hari ini dalam sejarah

Wednesday, 30 June 2010

Bab 2

Setahun yang lalu tarikh yang sama, mrAbi menghantar aku dan cikPA (aku sudah tidak dibenarkan memandu sendiri) seperti biasa ke opis, kiri kanan buah tangan aku bawa dari Kota Tinggi.

Kerja pun menambun untuk disiapkan. Ke hulu ke hilir aku bergerak dalam opis, aku ditegur oleh enNorman 'eh ko tak meletup lagi?' aku sengih je dah sah nampak aku berjalan-jalan dalam opis ni.

Pregnant ni cepat lapar, memang kerja aku makan, makan, makan. Sedang aku asyik mengunyah tiba-tiba terasa macam ada sesuatu mengalir kat celah kelengkang. Hangat je rasanya, agak lekit sikit. Pada hal aku baru je balik dari tandas. Hati aku terus rasa tak sedap. Aku pergi tandas semula, sah! ini bukan air kencing, ianya telah membasahi seluar aku. Ho’o. sila rujuk entry blog pnIzma untuk lebih detail =)

Aku berjumpa dengang boss. Dia pun terus aje angguk. Takut terjadi yang lebih buruk, ye la dalam opis ni baru dua orang je yang beranak. Kaget. Dalam kepala aku memang ingat hospital aje. Call mrAbi kebetulan ada di rumah. pnIzma dan kenari merahnya menghantar aku ke PPUM. Tunggu mrAbi lambat sebab dia ada di rumah.

PPUM; sumber gambar dari Google

pnIzma menanti mrAbi diluar PPUM, aku terus sahaja diminta membuat pemeriksaan rutin, cek air kencing ok. Berat aku hanya 49.3kg. 'ringannya akak ni' sempat pelatih tu tegur aku. Tak percaya. Tekanan darah ok. Aku tunggu tak lama sebab aku ni kategori kecemasan.

Aku masuk bilik sejuk tu, doktor ala² muka cam arab. Lawa, comel. Lepas je membebel lelebih kurang aku disuruh baring. Hoho jantung hati aku jangan kata la. Tak berhenti berdegup. pnDoktor memasukkan satu alat (aku taktau) untuk ambil sedikit air yang aku kata licking tu, sah air ketuban. Pastu mulala dia seluk bawah. OMG. Tak payah banyangkanla. Haha. Sakit.

Pintu rahim aku dah terbuka 1cm. Lama lagi nak tunggu bukaan. Mau kering sampai baby keluar. Sian baby. Aku terus diarah duduk wad.

Aku diminta memakai pakaian seragam hospital, aduiii tanpa yang dalam² ok. Malu². Pakai pad hospital yang bertali tu, macam mana la aku nak gayakan ni. Susah. Bermula detik itu aku dipantau, ditakuti dijangkiti kuman. Pantang aku lepa, pantang aku duduk relax aku dipakaikan cardiotocography, (bravo² aku boleh tau). Haha CTG la. Yang aku tau tuk tengok keadaan baby dan bukaan rahim.

Paling tak best pukul 2.45ptg, kena suntik kat montot, ubat untuk mematangkan paru² bayi. Aiii sakit worrr. Kiri kanan sebelah sana semua ibu² dengan perut besar, aku je macam orang tak mengandung. Padahal dah 8 bulan. Bosan.

mrAbi datang membawa barang² keperluan, mengambil mana² yang tidak diperlukan. Sabar dia melayan aku. Makan semua sedap. Hehe.

Petang itu aku didatangi pnIzma & suami dan cikPA. Ada lagi ke yang datang? aku gak ingat sih, diari ku hilang pada hari ini. Tak sempat jengah.

Malam yang dingin aku keseorangan bersama bunyi degupan jantung baby, CTG la. Bosannya. Nurse datang asyik bawa termometer, alat cek tekanan darah. Amma datang bawak air panas, pad, baju bersih.

Jam 2.45pg, kena suntik kat montot belah kiri pula, ubat untuk mematangkan paru² bayi. Hadoiii.

Tidur aku memang tak lena langsung, macam² dalam kepala. Petah lagi tengok katil sebelah menyebelah bertukar ganti orang. Kuar masuk orang yang sarat mengandung. Dengar pulak india mengerang dok sakit², sakit². Huhu.

Tu je setengah hari di wad ibu mengandung PPUM.

~)@ Terima kasih mrAbi atas hadiah ulangtahun perkahwinan yang mahal tu ;)


2 pasang kaki:

LanaBulu said...

itu pengalaman pertama kan...
so bila lagi the next nya...?
kali ni pi kat hukm lak..boleh kot?
biar dapat rasa tempat baru yg lebih ....kata orang lah...
hee..

ch@ said...

pakLan~ next? nextyear. takmor la situ. jauh la pakLan, PPUM ni sekangkang kera je. Pergi sendiri pun boleh ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in