Kembali senyum

Sunday, 25 July 2010

Bagi sesiapa yg pernah bertemu dengannya, akan tahu bagaimana dia sebenarnya.

Bagi sesiapa yg pernah menyergahnya, cuba berbual dengannya, akan tahu apa tindak balas nya.

Errr ini budak perempuan ye harap maklum :D

Ya my coro itu, cikOni. Dia memang tak peramah. Hehehe, mungkin mengikut jejak langkah mrAbinya yg serius memanjang.

Senyumannya mahal, hanya orang yg disenanginya sahaja akan mendapat senyuman menawan kalbu. Hoho... dia seorang yg selamba kodok.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yg mendoakan kesihatan cikOni, dia telah kembali semula, tidak lagi melepek kemurungan menyebabkan kebimbangan semua orang.
Dia seorang yg kuat dan bersemangat.

Jumaat lalu, sebaik sahaja diberi antibiotik dos tinggi, aku memang menanti perubahannya, paling tidak pun panas badannya yg tidak konsisten itu kebah sepenuhnya. Sepanjang hari aku berdoa supaya apabila aku mengambilnya dia tidak demam.

Sebaik pintu lif terbuka aku berdoa dalam hati, sesampainya aku di hadapan pintu rumah pengasuh aku berdoa lagi, sebaik sahaja pintu rumah itu terbuka, kakTi muncul dipintu macam biasa.
' Dia dah tak demam, tapi lembik je, tak larat ' huuuyeee, hatiku legaaa mengila. Tak larat itu mungkin kesan antibiotik dos tinggi tersebut. Takpe, janji tak demam.

cikOni aku dukung sebab dia tidur, dahinya aku cium banyak² kali. Ye, aku sungguh bersyukur. Dia baik juga.

Sehari selepas dia menghabiskan masa dgn tidur, tidur dan tidur. Akhirnya dia bangkit dgn senyuman paling manis. Ooowwwhhh... sunguh, sungguh aku rindu senyuman ituuu.

Dan hari ini, dia kembali dgn aktivitinya, memantau seisi rumah, menyelongkar segala permainannya, membebel tak henti², memanjat sofa, ooowh takpe Oni, takpe, umi relaaa melayan kerenah kamu. Buatlah apapun.

Senang hati, tido sesuka hati

Sekali lagi terima kasih kepada semua yg mendoakan. Hidup aku kembali ceria sebagaimana sebelumnya, aku kena berusaha menggebukan cikOni supaya graf beratnya tidak turun.

~)@ Kena bawak pergi inject 12 bulan pulakkk, janganla kamu demam lagi Oniii...

9 pasang kaki:

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

cik oniiiiiiiiiiiii syg..
jgn dmm da..
cian dia..
kena inject

Rara Nasiha said...

moga die sihat2 je k? :)

ch@ said...

Lyaa;
inject tu mmg wajib Lyaa.

Rara;
insya-Allah cikRara :)

Cik Shiqa said...

:) syukur cik oni dah baik demam. cyg sket.muah.heheeh

*luv Syahnia* said...

cik oni dah sihat..
mudahan cik oni tak dmam injct t..
cik oni dak comey yg kuat..*__*

Kujie said...

alhamdulillah... dia akan ambil masa tu
ye lah , kalau kita pun
tak denya baik cergas segar bugar, ambil masa juga 2-3 hari

ch@ said...

cikAin;
insya-Allah.

kakJie;
btl tu kakJie, skali dia sudah cargas, hah! hambek... tak terlayan.

momguess said...

comei giler gbr die tido tu
geram nyee

ch@ said...

momguess;
haha... dia mmg suka bergaya dlm tido.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in