angkara cikAuni

Monday, 7 June 2010

Hooo mentanglah awak dah baik ye, merangkak ke sana, merangkak ke mari, mengemas meja, panjat sofa, turun sofa, umi ngan abi pun awak smackdown ye. Hooo, macam tu rupanya.

Petang semalam, bila mrAbi balik dia terus cari ubat demam, bila dia baring berselimut dari kaki hingga kepala. Terus je aku rasa dahinya. Panas. cikOni hanya memandang dan terus panjat badan mrAbi. Peduli apa dia.

Semalam juga, aku terasa-rasa sesuatu kat mata aku ni, hidung dan telinga gatal sungguh. Ye bila aje menjelang pagi ini, mata kiri aku sudah merah. Haih! cikOni hanya memandang sambil datang kat aku minta peluk. Ceh!

Time² ni juga la cikOni nak tunjukkan skill berjalannya tu, time umiAbinya tak sihat angkara dia. cikOni telah memindahkan virus² demam dan sakit mata kepada umiAbinya. cikOni? dia macam biasala, kuat merajuk. Mengada-ngadanya makin ketara.

Jap lagi aku mau berjumpa doktor, aduiii memandu dgn sebelah mata tak elok ni, aku rasa macam ketam, senget je. Kepala aku pun rasa ting-tong je ni, gagah jugak aku masuk opis, ye la hari Jumaat hari tu dah coti, tunjuk muka la kejap.

Mata kiri aku ni semakin merah dan berdenyut-denyut, haha! bagi aku sebar virus ni dulu. Baru aku gi jumpa doktor.

~)@ kerja datang bertimpa-timpa, nyampah sungguh @(~



8 pasang kaki:

miss oren said...

ha...suh cik oni yang jadi nurse kat umah jaga umi dan abi beliau..hahahahaa

IMAN'S UMI said...

Skrg musim sakit kot...sy dh start selesema plak...aduii

Nida said...

Tu kena pakai cermin mata hitam tu.... barulah bergaya dalam sakit..hehe

semoga cepat sembuh :)

ch@ said...

missOren -> cikOni jd nurse bhs tunggang langgang dibuatnya.

ch@ said...

umiIman -> yups, so kena berjaga-jaga.

ch@ said...

kakNida -> btl tu kak, tak bergaya pn, ddk rmh aje :D

TokNabe said...

huhu sakit mata...... yang kena memang sah sakit berdenyut2, orang dekat yang beum kena tu, risau memanjang je ler... :)

ch@ said...

tokNabe -> yg dkt opis suka la kalo kena, yg kat rmh tak best. bsn ddk rmh. kena kuarantin.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in