.merah.kuning.hijau.

Friday, 18 June 2010

sumber dari Google

FrancisLight kata missOren. Berapa batang lampu isyaratkah yang perlu aku tempuh sepanjang perjalanan aku ke opis? haha, mari aku kira sendiri.

1- Lampu isyarat baru, baru pacak, baru juga berfungsi. Biasanya aku main radak je jalan kat sini, bila bas berada di kanan jalan mulala aku gelabah sebab tak nampak kereta dari sebelah sananya. So, bila dah ada lampu isyarat ini, tidakla risau lagi.

2- Lampu isyarat banner. Sebab, banyak banner iklan, lagi² arah rumah orang kawin. Aku redah je. Ikut keadaan, biasanya aku buat tak nampak je. Haha.

3- Lampu isyarat sentiasa hijau. Aku memang nak jalan terus, tak penah merah aku rasa ~ tapi mengapa perlu ada ye? tak tau.

4- Lampu isyarat sentiasa sesak & banyak kereta. Simpang 4, sudah pastila kan?

5- Lampu isyarat pejalan kaki, cepat betul detact bila pejalan kaki tekan. Huh, kekadang tak sempat nak jalan, dah merah semula. Aiii, tapi banyak je pejalan kaki main lintas ikut DAN sendiri. Belum kena, dah kena kang barula insaf.

6- Lampu isyarat kongsi dengan bas ~ lampu hijau tak berfungsi. Mula² tu aku konpius juga, dah lama² aku radak juga. Haha. Pasalnya kalau aku berhenti, kereta belakang pula yang tak sabar², siap hon² lagi tu, tak sekolah memandu gaknya. Lampu merah berhenti la kan. So, dah terror sikit ni aci redah.

7- Lampu isyarat enPolis. Pagi² ada enPolis jaga, memang tak penah ikut peraturan lampu isyarat, sebab ikut isyarat enPolis. Selalunya sampai part aku memang dia angkat tangan, berhenti. Cis. Pastu tertoleh-toleh la beliau akan pelekat polis di sebelah kiri cermin kereta aku. Atasnya pelekat P. Nguahaha.

8- Lampu isyarat pantas, pun enPolis jaga. Biasanya aku lepas la.

9- Lampu isyarat ambulans, selalunya bukan bertembung dengan ambulans tapi berebut jalan dengan kereta sebelah kiri. Huh! Pernah juga bertembung dengan ambulans, masa on the way balik rumah la. Pastu buat muka malu² siput. Kereta mati enjin, kereta manual lagi masa tu.

10- Lampu isyarat teka-teki. Arah aku cepat je hijaunya. Arah lain lama pula.

11- Lampu isyarat tekan minyak ~ lampu kuning tak berfungsi. Biasanya hijau lama. So tekan minyak awal², laju je. Pastu siap ko jalan tak rata, macam nak bersepai skru kereta aku. Berlubang-lubang jalannya.

12- Lampu isyarat jalan atas, bawah. Dua² jalan pun boleh lalu. Tensen kalau tersangkut dek pemandu tamak jalan. Tak boleh menyelah.

13- Lampu isyarat pilih jalan. Selalunya aku pilih kanan. Tak la bertembung dengan kereta dari arah kiri yang nak keluar. Kekadang kantoi juga. Kena la perlahan.

14- Lampu isyarat tak nak tekan brek. Suka kalo hijau berkelip-kelip. Laju je aku. Sebab jalannya turun bukit sikit dan terus masuk lebuhraya.

15- Lampu isyarat hijau lama. Tak payah risau. Hijau lama, lagipun dah nak sampai opis . Betul² bukit. Nasib kereta auto.

16- Lampu isyarat terakhir. Aku buat tak nampak je. Pasang signal ke kiri. Terus membawa aku ke pintu pagar opis ~ opis aku ada pagar.

Rupa-rupanya ada 16 batang lampu isyarat aku kena tempuh sepanjang pergi dan balik opis. Erm, barula aku perasan.

Patuhila lampu isyarat, pandu cermat badan jiwa raga semua selamat. Yihaaa...

~)@ Dah ada lampu isyarat, tapi masih juga ada kemalangan. Mengapa ye? @(~


2 pasang kaki:

IMAN'S UMI said...

Hahaha...siap bernumber gitu, cam buat tag plak membacanya...byk giler lampu isyarat...kt mana tu sbnrnya? Mcm jauh benar perjalanan pegi balik keje.

ch@ said...

umiIman -> dari PantaiDalam ke Bdr Utama :D

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in