl tu awak, kena pastikan smua bersih. anak masih kecil mmg kena jadi lebih teliti.

kakJie,
btl kata kakJie tu, sokong². Sbb, cikOni tak lalu jln btl, kita operate so antibodi dia kureng sikit. naluri ibu² cpt je tersentuh.

ch@ said...

eem's;
terima kasih uncle - cikOni berkata :D

pnMira;
yups, harap mcm tu laaa. terima kasih awak.

ch@ said...

cikShiQa;
hahaha akak menaip ikut kata hati je shiQa, sedap tak sedap blakang kira. kuman tu kecik, mana boleh cubit.

qellissa said...

Alhamdullilah cik oni x sakit..kena pakai dettol byk2 leh hapuskan 99% kuman bak kata iklan kat tv tu..hihihi..i pun sama kena penyakit M gak lately ni..x tau lah nape..hihihi

*luv Syahnia* said...

takut dah kuman nak dtg umah akk..
dgr akk mbebel nanti..hehehe

bdoa sesame..
moga2 cik oni cpt sembuh.. **,

ch@ said...

lissa;
hahaha kekadang i pun terkena juga penyakit M tu :p tu laaa rumah bau dettol je nnt. wangi.

cikAin;
kan best kalo btl. terima kasih Ain.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in