Edisi Utara

Friday, 21 May 2010

Bab Akhir

Elooo...sudah² la Oni interframe. Aku pulak amek alih. hahaha! dah bosan ke? ala saje citer pengalaman dan kejakunan buat pertama kalinya ke Langkawi. Aku memang jakun ok.

Masuk citer, hari seterusnya, after taking breakfast terus bergerak ke Pekan Kuah (jeti) mrAbi gi usha tiket pulang ke seberang, ada yg berkampung sehari lagi kang. Dan meneruskan perjalanan lagi mengikut peta. Ye, takde pemandu pelancong ye, semuanya main aci redah je.

Tengok signboard, ada singgah ke tepi pantai, tapi tiada apa pun, so tidak menarik. Perjalanan diteruskan, singgah dia Taman Burung. alooo dak kecik ni bantai tido so tak masuk, terus lagi ke Muzium Kraft, kejut Oni soh bangun. Buat rugi je masuk dia tido. Masuk free. Best la gak.

Jemput masuk semua

Ini mainan kegemaran tokPapa

He'e tokPapa dgn siapa tu?

Oni dah teruja nak menjelajah

Canting batik

Aku dapat kain pelekat limited edition, memang takde jual kat mana² pun, pasti akan ku buat baju raya nanti. Hijau cam biasa. Orang tulis nama atas batu - lagu, aku tulis nama atas beras. Saje buat kenangankan.

Habis meronda, sampai kaki melecet. Terus gerak ke Taman Buaya. Jakun...buaya pun tak penah tengok. Hahaha! bawak Oni gi tengok la. Macam² jenis buaya ada, tak ketinggalan buaya darat. wahahaha!

abiOni dan buaya

Setel tengok buaya, badan pun ada cam bebau hanyir je. Selamba. Perjalanan diteruskan, kereta kabel. wow! hatiku mula rasa cam goyah². adeiii! papa cepat je geleng takmo naik. Cuak beb!

Namun memikirkan tah bila lagi aku nak naik kat puncak gunung tu ha, aku gagah jugak. Papa pun sama. Yg maintain rilax, sah² la Oni ngn mrAbi.

Rasa mau nangis dowh! gila tinggi. Mulut jangan katalaaa, beristighfar sepanjang perjalanan. Beratus-ratus meter dari aras laut. Ko gila. Akhirnya sampai ke destinasi pertama. Rendah sikit, nun atas sana ada Jambatan Angin. Ada beran???

Tak naik? rugi². Redah gak. waaa...aku rasa cam jantung, hati smua dah tertinggal. Masa kat jambatan tu rasa la angin tiup, ada goyang². hohohoho ho liau. KetaQ lutut.


tokPapa pun cuak juga. Oni maintain

mrAbi yg paling cool sekali

Saujana mata memandang. Tinggikan???

Setelah bagi can kat Oni merangkak menjelajah cara dia, perjalanan turun pulak. wawawa...hatiku berdegup sekencang angin bertiup. Alhamdulillah, smuanya selamat turun. Sempat melawat rusa kat kandang sebelah. Bak kata beep-beep ada arnab, tapi aku tak nampak pun arnab tu.

Sempat aku beli beg besar punya, tukar pampers Oni sebelum bergerak pergi makan tengah hari. Lepas je makan tengah hari, bergegas ke Pekan Kuah semula tuk bershopping coklat kembali, mrAbi beli bagasi lagi besar, hamek ko satu bagasi coklat saje.

Kembali ke jeti dihantar oleh kawan mrAbi yg mula² menyambut kedatangan kitorg. Saling berpamitan, dan naik feri yg sama masa datang. Aku sempat tukarkan baju Oni dalam feri. hahaha! asal boleh je kan?

mrAbi bawak kitorang pergi Pekan Rabu, Alor Setar sebelum balik ke KL. Lepas makan malam, terus aje balik KL. Maka, habislah perjalanan selama 3 hari.

Terima kasih pada Ann sebab menjadikan aku selesa kemana-mana dgn bajunya. Walaupun badan macam nak patah, tapi hasilnya berbaloi-baloi. Akan datang, mau ke mana pulak ye? hrmmm...


~)@ hujung bulan ni family day PDRM pulok...Genting Highland @(~

habis dah~~~)@


6 pasang kaki:

IMAN'S UMI said...

Mmg berseronok sakan la ye Umi Oni...mmg nmpk muka cuak naik skyway...kekeke...cantik gambar Oni kt handycraft tu...

Ibu Kimie & Balqis said...

hahhaha...gayat no naik cable car...tingin nak nek la juga...huhuhu

yonna said...

jauh kan nak berjalan ke titi jambatan gantung tu!!! mcm nak tercabut kaki daki tangga tu T__T

ch@ said...

umiIman -> hehehe muka gugup tu, huhu! mmg takleh cover dah. tang dia gegar tu, walawei...cam nak tutup mata je. dia mmg suka nak meniarap kat situ.

ch@ said...

hanim -> la hanimkan dah dkt ngn sana. naik la. ti nak kirim coklat eh. hahaha!

ch@ said...

yonna -> nasib akak baik yonna, akakkan dah biasa naik tangga ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in